Penumpang terapung di dalam pesawat
Tweet
BORDEAUX - Sejumlah penumpang mengalami pengalaman terapung di dalam sebuah pesawat Airbus A330 Zero-G di Perancis pada Jumaat lalu.
BEBERAPA penumpang gembira semasa mereka membuat pelbagai pergerakan ketika terapung.
BORDEAUX - Sejumlah penumpang mengalami pengalaman terapung di dalam sebuah pesawat Airbus A330 Zero-G di Perancis pada Jumaat lalu.
Mereka mengalami pengalaman itu dalam tempoh 22 saat selepas pesawat tersebut terbang dalam keadaan mendongak sebelum ia menurun semula ke arah bumi.
Setiap penumpang membayar tiket yang berharga kira-kira 6,000 euro (RM24,482) untuk menaiki pesawat tersebut yang berlepas dari Lapangan Terbang Bordeaux-Merignac di sini.
Ia merupakan penerbangan graviti sifar pertama pernah dibuat di Eropah.
Para penumpang itu bukan terdiri daripada angkasawan dan saintis sebaliknya merupakan orang awam.
Penerbangan graviti sifar itu sebelum ini pernah ditawarkan kepada orang awam di Amerika Syarikat dan Rusia.
- Agensi ( kosmo! Online )


0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan