GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 25 Oktober 2014

ISTERI DITENDANG DAN DICERAI HANYA KERANA MENUTUP LAMPU

imej Carian

Kuala Lumpur: Tindakan menegur suami yang membuka lampu bilik tidur menyebabkan seorang wanita ditendang sebelum diceraikan dengan talak satu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa yang berusia 38 tahun dibelasah suaminya di rumah mereka di Jalan Sungai Besi di sini.

Sumber polis berkata, mangsa pada mulanya berselisih faham dengan suami sebaik dia pulang dari kerja berikutan lelaki itu meminta wang darinya untuk keluar bersama rakan.

Menurutnya, suami mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan menggesa mangsa menyerahkan wang, namun permintaan itu tidak diendahkan.

“Ibu kepada tiga anak itu masuk ke bilik untuk menidurkan bayi mereka berusia sembilan bulan.

“Tanpa disangka suspek turut mengekori mangsa masuk ke dalam bilik sebelum membuka lampu bilik hingga menyebabkan anak mangsa terjaga dari tidur,” katanya.

Menurutnya, mangsa meminta suaminya memadamkan lampu bilik semula kerana mahu menidurkan bayi mereka semula.

“Bagaimanapun lelaki itu menjadi berang sebelum menendang mangsa beberapa kali di muka dan badan.

“Kejadian itu turut menakutkan dua lagi anak mangsa menyebabkan mereka menangis. Lelaki itu turut memukul anak mereka sebelum melafazkan cerai talak satu,” katanya.

Menurutnya, suspek meninggalkan rumah dengan membawa beg berisi pakaiannya,

“Suspek sebelum itu sempat mengugut mahu membunuh mangsa dan anak sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

“Bimbang keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian lain di Meru, Klang, seorang wanita dibelasah teruk selepas menegur suaminya yang membuat bising ketika pulang dalam keadaan mabuk ke rumah, kelmarin.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa yang berusia 30-an itu menasihati suaminya supaya tidak membuat bising berikutan anak mereka sedang tidur.

Sumber polis berkata, tindakan mangsa menyebabkan suaminya naik berang sebelum memukul dan menendang mangsa berulang kali.

“Seorang saudara lelaki yang turut tinggal di rumah itu kemudian campur tangan meleraikan pergaduhan itu.

“Bagaimanapun tindakan saudara lelaki mangsa itu mengundang marah suspek sebelum memukul lelaki itu menggunakan kerusi serta menetak kepala mangsa dengan pisau pemotong daging,” katanya.

Khuatir kejadian lebih teruk berlaku, mangsa dan saudara lelakinya melarikan diri dari rumah sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Raja.

-myMetro



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP