GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 23 Februari 2013

Rakyat marah tanah dipindah milik kepada bukan Bumiputera


SEBAHAGIAN daripada lebih 100 orang penduduk mengadakan demonstasi aman berhubung dakwaan penjualan tanah seluas 400 hektar oleh kerajaan Pas Kelantan di kawasan Pasir Pekan Hilir, Tumpat semalam.

TUMPAT – Selepas berdepan tuntutan daripada peneroka yang terlibat dalam isu Ladang Rakyat di Gua Musang baru-baru ini, Kerajaan Pas Kelantan terus ditekan apabila lebih 100 penduduk dan peneroka di Pasir Pekan Hilir dekat sini berhimpun secara aman semalam.


Mereka mengemukakan bantahan terhadap tindakan Kerajaan Pas Kelantan yang didakwa memindah milik tanah seluas 400 hektar di tebing Sungai Kelantan kepada tiga syarikat swasta yang bukan milik Bumiputera.
Dalam demonstrasi aman pada pukul 11 pagi itu, penduduk terbabit turut mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya memberikan mereka geran tanah kerana mendakwa, mereka dijanjikan pemimpin itu sekitar tahun 1990-an berhubung perkara tersebut.
Seorang penduduk, Mohamad Ismail, 60, berkata, pendedahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) mengenai urusniaga tanah itu kelmarin menggemparkan penduduk yang mendakwa, tertipu dengan klausa tebus guna kepada mereka ketika mula-mula meneroka tanah di situ.
“Dahulu, selepas lama kami meneroka, kerajaan negeri memberitahu, tanah ini akan diambil untuk tebus guna, ada perancangan untuk membangunkannya tetapi setiap pemilik rumah akan diberikan geran.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 23 Februari 2013 pada 11:19 PG  

Kas ingat ditempat kas tadi hehehe... tmpt kas banyak juga terjadi ginie :(

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP