GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 12 Mac 2013

Kampung Tanduo kini Bersih Pengganas


Jalur Gemilang berkibar di Kampung Tanduo selepas kawasan itu diisytiharkan bersih daripada pengganas pada Isnin.
LAHAD DATU: Selepas seminggu Ops Daulat, pasukan keselamatan berjaya membersihkan Kampung Tanduo daripada pengganas dan menaikkan bendera Malaysia di kawasan itu.
Kira-kira 22 mayat pengganas Sulu dikeluarkan pada Isnin dan dihantar ke Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau untuk bedah siasat sementara operasi mengeledah bagi mencari saki baki kumpulan pengganas masih di teruskan.
Mengisytiharkan operasi mengesan pengganas di Kampung Tanduo telah selesai, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, fokus kini ditumpukan di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Bilis.
Ketika ditanya sama ada terdapat sebarang insiden tembakan pada Isnin, beliau berkata:"Setakat ini, tiada."
Hamza berkata, pasukan keselamatan kini berada di peringkat akhir untuk membersihkan perkampungan berdekatan daripada pengganas di mana seramai 2,000 penduduk ditempatkan sementara di dewan komuniti di Felda Sahabat.
Pasukan keselamatan dari unit VAT 69 memantau keadaan sekeliling di kawasan Felda Sahabat.
Walaupun aktiviti harian di Semporna dan Lahad Datu berjalan seperti biasa, beliau mengingatkan penduduk kampung untuk tidak memasuki Tanjung Batu dan Sungai Bilis yang masih diklasifikasikan sebagai kawasan zon merah.
Mengenai beberapa mayat yang dihantar ke hospital di Lahad Datu (18 mayat) dan Tawau (empat), Hamza berkata dia tidak dapat mengulas kenyataan seorang pegawai forensik bahawa salah satu mayat didakwa sebagai Haji Musa, jeneral kumpulan pengganas Sulu yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram.
"Saya tidak dapat katakan jika ia adalah mayat Haji Musa kerana mayat tersebut tidak berpakaian uniform ketika ditemui," katanya.
Difahamkan Haji Musa merupakan bekas Jeneral Tentera Filipina dan kemudian dilantik sebagai Komander Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) yang diasaskan Nur Misuari.
Penduduk kampung mendakwa seorang anak lelaki bekas pemimpin politik di Kampung Tanduo yang terlibat dengan pertikaian tanah dengan Felda berkahwin dengan anak Haji Musa.
Mereka berkata, Haji Musa pada era 60-an mempunyai ramai saudara di Sungai Bilis dan sering memakai uniform brigadier-jeneral 'tentera Sultan Sulu'.
Nasib Azzimudie, 72, seorang bekas pembantu pegawai daerah Kudat dan turut berkahwin dengan anak seorang ketua kampung di situ masih tidak diketahui.
Sementara itu, keluarga Kiram dilaporkan telah meminta bantuan kerajaan Filipina untuk membincangkan mengenai pengunduran pengikutnya yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP