GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 18 Mac 2013

Makanan ringan tingkat kemurungan

Sajian sihat lebih berkesan atasi sedih

NEW YORK:Amalan memakan makanan ringan ketika seseorang di dalam keadaan sedih tidak akan membantu membaiki perasaan seseorang sebaliknya semakin meningkatkan kemurungan mereka, lapor satu kajian baru. 

Hasil kajian dibentangkan oleh pasukan penyelidik Universiti Penn State di persidangan Persatuan Psikosomatik Amerika di Miami. 

Kami berminat mengkaji wanita dalam kehidupan seharian untuk melihat sama ada mood berubah sebelum atau selepas mereka menikmati makanan tidak sihat," Kristin Heron, Penyelidik Universiti Penn State

Pasukan berkenaan meminta 131 wanita muda membawa komputer riba, yang akan mengingatkan mereka sepanjang hari untuk memberi reaksi kepada persoalan apa yang mereka rasakan dan apa yang dimakan.

“Kami berminat mengkaji wanita dalam kehidupan seharian untuk melihat sama ada mood berubah sebelum atau selepas mereka menikmati makanan tidak sihat dan tindak tanduk mengawal berat,” kata salah seorang penyelidik, Kristin Heron.

Tanpa dijangka, wanita tidak melaporkan mengalami banyak perubahan sebelum mood mereka berubah walaupun mengambil makanan rapu. 

Bagaimanapun, jika dalam keadaan mood yang tidak baik, mereka akan berasa lebih teruk selepas makan makanan tidak berkhasiat. 
Dalam erti kata lain, makanan menenangkan tidak membantu langsung.

Walaupun banyak apa yang dikatakan bukti adalah anekdot, saintis mengetahui memakan makanan sihat boleh memberi impak kepada mood. Sebagai contoh, minyak Omega-3 dalam ikan seperti salmon boleh membantu memerangi kemurungan.

Bagaimanapun, kebanyakan orang percaya pemilihan makanan kurang sihat seperti coklat boleh menggembirakan seseorang. Tambahan pula kajian pada 2007 mengiyakan coklat boleh membuatkan seseorang berasa lebih baik tetapi cuma tiga minit.

Lebih teruk berbanding tidak boleh menaikkan mood, sebahagian makanan sebenarnya berkesan dalam tubuh menjadikan seseorang berasa lebih teruk.

Dr Jennifer Landa, yang menulis untuk Fox News, berkata kerepek kentang digoreng dalam asid lemak Omega-6 yang menghalang kemampuan tubuh memproses lemak Omega-3 yang sebenarnya membuat seseorang lebih gembira. – Agensi


* Sumber BH


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP