GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Ahad, 2 November 2014

Wanita Bunuh Diri Kerana Suami Enggan Tonton Filem Shah Rukh Khan

Shah Rukh Khan

SEORANG wanita di India bertindak meminum cuka sebagai tanda protes terhadap suaminya yang tidak mahu menonton filem lakonan aktor Shah Rukh Khan berjudulHappy New Year.
Wanita yang dikenali sebagai Neha itu tidak dapat diselamatkan doktor apabila keseluruhan organ dalamannya rosak dan terbakar akibat cecair berasid itu.

Seperti dilapor One India News, wanita berusia 21 tahun itu turut membuat sebuah rakaman video yang memberitahu bahawa perkara tersebut adalah kesalahan suaminya, Vishal.

Vishal menolak untuk menonton filem tersebut pada hari pertama tayangan kerana terlalu ramai orang. Namun perkara tersebut telah membuatkan wanita itu terlalu kecewa hingga tekad membunuh diri.

Sementara itu, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Shah Rukh Khan berhubung kes tersebut.

mStar Online


Read more...

Jumaat, 24 Oktober 2014

Julia Perez (Jupe) sibuk pilih sperma

Jupe
Penyanyi dangdut Julia Perez berkata sebelum dia memulakan proses mendapatkan zuriat melalui tabung uji, sperma yang didermakan itu mesti memiliki kualiti tinggi.

Dia yang lebih dikenali sebagai Jupe, 34, berkata kualiti yang baik penting untuk memastikan anak yang bakal dikandungnya sihat.

Bekas kekasih pemain bola sepak Gaston Castano itu juga mengakui amat teliti dalam memilih ciri-ciri yang dapat memastikan bakal pasangannya itu tidak mengecewakan.

“Saya mahu suami yang spermanya bagus supaya boleh terus mendapat anak.

“Sudah pasti jika mahu berkahwin dia perlu menjalani ujian kesihatan terlebih dulu,” katanya.

Jupe baru-baru ini mencetuskan polemik apabila mendedahkan mahu menjalani rawatan kesuburan bagi mendapat anak.

Selain Singapura, dia juga merancang pergi ke Pulau Pinang bagi merealisasikan impiannya.

Hasrat itu ditentang banyak pihak termasuk Majlis Ulama Indonesia kerana kehamilan Jupe berlaku tanpa pernikahan.

Namun Jupe kemudian mengakui bercadang berkahwin dengan lelaki penderma sperma itu nanti.

Kata Jupe, dia tidak mahu calon suaminya dalam kalangan lelaki yang gemar menghabiskan masa di kelab malam atau disko.

“Juga suami saya tidak boleh merokok,” katanya, semalam.

Sehingga kini, sudah ada tiga orang mendermakan sperma untuk Jupe.

“Tapi bukan mudah untuk membuat pilihan.

“Ketika ini saya sering berjumpa dan berhubung dengan tiga penderma berkenaan untuk memastikan keserasian jika tiba masanya untuk bernikah,” katanya.

 - Agensi

Read more...

Khamis, 23 Oktober 2014

Google padam gambar TANPA PAKAIAN SELEBRITI

Antara selebriti yang dipadam gambar bogel mereka.

Isu skandal ‘Celebgate’ atau penyebaran gambar bogel selebriti di internet menyebabkan laman carian Google memadam puluhan ribu gambar tersebut, selepas diancam dikenakan tuntutan mahkamah, lapor sebuah laman web, ZDNet.

Gambar HOT !
Dalam kenyataannya kepada laman web berkenaan, Google telah memadam puluhan ribu gambar selebriti serta menutup beratus-ratus akaun berkaitan skandal tersebut.

Bulan lalu, cache foto peribadi milik beberapa selebriti termasuk Jennifer Lawrence, Mari Elizabeth Winstead dan model baju renang Sports Illustrated, Kate Upton dicuri dan dimuatnaik di laman web popular seperti 4chan dan Reddit.

Peguam industri hiburan, Martin Singer memberitahu, Google mendapat keuntungan berjuta-juta dengan melakukan penindasan terhadap golongan wanita dan boleh dikenakan tindakan untuk ganti rugi lebih daripada 100 juta dolar.

 Singer turut menghantar beberapa notis pelanggaran Akta Hak Cipta Milenium kepada Google, agar penyedia perkhidmatan internet tersebut memadam bahan-bahan tersebut.


SH

Read more...

Rabu, 8 Oktober 2014

Julia Perez (Jupe) simpan benih di Pulau Pinang

Julia Perez
Jakarta: Penampilan seksi dan gedik tidak menjamin kebahagiaan. Sekurang-kurangnya itu dialami pelakon, penyanyi, penyampai dan model sensasi Indonesia, Julia Perez (Jupe).
Pada usia 34 tahun, Jupe teringin hamil dan membesarkan anak sendiri namun dia berdepan masalah besar - hingga kini dia belum ada kekasih baru.
Namun Jupe tidak terus buntu.
Bagi Julia, dia akan mengambil jalan pintas untuk mengukukan impiannya memiliki anak, iaitu melalui program bayi tabung uji.
“Saya akan melakukan persenyawaan in-vitro,” katanya mengenai kaedah persenyawaan benih dalam makmal yang kini banyak dilakukan di seluruh dunia.

Pada mulanya, kata Jupe, dia mahu melakukan kaedah itu di Singapura namun kerana kos sangat mahal, dia mengambil keputusan untuk melakukan program itu di Pulau Pinang, Malaysia.
Menurut Jupe, dia sudah ada penderma sperma yang sesuai tetapi enggan mendedahkan identiti lelaki terbabit.
Dengan adanya penderma sperma, kata Jupe, kini dia bebas untuk melakukan prosedur.
“Yang penting, saya kini bersedia sepenuhnya dan akan bertanggungjawab,” katanya.
Pelakon itu yang baru-baru ini membatalkan pertunangannya dengan pemain bola sepak Gaston Castano.
- Agensi


Read more...

Selasa, 7 Oktober 2014

4 Gambar AKON penyanyi RAP terkenal,Buat persembahan dalam bola gergasi elak dijangkiti Ebola

PENYANYI rap terkenal, Akon membuat persembahan dalam bebola hamster gergasi sewaktu konsertnya di Goma, Repubik Demokratik Congo pada Ahad lalu. - Agensi


GOMA – Penyanyi rap terkenal, Akon yang membuat persembahan dalam bebola hamster gergasi semasa mengadakan konsert di Republik Demokratik Congo kerana bimbang dengan penularan wabak Ebola telah dikecam oleh para peminatnya.
Peminat di laman Twitter menuduh dia cuba mengelak daripada dijangkiti virus yang telah membunuh lebih 3,000 orang sewaktu konsertnya di Goma pada Ahad lalu.

“Pihak penganjur konsert hanya melindungi Akon, maka penonton sahaja yang terdedah dengan risiko Ebola,” kata seorang pengguna Twitter.
Menurut seorang lagi penonton, dia juga inginkan bola gergasi yang sama bagi melindungi dirinya daripada terdedah kepada jangkitan wabak Ebola.

Akon bagaimanapun menafikan tuduhan bahawa dia berbuat demikian bagi melindungi diri daripada terkena jangkitan Ebola, sebaliknya memberitahu turut menggunakan bola yang sama semasa konsertnya di Australia dan Dubai pada tahun 2010 iaitu empat tahun sebelum penularan wabak Ebola.

Bola gergasi itu digunakan untuk membolehkan penyanyi hip hop kelahiran Missouri, Amerika Syarikat tersebut berada dekat dengan para penonton. – Agensi
Sumber


Read more...

Isnin, 6 Oktober 2014

Anak tiri dan ibu tiri jadi suami isteri

Elisabeth (kiri) dan bekas anak tirinya, Holder.
Seorang bekas anak tiri dan ibu tiri akhirnya melangsungkan perkahwinan mereka selepas beberapa bulan terbabit dalam isu undang-undang dengan pihak berkuasa Perancis mengenai hak mereka untuk berkahwin.
Elisabeth Lorentz, 48, berkahwin dengan Eric Holder yang tiga tahun lebih muda daripadanya di daerah Alsace-Lorraine, timur laut Perancis. 
Wanita itu sebelum ini berkahwin dengan bapanya tetapi pasangan itu tidak ada hubungan darah. 

Undang-undang Perancis melarang perkahwinan antara anak tiri dengan ibu bapa tiri walaupun selepas ibu atau bapa tiri itu sudah bercerai.
Pasangan itu merayu hingga ke Istana Elysee. Mereka menerima sepucuk surat pada Mei lalu yang ditandatangani oleh Presiden Francois Hollande, mengesahkan perkahwinan seperti itu dilarang di negara berkenaan.
Bagaimanapun, mereka memperoleh hak untuk berkahwin daripada mahkamah tempatan Alsace-Lorraine. 

Pejabat pendakwa raya di Paris membantah keputusan itu tetapi tidak merayu. 
“Akhirnya kami berkahwin,” kata Elisabeth. 

Bekas suaminya yang juga bapa kepada pengantin lelaki antara 100 tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu. 

“Dia tidak pernah melarang kami berkahwin,” kata pengantin perempuan itu. 
- Agensi

Read more...

Sabtu, 4 Oktober 2014

Selebriti wanita saman Google RM324.65 juta


Jennifer Lawrence

Sekumpulan selebriti wanita yang menjadi mangsa godam akaun e-mel, menyaman syarikat Google berjumlah AS$100 juta (RM324.65 juta) atas dakwaan mengambil kesempatan ke atas skandal tersebut tanpa bertindak menyelesaikan isu berkenaan.

Antara selebriti yang terlibat ialah Rihanna, Jennifer Lawrence, Kate Upton dan Kim Kardashian, lapor laman web, Mail Online.




Rihanna
Menurut sumber, Page Six, peguam- peguam yang mewakili selebriti terbabit mendakwa, Google berupaya membuang gambar-gambar yang dicuri daripada Internet, namun pihak syarikat berkenaan gagal berbuat demikian.

Sebaliknya, Google dilihat mengambil kesempatan terhadap kes itu untuk mendapatkan keuntungan daripada penganiayaan ke atas selebriti terlibat.

Kate Upton

Kim Kardasian

Pendakwa raya Hollywood, Marty Singer turut menulis surat kepada pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin menuduh tindakan mereka sebagai tidak beretika dalam menangani isu tersebut.

“Disebabkan mangsa yang terbabit adalah selebriti yang mempunyai nilai publisiti yang tinggi, anda tidak melakukan apa-apa, sebaliknya anda mengambil kesempatan dan tidak menghentikannya," menurut surat berkenaan.

Gambar-gambar yang dicuri oleh penggodam masih tersebar di laman-laman web sosial, walaupun terdapat polisi ketat yang melindungi pengguna daripada dianiaya.

Sumber


Read more...

Isnin, 22 September 2014

Foto Bogel Kim Kardashian Tersebar

Kim Kardashian

KIM Kardashian, menjadi mangsa dunia siber apabila beberapa foto bogelnya tersebar di Internet.

Menurut laporan TMZ, foto-foto isteri Kanye West itu disebarkan di dua laman web iaituReddit dan 4chan, namun sempat ditutup sebelum ia tersebar secara meluas.


Bahaya kopi peransang Seks !

"Mujurlah ia tidak tersebar secara meluas di internet. Difahamkan ia disebarkan oleh individu sama yang menyebarkan foto bogel Vanessa Hudgens, Lake Bell, Avril Lavigne dan Leelee Sobieski sebelum ini," kata sumber.

Selain itu, selebriti seperti Jennifer Lawrence, Kate Upton dan Kirsten Dunst turut menjadi mangsa penyebaran foto bogel di Internet baru-baru ini. Kes itu kini dalam siasatan pihak polis.

Terdahulu, Kim mula dikenali umum selepas video seksnya bersama Ray J pada tahun 2003 tersebar sekitar tahun 2007. Penyebaran video itu membuatkan Kim benar-benar malu dan enggan mengulangi kesalahan yang sama.



mStar Online


Read more...

Sabtu, 20 September 2014

PAS Nafi Anjur Konsert Abby Abadi, Aishah Di Pengkalan Kubor

PENGKALAN KUBOR: PAS menafikan dakwaan bahawa parti itu bakal mengadakan konsert di Pengkalan Kubor sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut seperti yang tertera pada poster 'Konsert Amal Darul Naim'.
Timbalan Pengarah Jawatankuasa Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Mohd Zaki Ibrahim berkata, poster yang telah tersebar di laman sosial itu mendakwa PAS akan mengadakan konsert amal pada malam 20 September bertempat di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Geting, di sini.
"Ramai di kalangan ahli kita yang menerima poster menggunakan lambang PAS, kononnya PAS anjur konsert amal menampilkan penyanyi seperti Abby Abadi, Dayangku Intan dan Aishah malam Sabtu (esok) melalui WatsApp dan Facebook. Saya sendiri terima mesej itu.
"Kita tidak pernah menganjurkan acara seperti itu dan meminta supaya orang ramai tidak mudah terpedaya dengan kempen berniat jahat seperti ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
Beliau berkata poster tersebut disedari tersebar di media sosial kira-kira dua hari lalu.
"Poster itu menunjukkan kononnya PAS menjemput penyanyi Abby Abadi, Dayangku Intan dan Aishah untuk konsert amal," katanya.
mStar Default Image
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh musuh politik mereka iaitu iaitu Barisan Nasional (BN).
Dakwanya, BN sengaja menyebarkan poster tersebut sebagai dakyah untuk memburukkan PAS kerana parti itu bakal menganjurkan forum perdana pada malam Sabtu (20 September) di lokasi sama.
Forum agama tersebut menampilkan penceramah terkenal Ustaz Kazim Elias.
"BN ada program agama di SMK Geting, tetapi kononnya PAS anjur konsert. Mustahil PAS boleh 'masuk' buat majlis di sekolah di bawah kerajaan Persekutuan.
"Mereka seolah-olah mahu orang ramai buat perbandingan bahawa BN anjur majlis keagamaan untuk berkempen tetapi PAS anjur majlis hiburan," jelasnya.
Bagaimanapun, beliau berkata, PAS tidak berhasrat mengambil tindakan selagi tiada poster dicetak atau digantung di mana-mana kawasan di Pengkalan Kubor.
Sementara itu, petugas di Markas BN Pengkalan Kubor ketika dihubungi mengesahkan bahawa forum perdana akan diadakan di SMK Geting pada malam Sabtu.
Sumber mStar Online

Read more...

Rabu, 17 September 2014

Wanita Taksub Pembedahan Plastik Belanja RM157,535 Untuk Kelihatan SEKSI




Wajah Victoria sebelum dan selepas menjalani pembedahan plastik.
SEORANG model membelanjakan kira-kira 30,000 pound (RM157, 535) untuk menjalani pembedahan plastik agar kelihatan cantik dan seksi.

Victoria Wild dari Latvia menjalani pelbagai pembedahan termasuk tiga pembedahan untuk membesarkan payu daranya, implan bibir dan suntikan botox.

Wanita berusia 30 tahun itu yang menetap di Cannes, Perancis mengakui seronok dengan perhatian orang ramai terhadapnya.

"Siapa yang tidak mahu dilayan seperti anak patung. Ia amat seksi.
"Orang ramai akan memandang saya dan saya suka dengan perhatian itu," katanya.
Victoria berkata, dia mula melakukan pembedahan plastik sejak 2001 dengan membelanjakan 25,000 pound (RM130,807) untuk melakukan tiga pembedahan pembesaran payu dara di Hungary.

Ketika berusia 25 tahun, Victoria bertemu dengan teman lelakinya, Simon yang sentiasa menyokong cita-citanya untuk kelihatan seksi.

Sumber

Read more...

Selasa, 2 September 2014

FOTO AKSI BOGEL ARTIS HOLLYWOOD JENNIFER LAWRENCE HANGAT DIPERKATAKN DALAM MEDIA SOSIAL

Jennifer Lawrence

KUALA LUMPUR: Kecoh di media sosial foto peribadi selebriti Hollywood dikongsi di media sosial selepas penggodam dipercayai berjaya membolosi sistem penyimpanan data pengkomputeran awam iCloud.

Ramai yang mengecam tindakan yang dibuat penggodam apabila foto peribadi tersebut dikongsi di laman 4chan.

Antara selebriti yang terkesan ialah Selena Gomez, Scarlett Johansson, Kim Kardashian, Victoria Justice,  Kate Bosworth dan juga pemenang Oskar, Jennifer Lawrence.

Gambar peribadi yang dibongkar menerusi simpanan iCloud itu termasuk gambar bogel yang diambil untuk simpanan peribadi.

Ramai yang mengecam tindakan yang dibuat penggodam kerana tidak setuju fail peribadi dikongsi kepada umum.

Paling mencuri tumpuan gambar bogel Jennifer Lawrence yang mana telah menyebabkan orang ramai mahu pesalah dibawa ke muka pengadilan.

Ada yang menasihati orang ramai apa perasaan mereka jika ia berlaku kepada ahli keluarga mereka.

Blogger Hollywood terkenal Perez Hilton turut memohon maaf kerana berkongsi gambar bogel Lawrence dan Justice.

Hilton kemudian membuang gambar tersebut dari blognya namun menegaskan dibuat bukan kerana menerima tekanan pihak tertentu.

Astro Awani

Read more...

Ahad, 17 Ogos 2014

HANEZ SURAYA TAYANG PUSAT ?

Hanez Suraya tunjuk pusat?

BARU sahaja sepi dari kontroversi nampaknya aktres putik melepak ini kembali menjadi tumpuan peminat seni.

Apa tidaknya, tiba-tiba sahaja terpampang di sebuah blog gambarnya sedang bercuti di Singapura dengan berpakaian mendedahkan pusat.

Gambar tersebut tersebar setelah seorang peminat mengirim gambar tersebut untuk sebuah blog.

Mungkin Hanez Suraya tidak perasan gambar tersebut dimuat naik oleh rakan yang sedang bercuti bersamanya.

Namun yang pasti gambar berkenaan tidak terdapat di Instagram Hanez sendiri kecuali beberapa keping gambar lain yang tidak menonjolkan bahagian depan badannya itu.

Agaknya bagaimana reaksi pelakon Love You Mr Arrogant ini apabila mendapat tahu mengenai perkara ini.

Semoga dia tabah menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang di kala usia menginjak ke angka 30-an.

SH

Read more...

Sabtu, 9 Ogos 2014

Emma Maembong selar pihak ubah suai foto dengan tompokan AIR MANI

FOTO (kiri) wajah Emma Maembong yang diubah suai dengan diletakkan ‘tompokan air mani’, manakala gambar kanan adalah gambar asal pelakon itu dalam telefilem Yess Boss Raya. Hari ini Emma tampil dengan menyelar sikap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengubahsuai gambarnya itu sebagai tujuan memburuk-burukkannya. - Foto BHonline

KUALA LUMPUR: Emma Maembong menyelar sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengubahsuai gambarnya untuk tujuan memburukkan kekasih hati kepada Zizan Razak itu. 

Pelakon telefilem Yess Boss Raya terbitan Zeel Production di TV3 jam 9 malam itu tidak gusar dengan penyebaran gambar yang menampakkan tompokan yang kononnya air mani di wajahnya. 


Gambar berkenaan kini tersebar dan menjadi sebutan di alam maya. 

"Saya tak takut kerana semua ini memang cubaan untuk menjatuhkan nama saya. Saya ada gambar asal. Jadi kepada yang cuba membuat onar, bawa bertaubatlah. 

"Saya ikutkan malas nak layan semua ini kerana tidak mendatangkan faedah langsung. Tapi ini ruang untuk saya perbetulkan perkara yang memang tak betul," katanya. 

Telefilem Yes Bos Raya diarahkan Pyan Screw dan turut dibintangi Fahrin Ahmad, Noorkhiriah dan Norlia Ghani.


Sumber BHonline



Read more...

Jumaat, 8 Ogos 2014

6 GAMBAR,PAWAGAM INI HANYA MENAYANGKAN FILEM LUCAH SAHAJA

Maurice Laroche, pemilik pawagam dewasa Cinema Le Beverley, memegang tiket saat ia menimbulkan di loket di bioskopnya di Paris, Perancis, 15 Julai 2014 The Beverley adalah pawagam terakhir di Paris yang masih memainkan filem porno. STEPHANE DE SAKUTIN / AFP / Getty Images
 Gulungan filem 35mm berjudul "Porno Girls" kelihatan di luar projyeksi di pawagam dewasa Le Beverley di Paris, 30 Julai 2014 Wayang ini berusaha dikunjungi kira-kira 700 penonton setiap minggu. REUTERS / Christian Hartmann
 Maurice Laroche, berpose di ruang unjuran di pawagam dewasa Le Beverley di Paris, 30 Julai 2014 Wayang yang mempunyai izin rasmi ini kerap dikunjungi oleh sejumlah pelanggan setia. REUTERS / Christian Hartmann
 Maurice Laroche, menyemburkan pengharum ruangan di dalam bilik pawagam di Le Beverley, Paris 15 Julai 2014 Wayang ini menghadapi persaingan dari maraknya filem pornografi di internet. STEPHANE DE SAKUTIN / AFP / Getty Images
 Maurice Laroche, pemilik pawagam khusus dewasa Le Beverley berpose di sebelah tulisan "Sangat dilarang bagi yang berumur di bawah 18" di Paris, 30 Julai 2014 Wayang ini hanya diperuntukkan bagi pengunjung yang telah dewasa. REUTERS / Christian Hartmann
Warga melintas di depan pawagam khusus dewasa Le Beverley di Paris, 30 Julai 2014 REUTERS / Christian Hartmann

Tempo.co


Read more...

Rabu, 6 Ogos 2014

2 GAMBAR JULIA PEREZ BERPELUK DENGAN ANJING


Foto Julia Perez (tengah) yang dilihat dengan seekor anjing

Pelakon kontroversi Indonesia, Julia Perez memang tidak pernah lekang dengan isu panas yang disering menjadi perhatian umum negara Republik itu.

Terbaru Julia atau nama panggilannya Jupe mengundang reaksi negatif daripada peminat dan juga pengikut di laman Instagram miliknya gara-gara gambar bersama anjing. Malah dia dilihat memberikan aksi kurang menyenangkan apabila telah bergomol dengan anjing berkenaan tanpa batasan.

Beberapa foto ini telah menjadi bukti tindakan Jupe yang seolah-olah seperti sudah lupa tentang soal halal dan haram di dalam agama. Sudahlah membela anjing sebagai binatang peliharannya adalah haram (kecuali untuk buruan dan menjaga keselamatan),  bergomol dengan anjing berkenaan juga apatah lagi.

Julia Perez

Foto Julia Perez yang sedang memeluk seekor anjing yang menimbulkan kemarahan umat Islam di Indonesia

Dan seperti yang dijangka foto-foto Jupe ini sememangnya menyakitkan mata yang memandang ini telah  mengundang kemarahan peminat Muslim yang mengetahui bahawa dia adalah selebriti Muslim dan tindakannya itu seolah-olah seperti menghina agamanya sendiri.

Sekalipun dikritik, Jupe bagaimanapun tetap mempertahankan tindakannya dengan memberikan jawapan  bahawa apa yang dilakukannya itu adalah atas dasar rasa kemanusiaan dan kasih sayang terhadap binatang, namun hukum-hukum agama telah diketepikan dengan sewenang-wenangnya.

Antara kapsyen foto di Instagram miliknya itu adalah “Cinta itu adalah tangung jawab  .. #xenamybaby #forbiddenactress #doglover #loveanimal” dan “Anjing itu setia.. Manusia aja yg kadang berhianati #doglover #xenamybaby.

“Selain itu dia turut membalas komen daripada peminat yang mempersoalkan tindakannya itu, antara yang dibalas Jupe “@salmayanti19 jangan tiru apa yg tidak bagus disaya... Maff tapi buat saya tidak ada di bumi ini yg tidak di sayang allah.. Xena anjing penjaga yg baik.. Setia dan pintar.. Saya tidak baik mbak jangan di tiru adegan ini... Ini adegan saya lagi menyayangi binatang nanty saya kasih adegan yg mbak suka.. saya akan berusaha buat kalian semua bahagia. Dengan porsi saya, Julia Perez,”

Bagi pembaca yang tidak mengetahui asal usul pelakon yang dulu pernah bergaduh dengan Dewi Persik ini, Julia Perez adalah wanita yang dilahirkan sebagai seorang Muslim.

Jupe bermula sebagai model setelah mengenali Damien Perez (Yusuf Perez) yang kemudian menjadi suaminya dan sempat diambil untuk menjadi model bagi majalah FHM dan Maxim ketika di Perancis. Dek kerana ini juga, Jupe dicalonkan 100 perempuan terseksi versi majalah FHM dan Maxim di negara itu.


 -Astro Gempak

Read more...

Selasa, 5 Ogos 2014

TREND TERKINI,GADIS TAYANG BULU KETIAK

Pamer bulu ketiak
Kegilaan terbaru melanda ramai wanita China apabila mereka berlumba-lumba menayangkan ketiak selekeh dan berbulu kerana tidak dicukur.
Gambar ketiak masing-masing kini dilaporkan memenuhi laman sesawang Weibo yang berfungsi seperti Twitter di China bagi menyahut cabaran untuk peraduan selfie bulu ketiak terbaik. 
Peraduan yang diumumkan melalui Internet pada 17 Julai lalu itu berjaya menarik lebih 28.5 juta orang yang mula menyumbang ribuan gambar dalam tempoh hanya lima hari. 

Penganjur peraduan Gadis Yang Tidak Mencukur Bulu Ketiak itu berkata, ia bertujuan mewujudkan sikap positif di kalangan wanita terhadap persepsi kecantikan di mata masyarakat.




“Wanita perlu mempunyai keyakinan diri sama ada anda bercukur atau tidak,” katanya di laman sesawang itu.
Walaupun peraduan tidak menawarkan sebarang hadiah berakhir pada 22 Julai lalu, namun ramai wanita daripada terus memuat naik gambar ketiak mereka dengan hashtag berkenaan. 

Sebelum ini ada negara lain menggalakkan wanita berkongsi gambar bulu ketiak, bulu kaki dan sebagainya. 
- Agensi

Read more...

Sabtu, 28 Jun 2014

Pelakon Seksi Scarlett Johansson miliki bentuk hidung paling sempurna

DARI kiri, Jessica Biel, Kate Middleton, Kate Beckinsale dan Scarlett Johansson antara wanita yang memiliki hidung paling sempurna berdasarkan satu kajian dilakukan pakar daripada Universiti New York.- Agensi

LOS ANGELES - Pelakon seksi Scarlett Johansson dinobatkan memiliki hidung paling sempurna menerusi satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pakar pembedahan plastik daripada Universiti New York.

Mereka berpendapat kedudukan hidung bintang filem Captain America: The Winter Soldier itu sangat ideal selain sepadan dengan bentuk mukanya.
Kajian yang diketuai oleh Doktor Omar Ahmed itu dilakukan ke atas 4,000 orang peserta lelaki dan perempuan daripada golongan kulit putih serta berusia antara 18 hingga 25 tahun.
Mereka melakukan perbandingan kedudukan hidung bermula dari bahagian atas bibir hingga ke hujung tulang hidung dengan unjuran 96, 101, 106, 111 dan 116 darjah pada muka mereka.
Beberapa nama besar seperti pelakon filem The Devil and the Deep Blue Sea, Jessica Biel yang memiliki kedudukan hidung dengan ukuran 106 darjah berkongsi tempat dengan pelakon jelita, Eliza Graves yang dianggap sangat sesuai.
Isteri kepada Putera William, Kate Middleton turut tersenarai dalam golongan individu yang memiliki hidung yang menawan dengan kedudukan 103 darjah.
Kajian tersebut turut mengatakan kedudukan hidung yang sempurna berada antara unjuran 104 darjah hingga 108 darjah kerana dilihat sempurna selain memiliki ciri-ciri klasik.
Walaupun hidung Johansson itu dianggap paling sempurna, kebanyakan individu yang ingin melakukan pembedahan plastik didapati akan memilih untuk kelihatan seperti bintang realiti televisyen, Kim Kardashian. 
- Agensi(KOSMO!)


Read more...

Selasa, 17 Jun 2014

NUR LIYANA (Isteri kekasih Hanez Suraya) TARIK BALIK PERMOHONAN FASAKH

Romie Razin dan Nur Liyana

KLANG - Mahkamah meluluskan permohonan, Nur Liyana Abdul Manan, 29, untuk menarik balik kes fasakh yang difailkan pada 1 Oktober 2013 terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais,34.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Zainal Abidin Kusmin selepas plaintif yang diwakili peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman membuat permohonan tersebut.


Berita terdahulu

"Kes ini ditutup dan dianggap selesai,"katanya.

Sebelum itu, Kamar Ainiah membuat permohonan tersebut setelah proses rundingan antara kedua-dua pihak gagal.

"Ia adalah berikutan bapa defendan yang baru meninggal dunia tiga minggu lalu.

"Notis penarikan balik kes fasakh akan diserahkan di kaunter hari ini,"katanya.

Menurutnya, pihaknya akan mengemukakan permohonan baharu iaitu perceraian secara talak mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

"Saya telah berbincang dengan peguam defendan, Rubiah Jaafar dan pihaknya bersetuju terhadap perkara ini,"katanya.

Nur Liyana dan suaminya, Romie Razin Adilha yang juga kekasih pelakon Hanez Suraya hadir ke mahkamah secara berasingan.


Sinar Harian


Read more...

Selasa, 10 Jun 2014

Gosip Suami Curang Burukkan Reputasi Ayu Raudah dan Zaquan Adha

Ayu Raudhah (kanan) menganggap ada pihak cuba merosakkan rumah tangganya bersama Zaquan Adha.

PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah berkata, gosip suaminya, Zaquan Adha bermain kayu tiga selepas satu paparan skrin perbualan cinta tersebar telah memburukkan reputasi mereka sebagai suami-isteri.

Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 30, berkata, dia juga sedih apabila ada pihak menghinanya menerusi laman Instagram mempersendakan kontroversi yang berlaku.

"Di Instagram milik saya,  ada orang memberi komen yang antaranya seperti, 'kesian, muka cantik pun suami cari lain'.

"Gosip ini sedikit sebanyak memburukkan reputasi kami. Mujurlah saya seorang yang berfikiran waras dan tidak terburu-buru apabila mendapat tahu gosip ini," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu satu paparan skrin perbualan seorang wanita dengan Zaquan Adha, 26, menerusi mesej aplikasi sosial WeChat telah tersebar yang menimbulkan persoalan adakah pelain bola sepak pasukan JDT, Johor itu bermain kayu tiga?

Turut tersebar ialah paparan skrin video perbualan telefon mereka.

Semakan mStar Online pula menerusi akaun WeChat atas nama Zaqone pada Isnin mendapati akaun berkenaan tidak lagi wujud.

Dalam pada itu tambah Ayu, akaun berkenaan dimiliki oleh orang lain yang menggunakan identiti suaminya.

Katanya, selepas dikhabarkan mengenai gosip itu, dia telah membuat semakan dan ternyata akaun sosial berkenaan adalah palsu.

"Selepas membaca gosip dan screenshot kononnya suami berbual cinta dengan seorang wanita di WeChat, saya dapati ia buka akaun milik suami,” katanya.

Jelas Ayu, apa yang berlaku itu adalah salah satu usaha pihak-pihak tertentu yang yang sengaja mahu mencetuskan pergaduhan diantara dia dan suami.

Sementara itu Ayu tidak menafikan mengenai panggilan video tersebut  Zaquan telah dihubungi oleh  seorang wanita yang tidak dikenali.

"Mungkin wanita itu melakukan screenshot ketika membuat panggilan berkenaan. Atas dasar apa? Saya tak pasti dan tidak tahu apakah tujuan wanita itu melakukan demikian," ujarnya.

Ayu dan Zaquan atau nama sebenarnya Zaquan Adha Abdul Radzak bernikah pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann yang lahir pada 2 Mei lepas.


Sumber mStar Online


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP