Menyorok dalam tangki air elak dicekup
Tweet
Baling: Akibat mahu mengelak daripada dicekup dalam pemeriksaan Jabatan Imigresen negeri, seorang lelaki warga Myanmar sanggup berendam dalam tangki air di sebuah rumah kongsi berhampiran Taman Desa Alamanda, di sini, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditemui anggota penguat kuasa dalam basah dalam tangki air atas bumbung rumah kongsi yang didudukinya bersama beberapa rakan lain sebelum ditahan dalam serbuan Ops 6P itu.
Operasi selama enam jam bermula 12 tengah malam diketuai Timbalan Ketua Bahagian Penguat Kuasanya Aidil Safri Adnan dan 43 anggota lain termasuk anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di dua rumah kongsi di Kupang, dekat sini, dan tapak pembinaan di Kulim Hi Tech Park Fasa 1, Kulim.
Difahamkan, terdapat warga asing yang mendirikan penempatan di dalam hutan yang dikelilingi paya kira-kira 200 meter berdekatan kawasan perumahan itu bagi mengelak pemeriksaan pihak berkuasa.
Aidil Safri berkata, lelaki warga Myanmar terbabit adalah antara 35 pendatang asing tanpa izin yang ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan selepas melakukan pemeriksaan ke atas 60 warga asing di dua lokasi berkenaan.
* Sumber myMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan