GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 7 Jun 2013

Minah urut berlakon tidur untuk elak dicekup

Melaka: Anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen bukan hanya terpaksa memecahkan pintu, malah turut menyaksikan ‘lakonan’ beberapa ‘minah urut’ warga asing yang berpura-pura tidur dalam keadaan wajah masih dipenuhi solekan ketika pemeriksaan dijalankan di sebuah pusat urut di Taman Melaka Raya, di sini, kelmarin.
Tidak cukup dengan itu, beberapa rakan mereka dikatakan turut bersembunyi di dalam almari dan ada yang cuba meloloskan diri menerusi pintu belakang premis berkenaan bagi mengelak dicekup.
Cubaan 17 wanita asing itu tidak berjaya apabila ditahan pihak berkuasa yang mengepung bangunan tiga tingkat yang menempatkan dua pusat urut berasingan itu pada jam 9.30 malam.
Serbuan dilakukan sepasukan 15 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen negeri diketuai Timbalan Pengarah Penguatkuasaannya Salmah Omar dan Mohd Yusof Hashim yang melakukan serbuan di tiga lokasi berasingan di sekitar Melaka Tengah.
Dalam operasi berakhir jam 3 pagi semalam itu, seramai 22 individu termasuk 18 wanita asing berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan kerana melanggar syarat pas dan menetap di negara ini secara tidak sah.
Selain tiga lelaki asing lain, seorang lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan kerana bersubahat dan membabitkan diri dalam komplot untuk melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.
* Sumber myMetro

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP