GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 21 April 2014

Pesawat MAS Ke Bangalore, India Patah Balik Ke KLIA Buat Pendaratan Cemas

Boeing 737-800 milik MAS yang serupa dengan model MH192 yang melakukan pendaratan cemas di KLIA pada awal pagi Isnin, 21 Apr 2014.
PETALING JAYA: Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang sedang dalam perjalanan ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas salah satu rodanya tidak dapat berfungsi dengan sempurna ketika berlepas, berjaya mendarat dengan selamat pada jam 1.56 pagi Isnin.
MAS mengesahkan tentang kejayaan para juruterbangnya mendaratkan pesawat 737-800 itu dengan selamat menerusi laman tweeternya.
Sebelum itu, Pengurus Perhubungan Media dari Bahagian Komunikasi Strategik MAS, Khairunnisak Dzun Nurin telah mengeluarkan satu kenyataan segera yang menyebut bahawa pesawat berkenaan telah menyedari yang mekanikal pada bahagian roda kanannya telah mengalami kerosakan sebaik sahaja berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam Ahad.
Juruterbang pesawat berkenaan kemudiannya membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko dan berpatah balik ekoran masalah tersebut.
Pesawat berkenaan berlegar-legar selama beberapa jam di ruang udara KLIA bagi menghabiskan bekalan minyak sebelum mendarat untuk mengurangkan risiko malapetaka.
Mengikut jadual, MH192 dijadualkan tiba di Bangalore, India pada jam 11.35 malam Ahad.
Pesawat tersebut membawa 166 orang penumpang termasuk tujuh anak kapal.
Sementara itu Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein berkata menerusi tweetnya: 'Semuanya selamat mendarat - dalam perjalanan ke sana sekarang!!'
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP