GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Model. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Model. Papar semua catatan

Sabtu, 1 November 2014

PRAMUGARI JELITA BIKIN HEBOH

GAMBAR Theresia yang diambil dari akaun Facebooknya. 

Jakarta: Kunjungan Presiden Jokowi ke pusat petempatan penduduk di sekitar Gunung Sinabung memang menyebabkan heboh - bukan saja kerana ia adalah kali pertama dia menggunakan pesawat udara rasmi, malah ia juga disebabkan kejelitaan pramugari yang bertugas.

Tanpa diketahui siapa yang mula menyebarkannya, gambar Theresia Mariana Susanti yang bertugas sebagai pramugari Tentera Udara Indonesia di pesawat rasmi presiden itu cepat menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, semakan mendapati gambar itu asalnya dimuat naik di akaun Facebook Theresia yang boleh diakses sesiapa.

Berdasarkan akaun itu, Theresia menyatakan dia berasal dari Denpasar, Bali dan berkhidmat dengan Tentera Udara Indonesia.

Gambar dalam akaun itu juga menunjukkan dia memang berkhidmat dengan kapal terbang rasmi presiden.

Satu daripada gambarnya menunjukkan Theresia bersalam dengan Susilo Bambang Yudhoyono.
Pakaian seragam dikenakan Theresia juga menampakkan dia bertugas dengan Suakron 17 - bahagian yang khusus menguruskan pesawat berkenaan.

Selain Theresia, ada beberapa nama pramugari lain, seperti Rara dan Feby. 

- Agensi



Read more...

Jumaat, 31 Oktober 2014

Dewi Liana (Mentor) Dikecam Sertai Ratu Cantik Kerana Disangka Muslim

Dewi bakal ke London untuk menyertai pertandingan Miss World 2014. - Foto Miss World 2014.

PETALING JAYA: Bekas peserta Mentor, Dewi Liana Seriesta kesal apabila segelintir pihak masih mempertikaikan penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik, Miss Malaysia World 2014 kerana dia disangka wanita beragama Islam.

Dewi, 25, yang merupakan protege kepada penyanyi Liza Hanim dalam program realiti Mentor musim pertama itu berkata, dia sudah menjelaskan tentang status agama itu sejak memasuki pertandingan realiti terbitan TV3 empat tahun lalu.

"Ketika memenangi pertandingan Miss Malaysia World 2014 pada Jun lalu, ramai yang mempertikaikan penglibatan saya dalam pertandingan itu.

"Saya faham wanita beragama Islam tidak dibenarkan menyertai pertandingan itu dan saya juga sudah jelaskan kepada mereka bahawa saya beragama Kristian sejak kecil lagi," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Dewi, perkara tersebut menjadi kekeliruan apabila nama yang diberikan oleh ibu bapanya itu seperti nama yang digunakan oleh kebanyakan orang Melayu.

Bagaimanapun dia tidak mempunyai sebarang masalah dan menganggap ia sebagai sesuatu yang unik.

"Bapa saya berasal dari Indonesia dan berketurunan Cina, manakala ibu saya dari Sarawak sebab itu nama saya tiada binti seperti nama orang Islam.

"Saya memang tiada sebarang masalah dengan nama ini dan saya anggap ia sebagai unik, cuma ramai yang keliru tentang agama sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Dewi berkata, dia layak ke pertandingan Miss World 2014 yang akan dipertandingan di London penghujung tahun ini.

Dewi merupakan antara 130 peserta di serata dunia yang bakal merebut gelaran ratu cantik itu.

"Selepas memenangi Miss Malaysia World 2014, saya layak untuk bertanding bagi mewakili Malaysia di Miss World 2014 di London Disember depan. Saya akan bertolak November ini dan kami akan dinilai selama sebulan untuk diangkat sebagai Miss World 2014," katanya.

Sementara itu dalam bidang nyanyian Dewi masih aktif memenuhi undangan selepas tamatnya program Mentor musim pertama lalu.

Malah, dia baharu sahaja berjaya memenangi lima kategori utama pada pertandingan ‘World Championships of Performing Arts’ (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat, Julai lepas.

"Saya tidak tinggalkan bidang nyanyian, selepas Mentor saya banyak tawaran persembahan untuk majlis korporat dan Julai lalu saya mengikuti pertandingan WCOPA di Los Angeles.

"Saya memenangi juara keseluruhan dengan meraih lima pingat dalam beberapa kategori dipertandingakan," ujarnya.


mStar Online


Read more...

Jumaat, 24 Oktober 2014

Julia Perez (Jupe) sibuk pilih sperma

Jupe
Penyanyi dangdut Julia Perez berkata sebelum dia memulakan proses mendapatkan zuriat melalui tabung uji, sperma yang didermakan itu mesti memiliki kualiti tinggi.

Dia yang lebih dikenali sebagai Jupe, 34, berkata kualiti yang baik penting untuk memastikan anak yang bakal dikandungnya sihat.

Bekas kekasih pemain bola sepak Gaston Castano itu juga mengakui amat teliti dalam memilih ciri-ciri yang dapat memastikan bakal pasangannya itu tidak mengecewakan.

“Saya mahu suami yang spermanya bagus supaya boleh terus mendapat anak.

“Sudah pasti jika mahu berkahwin dia perlu menjalani ujian kesihatan terlebih dulu,” katanya.

Jupe baru-baru ini mencetuskan polemik apabila mendedahkan mahu menjalani rawatan kesuburan bagi mendapat anak.

Selain Singapura, dia juga merancang pergi ke Pulau Pinang bagi merealisasikan impiannya.

Hasrat itu ditentang banyak pihak termasuk Majlis Ulama Indonesia kerana kehamilan Jupe berlaku tanpa pernikahan.

Namun Jupe kemudian mengakui bercadang berkahwin dengan lelaki penderma sperma itu nanti.

Kata Jupe, dia tidak mahu calon suaminya dalam kalangan lelaki yang gemar menghabiskan masa di kelab malam atau disko.

“Juga suami saya tidak boleh merokok,” katanya, semalam.

Sehingga kini, sudah ada tiga orang mendermakan sperma untuk Jupe.

“Tapi bukan mudah untuk membuat pilihan.

“Ketika ini saya sering berjumpa dan berhubung dengan tiga penderma berkenaan untuk memastikan keserasian jika tiba masanya untuk bernikah,” katanya.

 - Agensi

Read more...

Khamis, 23 Oktober 2014

Google padam gambar TANPA PAKAIAN SELEBRITI

Antara selebriti yang dipadam gambar bogel mereka.

Isu skandal ‘Celebgate’ atau penyebaran gambar bogel selebriti di internet menyebabkan laman carian Google memadam puluhan ribu gambar tersebut, selepas diancam dikenakan tuntutan mahkamah, lapor sebuah laman web, ZDNet.

Gambar HOT !
Dalam kenyataannya kepada laman web berkenaan, Google telah memadam puluhan ribu gambar selebriti serta menutup beratus-ratus akaun berkaitan skandal tersebut.

Bulan lalu, cache foto peribadi milik beberapa selebriti termasuk Jennifer Lawrence, Mari Elizabeth Winstead dan model baju renang Sports Illustrated, Kate Upton dicuri dan dimuatnaik di laman web popular seperti 4chan dan Reddit.

Peguam industri hiburan, Martin Singer memberitahu, Google mendapat keuntungan berjuta-juta dengan melakukan penindasan terhadap golongan wanita dan boleh dikenakan tindakan untuk ganti rugi lebih daripada 100 juta dolar.

 Singer turut menghantar beberapa notis pelanggaran Akta Hak Cipta Milenium kepada Google, agar penyedia perkhidmatan internet tersebut memadam bahan-bahan tersebut.


SH

Read more...

Khamis, 16 Oktober 2014

4 Gambar,Bekas pesakit kanser tulang jadi model

Elesha Turner

SEORANG bekas pesakit kanser tulang dari Hastings di Timur Essex, England berjaya mendapatkan kontrak sebagai model.

Elesha Turner, 20, dikesan menghidap kanser pada 2013 dan doktor memberi amaran bahawa kakinya mungkin terpaksa dipotong.




Bagaimanapun, kecekalan Turner berjaya menyelamatkan kakinya dan kini beberapa tulang di bahagian paha termasuk lutut terpaksa dibuang dan digantikan dengan titanium.

Elesha berkata, ketika dia mula-mula didiagnosis menghidap kanser, hidupnya umpama sudah berakhir.

Namun, selepas melakukan pembedahan hidupnya kembali ceria apabila disahkan bebas dan pulih daripada penyakit itu.





"Bukan mudah bagi saya berhadapan dengan situasi ini. Selepas pembedahan, saya terpaksa menunggu selama dua minggu sebelum doktor mengesahkan saya bebas daripada kanser," katanya kepada Daily Mail .

Menurut Elesha, impiannya memang mahu menjadi seorang model namun tidak memiliki ketinggian yang mencukupi.

Tuah gadis cantik ini akhirnya menjelma apabila dia terbaca satu artikel mengenai sebuah syarikat yang mencari model daripada kalangan orang kurang upaya.




"Selepas membaca artikel itu, saya terus menghubungi syarikat itu dan lulus uji bakat.

"Kini, saya bakal menjadi penghias dan model kepada kempen syarikat tersebut," katanya.

Kata Elesha lagi, dia mahu menjadi contoh dan inspirasi kepada bekas pesakit kanser untuk menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain. 


Sumber


Read more...

Selasa, 7 Oktober 2014

PELAKON PORNO MARIA OZAWA ( MIYABI ) KINI MENCARI SUAMI

Maria Ozawa (28) terkenal dengan julukan Miyabi. 

Pelakon Maria Ozawa yang turut terkenal dengan nama julukan Miyabi mengaku sedang mencari pasangan hidup selepas kian bosan membujang.
Pengakuan itu dibuat Maria ketika dia memang dikenali sebagai aktres yang sentiasa mempunyai ‘pasangan’ berdasarkan statusnya sebagai pelakon filem lucah.
Maria, 28, berkata, dia tidak kisah bakal pasangan hidup itu datang dari negara mana kerana yang penting lelaki itu seorang yang memahami kerjayanya.
“Saya tidak peduli siapa orangnya dan warga negara apa, sama ada dari Jepun mahupun Indonesia.
“Paling penting bakal kekasih saya itu dapat menerima saya seadanya, termasuk keperluan pekerjaan saya,” katanya kepada Tribunnews semalam.
Maria adalah seorang daripada pelakon filem lucah paling terkenal di dunia dan pada Mei 2010 muncul dalam filem komedi dewasa Indonesia, Menculik Miyabi.
Filem itu diarah oleh Findo Purwono HW.
Pada November tahun sama Maria sekali lagi mewarnai layar perak Indonesia melalui filem seram Hantu Tanah Kusir.
Menurut Maria, tanpa mempedulikan tanggapan orang lain, dia amat menyukai pekerjaannya sebagai pelakon.
Justeru, dia yakin akan dapat membina rumah tangga bahagia pada masa depan jika kekasihnya dapat menerima dia seadanya.
Bercakap mengenai pengalamannya ke Indonesia, Maria berkata dia pernah ke negara itu sebanyak empat kali antara 2009 hingga 2010.
Tiga daripada empat lawatan itu adalah ke Bali untuk mempromosi filemnya.
Sementara itu, mengulas mengenai kemunculan akaun palsu di Twitter dan Youtube menggunakan namanya, Maria berasa amat kesal dengan tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan.
“Ia buat saya bingung.

Sumber


Read more...

Sabtu, 4 Oktober 2014

Selebriti wanita saman Google RM324.65 juta


Jennifer Lawrence

Sekumpulan selebriti wanita yang menjadi mangsa godam akaun e-mel, menyaman syarikat Google berjumlah AS$100 juta (RM324.65 juta) atas dakwaan mengambil kesempatan ke atas skandal tersebut tanpa bertindak menyelesaikan isu berkenaan.

Antara selebriti yang terlibat ialah Rihanna, Jennifer Lawrence, Kate Upton dan Kim Kardashian, lapor laman web, Mail Online.




Rihanna
Menurut sumber, Page Six, peguam- peguam yang mewakili selebriti terbabit mendakwa, Google berupaya membuang gambar-gambar yang dicuri daripada Internet, namun pihak syarikat berkenaan gagal berbuat demikian.

Sebaliknya, Google dilihat mengambil kesempatan terhadap kes itu untuk mendapatkan keuntungan daripada penganiayaan ke atas selebriti terlibat.

Kate Upton

Kim Kardasian

Pendakwa raya Hollywood, Marty Singer turut menulis surat kepada pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin menuduh tindakan mereka sebagai tidak beretika dalam menangani isu tersebut.

“Disebabkan mangsa yang terbabit adalah selebriti yang mempunyai nilai publisiti yang tinggi, anda tidak melakukan apa-apa, sebaliknya anda mengambil kesempatan dan tidak menghentikannya," menurut surat berkenaan.

Gambar-gambar yang dicuri oleh penggodam masih tersebar di laman-laman web sosial, walaupun terdapat polisi ketat yang melindungi pengguna daripada dianiaya.

Sumber


Read more...

Sabtu, 20 September 2014

3 Gambar,Model Mengubah Dirinya Jadi Boneka Seks


Victoria Wild

CANNES - Seorang model telah menghabiskan wang sebanyak 30 ribu poundsterling untuk mengubah dirinya seperti anak patung seks. Victoria Wild, telah menjalani beberapa siri operasi plastik untuk mewujudkan obsesinya. 

Wanita 30 tahun itu telah menjalani tiga kali operasi payudara sehingga payudara berukuran 32 G dengan kos 25 ribu poundsterling atau sekira , kos operasi rhinoplasty sebesar 25p, implan bibir kekal serta botox sebesar 12p. 



Victoria Wild sebelum pembedahan

Victoria membiayai dana operasinya dengan upah sebagai model dan bantuan dari kekasihnya, Simon. "Siapa yang tidak ingin diperlakukan seperti boneka? Ini kelihatan seksi. Orang-orang melihat saya di jalan dan saya suka, "ujar Victoria, seperti dipetik dari Metro, Kamis (18/9/2014). 

Victoria mengatakan bahawa obsesinya menjadi boneka seks bermula ketika dia pergi ke Latvia saat remaja. Wanita asal Cannes, Perancis, merasa rendah diri kerana mempunyai payudara yang kecil dan orang-orang sering memanggilnya Barbie, kerana dia mempunyai pinggang yang ramping dan berambut perang. 




"Saya tidak tahu tentang operasi plastik pada saat itu, tapi saya selalu bermimpi tentang anak patung seksi dengan payudara besar dan bibir tebal," ungkapnya. 

Kekasihnya, Simon selalu menyokongnya untuk mengejar impiannya menjadi boneka. Sejak itu Liar melakukan siri operasi plastik untuk mengubahnya menjadi boneka seks yang seksi.

Sumber


Read more...

Rabu, 17 September 2014

Wanita Taksub Pembedahan Plastik Belanja RM157,535 Untuk Kelihatan SEKSI




Wajah Victoria sebelum dan selepas menjalani pembedahan plastik.
SEORANG model membelanjakan kira-kira 30,000 pound (RM157, 535) untuk menjalani pembedahan plastik agar kelihatan cantik dan seksi.

Victoria Wild dari Latvia menjalani pelbagai pembedahan termasuk tiga pembedahan untuk membesarkan payu daranya, implan bibir dan suntikan botox.

Wanita berusia 30 tahun itu yang menetap di Cannes, Perancis mengakui seronok dengan perhatian orang ramai terhadapnya.

"Siapa yang tidak mahu dilayan seperti anak patung. Ia amat seksi.
"Orang ramai akan memandang saya dan saya suka dengan perhatian itu," katanya.
Victoria berkata, dia mula melakukan pembedahan plastik sejak 2001 dengan membelanjakan 25,000 pound (RM130,807) untuk melakukan tiga pembedahan pembesaran payu dara di Hungary.

Ketika berusia 25 tahun, Victoria bertemu dengan teman lelakinya, Simon yang sentiasa menyokong cita-citanya untuk kelihatan seksi.

Sumber

Read more...

Khamis, 4 September 2014

Lagi Gambar Anak Melayu Bogel Malam Merdeka Tersebar


Sedang orang ramai masih kecoh memperkatakan tentang gadis bertudung melakukan maksiat pada malam merdeka timbul pula gambar baru.
Masih sensasi kerana watak utamanya bertudung, perempuan terlibat dirakam bertudung namun bogel di bahagian bawah manakala satu lagi gambar memfokuskan pada bahagian dadanya yang dipenuhi ‘love bite’.
Justeru Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datin Asmawati Ahmad menasihati orang ramai berhenti menyebarkan gambar ini bagi tidak memburukkan lagi keadaan.
Apa masalah remaja Melayu Islam zaman sekarang ye.. kalau pun dah tak ingat dosa pahala mengapa nak permainkan agama dengan memakai tudung sambil tersengih bergambar bogel?
Sesungguhnya orang sebeginilah yang membuatkan perempuan bertudung ikhlas atas tuntutan agama turut mendapat pandangan serong masyarakat dan penganut agama lain.
Sumber - MYNEWSHUB


Read more...

Khamis, 28 Ogos 2014

Model Separuh Bogel Didenda RM400

Kah Wai (kiri) dan Jo Yee berjalan keluar dari mahkamah selepas membayar denda RM400.
IPOH: Dua model yang terlibat dalam sesi fotografi separuh bogel di sini Isnin lalu didenda RM400 di Mahkamah Majistret.
Majistret Haslinda A Raof yang menjatuhkan hukuman itu pada Rabu selepas kedua-dua model sambilan itu mengaku bersalah kerana menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat di depan sebuah sebuah bank di Jalan Sultan Yussuf di sini pada 25 Ogos lalu.
Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 268 dan disabitkan di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan, dan dibacakan bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama.
Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery berkata, Low hanya memakai seluar hitam dan kasut tanpa sebarang kemeja, manakala How memakai pakaian dalam warna putih.
Orang awam mengambil gambar pasangan pengantin separuh bogel di Jalan Sultan Yussuf. Foto ini diambil daripada pengguna Facebook, Huang Xiao Lung.
"Aksi mereka menarik perhatian awam dan beberapa gambar mereka diambil dan disebarkan menerusi media sosial," katanya.
"Negara ini merupakan masyarakat berbilang kaum dan tindakan mereka tidak boleh diterima," tambahnya.
Peguam yang mewakili kedua-duanya, Andrew Soong berkata, mereka akan memohon maaf kepada orang ramai yang tersinggung dengan tindakan itu.
"Mereka juga bekerjasama dengan polis, mengaku salah dan menjimatkan masa mahkamah.
"Tambahan pula, semua gambar di media sosial tidak dimuat naik oleh mereka dan mereka tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian," katanya.
Kedua-dua mereka membayar denda.
Sumber mStar Online

Read more...

Selasa, 26 Ogos 2014

Wanita lelong rambut untuk menderma

XIOA menunjukkan rambutnya di kediamannya, semalam.
Selepas menyimpan rambutnya selama 15 tahun, seorang wanita di sini kini mencari pembeli untuk membeli rambutnya yang sepanjang dua meter dengan niat untuk mendermakan wang berkenaan kepada sebuah sekolah menengah di Ningxia.
Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Xiao, berkata dia mengambil keputusan menjual rambutnya menerusi Internet selepas mengetahu mengenai keadaan persekitaran persekolahan yang teruk di Ningxia. 
Tarikh untuk membidanya berakhir hari ini dan sehingga semalam bidaan tertinggi mencecah 10,000 yuan (RM5,100). 

Menurut Xiao, dia menerima tawaran sebanyak RM10,300 untuk rambutnya sembilan tahun lalu.
Ketika itu, rambutnya hanya panjang hingga ke betis.
“Saya mula memelihara rambut ketika belajar di universiti,” katanya.
 - Agensi 


Read more...

Khamis, 8 Mei 2014

2 WANITA REBUT 1 JANTAN

MICHELLE ditahan dan polis merampas pistol kaliber .22 simpanannya.
Alabama: Seorang wanita didakwa menculik bekas suaminya dari rumah teman wanita lelaki itu sebelum mengugut menembaknya sehingga mati.
Michelle Barker Bradley, 26, ‘menyerang’ rumah berkenaan awal pagi Sabtu lalu dan melepaskan beberapa tembakan ke udara sambil mendesak bekas suaminya itu keluar. 
Apabila lelaki terbabit akur, Michelle memaksa bekas suaminya itu memasuki keretanya. 

Jurucakap Jabatan Polis Daerah Selma, Left Curtis Muhannad berkata, Michelle kemudian terus mengancam bekas suaminya itu.
“Dia menelefon ibu mangsa dan memberitahu mahu membunuh lelaki itu serta mencampakkan mayatnya di satu kawasan antara Selma dan Maplesville,” katanya dalam satu kenyataan.
Kekasih baru bekas suaminya berkenaan bagaimanapun berjaya mengekori kenderaan yang dipandu suspek lalu menghubungi talian 911. 

Polis berjaya menahan Michelle dan merampas pistol kaliber .22 dalam simpanannya. 

Michelle kemudian didakwa atas beberapa tuduhan termasuk penculikan dalam kes keganasan rumah tangga.
- Agensi

Read more...

Sabtu, 12 April 2014

INUL DARATISTA TIDAK LAGI GOYANG GERUDI


Aksi Inul ketika membuat persembahan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2011.

JAKARTA: Penyanyi dangdut Inul Daratista membuat keputusan untuk mengurangkan tarian goyangnya selepas mendapati imej berkenaan tidak lagi bersesuaian dalam era muzik kini.
"Inul berkata, irama dangdut ketika ini perlu tampil berbeza dan memadai jika goyangan itu hanya dilakukan secara asas.

"Cara goyangan ketika ini sudah berbeza. Dulu boleh lakukan 30 persen goyangan tetapi sekarang ini sedikit pun tak apa. Muzik dangdut ketika ini bukanlah menumpukan kepada goyangan semata-mata,” katanya seperti dilaporkan portal Inilah.com.

Inul 
Inul sebelum ini pernah dikenali kerana goyangan tarian dangdutnya yang luar biasa sehingga dipanggil goyang gerudi dan popular dengan lagu Goyang Inul.

Bagaimanapun Inul berkata, dia masih mampu untuk menari seperti dahulu tetapi membuat keputusan mengurangkan imej berkenaan bergantung pada majlis yang dihadirinya.LINK ( Video Goyang Inul )
mStar Online

Read more...

Rabu, 9 April 2014

AGNES MONICA NAFI TAYANG PAYUDARA

AGNES enggan melayan dakwaan yang dikaitkan padanya.
Jakarta: Agnes Monica semalam tampil mempertahankan dirinya di tengah-tengah kontroversi mendakwa pakaiannya terlondeh ketika menjalani penggambaran video muzik dengan penyanyi AS sehingga menampakkan buah dadanya.
Dalam kenyataan ringkas kepada media semalam, Agnes berkata, dakwaan itu ternyata tidak benar. 
“Justeru, saya enggan mengulas lanjut mengenainya,” katanya. selepas ada pihak mendakwa pakaiannya terlondeh dalam klip video muzik Coke Bottle yang turut menampilkan penyanyi Timbaland.
Agnes bagaimanapun menafikan hal itu ketika ditanyakan mengenainya.
Agnes juga dilihat tidak mengendahkan dakwaan itu kerana menurutnya ia terpulang kepada pertimbangan umum. 

“Jika orang melihatnya dari sudut negatif, apapun yang dilakukan pasti akan kelihatan negatif,” katanya. 

Klip video muzik yang dimuat naik pada 1 April itu menarik perhatian ramai bukan saja kerana insiden itu malah ramai yang mempertikaikan cara Agnes berpakaian yang mencolok mata dan mengenakan seluar mirip lampin. 
- Agensi

Read more...

Ahad, 2 Mac 2014

Valeria Lukyanova,model patung Barbie tidak makan dan minum hanya hirup udara untuk hidup ?

Valeria Lukyanova 
Kiev: Model Ukraine Valeria Lukyanova yang mencipta kontroversi sebagai ‘patung Barbie hidup’ mendakwa dia tidak lagi makan atau minum sebaliknya menggelar dirinya ‘Breatharian’ yang hanya memerlukan udara.
Walaupun ada yang mendakwa dia melakukan pembedahan plastik selain menggunakan Photoshop untuk kelihatan seperti anak patung, namun mungkin juga susuk tubuhnya yang terlalu kurus adalah disebabkan tidak makan sehingga berminggu-minggu lamanya.
Model berusia 23 tahun itu mendakwa kini mengamalkan ‘Breatharianism’ apabila melatih dirinya mendapat khasiat daripada cahaya dan udara.

“Malah sejak beberapa minggu ini saya tidak rasa lapar langsung dan berharap ini peringkat terakhir sebelum saya betul-betul mampu hidup hanya berbekalkan cahaya dan udara,” katanya.
Breatharianism adalah fahaman yang mempercayai makanan dan air tidak perlu untuk kehidupan, sebaliknya seseorang didakwa boleh hidup dengan menyerap ‘makanan mikro-kosmik.’
Amalan itu dilihat berbahaya malah ada pengikutnya dilaporkan mati kelaparan.
Ini bukan kali pertama Valeria membuat kenyataan pelik. 

Sebelum ini dia pernah mendakwa berasal dari planet lain, mungkin Zuhrah, namun mengakui dia sendiri tidak pasti planet asalnya.

Berikutan itu, Valeria mendakwa mampu bercakap dengan makhluk asing selain mampu mengembara merentasi masa.

Valeria yang menyasarkan untuk menjadi ‘wanita paling sempurna di Internet’ juga mengaku mendapat rawatan pakar psikiatrik kerana sering mendengar suara halus. 

Walaupun ada pengguna YouTube, Tumblr dan laman sosial, Valeria mendapat sokongan kuat suaminya yang juga bertindak sebagai pengurusnya.
- Agensi

Read more...

Rabu, 19 Februari 2014

BEKAS MODEL PLAYBOY JATUH HATI PADA BUSANA MUSLIMAH

Felixia Yeap

SHAH ALAM - Bekas model Playboy dari Ipoh, Felixia Yeap yang dulu hanya tertarik untuk mengenakan hijab, kini mula jatuh hati dengan pakaian yang lebih longgar dan menepati syariat Islam.

Jelas Felixia beliau kini sudah mula menyimpan pakaian yang bersaiz kecil, dan berharap selepas ini beliau tidak akan mengenakan lagi pakaian yang bersaiz 'kanak-kanak'.

 "Pada mulanya,saya jatuh hati pada hijab.

"...sekarang, saya sedar yang saya telah jatuh cinta dengan baju-baju yang longgar dan labuh... seperti jubah, abaya dan semestinya baju kurung.

"...lipat dan simpan skinny jeans, harap-harap tak payah nak pakai skinny jeans dah. (Ini pun sebab saya tak ada seluar lain buat masa ni, huhuhu...)," katanya di laman Facebooknya.

Tahun lepas, Felixia mengambil keputusan untuk memakai tudung sebagai fesyen tanpa memeluk Islam.

Felixia berkata, beliau mula jatuh cinta dengan fesyen tudung apabila beliau dipanggil untuk uji bakat iklan Raya Haji Celcom.

Jelitawan 27 tahun dari Ipoh yang memulakan karier sebagai model sejak usia 19 tahun itu bagaimanapun tidak mengendahkan sebarang kesangsian dan kritikan yang dilemparkan kepadanya sejak beliau mula memakai hijab beberapa bulan lalu.

"Mereka berkata saya lakukan ini bertujuan mencari Datuk Melayu kaya untuk berkahwin.

 "Jika saya mahu mencari seorang lelaki kaya, saya sudah lakukannya sejak dahulu lagi ketika saya masih aktif sebagai model yang sentiasa memberi pose seksi. Kritikan mereka tidak logik. Apa yang saya mahu lakukan ialah untuk lebih banyak menutup dan melakukan peragaan yang lebih sopan," kata beliau kepada sebuah laman portal.

Menjelaskan tindakan beliau lagi, Yeap berkata, walaupun ia satu kejutan kepada peminatnya, cinta beliau terhadap pakaian Islam telah bermula ketika di bangku sekolah lagi.

Beliau berkata, walaupun ada umat Islam mengkritik, kebanyakan komen negatif datang daripada bukan Islam.

Katanya beliau sangat suka dengan baju kurung dan pakaian tradisi masyarakat Melayu-Islam.

Sinar Harian(ohgasak)



Read more...

Selasa, 18 Februari 2014

KES CERAI ERRA FAZIRA,ENGKU EMRAN DAPAT HAK PENJAGAAN ANAK


SHAH ALAM: Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pelakon dan pengacara program Primadona, Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin terjawab apabila pasangan berkenaan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa.
Lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Terjah berita sebelumnya
Penceraian tersebut dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 (Negeri Selangor).
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.
Pasangan itu terdahulu tiba di mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.45 pagi.
Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida dan suami Umie iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.
Kemunculan Erra agak mengejutkan apabila dia memakai topeng menutup mukanya.
Pelakon filem Hingga Hujung Nyawa itu memfailkan permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka menerusi peguam syarie, Ahmad Nazib Johari selaku plaintif pada Isnin (semalam).
Manakala Engku Emran diwakili peguam syarie Roslan Sujak Rafiee.
Ketika di mahkamah Erra menjelaskan, permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu.
Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun tanpa sebarang pertikaian.
Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.
Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007
Pelakon itu juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.
Sementara itu, Erra ketika ditemui media selepas sebutan kes tersebut memberitahu lega segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai.
"Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai," katanya.
Bagaimanapun, Engku Emran enggan mengulas mengenai penceraian mereka.
Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007. Sebelum itu Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata.

Sumber mStar Online


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP