Video : Insiden pergaduhan daerah Klang Utara,polis nasihat hentikan khabar angin
Tweet
KLANG: Polis Selangor hari ini memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menyebar khabar angin dan maklumat palsu menerusi media sosial berhubung insiden pergaduhan di daerah Klang Utara di sini, dalam minggu ini.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata pergaduhan yang berlaku pada 10 Julai dan awal pagi ini bukan disebabkan rusuhan kaum sebaliknya berpunca daripada salah faham dan rasa tidak puas hati individu terlibat.
"Insiden berkenaan bukan rusuhan dan tidak berkaitan antara satu sama lain.
Jadi saya beri amaran kepada sesiapa yang sebarkan maklumat palsu sehingga membimbangkan masyarakat kita akan ambil tindakan tegas dengan menahan mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini.
Hadir sama pada sidang media itu ialah Ketua MIC Bahagian Kapar, T.Ganesan; Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj Ayanger; dan anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Kapar, Abdul Rahim Shaharudin.
* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan