GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 16 Mei 2013

Siapa Datuk Ismail Mutalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia Yang Baru?


 Ismail Abd Mutallib
KUANTAN: Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Mutallib yang baru dilantik, adalah anak negeri Pahang yang mempunyai pelbagai pengalaman di peringkat pentadbiran negeri dan merupakan aktivis kemasyarakatan.
Beliau pernah menjadi penolong pegawai Daerah Maran (1994-1997) dan Jerantut (1980-1982) serta penolong setiausaha kerajaan (khidmat) Unit Perkhidmatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (1982-1984) dan merupakan Kolonel Kehormat Rela Malaysia bagi kawasan parlimen Maran.
Anggota Parlimen Maran ini, berusia 59 tahun, gemar menyertai kegiatan sukarelawan seperti menjadi penceramah sambilan untuk program-program belia, menjadi pemimpin persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan.
Pernah memegang jawatan pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam selama tiga tahun dari 2001, Ismail juga merupakan bekas timbalan pengurus besar Yayasan Basmi Kemiskinan (2001) dan bekas pemangku pengurus besar Yayasan Pahang selama setahun pada 1999.
Bekas setiausaha keselamatan Lipis di bawah Jawatankuasa Keselamatan Negeri Pahang selama dua tahun dari 1988 ini juga merupakan pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Malaysia (MAYC) Pahang.
Dalam politik, Ismail, anak kelahiran Kampung Pantai Cenor, Maran ini merupakan pemangku Ketua Bahagian Umno Maran.
* Sumber mStar Online


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP