GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Pengurusan relevan Sokmo mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI .. Maaf Zahir Batin

'' Berhati hati di Jalan Raya ''

Read more...

Hujan Diramal Di Semenanjung Pada Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Negeri di utara dan pantai timur Semenanjung serta ibu kota, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka meraikan Aidilfitri dalam suasana hujan yang diramal turun esok sehingga Rabu.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu Bernama di sini hari ini, hujan berterusan itu bagaimanapun pada amnya tidak akan menyebabkan banjir.

Akan tetapi kejadian banjir juga bergantung kepada kawasan di negeri terbabit, katanya.

Sementara itu, laporan pada laman web jabatan tersebut menyatakan Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan mengalami hujan di beberapa tempat pada sebelah petang esok.

Negeri-negeri lain diramal mendung dengan ribut petir pula dijangka melanda Perak, Pahang dan Johor Timur pada sebelah petang, kata laporan itu.

Pahang dan Terengganu Selatan dijangka mengalami hujan di satu dua tempat manakala cuaca di tempat lain diramal baik pada sebelah malam.

Bagi umat Islam di Sabah dan Sarawak, mereka dijangka dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan cuaca baik pada sebelah pagi untuk tempoh dua hari akan datang.

Ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang di Kuching, Samarahan, Miri, Limbang dan Kapit, manakala bahagian lain dijangka hujan, sementara cuaca di Sandakan, Tawau dan Kudat di Sabah diramal baik.

Maklumat lanjut mengenai cuaca boleh diperolehi menerusi www.met.gov.my. BERNAMA

* Sumber



Read more...

Isnin, 29 Ogos 2011

Menteri guna wang rakyat belajar bahasa Mandarin


* SETIAUSAHA Kebudayaan Britain, Jeremy Hunt bersama isterinya, Lucia.

LONDON – Seorang menteri Kabinet Britain yang juga jutawan, Jeremy Hunt dihimpit kontroversi selepas beliau didapati menggunakan wang rakyat sebanyak £2,500 (RM12,217) untuk belajar bertutur dalam bahasa Mandarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Hunt, 44, diselar banyak pihak kerana beliau boleh mempelajari bahasa tersebut secara percuma daripada isterinya yang berketurunan Cina.

Beliau yang memegang jawatan Setiausaha Kebudayaan dan berstatus menteri kabinet memperoleh gaji sebanyak £135,000 (RM656,426) setahun.

Media tempatan memperoleh maklumat mengenai yuran kelas bahasa Mandarin yang disertai Hunt melalui Akta Kebebasan Maklumat Britain.

Pada tahun lalu, Hunt turut membayar bonus hampir £2 juta (RM9.7 juta) kepada dirinya sendiri hasil keuntungan syarikat penerbitan miliknya, Hotcourses.

Beliau mengahwini isterinya, Lucia di bandar kelahiran wanita itu, Xian, di China dua tahun lalu.– Agensi

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Mahasiswi edar gambar bogel sendiri untuk lanjut kuliah


* Salah satu pose bogel Zizi

TRIBUNNEWS.COM, BEIJING - Demi boleh melanjutkan kuliah, seorang mahasiswi di Beijing China menganjurkan pameran foto bogel dirinya sendiri. Su Zizi (19) -bukan nama sebenarnya- yang nekad menganjurkan foto bogel dirinya di tempat kuliahnya tersebut.

Seperti dipetik dari TNN, tindakan Zizi ini tentu saja membuat gempar warga Beijing, terlebih para mahasiswa Universita Renmin, tempat Zizi kuliah. Menurut Zizi, ia meganjurkan pameran itu pada akhir bulan lalu.

Pihak universita pun berusaha melarang pameran bertajuk "Who am I?" tersebut serta memblok situs yang menampilkan foto-foto Zizi.Zizi mengakui, dari setiap lembar foto yang dijualnya, ia boleh mendapatkan penghasilan yang cukup lumayan yakni sekitar 680 ribu.

"Sembilan bulan lalu, aku melakukannya kerana perlu wang untuk membayar wang kuliah dan melunasi tagihan kesihatan nenekku," ujar Zizi saat menjelaskan mengapa ia mau melakukan hal tersebut.

Namun lebih lanjut, Zizi menjelaskan bahwa ketika ini dirinya benar-benar tertarik menjadi seorang seniman. Bahkan ketika ini ia menuturkan ingin menjadi "body artist".

"Apa yang saya lakukan adalah legal. Foto yang saya tampilkan adalah suatu bentuk karya seni. "Kerana itu, aku juga berfikir selain menjadi body artist aku juga tertarik jadi fotografer," tambahnya.

* Sumber tribunnews



Read more...

Video : UFO didakwa mendarat di Siberia


* KLIP video menunjukkan lima makhluk asing (bulatan) berjalan keluar selepas piring terbang mereka mendarat.

IRKUTSK, Rusia – Rantau sejuk beku di Siberia pastinya bukan lokasi pendaratan paling menarik untuk makhluk asing yang mahu menerokai Bumi.

Namun, satu klip video di laman perkongsian video YouTube menunjukkan beberapa makhluk asing memilih lokasi tandus itu untuk mendaratkan objek terbang tidak dikenali (UFO) atau piring terbang mereka.

Klip berkenaan yang dirakam di Irkutsk, pedalaman Siberia, menunjukkan satu makhluk asing setinggi sekitar 1.2 meter sedang berdiri kira-kira lima meter dari piring terbangnya yang bersinar, manakala empat makhluk serupa berada dekat dengannya.

Klip video pendek itu dirakam dua hari selepas beberapa cahaya misteri dilihat menyinari langit desa Bayanday, juga di Irkutsk.

“Terdapat dua rakaman insiden ini yang dibuat oleh dua saksi kejadian itu,” kata seorang pakar UFO, Mike Cohen. “Kedua-dua klip video menunjukkan insiden UFO utama seperti yang pernah terjadi di Roswell, Amerika Syarikat berlaku di Rusia,” ujarnya.

“Satu letupan kuat kemudian didengari meliputi satu kawasan yang luas,” tambahnya.

Dia mendakwa polis dan jabatan penyelamat dibanjiri panggilan telefon daripada penduduk kampung yang ketakutan mendengar letupan tersebut.

Pihak tentera mengesahkan bahawa ia tidak melakukan sebarang latihan ketenteraan di kawasan terbabit. Namun, Cohen mendakwa pihak berkuasa Rusia cuba menutup berita pendaratan UFO berkenaan daripada diketahui umum. Katanya, beberapa pegawai memberitahu wartawan tempatan bahawa insiden terbabit diklasifikasikan sebagai maklumat sulit dan lokasi kejadian tidak boleh didedahkan.

Sebelum ini, beberapa penemuan makhluk asing dan UFO pernah dilaporkan di Siberia. Pada hujung Februari lalu, beberapa pegawai trafik udara di Yakutks, Siberia mendakwa mereka melihat sebuah UFO pada paparan radar bergerak selaju 9,600 kilometer sejam pada altitud 19,812 meter.

Pada April lalu dua pelajar Rusia, Timur Hilall, 18, dan Kirill Vlasov, 19, mengaku mereka cerita mengenai penemuan satu makhluk asing di hutan Siberia.

Video : ( siNi )

 - Agensi



Read more...

Cekik isteri ketika berbuka

* Gambar hiasan

HULU SELANGOR: Seorang lelaki berusia 30 tahun mengugut mahu membunuh isterinya selain memukul dan mencekik wanita itu ketika berbuka puasa selepas ditegur isterinya berikutan tindakannya yang marah-marah di rumah mereka di Kuala Kubu Baru, di sini.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam Khamis lalu, mangsa yang berusia 30 tahun dicekik suaminya selain memaki hamunnya.

“Mangsa kemudian ditolak ke dalam bilik air. Mangsa terjatuh dan cuba bangun, namun suaminya menyimbahnya dengan air sebelum ditinggalkan bersendirian,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu mengugut mangsa mahu membunuhnya jika mangsa membuat laporan polis.

Atas nasihat keluarga, mangsa membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

* Sumber berita myMetro



Read more...

Derita model Seluar Dalam


NEW YORK: Bagaimana agaknya perasaan dapat memakai pakaian dalam berlian berharga RM13.4 juta?

“Menyakitkan,” itu yang dikatakan model seluar dalam Victoria’s Secret yang pernah memperagakan pakaian dalam itu, Selita Ebanks (gambar).

Selita menjadi model fesyen syarikat berkenaan dari 2005 hingga 2008.

Dia terpilih memperagakan pakaian dalam 'Holiday Fantasy Bra Set' pada 2007. Pakaian itu disifatkan sebagai amat seksi dan dihiasi dengan berlian, permata, delima dan nilam yang berharga AS$4.5 juta (RM13.4 juta). 

Bagi sebahagian orang, mereka tentu terfikir betapa beruntungngnya model yang memperagakan seluar dalam itu. Tapi bagi Selita, saat itu sungguh tidak menyelesakan.

“Sakit. Ya, berlian itu membuat saya sakit,” kata bekas tunang Nick Cannon itu, seperti yang dipetik oleh akhbar Huffington Post.

“Saya merasakan kemaluan saya digores pada setiap langkah. Ia sudah pasti bukan cara yang betul untuk menarik perhatian lelaki. Tidak ada lelaki yang suka dengan wanita yang luka pada kemaluannya,” kata model berusia 28 tahun itu. Menurutnya, ketika memakai seluar dalam itu, dia tidak merasa dirinya seksi.

“Itu bukan seksi, tapi seksa. Tidak ada orang yang mahu kemaluannya luka,” katanya. -Agensi

* Sumber



Read more...

Ahad, 28 Ogos 2011

Awas! Pencuri, Doktor Gunakan Jarum Suntik HIV


* Foto : Jarum bervirus HIV di pagar rumah seorang Doktor (odditycentral)

BRASILIA - Banyak orang memanfaatkan anjing penjaga atau menggunakan alarm anti-pencuri mencegah pencurian di rumah.

Tetapi seorang doktor di Brasil, memilih sesuatu yang lebih ekstrem untuk menakuti pencuri, yaitu memasang puluhan jarum suntik yang sudah terinfeksi HIV di atas pagar rumahnya.

Jika biasanya kita menemukan peringatan dengan kata-kata "Awas Ada Ajing Garang", di pagar rumah doktor ini bertuliskan "Tembok Dengan Darah HIV Positif. Dilarang Masuk Tanpa Izin". Demikian seperti dipetikYahoonews, semalam.

Doktor tersebut mengaku bosan kerana seringkali terjadi pencurian di rumahnya. Para pencuri masuk ke rumah dengan melompati pagar.

* Sumber okezone



Read more...

Ahli falak Arab yakin raya Rabu


* BEBERAPA lelaki menunggu giliran untuk membeli juadah bersahur di sebuah gerai di Jeddah, semalam.

Mahkamah Agung Riyadh arah lihat anak bulan petang 29 Ramadan

JEDDAH: Mahkamah Agung Arab Saudi meminta umat Islam di negara itu untuk melihat anak bulan Syawal pada petang Isnin yang jatuh pada hari ke-29 Ramadan (29 Ogos) dan melaporkan perkara itu kepada mahkamah terdekat jika sesiapa melihat anak bulan sama ada dengan mata kasar atau bantuan teropong.

Mahkamah mengarahkan mereka yang mahu melihat anak bulan terbabit menyertai jawatankuasa itu di setiap wilayah. 

Tamatnya berpuasa dan Hari Raya Aidilfitri diputuskan dengan melihat anak bulan Syawal. Bagaimanapun, pakar kaji bintang yang berselisih pendapat berhubung permulaan bulan suci Ramadan berdasarkan pengiraan astronomi, berdebat sekali lagi mengenai permulaan Syawal.

Mereka kini berhujah sama ada Aidilfitri, yang menandakan tamatnya bulan Ramadan, jatuh sama ada Selasa atau Rabu. Kontroversi berhubung permulaan Ramadan juga mencetuskan perdebatan. Persatuan Astronomi Arab Saudi menjangka Ramadan berlanjutan selama 30 hari tahun ini dan dalam kes itu, ia akan berakhir pada Selasa, 30 Ogos, dengan lebaran jatuh pada Rabu, 31 Ogos.

Persatuan itu berkata anak bulan tidak akan dilihat pada malam Isnin, 29 Ramadan, justeru Aidilfitri tidak akan disambut Selasa ini. Pengerusi persatuan itu, Majed Abu Zahra berkata anak bulan pada Isnin, 29 Ogos, akan kelihatan sebelum matahari terbenam, justeru tiada sesiapa dapat melihatnya.

Beliau menjelaskan pada hari berkenaan, bulan akan bertukar gerhana di semua bahagian pentadbiran kerajaan sebelum matahari terbenam sekurang-kurangnya tiga hingga enam minit justeru menjadikannya mustahil untuk melihat anak bulan terbabit. Katanya pada malam Selasa, 30 Ogos, bulan dapat dilihat dengan jelas tanpa bantuan teleskop sekali gus memberi petunjuk

Aidilfitri akan jatuh pada hari berikutnya, Rabu, 31 Ogos. Abu Zahra berkata ada dua pilihan yang diambil pihak berkuasa Arab Saudi iaitu pertama menjadikan Selasa, 30 Ogos hari pertama Aidilfitri dengan penduduk berpuasa selama 29 hari menurut kiraan astronomi.

Kedua, menjadikan Rabu, 31 Ogos, hari pertama lebaran ketika bulan dapat dilihat dengan mata kasar pada malam Selasa. – Agensi

* Sumber Berita Harian Online



Read more...

Sabtu, 27 Ogos 2011

Sensasi makan ditempat tinggi


* Restoran Sirocco di Bangkok, Thailand merupakan restoran tertinggi di dunia karena lokasinya yang berada di atap gedung terbuka. Restoran ini menyediakan berbagai macam menu pilihan dengan citarasa mewah dan menawarkan panorama serta pemandangan sungai Chao Pharaya.


* Restoran Sirocco yang berada di Bangkok, Thailand ini merupakan restoran tertinggi di dunia yang menyediakan berbagai macam menu pilihan dengan citarasa mewah.



* Restoran Sirocco merupakan restoran tertinggi di dunia karena berlokasi di atap gedung terbuka. Restoran ini menawarkan panorama dan pemandangan sungai Chao Pharaya.



* Suasana Bangkok malam hari dari atas restoran Sirocco.


* Sumber vivanews



Read more...

Laluan basikal yang unik di Britain


* LALUAN basikal yang unik di Warrington, Cheshire, Britain

CHESHIRE, Britain - Para penunggang basikal di Warrington terpaksa menggunakan laluan separuh bulat bagi mengelakkan mereka dilanggar, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lebih membingungkan, laluan tersebut amat pendek dan direka dengan menggunakan kapur putih.

Menurut seorang pengajar kenderaan, Dave Horgan, pihak majlis perbandaran perlu memikirkan dengan teliti sebelum membuat lambang yang mengelirukan seperti laluan basikal itu. - Agensi

* Sumber

Read more...

Tikus gergasi dibunuh di New York


JOSE RIVERA membunuh seekor tikus gergasi dengan menggunakan serampang peladang di kawasan perumahan Marcy di Brooklyn, New York baru-baru ini.

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seekor tikus gergasi dibunuh dengan menggunakan serampang peladang di sebuah kawasan perumahan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pekerja projek perumahan berkenaan, Jose Rivera, 48, sedang memusnahkan lubang tikus apabila tiga ekor tikus gergasi muncul baru-baru ini.

Seekor tikus itu sepanjang hampir satu meter termasuk ekor dengan badan haiwan itu dilitupi bulu putih dan ia kelihatan gemuk.

"Saya menikam tikus itu sekali tetapi ia masih bergerak lalu saya menikam haiwan itu sekali lagi dan ia mati," kata Rivera.

Ketua Persatuan Penduduk Perumahan Marcy di Brooklyn di sini memberitahu, tikus gergasi beberapa kali dilihat berkeliaran di tempat mereka sejak sekurang-kurangnya enam tahun lalu.

Pakar-pakar haiwan mengenal pasti tikus raksaksa itu sebagai tikus spesies C. gambianos yang boleh membesar hingga satu meter dengan berat hampir dua kilogram.

Tikus itu boleh hidup selama tujuh atau lapan tahun. - Agensi

* Sumber



Read more...

Guru Jadikan pornografi sebagai kerjaya setelah dipecat


* Shawn Loftis

INILAH.COM, Miami – Ketika melihat foto bogelnya di internet, lelaki asal Florida yang kehilangan pekerjaan sebagai guru mengaku berencana mendalami pornografi sebagai profesionnya.

Pemegang master administrasi publik Shawn Loftis (36) dari University of Miami ini mengatakan, ia menikmati menjadi guru pengganti di satu sekolah di Miami. Bahkan, ia mengaku dijanjikan menjadi guru tetap di sana. Namun, administrator memecatnya pada Mei lalu kerana ia kedapatan memiliki foto bogel di internet.

“Pejabat sekolah mengatakan saya melanggar aturan dewan sekolah yang mencerminkan kredit pada diri sendiri dan sistem sekolah,” ujar Loftis seperti dipetik UPI. Pencipta film seri World of Menini mengaku yakin ia tak seharusnya dipecat.

“Orang mengira ketika terlibat industri seks, Anda juga akan menyiksa anak-anak,” ujarnya. "Saya tak pernah memikirkan ini dan saya mengajar untuk memberi edukasi pada anak-anak," lanjutnya.

Loftis mengaku, kini ia akan kembali ke industri filem dewasa.

* Sumber inilah . com

Read more...

Makan banyak tetapi berat 38kg


MANCHESTER - Seorang wanita, Carole French (gambar), mengalami mimpi ngeri apabila berat badannya tetap 38.10 kilogram (kg) meskipun dia makan pelbagai makanan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu dua cahaya mata itu merupakan salah seorang daripada dua individu di dunia yang dikesan mengalami masalah badan mereka tidak boleh menyimpan lemak.

Disebabkan terlalu kurus, French, 50, perlu memakai pakaian saiz kanak-kanak berusia 10 tahun. Menurutnya, ekoran badannya yang terlalu kurus, orang ramai menganggap dia menghidap anoreksia.

"Saya makan seperti seekor kuda. Saya tidak pernah tidak makan," katanya. Dia berkata, ramai orang memberitahunya bahawa dia seorang yang bertuah kerana tubuhnya yang kurus.

Semasa dia berumur 13 tahun, berat badannya cuma 25.40kg menyebabkan ibu bapanya berasa yakin dia mengalami masalah pemakanan. - Agensi

* Sumber kosmo! Online



Read more...

Gadis lari ikut teman lelaki Nepal


* Norshahira Mohd. Rasul menghilangkan diri dipercayai mengikuti Imthias Khan ke Kathmandu, Nepal.

PADANG SERAI - Seorang gadis berusia 21 tahun dari Taman Kenangan, Sungai Karangan di sini bertindak lari dari rumah keluarganya untuk mengikut kekasihnya seorang lelaki Nepal pulang ke Kathmandu.

Gadis berkenaan Norshahira Mohd. Rasul dipercayai keluar rumah sejak 22 Ogos lalu dengan alasan menemui seorang temannya di Sungai Petani.

Setelah gagal menjejak anaknya, bapa gadis berkenaan Mohd. Rasul Kassim membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan sehari selepas itu.

Ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini, Mohd. Rasul yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, berkata mereka amat risau kerana menurut maklumat daripada polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Norshahira mengikut lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang, transit di Bangkok dan terus ke Kathmandu pada 23 Ogos lepas.

Mohd. Rasul berkata, sejak Aidilfitri tahun lalu setelah dia mengetahui Norshahira, yang pernah bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Kawasan Industri Padang Meha di sini, menjalin perhubungan dengan lelaki Nepal, juga pekerja di kilang yang sama, dia telah menasihat dan menghalang anaknya daripada meneruskan perhubungan itu. - Bernama

* Sumber kosmo! Online ( terkini )



Read more...

Jumaat, 26 Ogos 2011

Akibat main Paintball, Implan Payudara Wanita Ini PECAH

* Gambar hiasan

LONDON - Nahas! Maksud hati ingin bersenang-senang bersama teman-temannya dengan bermain paintball di Whyteleafe, London Selatan, seorang wanita berusia 26 tahun terluka setelah dadanya tertembak peluru paintball.

Pasalnya, implan payudara wanita tersebut pecah di bawah kulit kerana tembakan yang melesat di dadanya.

Pada awalnya dia berpikir dadanya hanya memar, demikian sebagaimana dipetik orange, Jumaat (26/8/2011). Tapi ketika dia pergi ke doktor beberapa hari kemudian, ternyata tembakan senapang paintball telah merobek implannya.

Insiden ini diyakini pertama kalinya terjadi di Britain dan menyebabkan 50 arena bermain paintball di Britain mengintruksikan kepada para wanita dengan payudara implan memakai pelindung ekstra.

* Sumber okezone


Read more...

Kucing duduk di atas pokok kaktus

* GAMBAR seekor kucing duduk di atas sebatang pokok kaktus di Gurun Sonoran, Arizona dirakamkan oleh Curt Fonger. [gambar kecil] IMEJ dekat seekor kucing duduk di atas sebatang pokok kaktus.

PHOENIX, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing duduk di atas sebatang pokok kaktus setinggi 15.24 meter selepas ia menyelamatkan diri daripada seekor singa yang lapar di Gurun Sonoran, Arizona, lapor sebuah akhbar semalam.


Kucing tersebut berada di atas pokok berduri itu selama enam jam sebelum ia turun tanpa mengalami sebarang luka setelah singa tiada di sekitar kawasan pokok berkenaan.

Insiden melucukan tersebut berlaku pada pokok kaktus gergasi Saguaro yang berusia 300 tahun dan mempunyai duri sepanjang 5.08 sentimeter.

Gambar kucing di atas pokok kaktus itu dirakamkan oleh Curt Fonger, 69. Dia merakamkan gambar tersebut pada pukul 7 pagi selepas diberitahu oleh kawannya bahawa terdapat seekor kucing yang dikejar oleh seekor singa. - Agensi

* Sumber kosmo! Online


Read more...

Ibu berusia 44 tahun miliki 18 anak

 
* KELLY BATES dan suaminya, Gil bergambar bersama 18 orang anak mereka.

LAKE CITY, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu, Kelly Bates mahu memiliki dua lagi cahaya mata lelaki walaupun dia dan suaminya telah memiliki 18 orang anak, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelly yang merupakan seorang suri rumah tinggal bersama suaminya, Gil dan 18 anak mereka di sebuah rumah di sini, negeri Tennessee. Suami Kelly yang berusia 46 tahun merupakan seorang pekerja pemotong dan pemeliharaan pokok.

Ketika ditanya semasa diwawancara dalam program berita ABC News yang disiarkan kelmarin mengenai hasratnya untuk memiliki lebih ramai anak, Kelly yang berusia 44 tahun itu berkata, dia berasa lebih normal apabila mengandung.

"Saya juga akan gembira jika dapat mendukung bayi," katanya yang melahirkan anak pada setiap tahun.

Anak-anak pasangan tersebut ialah Zach, 22, Michaella, 21, Erin, 20, Lawson, 19, Nathan, 18, Alyssa, 16, Tori, 15, Trace, 14, Carlin, 13, Josie, 12, Katie, 10, Jackson, 9, Warden, 8, Isaiah, 6, Addallee, 5, Ellie, 4, Callie, 2, dan akhir sekali, Judson yang berusia 11 bulan. Menurut Kelly, memiliki keluarga besar tidak semestinya memerlukan belanja yang besar.

Keluarga itu kini tinggal di sebuah rumah berkeluasan 371.6 meter persegi yang memiliki lima bilik tidur.

Bagi memastikan pakaian anak-anaknya kekal bersih, Kelly memiliki lima buah mesin basuh dan tiga mesin pengering serta ampaian yang dapat menyidai beratus-ratus baju, seluar dan juga pakaian dalam. Keluarga berkenaan menaiki dua buah van untuk ke sesuatu destinasi.

 
* KELLY BATES dan suaminya.
 
Sebuah van itu dapat membawa 15 penumpang manakala van kedua memiliki 7 tempat duduk. Mereka akan keluar membeli barangan dapur setiap dua hari dan membelanjakan lebih AS$250 (RM747) setiap kali berbuat demikian. - Agensi

* Sumber


Read more...

Penculikan Anjing Meningkat di AS


* Anjing Yorkshire terrier/Ist

OHIO - Penculikan anjing di Amerika Syarikat baru-baru ini meningkat dengan mendadak, apa yang menyebabkan meningkatnya penculikan anjing peliharaan ini?saat kembali ke rumah melihat keadaan rumah berantakan dan barang-barang dicuri mungkin tidak membuat wanita ini gila, tapi hilangnya dua anjing Yorkshire terriernya yang berusia sembilan tahun membuat Peggy Riley menggila.

"Saya tidak ingat apapun, hingga akhirnya saya sedari bahwa saya sudah berada di tengah jalan dan berjarak sekira dua rumah dari kediaman. Saya berteriak memanggil anjing, dan menangis tidak terkawal," ujarnya seperti dipetik BBC, Khamis (25/8/2011).Riley (48), sudah menghabiskan ribuan dolar untuk menemukan kedua anjingnya.

Dia pun bersedia memberikan hadiah sebesar USD10 ribu atau sekira agar anjingnya boleh kembali.Bahkan dia membuat pengumuman di jejaring sosial Facebook, memasang iklan di beberapa surat khabar dan juga memasang billboard.

Direktor Kepolisian Anjing AS Russel Hess menyatakan bahwa kini penculikan anjing merupakan salah satu cara menghasilkan wang dengan mudah.Semua tipe anjing pada umumnya berisiko, namun jenis Yorkshire terrier dan Pomeranian merupakan anjing yang paling popular untuk diculik dan mudah dibawa.

Orang-orang kini menganggap anjing mereka seperti anak, membelikan hadiah, memberikan makanan dan pengubatan termahal. Sehingga hilangnya seekor anjing boleh membuat mereka merasa kehilangan segalanya.

* Sumber okezone



Read more...

China haramkan lagu Lady Gaga


* Lady Gaga

BEIJING 25 Ogos - China mengharamkan laman web daripada memaparkan 100 lagu daripada artis terkemuka seperti Lady Gaga dan Backstreet Boys, kata kenyataan dalam laman web Kementerian Kebudayaan republik komunis itu.

Kementerian itu berkata, ia bertujuan untuk mengawal 'peraturan' pasaran muzik di Internet, dan lagu-lagu 'yang memudaratkan budaya di negara itu mesti dibersihkan serta dikawal di bawah undang-undang'.

Notis tersebut yang diterbitkan pada 19 Ogos lalu dan dipamerkan dalam laman web kementerian, menyenaraikan lagu nyanyian Lady Gada iaitu The Edge of Glory, Hair, Marry the Night dan Bloody Mary.

Kenyataan itu tidak menjelaskan faktor lagu-lagu terbabit diharamkan namun kebiasaannya China menapis sebarang perkara yang dianggap menyentuh sensitiviti politik.Lirik terakhir lagu Bloody Mary mengandungi ayat 'Oh liberdade, mi amor' (Oh kebebasan, cintaku), dan lagu Hair dengan lirik 'This is my prayer, That I'll die living just as free as my hair' (Ini doaku, Aku akan hidup dan mati dengan bebas seperti rambutku).

Turut disenarai hitamkan oleh kerajaan China ialah lagu daripada kumpulan terkenal Backstreet Boys; penyanyi R&B, Beyonce; kumpulan muzik dari Kanada, Simple Plan dan kumpulan pop Britain, Take That.

Lagu artis Asia yang diharamkan termasuklah penyanyi Taiwan, Zhang Hui-mei yang sebelum ini menghina kerajaan Beijing selepas menyanyikan lagu kebangsaan Taiwan semasa pelantikan bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian pada 2000.China, yang menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya, mengharamkan Hui-mei buat sementara waktu daripada membuat persembahan di Tanah Besar dan membatalkan semula iklan produknya.

Pihak berkuasa dilaporkan turut mengharamkan beberapa kumpulan muzik dari luar negara untuk membuat persembahan secara langsung di China, atau meneliti terlebih dahulu senarai lagu bagi mengetepikan lagu yang dianggap sensitif.

Sekatan sedemikian semakin ketat dikenakan terhadap persembahan artis dari luar negara selepas penyanyi Iceland, Bjork menjerit 'Tibet!' ketika selesai menyanyikan lagunya, Declare Independence pada pertunjukan Shanghai 2008.Sejak 2010,

China mengkehendaki semua lagu yang dimasukkan dalam laman web muzik supaya mendapat kelulusan terlebih dahulu, sebagai sebahagian langkah untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak. - AFP

* Sumber Utusan Online



Read more...

Connie Terlahir dengan 'Hidung Badut'


* Connie Lloyd/Dailymail

LONDON - Tak ada yang lucu dengan hidung badut berwarna merah cerah, jika terdapat di hidung buah hati kita.

Namun, Connie Lloyd, gadis cilik berusia dua tahun kini telah mendapatkan kembali keceriaannya, setelah mengalami pembedahan pengangkatan tumor jinak pada hidungnya. Tumor itu sempat membuat membuatnya sempat dijuluki si Hidung Badut.

Julukan hidung badut tentu tidak menyenangkan bagi gadis cilik seperti Connie Lloyd. Tapi apa daya, Connie yang malang terlahir dengan memiliki tumor jinak yang menutupi hidungnya. Tak jarang dia diejek dengan kata-kata yang menyakitkan hati.

Senyum cerianya hampir menjadi impian sebelum akhirnya keluarga Connie bertemu seorang doktor ahli bedah yang meyakinkan dapat menbedah hidung Connie untuk mengangkat tumor tersebut.

"Kami terus-menerus khuatir. Para doktor mengatakan jika tumor itu dipotong atau bahkan hanya tergores saja, itu dapat menyebabkan kematian bagi Connie. Ada pun ubat yang dapat menolongnya, hanyalah menghentikan pertumbuhan tumor tersebut, bukan menghilangkannya," ujar Zara Green (24), ibunda Connie, seperti dikutip Dailymail, Kamis (25/8/2011).

"Tetapi saya terus berusaha mencari informasi tentang ahli bedah dan akhirnya bertemu dengan Dr Iain Hutchison, dia mengkhususkan dirinya untuk mengubati kerosakan wajah," katanya.

Setelah menjalani pemdedahan di Hospital Great Ormond Street yang berlangsung selama 3,5 jam, Connie kecil kini telah terbebas dari 'hidung badut' yang sempat "menempel" di wajahnya. Gadis kecil yang pemalu tersebut kini telah memiliki alasan untuk tersenyum setelah ahli seorang ahli bedah menantang peluang terburuk yang terjadi pada Connie.

Hasil pembedahan pun terbilang bagus, bekas bedah hanya berbentuk goresan seperti bekas luka.

* Sumber okezone



Read more...

Telinga, hidung, bibir digigit angkara berebut wanita



LONDON: Seorang lelaki cedera apabila telinga, bibir dan sebahagian hidungnya digigit selepas diserang seorang lelaki lain di jalanan.

Mangsa yang berusia 31 tahun itu diserang di luar kelab malam oleh musuhnya selepas mereka bergaduh gara-gara seorang wanita.

Mangsa jatuh ke lantai selepas ditumbuk di kepala sembilan kali sebelum penyerangnya membongkok dan mula ‘menggigit muka dan kepalanya’.

Pegawai polis yang menyiasat kejadian itu berkata, insiden terbabit mengingatkannya kepada ‘singa yang membaham daging rusa’ dan menjelaskannya sebagai serangan paling menjengkelkan pernah dilihatnya sepanjang 27 tahun kariernya.

* Sumber myMetro





Read more...

Khamis, 25 Ogos 2011

Gambar : Perkahwinan pasangan Lesbian di sebuah kelab malam


* Sekitar 60 pasangan lesbian menikah pada pesta pernikahan massal terbesar yang diadakan di sebuah kelab malam di Taipei, Taiwan, minggu lalu. Sebahagian besar pasangan lesbian menggunakan gaun putih dan pita putih yang menghiasi rambut mereka pada pernikahan dengan tema 'Barbie'. Acara ini mampu menarik lebih dari 1.000 pengunjung yang datang, termasuk diantaranya teman, saudara, maupun pengunjung klub yang datang kerana rasa penasaran ingin melihat acara tersebut. Meskipun pernikahan sesama jenis masih belum dilegalkan di Taiwan, namun perayaan pernikahan massal tersebut berjalan lancar tanpa gangguan polis atau aksi protes lainnya. (Foto: AP Photo/Wally Santana) 





* Siap dapat Sijil perkahwinan


* Sumber vivanews

Read more...

Dipaksa Menikah, Ternyata Sesama Jenis


BANDA ACEH, KOMPAS.com — Polis syariah di Nanggroe Aceh Darussalam (NAD) bingung menangani kes dua perempuan yang harus menikah atas desakan para tetangga. Para tetangga itu mengira, salah seorang dari dua perempuan yang tinggal satu kamar kos itu laki-laki. Mereka berpikir, daripada bergelumang dosa, mereka harus menikah.

Kedua perempuan itu, Nuraini dan Rohani, berada di bawah tekanan ketika pernikahan itu berlangsung. Para tetangga menduga Rohani seorang pria kerana penampilannya yang tomboy. Nama panggilannya pun Ranto, yang terdengar sangat maskulin.

Namun, setelah pernikahan, kecurigaan muncul bahwa Rohani sebenarnya perempuan. Penduduk setempat pun membawa mereka ke polisi hari Minggu (21/8/2011) lalu. Kini giliran polisi yang bingung. "Dalam kitab nabi, orang-orang yang melakukan hal seperti itu harus dipenggal atau dibuang ke laut, tetapi kita tidak punya aturan seperti itu," kata Muddasir, kepala polisi syariah di Aceh, kepada Reuters, Rabu.

Polisi syariah bertanggung jawab memantau perilaku warga di provinsi itu. Mereka sering menertibkan orang yang berpakaian minim atau pasangan yang belum menikah.

Muddasir mengatakan, kantornya telah membolak-balik aturan-aturan yang ada, tetapi tidak menemukan pasal yang mengatur pernikahan sesama jenis. Dia mengatakan, pasangan itu telah ditahan. Polisi dan tokoh agama mempertimbangkan cara untuk memisahkan mereka selamanya.

* Sumber kompas



Read more...

Nasib, Anak Ayam Tanpa Bulu


* Ha Mao alias Mr. Feather, ayam yang lahir tanpa bulu/ChinaNews

SHANDONG - Malang sekali nasib seekor ayam berusia lima bulan milik Lao Yin. Meskipun dinamakan Mr Feather (Si Bulu), namun pada kenyataannya, dia adalah seekor ayam yang dilahirkan tanpa memiliki bulu.

Hidup menjadi ayam tanpa bulu bukanlah hal yang mudah bagi ayam ini.

Seringkali nyawanya terancam dari manusia-manusia yang lapar atau bahkan kucing-kucing yang seringkali siap menerkamnya. Tapi untungnya sejauh ini, dia selamat.

Unggas tidak berbulu ini menetas lima bulan lalu di Provinsi Shandong, China. Semenjak dia lahir lima bulan lalu, sejak itulah dia telah menjadi selebriti lokal.Banyak orang berduyun duyun datang ke peternakan Lao Yin untuk melihat langsung wujud dari unggas malang ini.

Menurut Lao Yin, Mr Feather atau Ha Mao dalam bahasa China, mengalami pertumbuhan yang lembam.

"Beratnya kurang dari setengah kilogram, sementara teman-teman lainnya yang berbulu dan berat dua sampai tiga kilogram," ujar lao sebagaimana dipetik ChinaNews, Rabu (24/8/2011).

"Saya mulai melihat perbedaanya semenjak 10 hari setelah kelahirannya, yang lain mengembang, sedangkan dia seperti telanjang," tambahnya.

* Sumber okezone

Read more...

Kapsul belon untuk pelancong lihat Bumi


* KAPSUL yang bergerak ke lapisan stratosfera Bumi dengan belon.

BARCELONA - Sebuah syarikat Sepanyol mencipta sebuah kapsul yang akan membawa pelancong ke stratosfera Bumi dengan menggunakan belon helium pada 2013, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Stratosfera berada pada ketinggian di antara 12 hingga 50 kilometer dari Bumi.

Syarikat Zero 2 Infinity itu mengenakan tambang sebanyak £90,000 (RM442,734) untuk setiap pelancong yang berada di dalam kapsul tersebut selama lima jam.

Para pelancong akan menikmati pemandangan Bumi. Kapsul tersebut direka supaya mereka boleh memakai baju-T semasa berada di dalamnya.


* BENTUK kapsul yang akan dinaiki oleh pelancong.

Ketua Pegawai Eksekutif Zero 2 Infinity, Jose Mariano Lopez-Urdiales berkata, dia mendapat idea untuk melaksanakan projek tersebut sepuluh tahun lalu.

Setakat ini tiga ujian sudah dilakukan pada jarak 32.18 kilometer dari bumi.Para pelancong akan disajikan makanan semasa mereka berada di dalam kapsul itu. - Agensi

* Sumber Kosmo! Online

Read more...

Lembu tersangkut pada penghadang jalan


* SEEKOR lembu tersangkut pada penghadang jalan dekat kampung Montecorvino Rovella-Salerno di Itali baru-baru ini.

ROM - Seekor lembu tersangkut pada penghadang jalan dekat kampung Montecorvino Rovella-Salerno di Itali, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku apabila lembu itu cuba untuk melompat melepasi penghadang jalan itu.

Namun, kesilapan lompatan itu menyebabkan ia hilang iimbangan sekali gus mengakibatkan badan haiwan tersebut tersangkut pada penghadang jalan baru-baru ini.

Seorang mekanik, Roberto Marano, 42, berjaya merakamkan gambar haiwan itu.Namun, katanya, lembu itu akhirnya berjaya melepaskan diri. - Agensi

* Sumber



Read more...

Pasang Iklan Mencari Suami Baru Buat Isteri


* Liu Li dan keluarga
'
VIVAnews - Sebuah kisah cinta romantis pasti mengundang haru setiap penontonnya. Bagai sebuah filem fiksi, kehidupan Liu Li menggambarkan pengorbanan seorang suami agar isterinya hidup bahagia.

Li, 39 didiagonosis doktor dengan penyakit Ankylosing Spondylitis, sejenis penyakit tulang yang menjadikan semua tulang belakang menyatu. Tim medis mengatakan, walaupun penyakitnya dapat dibantu dengan obat dan penahan rasa sakit, tetap saja penyakit ini tidak dapat disembuhkan. Lagipula biaya pengobatan terlalu mahal bagi Li.

Menghadapi masa depan yang suram, mantan mahasiswa kedokteran dari Shizuang di timur Cina ini membujuk istrinya, Shi Zhihong, 37, agar menceraikannya dan mencari suami baru. Li berharap, dapat menemukan calon suami bagi isterinya sekaligus ayah tiri terbaik bagi kedua anaknya. Dia nekad memasang iklan secara online yang berbunyi:

“Tolong, tolonglah saya mencarikan suami yang baik untuk isteri saya. Saya tidak mau jadi bebannya lagi.” 

“Saya benar- benar sakit, dan sebentar lagi saya akan terperangkap di kursi roda. Tapi istri saya masih muda dan ia berhak melewati hari-hari dengan bahagia. Kalau tidak, saya tidak dapat beristirehat dengan tenang meskipun mati,” ujarnya seperti dikutip Telegraph.

Li merasa sangat tertekan dengan masalah yang ia berikan pada keluarganya. Akibat penyakitnya, ia tidak dapat bekerja dan kesulitan dana untuk membiayai pengobatannnya.

'' Saya telah mengusahakan yang terbaik, tapi saya rapuh dan mereka berhak mendapatkan yang terbaik. Hati saya lebih tenang apabila mereka sudah terjamin,” tambahnya.

Meski sang ayah mengharap hidup yang baru bagi istri dan anak-anaknya, ketiga anggota keluarganya bergeming. Dengan polos, kedua anaknya menahan keinginan untuk tidak memakan permen karena berpikir itu dapat membantu ayah mereka pulih seperti semula.

Pasangan ini mempunyai satu kesempatan terakhir mempertahankan keluarga mereka, dengan mengajukan permohonan kepada badan amal untuk membantu biaya pengobatan.

“Kami adalah keluarga yang baik, tapi miskin dan kami butuh bantuan,” kata Zhihong. “Saya akan tetap jadi istreinya sekarang dan di kehidupan yang akan datang,” ucapnya.

• VIVAnews



Read more...

Nelayan tangkap ketam ganjil


* RUPA bentuk ketam ganjil yang kini dipelihara di Akuarium Blue Reef, Southsea, Hampshire, Britain.

SOUTHSEA - Seorang nelayan menangkap seekor ketam ganjil yang wajahnya dikatakan mirip makhluk asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon Arnold Schwazenegger pada tahun 1980-an, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan tersebut diserahkan untuk dipamerkan baru-baru ini.

Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan ia boleh menyamar dan mengelak daripada dilihat menerusi pemandangan mata semasa haiwan tersebut berada di dasar laut.

Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas ia selesai dikuarantin. - Agensi

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Takut Sama Hantu, Pekerja Bangunan Berhenti Kerja


NAPLES - Para pekerja yang sedianya merenovasi bangunan museum di Naples, Italia, berhenti kerana takut hantu di museum tersebut.

Museum Arkeologi Nasional akhirnya mengundang paranormal dari seluruh dunia untuk memecahkan misteri tersebut.

Para pekerja bangunan mengaku kerap mendengar suara arwah yang menjerit sangat mencekam. Mereka juga merasakan temperatur udara sekitar tidak biasa. Bahkan beberapa bekerja melihat sendiri penampakan hantu.

Arkitek yang bertanggung jawab terhadap pekerjaan itu, Oreste Albareno, mencuba mencari kebenaran dengan bermalam. Namun akhirnya dia sendiri mendapatkan pengalaman yang sama seperti anak buahnya.

"Saya mencuba untuk mengambil gambar dengan telepon bimbit. Gambar menunjukkan seorang gadis kecil, tapi tidak ada siapa pun di lokasi," ujarnya seperti dipetik Orange, Rabu (24/8/2011).

"Tidak ada anak buah saya yang membawa anaknya ke lokasi. Tempat ini juga terkunci rapat sehingga tidak mungkin ada anak kecil yang boleh menyusup masuk," lanjutnya.

Paranormal yang diundang akan datang pada September mendatang untuk menyelidiki keberadaan hantu tersebut.

* Sumber okezone

Read more...

Kereta seperti F1 bergerak di jalan raya


* FURORE F1 ciptaan Russ Bost sah digunakan di atas jalan raya di Britain.

BENFLEET, Britain - Seorang peminat kereta lumba, Russ Bost (gambar kecil) yang berusia 54 tahun membelanjakan hanya £10,000 (RM49,146) untuk mencipta sebuah kereta seperti Formula Satu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pada kebiasaannya, kos untuk membina sebuah kereta F1 melibatkan berjuta-juta pound.

Kereta itu juga sah di sisi undang-undang untuk dipandu di atas jalan raya bersama dengan kenderaan lain.Bost mencipta kereta itu yang mampu bergerak selaju 273.59 kilometer sejam.

Dia menggunakan sebuah enjin motosikal Kawasaki manakala banyak peralatan termasuk gear dan brek diambil daripada kereta Toyota MR2, yang dibelinya pada harga cuma £300 (RM1,474).Kereta itu diberi nama Furore F1 dan ia mampu memecut dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam dalam tempoh tiga saat.Menurut Bost, semasa memandu kereta itu di bandar, ramai orang yang memerhatikannya.

"Saya kerap ditanya jika kereta itu benar-benar sebuah kereta lumba F1," katanya.

Kereta lumba F1 yang dipandu oleh pelumba Lewis Hamilton dan Jenson Button memerlukan penggunaan minyak 3.78 liter untuk setiap 6.43 kilometer.Namun, kereta ciptaan Bost itu mampu menggunakan minyak 3.78 liter untuk setiap perjalanan sejauh 48.28 kilometer. - Agensi

* Sumber

Read more...

4 lelaki Rusia dipenjara 36 tahun | Rogol pelajar wanita dari Malaysia


LONDON 24 Ogos – Mahkamah Woolwich Crown di sini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 36 tahun ke atas empat lelaki Rusia kerana merogol seorang pelajar wanita rakyat Malaysia dan merakam kejadian itu menggunakan telefon iPhone.

Keputusan tersebut dijatuhkan ke atas Oleg Ivanov dan Gregory Andreev Melnikov, masing-masing 23, Norayr Davtyan, 22, serta Armen Simonyan, 19, kesemuanya pelajar sebuah kolej berpestij di selatan London selepas 11 juri termasuk empat wanita sebulat suara mendapati mereka bersalah.

Davtyan yang merupakan ketua kumpulan tersebut dikenakan hukuman penjara 10 tahun, Melnikov pula dipenjara sembilan tahun, manakala Ivanov dan Simonyan masing-masing dijatuhi hukuman penjara lapan tahun.

Hakim Peter Murphy berkata, rakaman video tersebut menunjukkan defendan tidak berperikemanusiaan dan hanya menyifatkan mangsa berusia 18 tahun itu sebagai objek seks.

Keempat-empat pelajar lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 21 Januari lalu di bilik Davtyan ketika kolej berkenaan mengadakan parti disko untuk pelajar-pelajarnya.

Rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa bercakap dengan Melnikov di satu ruang merokok di kolej tersebut sebelum dibawa ke bilik Davtyan. Di bilik tersebut, mangsa dilihat muntah dan terbaring di lantai dan akhirnya bersendirian bersama empat lelaki tersebut di bilik berkenaan apabila parti itu tamat. Rakaman video daripada iPhone milik Davtyan menunjukkan keempat-empat lelaki itu merogol gadis tersebut antara pukul 12.38 malam dan 3.10 pagi.

Ivanov, Melnikov, Davtyan, Simonyan sebelum ini membuat pengakuan tidak bersalah ke atas dua tuduhan merogol. Mereka mendakwa perbuatan mereka itu mendapat persetujuan mangsa. – Agensi

* Sumber Utusan Online



Read more...

Naik berahi dalam bas



SANDAKAN: Seorang lelaki dipercayai ‘gila seks’ bukan saja cuba mencabul kehormatan seorang gadis, malah bertindak samseng apabila cuba memperkosa mangsa di dalam bas yang sedang bergerak dan dipenuhi penumpang, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa yang juga pelajar kolej berusia 20 tahun itu menaiki bas berkenaan dari Terminal Bas Milimewa untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum, Batu 16, di sini, kira-kira jam 4 petang. Bas terbabit berhenti dan dinaiki seorang penumpang lelaki berusia 35 tahun yang duduk di sebelah mangsa sebelum mereka berbual dan pada masa sama lelaki terbabit cuba meletakkan tangan di bahu gadis itu, tetapi dihalang mangsa.

Lelaki itu mengulangi perbuatannya menyebabkan mangsa dan penumpang lain menegur tindakannya dan mangsa yang berang dengan perbuatan itu menolak suspek menyebabkan dia berang.

Seperti dirasuk hantu, suspek cuba memeluk dan menanggalkan skirt dipakai mangsa menyebabkan mangsa menjerit dan beberapa penumpang lain kemudian campur tangan sebelum menahan suspek dan diserahkan kepada polis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Rabu, 24 Ogos 2011

Mengaku Sebagai Vampire, Remaja Ini Gigit Perempuan


* Lyle Monroe Bensley (19) menggigit seorang wanita kerana merasa dirinya vampire yang sedang kelaparan.

TRIBUNNEWS.COM, TEXAS - Terkadang penyakit kejiwaan memang tidak jelas asal-usulnya. Seperti yang dialami oleh Lyle Monroe Bensley (19) yang menggigit seorang wanita kerana merasa dirinya vampire yang sedang kelaparan.

Seperti dilpetik Sydney Morning Herald, Bensley memasuki apartement seorang wanita di Galveston, Texas dengan mengenakan seluar pendek Ketika berhasil masuk, Bensley menggeram dan mengeluarkan suara berdesis dan langsung menggigit serta memukul wanita tersebut diatas ranjang.

Aksi Bensley ini diketahui kepolisian setempat dan langsung mengejar Bensley. Juru cakap kepolisian setempat, Kapten Jeff Heyse, menyatakan saat itu Bensley menyeret seorang wanita keluar apartement, namun korban berhasil lari.

"Dia mencuba memanjat pagar untuk kabur. Saat ditangkap, dia berteriak-teriak mengaku sebagai vampire berusia 500 tahun yang sedang kelaparan.

''Saya pernah berurusan dengan sejumlah orang yang mengaku sebagai Yesus dan sebagainya, tetapi baru kali ini saya melihat ada orang yang mengaku dirinya sebagai vampire," ujar Jeff.

Sedangkan menurut ahli psikologi klinis AS, Profesor Josh Klapow dari University of Alabama, menyatakan filem-filem popular dan siaran-siaran television seperti Twilight dan True Blood dapat menginspirasi orang-orang dengan penyakit jiwa.

"Vampire sangat menonjol di masyarakat kita saat ini dari sudut pandang kultur pop. Informasi itu boleh mendorong halusinasi," ujar Josh.

Sementara itu paramediks setempat telah memastikan bahwa Bensley tidak sedang dalam pengaruh narkoba ketika kejadian. Bensley ketika ini ditahan dengan jaminan uang US$ 40 ribu dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan jiwa.

* Sumber tribunnews



Read more...

Gambar : Aksi para Matador Belia


* Sejumlah matador belia beraksi dalam ajang adu banteng junior di Mexico City, Mexico, Selasa (23/8). Ajang ini digelar untuk mempopularkan olahraga adu banteng yang selama ini lebih sering diidentikkan dengan Spanyol. (Foto: AP Photo/ Arnulfo Franco)







* Sumber vivanews



Read more...

Megan Fox Hapus Tato Marilyn Monroe


* Megan Fox dengan tato Marilyn Monroe. Foto: famouspeoplewithtattoos.com

TEMPO Interaktif, Aktris Hollywood Megan Fox sudah lama dikenali sebagai wanita penyuka Tato. Banyak bahagian tubuhnya dihiasi tato dengan makna khusus. Salah satunya adalah wajah Marilyn Monroe.

Mantan bintang Transformers ini memutuskan untuk menaruh wajah salah satu simbol seks di lengan bahagian dalam itu kerana dia kagum dengan Monroe. Kini semua itu berbalik 180 derajat.

Fox melihat sosok Monroe sebagai karakter yang negatif. Sebab, saat di puncak kariernya Monroe sempat menderita gangguan kepribadian yang kini dikenal sebagai bipolar.

"Saya tidak ingin memiliki energi negatif seperti itu dalam hidup. Makanya saya menghapusnya," katanya dalam situs The Huffington Post, Selasa, 23 Osos 2011.


Selain menghapus tato yang dahulu sangat dikagumi, Fox pun mulai sedar untuk jalani hidup yang lebih sihat. Ikon Armani Jeans ini merasa dirinya kini terlalu kurus dan harus mengubah pola dietnya yang tidak sihat.

"Hampir satu setengah tahun saya jalani diet vegetarian yang ketat. Saya hanya makan buah-buahan dan sayuran mentah. Tidak pernah memakan roti, gula, dan kopi," ungkap Fox yang mengaku baru saja merombak ulang pola dietnya 4 bulan terakhir.

Fox mengakui, berat badannya turun terlalu drastis sehingga ia memutuskan untuk mengkonsumsi makanan yang lebih banyak sekarang. Selain itu ia juga melakukan olahraga 3 kali dalam seminggu bersama dengan pelatihnya, Harvey Pasternak.

* Sumber tempointeraktif



Read more...

Nenek 90 tahun usir pencuri dengan tongkatnya


BERLIN, KOMPAS.com — Meski sudah berusia 90 tahun, seorang perempuan Jerman dengan penuh semangat mengusir tiga orang yang diduga pencuri dari rumahnya dengan tongkat, kata polis Isnin(22/8/2011).

Perempuan yang dulu petani itu sedang jalan-jalan di sekitar rumahnya dengan bantuan tongkat saat ia melihat tiga penyusup yang terdiri dua lelaki dan seorang perempuan.

Ia mengambil tongkatnya dan mulai menggunakan tongkat itu untuk memukul tersangka pencuri tersebut.Ketiga orang itu melarikan diri dari rumah di kota kecil di luar Muenster tersebut. "Dia benar-benar berani," kata juru cakap polis.

"Namun, itu juga sangat berbahaya buat dia. Ia beruntung sekali sebab tak ada kejadian serius yang menimpanya," kata juru cakap polis itu.

* Sumber kompas





Read more...

Kate Winslet selamatkan ibu bilionair berusia 90 tahun


* KATE WINSLET

PULAU NECKER, Kepulauan Virgin - Aktres Britain, Kate Winslet membantu menyelamatkan ibu ketua syarikat penerbangan tambang murah Virgin, Richard Branson apabila vila yang mereka diami di tepi Laut Carribean di sini terbakar setelah disambar petir.

Wanita berusia 90 tahun itu dibawa keluar ke tempat yang lebih selamat. Winslet dan anak-anaknya adalah antara tetamu yang terpaksa melarikan diri apabila kediaman milik Branson itu hangus terbakar.


* SEORANG anggota bomba menyembur air ke arah rumah milik Richard Branson di Pulau Necker, Kepulauan Virgin kelmarin.

Rumah agam berharga beberapa juta pound itu dibina di atas pulau ini yang dibeli oleh taikun berkenaan pada harga £60 juta (RM294.21 juta). Ia disambar petir sebelum terbakar awal pagi kelmarin apabila rantau berkenaan dilanda Taufan Irene yang bergerak selaju 144 kilometer sejam.

Api merebak dengan cepa,t sekali gus memaksa penghuninya termasuk Winslet dan dua anaknya bertindak menyelamatkan nyawa mereka.

Menurut Branson, Winslet bertindak seperti seorang wirawati Hollywood sejati apabila ia mengangkat wanita berusia 90 tahun itu dan berjalan keluar dari rumah agam berkenaan yang runtuh sejurus kemudian.

Ketika kejadian, Branson, 61, menginap di sebuah vila lain sekitar beberapa puluh meter daripada rumah agam berkenaan bersama isteri, Joan dan anak lelakinya, Sam.

"Terdapat sekitar 20 orang dalam rumah itu dan mereka semua berjaya keluar dengan selamat," katanya.

Branson yang mengetuai konglomerat Kumpulan Virgin yang terdiri daripada 400 buah syarikat, memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$4.2 bilion (RM12.4 bilion).- Agensi

* Sumber Kosmo! Online



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP