GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 16 Mei 2013

Antara yang digugurkan Kabinet Baru


PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor antara nama yang digugurkan daripada senarai barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu.
Noh Omar
Shaziman Abu Mansor
Masing-masing sebelum ini memegang jawatan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani dan Menteri Kerja Raya.
Bukan itu sahaja senarai Kabinet kali ini menunjukkan penyertaan paling ramai wakil Sabah dan Sarawak dengan pelantikan 12 menteri dan timbalan menteri dari kedua-dua negeri berkenaan yang menunjukkan keyakinan Perdana Menteri dalam memenuhi aspirasi rakyat di Malaysia Timur.
Mereka termasuk Datuk Seri Anifah Aman (Menteri Luar), Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Joseph Kurup, Nancy Shukri, Datuk Joseph Entulu Belaun (semua Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Turut dilantik Datuk Richard Riot Jaem (Menteri Sumber Manusia), Datuk Douglas Unggah Embas (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti), Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (Menteri Tenaga, Air dan Teknologo Hijau) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan).
Datuk Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya) dan Datuk Rohani Abdul Karim ( Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) turut tersenarai dalam barisan Kabinet baru kali ini.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP