GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 9 Julai 2013

Pramugari Comel Seludup Tikus Dalam Seluar Dalam

GIAMBATTISTA diperiksa dengan teliti oleh Kastam selepas dituduh cuba menyeludup tikus dalam seluar dalamnya semasa dalam penerbangan.- Agensi

NEW YORK – Seorang pramugari syarikat penerbangan American Airlines akan menyaman majikannya selepas dia dituduh cuba menyeludup beberapa ekor tikus peliharaan dalam satu penerbangan antarabangsa, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Menurut akhbar berkenaan, aduan tersebut dibuat oleh beberapa rakan sekerjanya.
Pramugari bagi penerbangan menuju ke Long Island di sini Louann Giambattista, 55, berkata, tuduhan itu menyebabkan dia disenarai hitam oleh pihak kastam Amerika Syarikat selama setahun.
Pramugari veteran itu mahu menuntut sejumlah ganti rugi ekoran dirinya mengalami gangguan tekanan akibat insiden tersebut.
Laporan New York Post menyatakan Giambattista mengakui bahawa dia seorang penggemar haiwan.
Namun, wanita itu menafikan tuduhan dia menyeludup tikus ke dalam kapal terbang dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak munasabah.
Peguamnya, Stephen Morelli berkata, anak guamnya mengetahui masa dan tempat yang sesuai untuk bermain dengan haiwan peliharaan.
“Ramai orang memiliki haiwan peliharaan. Anak guam saya menyimpan tikus peliharaannya di rumah dan bukan membawanya ke dalam pesawat,” kata Morelli. 
– Agensi


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP