Berpuasa dalam ketakutan
Tweet
LAHORE - Rakyat Pakistan menyambut Ramadan semalam dengan kawalan di bandar raya ini diperketat susulan insiden pengeboman yang disifatkan paling teruk sejak dua tahun lalu.
SEORANG pakar bom Pakistan memeriksa lokasi letupan bom di sebuah medan selera di Lahore pada Ahad lalu.- AFP
LAHORE - Rakyat Pakistan menyambut Ramadan semalam dengan kawalan di bandar raya ini diperketat susulan insiden pengeboman yang disifatkan paling teruk sejak dua tahun lalu.
Lima orang terbunuh dan hampir 50 lagi cedera pada Sabtu lalu dalam serangan bom di pasar Anarkali di sini.
Bandar kedua terbesar di Pakistan ini terkenal kerana menyajikan pelbagai hidangan yang lazat sepanjang bulan puasa.
Serangan pada Sabtu lalu merupakan yang terburuk di bandar raya ini sejak seorang remaja meletupkan diri dalam satu perarakan puak Syiah pada 25 Januari 2011.
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam insiden tersebut.
Pasar itu beroperasi semula tetapi lengang tanpa kesibukan yang dikaitkan dengan Ramadan apabila orang ramai keluar membeli belah dan berbuka puasa di luar.
Keadaan itu berlaku kerana penduduk masih ketakutan.
"Kami memang takut. Letupan ini bertujuan untuk mengganggu keamanan di bandar ini," kata pemilik sebuah hotel dan restoran di sini, Wajid Hussain.
Bandar ini menyaksikan beberapa serangan bom berlaku pada 2010 tetapi serangan ke atas kota yang dihuni 12 juta orang ini adalah terpencil berbanding Karachi dan beberapa bandar yang menjadi sasaran Taliban di barat daya negara ini.
Militan Islam terutamanya kumpulan Taliban menjadi cabaran utama yang perlu ditangani oleh kerajaan baharu Pakistan.
Dalam pada itu polis berkata, pihaknya akan meningkatkan rondaan sepanjang Ramadan untuk melindungi pasar dan tempat suci daripada ancaman yang dijangka meningkat dalam tempoh beberapa minggu lagi.
"Tiga ribu anggota polis telah dikerahkan untuk bertugas sepanjang Ramadan kali ini," katanya.
- AFP (myMetro)


0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan