GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 14 Julai 2013

Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee Persenda Ramadan Dijangka Tampil Beri Keretangan Kepada SKMM Esok

Alvin Tan (kanan) bersama kekasihnya, Vivian Lee.
KUALA LUMPUR: Dua individu yang mempersenda Ramadan dijangka hadir ke pejabat penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) esok bagi memberi keterangan.
Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan mengesahkan Alvin Tan dan Vivian Lee telah dipanggil untuk dirakamkan kenyataan dan membantu siasatan.Kedua-dua mereka sebelum ini memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.
Bagi kes berasingan di laman Facebook yang menyiarkan gambar babi panggang dengan cap logo Halal, Mohamed Sharil berkata pemilik akaun itu bukan rakyat Malaysia dan tidak bermastautin di negara ini.
"Kami telah melaporkan perkara ini kepada Facebook dan meminta mereka untuk menyekat laman berkenaan atau memadam akaun tersebut," katanya. Sehubungan itu, Mohamed Sharil menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan kepada Facebook jika menjumpai mana-mana paparan yang menghina kesucian Islam.
Beliau juga menasihatkan pengguna laman sosial itu untuk tidak berkongsi paparan atau foto yang menyinggung perasaan.
"Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita menghormati bulan Ramadan dan rakan-rakan kita yang beragama Islam. Kita perlu sentiasa bertanggungjawab ke atas semua tindakan kita di dalam talian serta lebih peka terhadap sensitiviti orang lain terutamanya mengenai isu-isu agama.
"Sila berhenti dan berfikir sejenak sebelum kita berkongsi apa-apa maklumat di dalam talian," katanya.
Dalam pada itu, Alvin dan Vivian telah memuat naik sebuah video memohon maafatas tindakan mereka itu yang disiarkan di laman Youtube petang ini susulan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengecam tindakan mereka.
Dalam video berdurasi 1 minit 22 saat yang berbahasa Melayu beserta sari kata Bahasa Inggeris, Alvin berkata mereka tidak berniat menghina, mempersenda atau memperlekehkan Islam mahupun mencetuskan perbalahan kaum.
"Kami amat menyesali perbuatan kami yang tidak hormat kepada kepercayaan dan sensitiviti agama di Malaysia yang berbilang kaum ini," katanya di dalam videoitu.
BERNAMA (mStar Online)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP