GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 14 Julai 2013

GRO sembunyi bawah katil

Salah seorang wanita warga asing yang cuba bersembunyi di bawah katil.

JOHOR BAHRU - Seramai 12 wanita warga (gro) asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Johor dalam serbuan Ops Sayang di sebuah premis di Taman Nusa Bestari, di sini, semalam
.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Khairulanuar Abu Bakar berkata, semua wanita yang ditahan berusia antara 18 hingga 41 tahun.

Menurutnya, sembilan daripada jumlah keseluruhan yang ditahan merupakan warga Thailand, manakala selebihnya berasal dari Laos, Vietnam dan China.

“Bertindak atas maklumat, seramai 15 anggota melakukan serbuan di premis terbabit yang dipercayai menawarkan aktiviti urut dan pelacuran.

“Ketika serbuan, terdapat wanita warga asing ini cuba untuk melarikan diri malah ada yang bersembunyi di bawah katil, namun berjaya ditahan. Difahamkan, kadar urutan biasa dikenakan RM68, manakala pakej pula adalah RM168,” katanya, di sini, semalam.

Khairulanuar berkata, wanita warga asing terbabit ditahan di bawah Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan.

Katanya, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang menjaga premis kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

“Mereka turut disiasat di bawah Akta Atipsom 2007. Wanita warga asing ini dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk siasatan lanjut,” katanya.

* Sumber sinarharian




1 Merujuk kepada perkara diatas :

Ria Angkasa 17 Julai 2013 pada 2:55 PG  

Pinjaman Tanpa Potong gaji ! Bayar Di bank !
Pinjaman Perniagaan Dokumen Ringkas Senang Lulus !
Pinjaman Peribadi Kerajaan "AG" Baki Gaji Minima RM500 Layak !

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP