GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 12 Mac 2013

Op Daulat: Seorang Tentera Kita Terkorban


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan anggota-anggota keselamatan di Dewan Kencana, Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah pada Selasa. Turut kelihatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin.
LAHAD DATU: Seorang anggota tentera terkorban manakala tiga pengganas sulu ditembak mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.
Perkara itu disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika sidang media pada petang Selasa.
Hingga kini jumlah anggota keselamatan yang terkorban dalam Op Daulat ialah sembilan orang.
Sebelum ini seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP