40 minit didalam konti Radio Malaysia PahangFM
Kawan sampai ke bangunan Radio Malaysia PahangFM Kuantan pada pukul 1045pg.. Setelah mengambil pas kawan mula mencari pintu masuk untuk mencari konti..kenapa lah pintu bangunan berkunci..hari minggu kakitangan ramai yang tidak bertugas..Rupanya untuk membuka pintu adalah dengan cara mengeselkan pas masuk tadi..begitu canggih sistem..
Kawan begitu teruja untuk segera masuk kedalam konti walaupun segmen yang kawan hadiri lambat lagi..setelah naik lif turun naik sebanyak 4 kali akhirnya kawan jumpa juga laluan kekonti tapi dengan disambut mesra oleh Dj A.A @ Anuar Aziz..terus sahaja kawan diajak masuk kedalam konti..Uihh! terasa kawan seorang yang bertuah kerana dapat tembus kesini dan hati kawan mula berkata ''nasib lah kawan join Sahabat radio ni dapat juga masuk kesini dan tengok dia orang bekerja ..''...
Saat yang ditunggu akhirnya tiba juga..kawan telah ditemubual oleh Dj A.A..Tajuk hanya sekadar keberkesanan menjadi sahabat radio Malaysia PahangFM..dan juga karenah sahabat sahabat yang lain..Pada mula nya kawan cuba untuk membawa isu yang panas sekarang ini iaitu kenaikan harga gula dan rokok dan juga poligami tapi siang siang lagi Dj A.A telah bagi warning..
Sempat juga Dj A.A memutarkan lagu kegemaran kawan dan ada juga sahabat sahabat lain yang menalipon tapi Dj A.A tidak ke udara untuk talian..kiranya tujuan murni segmen ini untuk mendekatkan pendengar pendengar kepada Radio Malaysia PahangFM..Pujian harus diberi kepada Dj2 dan semua unit pertugas radio ini terutama kepada Dj A.A..
.
.
** Sempat juga kawan mengetea bersama rodong blooger dan kawan terima panggilan misteri semasa didalam konti daripada seorang yang mengelarkan diri ''teman tapi mesra'' seorang wanita ..dan akak yang turut serta menjeling tajam ketika itu..Dj A.A sempat cover line untuk kawan..yang kawan risau ketika itu takut alas mikrofon naik atas kepala kawan..
Read more...