GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Oktober 2014

Gali tanah jumpa tengkorak manusia

KEADAAN tengkorak yang semakin mereput.

Kuala Lumpur: Polis menyiasat kemungkinan berlaku pembunuhan susulan penemuan serpihan tengkorak dan tulang manusia tertanam di kawasan tapak pembinaan gimnasium dan makmal di Jalan Temerloh, Titiwangsa di sini.

Tengkorak itu ditemui pekerja di kawasan terbabit kira-kira jam 12 tengah hari semalam ketika mereka menjalankan kerja menggali tanah sedalam 1.2 meter.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, serpihan tulang dan tengkorak yang ditemui itu kemudian dikumpul sebelum pekerja itu memaklumkan penemuan berkenaan kepada pihak polis.

“Hasil pemeriksaan forensik mendapati usia tengkorak itu dipercayai sekitar lima tahun dan ia sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Maklumat diperoleh dari pekerja di tapak pembinaan itu memberitahu bahawa kawasan itu pernah menjadi tapak rumah kongsi pekerja asing,” katanya.

Asmadi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan bedah siasatan akan dijalankan hari ini untuk mengenal pasti jantina, identiti dan pengumpulan DNA.

Sumber myMetro


Read more...

Khamis, 30 Oktober 2014

'Orang Mati' Dihukum Penjara 30 Tahun Kerana Menipu Pelabur

Dua penampilan berbeza Price, iaitu ketika menjadi pengurus bank (kiri) dan ketika ditahan (kanan) pada Disember tahun lalu.

Bekas penasihat pelaburan dihukum penjara 30 tahun kerana menipu sehingga menyebabkan sebuah bank muflis, pelabur mengalami kerugian dan mengelirukan mahkamah sehingga membolehkan dia diisytihar mati.

Aubrey Lee Price, 48, kembali ke Mahkamah Daerah Statesboro pada Selasa untuk mendengar penghakiman hukuman ke atasnya selepas dia mengaku salah atas tuduhan menipu bank dan syarikat pelaburan Jun lalu.

Dia kehilangan AS$40 juta (RM131 juta) yang dikumpul daripada 115 pelanggan syarikat pelaburan persendiriannnya.

Pendakwa berkata, Price juga secara salah membelanjakan wang dan menyebabkan Bank Montgomery kerugian AS$21 juta (RM68.8 juta) ketika bertugas sebagai pengarah bank.

Price menghilangkan diri pada Jun 2012, beberapa minggu sebelum bank berkenaan menutup operasinya dengan semua aset dan simpanan habis tergadai.

Sebelum melarikan diri, Price meninggalkan surat mendakwa dia bercadang terjun dari bot untuk membunuh diri.

Pada Disember 2013, setahun selepas seorang hakim di Florida mengisytiharkan Price mati berdasarkan permohonan isterinya, dia ditangkap dalam pemeriksaan polis trafik berhampiran Brunswick, Georgia.

Menyedari tembelangnya pecah, Price membuat perjanjian dengan pendakwa dengan bersetuju mengaku salah atas tiga tuduhan menipu dan menerima hukuman penjara 30 tahun.

Price juga bersetuju membayar semula puluhan juta dolar duit bank dan pelabur yang dihanguskannya selepas berjaya meyakinkan mahkamah supaya melantik peguam bela bagi pihaknya kerana dia pokai.

Ketika diberi peluang bercakap di mahkamah, Price mengaku bersalah tetapi turut menuding jari kepada pegurus lain di bank terbabit kerana menyumbang kepada penutupan institusi kewangan berkenaan.

Dia kemudian berjanji untuk mengumpul semula wang berkenaan.

"Kepada semua pelanggan yang ada di sini atau di luar sana, adalah penting untuk mereka memahami bahawa saya mencuba sedaya upaya mendapatkan semula wang mereka," katanya.

Dalam perbicaraannya pada 5 Jun lalu, Price memberitahu dia menipu pelanggannya dengan memberikan mereka penyata kewangan palsu untuk menutup kerugian dialami hasil aktiviti perdagangan spekulatif dan pelaburan berisiko tinggi.
mStar Online

Read more...

Mencuri, Wanita Ini Ditelanjang Pemilik kedai


Seorang perempuan di Zhejiang, China, ditelanjangi oleh pemilik kedai yang mengaku menangkap basah perempuan itu ketika berusaha mencuri baju di kedai beliau. Demikian dilaporkan Mirror, Isnin 27 Oktober 2014. 

Pemilik kedai, Mei Hsueh, mengatakan pada polis bahawa dia hanya ingin memberikan hukuman. Dia juga melucutkan perempuan berusia 28 tahun bernama Yu Chung itu, agar tidak melarikan diri sebelum polis datang. 

"Pencuri itu berusaha mencuri baju dari kedai, jadi Saya mengambil juga pakaiannya. Dia akan berfikir semula kalau berusaha melakukannya lagi. Itu juga untuk peringatan bagi pencuri lain," kata Mei. 

Mei melepas baju dan bra Yu Chung, lalu menolaknya ke jalanan untuk memalukan dia. Jurucakap polis Chi Tuan, mengatakan Yu Chung ditangkap dengan tuduhan pencurian dan tidak ada tindakan yang akan dilakukan polis terhadap pemilik kedai.

Vivanews


Read more...

Rabu, 29 Oktober 2014

Wanita mati dipukul kerana amal sihir

  • Aktiviti memburu ahli sihir yang mensasarkan golongan wanita menjadi kebiasaan di beberapa bahagian di India. - Foto AFP

Seorang wanita dibunuh olah saudara-mara kerana disyaki mengamalkan ilmu sihir di daerah Weragama, di sini.

Menurut laporan polis, Dukalheen Bai mati selepas dibogel, dipukul dan diseksa selama beberapa jam oleh abang iparnya, Nakul Patel dan beberapa lagi ahli keluarga mangsa.

Patel menuduh mangsa mengamalkan sihir yang menyebabkan anak lelakinya jatuh sakit.

Dia kemudian ditahan bersama 10 orang lagi ahli keluarga termasuk lima orang wanita yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, lapor AFP.

Menurut anak mangsa, Ashok Patel, ibunya dipukul dengan teruk di hadapan orang kampung, numun tiada seorang pun tampil membantu wanita tersebut.

“Ibu saya menjerit tapi orang kampung hanya melihat. Saya cuba menghalang namun tidak dapat menyelamatkannya,” katanya.

Tradisi memburu ahli sihir ini menjadi amalan kaum tertentu di India yang masih memegang kepercayaan terhadap kuasa sihir dan mistik.

Namun terdapat juga yang mengambil kesempatan dengan mensasarkan golongan janda untuk mendapatkan harta dan tanah mereka.

Awal bulan ini, bekas atlet lontar lembing India, Debjani Bora turut diikat dan dipukul dengan teruk setelah dituduh mengamalkan sihir di kampungnya di sebelah utara-timur Assam.

SH


Read more...

Dituduh perkosa ibu tidak siuman


Dubai: Pendakwa raya di sini menuduh seorang lelaki berusia 30-an tahun merogol ibunya yang tidak waras.

Suspek ketika disoal siasat polis berkata, dia mabuk ketika kejadian.

Satu sumber pendakwaan yang mengesahkan kes itu berkata, abang suspek melaporkan peristiwa itu kepada polis selepas melihat adiknya dalam keadaan telanjang berada di atas ibu mereka.

Sebelum ini, anggota keluarga berkenaan berulang kali melihat suspek membawa ibu mereka yang berusia 50-an ke biliknya, tetapi tidak tahu apa yang mereka lakukan di dalam bilik.

Pada hari kejadian perkara itu terbongkar, abang dan adik suspek memecahkan tingkap bilik berkenaan dan terkejut melihat apa yang dilakukan lelaki itu.

“Mereka melihat suspek dalam keadaan telanjang berada di atas ibu mereka. Suspek dikatakan mengaku ia bukan kali pertama dia memperkosa ibunya. Dia juga mengaku sering mabuk dan mengambil dadah,” kata sumber itu.

- Agensi



Read more...

Selasa, 28 Oktober 2014

Gadis diperkosa bapa, guru agama sehingga hamil

AGUS dan bapa mangsa.

Jakarta: Berselindung di sebalik imejnya sebagai guru agama, seorang lelaki dipercayai memperkosa sehingga hamil seorang remaja sejak 2012.

Lebih parah, jenayah itu turut dilakukan bersama bapa mangsa.

Pegawai polis Pelabuhan Tanjung Perak, Muhammad Aldi Sulaiman berkata, guru agama itu dikenali sebagai Agus Jurianto, 50, yang bertugas di Sekolah Kristian Surabaya.

Berdasarkan keterangan diperoleh, katanya, Agus melakukan perbuatan terkutuk itu tiga kali dan dibuat di dalam kawasan sekolah.

“Ayah mangsa pula memperkosa anaknya di rumah mereka,” katanya.

Muhammad Aldi berkata, guru agama itu membelikan telefon bimbit sebagai ‘upah’ bagi menutup mulut mangsa.

Pelajar terbabit dibawa bertemu polis oleh seorang aktivis masyarakat yang dimaklumkan mengenainya.

“Kedua-dua suspek ditangkap, manakala mangsa ditempatkan di pusat perlindungan,” katanya. 

- Agensi



Read more...

Isnin, 27 Oktober 2014

Wanita bunuh lelaki cuba rogolnya digantung


Reyhaneh Jabbari

TEHERAN 26 Okt. – Seorang wanita Iran berumur 26 tahun menjalani hukuman gantung, semalam selepas dia didapati bersalah membunuh seorang lelaki yang didakwa cuba mencabulnya.

Portal berita al-Jazeera melaporkan, Reyhaneh Jabbari ditangkap pada 2007 kerana membunuh bekas kakitangan Kementerian Perisikan Iran, Morteza Abdolali Sarbandi.Agensi berita IRNA yang memetik kenyataan Pejabat Pendakwa Raya Teheran melaporkan, Reyhaneh digantung pada waktu subuh.

Kempen di laman web Facebook yang cuba membebaskannya daripada hukuman gantung itu kini tertulis satu mesej ‘Semoga roh anda tenang di sana’, sekali gus mengesahkan laporan tersebut.

Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International menjelaskan, ibu Reyhaneh dibenarkan melawatnya selama sejam kelmarin, budaya yang dilaksanakan sebelum seseorang menjalani hukuman gantung di Iran.

Timbalan Pengarah Program Asia Barat dan Afrika Utara Amnesty International, Hassiba Hadj Sahraoui menyifatkan perbicaraan dan siasatan yang tidak adil telah dikenakan ke atas wanita tersebut.“Berita mengejutkan ini sangat mengecewakan.

Ini merupakan satu lagi rekod hak asasi manusia yang buruk di Iran,’’ katanya Hukuman gantung ke atas Rayhaneh sepatutnya dilaksanakan pada 30 September lalu, namun ditangguhkan selama 10 hari.

UTUSAN



Read more...

Ahad, 26 Oktober 2014

ESSCom Tembak Mati Penjenayah Rentas Sempadan

SEMPORNA: Seorang suspek lelaki dipercayai penjenayah rentas sempadan ditembak mati dalam operasi oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di kawasan perairan Bangau Bangau, di sini awal pagi Ahad.
Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata suspek yang belum dikenal pasti identitinya itu ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di perairan berkenaan kira-kira pukul 2.15 pagi.
Beliau berkata ketika kejadian, pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot berwarna biru dan mempunyai garisan merah di bahagian atas bot yang dikemudi seorang lelaki.
"Apabila cuba dihampiri, suspek terus melarikan diri dan setelah berjaya dikejar, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya dalam sidang media di sini, Ahad.
Beliau berkata selepas insiden berbalas tembakan, pihaknya terus menghampiri bot berkenaan dan mendapati suspek terbaring berlumurah darah serta dipercayai telah meninggal dunia.
Abdul Rashid berkata hasil pemeriksaan, sepucuk pistol bersama dua kelongsong peluru dan tiga butir peluru hidup di dalam silinder dijumpai di tempat kejadian.
"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan suspek dipercayai berusia 40-an," katanya.
Beliau berkata terdapat dua kesan tembakan di bahagian kiri bot yang dinaiki pasukan peronda, bagaimanapun pasukan peronda tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat suspek dihantar ke Hospital Semporna dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat kesan tembakan di belakang kepala dan ada kesan luka di bahagian hadapan kepala, katanya.
Beliau berkata susulan kejadian itu, pihak ESSCom melakukan operasi di beberapa buah perkampungan air di sekitar Semporna kira-kira pukul 10 pagi ini.
"Hasil daripada operasi itu, kami menahan tujuh lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Mereka yang ditahan dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes tembakan itu," kata Abdul Rashid.
Beliau berkata pada masa sama, pihaknya sedang mengesan enam lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes jenayah rentas sempadan.
"Mereka dikenali sebagai Badong, Bocai, Wahab, Ali, Nilson dan Alex. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pihak ESSCom di talian 089-863181 atau balai polis berhampiran," katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali MIC Sabah di Kota Kinabalu, berkata beliau telahpun diberi taklimat tentang kejadian itu oleh ESSCom.
Beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang bertindak pantas dalam mengendalikan keadaan dan menasihati penduduk di Semporna supaya tidak panik memandangkan keadaan terkawal.
"Paling penting adalah perlu ada kerjasama dan sokongan (kepada pasukan keselamatan) daripada penduduk di kawasan berkenaan (Semporna)," katanya.
mStar Online

Read more...

Sabtu, 25 Oktober 2014

Tindakan rawatan kecemasan kepada wanita mangsa kemalangan akhirnya dituduh penipu dan mencabul

imej Carian

Tindakan seorang lelaki cuba memberikan rawatan kecemasan kepada wanita mangsa kemalangan menyebabkan dia dituduh penipu dan kaki cabul, lapor media semalam.

Kata lelaki itu, dia disoal siasat polis dan digelar pembohong hanya kerana dia menggunting baju seorang wanita untuk membolehkan alat Automated External Defibrillator (AED) dipasang pada dada mangsa terbabit.

Katanya, dia terserempak dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini dan mendapati pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan serius.

"Bagaimanapun, seorang penumpang tidak sedarkan diri dan saya tidak dapat mengesan nadinya.

"Justeru, saya cuba memberikan bantuan pernafasan, manakala ada orang lain menghubungi ambulans," katanya.

Sementara menunggu bantuan sampai, seseorang pergi ke kedai membeli alat AED itu.

AED adalah peranti untuk menganalisis rentak jantung dan jika perlu, boleh menghasilkan kejutan elektrik untuk mengembalikan fungsi organ itu kepada tahap normal.

Kata lelaki terbabit, dia mengambil gunting dalam kotak AED itu dan mula memotong pakaian wanita berkenaan.

"Tiba-tiba pemandu kereta memarahi saya dan memanggil saya hentai (penipu) sebelum menghubungi polis mengadu saya seorang chikan (kaki cabul)," katanya.

Dia kemudian disoal siasat polis sebelum dibebaskan.

Wanita mangsa kemalangan itu pula dilaporkan selamat selepas dibawa ke hospital.

Walaupun ada pihak mahu memberikan sijil penghargaan kepada lelaki itu, dia berkata, ia bukanlah perkara penting dan tidak berniat menerimanya.

"Penggunaan AED hanya berkesan jika diletakkan bersentuhan dengan kulit. Saya rasa semua pihak perlu memahaminya," katanya.

- Agensi

Read more...

ISTERI DITENDANG DAN DICERAI HANYA KERANA MENUTUP LAMPU

imej Carian

Kuala Lumpur: Tindakan menegur suami yang membuka lampu bilik tidur menyebabkan seorang wanita ditendang sebelum diceraikan dengan talak satu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa yang berusia 38 tahun dibelasah suaminya di rumah mereka di Jalan Sungai Besi di sini.

Sumber polis berkata, mangsa pada mulanya berselisih faham dengan suami sebaik dia pulang dari kerja berikutan lelaki itu meminta wang darinya untuk keluar bersama rakan.

Menurutnya, suami mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan menggesa mangsa menyerahkan wang, namun permintaan itu tidak diendahkan.

“Ibu kepada tiga anak itu masuk ke bilik untuk menidurkan bayi mereka berusia sembilan bulan.

“Tanpa disangka suspek turut mengekori mangsa masuk ke dalam bilik sebelum membuka lampu bilik hingga menyebabkan anak mangsa terjaga dari tidur,” katanya.

Menurutnya, mangsa meminta suaminya memadamkan lampu bilik semula kerana mahu menidurkan bayi mereka semula.

“Bagaimanapun lelaki itu menjadi berang sebelum menendang mangsa beberapa kali di muka dan badan.

“Kejadian itu turut menakutkan dua lagi anak mangsa menyebabkan mereka menangis. Lelaki itu turut memukul anak mereka sebelum melafazkan cerai talak satu,” katanya.

Menurutnya, suspek meninggalkan rumah dengan membawa beg berisi pakaiannya,

“Suspek sebelum itu sempat mengugut mahu membunuh mangsa dan anak sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

“Bimbang keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian lain di Meru, Klang, seorang wanita dibelasah teruk selepas menegur suaminya yang membuat bising ketika pulang dalam keadaan mabuk ke rumah, kelmarin.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa yang berusia 30-an itu menasihati suaminya supaya tidak membuat bising berikutan anak mereka sedang tidur.

Sumber polis berkata, tindakan mangsa menyebabkan suaminya naik berang sebelum memukul dan menendang mangsa berulang kali.

“Seorang saudara lelaki yang turut tinggal di rumah itu kemudian campur tangan meleraikan pergaduhan itu.

“Bagaimanapun tindakan saudara lelaki mangsa itu mengundang marah suspek sebelum memukul lelaki itu menggunakan kerusi serta menetak kepala mangsa dengan pisau pemotong daging,” katanya.

Khuatir kejadian lebih teruk berlaku, mangsa dan saudara lelakinya melarikan diri dari rumah sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Raja.

-myMetro



Read more...

Lelaki potong kemaluan selepas dihina

OLIVER ILIC mengalami pendarahan serius selepas dia bertindak memotong kemaluannya sendiri dan membuangnya ke dalam tong sampah. - Agensi



Seorang lelaki yang kecewa selepas cintanya ditolak oleh teman wanitanya bertindak memotong zakarnya sehingga putus, lapor Metro Online kelmarin.
Lelaki itu, Oliver Ilic, 22, didakwa telah dihina oleh teman wanitanya dengan mengatakan bahawa dia tidak begitu hebat ketika mengadakan hubungan seks.
“Saya telah dihina oleh teman wanita saya,” katanya kepada doktor.
Selepas memotong zakarnya, Ilic telah menghubungi pasukan kecemasan apabila dia gagal menghentikan pendarahan yang berlaku sebelum dikejarkan ke Hospital Kocani di timur Macedonia.
Anggota polis yang tiba di rumahnya kemudian telah menemui zakar yang telah dipotong itu di dalam tong sampah bersama sebilah pisau cukur yang digunakan untuk memotong alat sulitnya.
Doktor di hospital Kocani memberitahu, mereka tidak dapat menyambung semula zakar itu menyebabkan dia dipindahkan ke sebuah hospital lain di ibu kota Skopje dan akhirnya usaha menyambung semula zakar tersebut berjaya selepas satu operasi pembedahan selama lima jam.
Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 40 tahun juga dari Macedonia telah memotong zakarnya sehingga putus sebelum membuangnya ke dalam mangkuk tandas. 
– Agensi(KOSMO!)

Read more...

Jumaat, 24 Oktober 2014

Diperkosa Ayah Kandung dan Guru, Siswi Hamil 5 Bulan

imej Carian

Dunia pendidikan kembali tercoreng. Kali ini nasib tragis menimpa seorang gadis berinisial M berusia 14 tahun. Gadis yang masih duduk di bangku sekolah dasar (SD) kawasan Johor Bahru Utara ini mengaku telah dicabuli oleh ayah kandung dan gurunya. Akibatnya, saat ini M hamil lima bulan. 

Kes tersebut mendapatkan pengendalian khas dari Lembaga Perlindungan Anak (LPA) Jawa Timur. Ketua Bahagian Data dan Penyelidikan, Lembaga Perlindungan Anak (LPA) Jatim, Isa Anshori berkata, saat ini korban dalam pengendalian LPA Jatim. Menurut Isa, dalam persoalan ini Keluarga menjadi sebahagian dari masalah sehingga korban harus dipisahkan. 

"Yang terpenting anak ini selamat. Artinya, kita pisahkan dari keluarga kerana keluarga menjadi sebahagian dari masalah itu. Selain itu, yang terpenting adalah hak untuk mendapatkan pendidikan menjadi keutamaan utama dari LPA," kata Isa kepada Okezone, Jumat (24/10/2014 ). 

M memang berasal dari keluarga kurang mampu dan tinggal bersama ayahnya sejak ibu bapanya bercerai. Hasil pendalaman LPA, M kerap dicabuli oleh ayah dan gurunya sendiri. Ayah dan gurunya sempat lempar tanggung jawab saat diketahui M sedang hamil. Namun kes tersebut sudah dilaporkan ke polis. 

"Lembaga pendampingan sebelumnya memang telah melaporkan ke Polisi. LPA sendiri memang mempunyai bahagian undang-undang. Untuk saat ini yang terpenting adalah hak-hak korban tetap dipenuhi," katanya. 

Isa menambah, hak tersebut adalah M tetap boleh belajar walaupun tidak berada di sekolah atau di rumah. Pihaknya, sudah meminta agar secara pentadbiran siswi ini tetap tercatat. 

"Meski tidak berada di sekolah tetapi secara pentadbiran tercatat di sekolah tersebut. M belajar di rumah di bawah koordinasi LPA Jatim," tambahnya.

Okezone.com


Read more...

Peragut ‘makan’ penampar

SUSPEK dipukul orang ramai selepas cuba meragut seorang wanita

Kajang: Seorang peragut 'dihadiahkan' tinju dan penampar oleh orang ramai yang geram selepas suspek diberkas sejurus cuba meragut rantai emas seorang wanita.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, suspek lelaki berusia 20-an itu dikesan menjadikan seorang wanita berusia 40-an sebagai sasaran berhampiran Jalan Bukit di sini.

Sumber polis berkata, suspek dikesan cuba meragut rantai emas mangsa yang ketika itu sedang berjalan bersendirian.

"Suspek yang menunggang motosikal bertindak menarik rantai emas milik pada leher mangsa menyebabkan mangsa menjerit dan cuba melawan.

"Mangsa bagaimanapun enggan mengalah apabila bergelut dengan suspek sambil menjerit meminta tolong," katanya.

Dia berkata, orang ramai yang mendengar jeritan mangsa kemudian bertindak datang membantu sebelum menahan suspek.

"Suspek kemudian dibelasah dua lelaki sebelum tiga lagi lelaki yang berada di kawasan berhampiran turut membantu memukul mangsa hingga rebah.

"Suspek kemudian diikat orang ramai sebelum diserahkan kepada anggota polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu," katanya.

Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan peragut terbabit dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Menurutnya, uspek dipercayai turut terbabit dengan beberapa kes ragut di daerah ini dan pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap suspek warga tempatan itu.

myMetro



Read more...

Selasa, 21 Oktober 2014

MAUT DIBUNUH KERANA KENCING ATAS TILAM

Polis wilayah Yunnan menangkap seorang lelaki kerana dipercayai membunuh anak lelakinya sebelum memotong kemaluan mangsa.

Berdasarkan laporan, tindakan tidak berperikemanusiaan berkenaan didorong rasa marah suspek terhadap anaknya yang suka kencing di atas tilam.

Jurucakap polis semalam berkata, Tang Minghua, 39, terpaksa bersendirian membesarkan anak lelakinya, Kao, 9, selepas ditinggalkan isteri.

“Pasangan berkenaan mengalami masalah rumah tangga.

“Tang ditinggalkan kerana isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain,” katanya.

Namun kesalahan mungkin bukan terletak pada isteri Tang semata-mata.

Berdasarkan kenyataan jiran, Tang tidak mempunyai pekerjaan sebaliknya sering menghabiskan masa mabuk di rumah.

Bosan dan kecewa dengan keadaan rumah tangga berantakan serta rindu kepada ibunya, Kao ‘memberontak’ dan mula kerap kencing di atas tilam.

Jurucakap polis berkata, Tang dipercayai hilang sabar kelmarin kerana Kao sekali lagi kencing di atas tilam walaupun sebelum itu disuruh ke tandas.

“Kao enggan ke tandas kerana mendakwa dia tidak berasa mahu kencing,” katanya.

Berdasarkan siasatan awal, Tang dipercayai mengheret Kao keluar dari rumah mereka di Zhenxiong dan memaksanya kencing.

Apabila budak itu berdegil, Tang mula mencekik anaknya sehingga mati.

Kemaluan Kao kemudian dipotong sebelum Tang kembali ke rumah untuk tidur.

Kejadian berkenaan hanya disedari selepas penduduk setempat ternampak mayat Kao terbaring di depan rumah.

Jurucakap polis berkata, Tang menyalahkan isterinya atas kejadian itu.

- Sumber



Read more...

Isnin, 20 Oktober 2014

2 isteri bantu bomoh noda guru wanita

imej Carian

Seorang bomoh ditangkap polis kerana disyaki merogol pesakit dengan bantuan dua isterinya.

Polis Gujarat berkata, suspek dikenali sebagai Bhupat.

Menurut jurucakap polis, Bhupat Serta dua isterinya - Mona dan Rama - tinggal di rumah sama di Amroli.

“Mereka kini didakwa bersubahat merogol,” katanya.

Jurucakap polis berkenaan berkata, mangsa adalah seorang guru wanita yang bertemu Bhupat untuk mendapatkan bantuan mengesan bapanya yang hilang.

Apabila mengadu masalahnya, Bhupat berjanji membantu mangsa menggunakan kuasa hikmatnya tetapi dengan syarat, guru terbabit mesti mengikut setiap arahan diberi.

Menurut jurucakap polis, mangsa mengadu menjadi pemuas nafsu Bhupat selama empat hari.
“Isteri Bhupat turut bersubahat dalam kes berkenaan.

“Mereka kemudian mengugut untuk membunuh mangsa jika kejadian berkenaan dibocorkan kepada polis,” katanya, semalam.

Pihak berkuasa kemudian menangkap ketiga-tiga suspek selepas mangsa pergi menjalani pemeriksaan perubatan di hospital berdekatan.

Di samping itu, polis yakin dapat menyabitkan kesalahan tertuduh kerana sudah memperoleh bukti kukuh. 

- Agensi


Read more...

Sabtu, 18 Oktober 2014

Pasangan kekasih curi wang tabung masjid, kuil, tokong diCekup

SUSPEK ditahan bersama barangan dipercayai dicuri.

Kuala Lipis: Sepasang kekasih yang merancang berkahwin pada Mei tahun depan diberkas polis selepas disyaki terbabit mencuri wang dari tabung beberapa rumah ibadat di bandar ini sejak dua minggu lalu.

Wanita berusia 19 tahun bersama tunangnya yang berusia 22 tahun diberkas anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis ketika cuba memecah masuk sebuah kuil di bandar ini, kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.

Difahamkan, wanita berasal dari Jerantut itu bertindak sebagai mata-mata untuk memerhatikan keadaan sekeliling bagi membolehkan tunangnya yang berasal dari Kerambit, di sini, melarikan tabung berisi wang syiling.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian, pasangan terbabit yang menyewa sebuah kereta akan meronda di bandar ini pada waktu siang sebelum menjadikan masjid, kuil dan tokong sebagai sasaran.

Menurutnya, kegiatan jenayah pasangan itu terbongkar selepas orang awam melihat mereka dalam keadaan mencurigakan sebelum menghubungi Bilik Gerakan IPD Lipis.

Sumber myMetro



Read more...

Khamis, 16 Oktober 2014

ULTRAMAN MEROMPAK DAN MENCABUL

imej Carian
Kuala Lumpur: Tidak hanya diacu pistol malah seorang lelaki turut dibogelkan oleh sekumpulan empat perompak yang muncul dengan memakai topeng watak animasi Ultraman.

Suspek membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita sebelum itu bertindak menceroboh kediaman mangsa di Brickfields, di sini, sekitar jam 4 pagi kelmarin.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 30-an yang ketika itu berada di ruang tamu terkejut apabila diserang suspek bertopeng yang menyerbu masuk melalui pintu hadapan kediaman.

Menurutnya, suspek mengacukan pistol dan mengarahkan mangsa berdiam diri.

"Mangsa yang sebelum itu sedang melayari Internet dipaksa memindahkan wang tunai ke dalam akaun diberikan suspek.

"Bagaimanapun mangsa enggan akur dengan arahan itu menyebabkan suspek yang berang mengarahkan mangsa membuka baju dan seluar," katanya.

Menurutnya, suspek kemudian merakam gambar dan video bogel mangsa.

"Penjenayah mengugut menyebar video itu ke laman sesawang jika mangsa terus berdegil enggan menyerahkan wang diminta.

"Suspek memberi tempoh sehingga jam 7 pagi kepada mangsa supaya memindahkan wang diminta ke dalam akaun bank suspek," katanya.

Difahamkan suspek terus beredar dari kediaman itu tanpa mencederakan mangsa.
"Bimbang dengan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields di sini, untuk tindakan lanjut," katanya.

Sumber myMetro



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP