GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 11 Julai 2013

Jurugambar Abadikan Saat saat Kematiannya Sendiri


Foto ini diambil dari rakaman kamera video milik wartawan Mesir Ahmed Samir Assem (26), yang merakam detik-detik seorang askar Mesir membidikkan senapang ke arah dirinya. Inset: Ahmed Samir Assem. | Ahmed Samir Assem

KAHERAH - Sebuah rakaman video yang menggemparkan berjaya menangkap momen saat seorang jurugambar Mesir merakam kematiannya sendiri melalui lensa kamera videonya.

Dalam foto itu terlihat seorang prajurit Mesir mengarahkan senapannya ke arah sang jurugambar, Ahmed Samir Assem, sebelum gambar lain menjadi gelap.

Wartawan foto berusia 26 tahun itu tewas pada Senin (8/7/2013), saat dia mengambil gambar di luar markas besar Garda Republik di Kaherah, yang diyakini para pendukung Muhammad Mursi menjadi tempat untuk menahan presiden terguling itu.

Assam, jurugambar lepas harian Al-Horia Wa Al-Adala, menjadi satu dari 51 orang yang tewas akibat peluru yang dimuntahkan tentera Mesir ke arah massa yang berkerumun di luar markas Garda Republik itu.

"Kira-kira pukul 06.00, seorang lelaki datang membawa sebuah kamera berlumuran darah dan mengatakan kepada kami bahawa salah seorang rakan kami terluka," kata Ahmed Abu Zeid, salah satu editor akhbar tersebut kepada harian The Daily Telegraph.

"Satu jam kemudian, saya mendapat khabar bahawa Ahmed tertembak oleh seorang sniper di kepalanya ketika mengambil gambar dari atas sebuah gedung di sekitar lokasi unjuk rasa," tambah Abu Zeid.

"Digital Ahmed adalah satu-satunya peranti yang merakam seluruh insiden penembakan itu dari awal hingga akhir," lanjut Zeid.

"Dia sudah merakam sejak penunjuk rasa melaksanakan solat subuh sehingga dia merakam awal insiden dan dalam video itu anda boleh melihat banyak korban. Digital Ahmed akan menjadi bukti kekerasan yang terjadi," Zeid menegaskan.

Tentera Mesir mendakwa mereka melepaskan tembakan kerana sekumpulan "pengganas" cuba menyerbu markas besar mereka.

Namun, penyokong Mursi mengatakan, mereka ditembak tanpa alasan. Dalam sebuah jumpa pers, Ikhwanul Muslimin menyebutkan panglima angkatan bersenjata Mesir Jeneral Abdul Fattah Sisi sebagai seorang pembunuh.

* Sumber kompas.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP