GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Ahad, 2 November 2014

Kopi baja asli penawar kanser ?

Sekumpulan penduduk di kampung Jinshicun, wilayah Hunan beralih kepada ‘penawar’ baru untuk merawat penyakit barah - baja asli yang direndam dengan air.

Ia mungkin memeranjatkan. Tetapi, itulah yang dilakukan oleh sekurang-kurangnya 20 penduduk kampung berkenaan selepas seorang nenek di kampung itu yang disahkan menghidap barah paru-paru pulih selepas minum kopi baja asli itu selama lapan bulan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana dia memperoleh idea untuk menjadikan baja itu ubat penyakit yang dihidapnya itu.

Sejak nenek berkenaan pulih, penduduk kampung terbabit mengumpulkan najis kambing dan lembu, menjemurnya hingga kering, menggorengnya dan kemudian menumbuknya menjadi serbuk.

Mereka akan mengambil satu sudu sebuk baja itu dan mencampurkannya dalam air panas serta meminumnya dua kali sehari. 

- Agensi

Read more...

Jumaat, 31 Oktober 2014

MALANG TIDAK BERBAU,PARANG TERCACAK DIMUKA

Gambar sumber FB

Jerantut: "Seram apabila saya melihat dia memegang parang yang tertusuk di mukanya sambil membonceng motosikal untuk ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sejauh lebih dua kilometer," kata Mat Tohor Ahmad, 43, bapa kepada seorang lelaki yang bertarung nyawa selepas parang melekat di mukanya dalam kejadian di FELCRA Tembeling Tengah, Kuala Tahan, dekat sini, semalam.

Kejadian jam 8 pagi itu berlaku apabila anaknya, Mohd Ridhuan, 20, dari Kampung Labu, dekat sini, menebas semak bersama rakannya di kawasan berhampiran di ladang FELCRA, dekat sini.

Gambar sumber FB

Namun, secara tiba-tiba, hulu parang rakannya tercabut lalu bilahnya 'terbang' dan tertusuk hampir lima sentimeter dalam di kepala Mohd Ridhuan menyebabkannya rebah serta terbaring kesakitan.

Ketika kejadian Mat Tohor menunggang motosikal berseorangan dari rumahnya ke kawasan ladang berhampiran sebelum terserempak dengan mangsa yang membonceng motosikal rakannya.

"Dalam keadaan kesakitan itu, Mohd Ridhuan sempat memanggil saya untuk ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sambil memegang parang sepanjang 30 sentimeter yang melekat di kepalanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

LELAKI MILIKI PAYUDARA SEPERTI WANITA

Payudara Edgeworth membesar seperti seorang wanita.
Charlie Edgeworth, 19, mengalami tekanan pera­saan kerana memiliki payu­dara seperti seorang wanita sehingga terpaksa menjual sebuah kereta miliknya hanya untuk menampung kos pembedahan bagi mengecilkan payudaranya itu.
Payudara remaja lelaki itu mula membesar ketika dia ber­usia 13 tahun dan dia digelar ‘Mooby’ oleh rakan-rakan sebaya­nya selain menjadi mangsa buli di sekolah selama bertahun-tahun sejak itu.
Pekerja pusat panggilan dari Hastings, East Sussex itu mengalami gynaecomastia iaitu ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh badan yang menyebabkan dia mempunyai hormon estrogen melebihi daripada hormon testosteron.
Keadaan itu menyebabkan tisu payudaranya menjadi berlebihan. Disebabkan keadaannya itu, dia tidak pernah mempunyai teman wanita kerana tiada wanita yang sudi menjadi kekasihnya.
Dia juga malu untuk membuka baju di tempat awam dan sering mengelak untuk pergi ke pantai hanya disebabkan tidak mahu membuka baju.
Terdesak untuk mengembalikan saiz payudaranya, Edgeworth mengamalkan diet ketat dengan harapan payudaranya itu kembali seperti saiz payudara lelaki normal yang lain.
Tindakannya itu menyebabkan berat badan Edgeworth menurun kepada paras bahaya ketika dia masih berada di sekolah sehingga membuatkan saiz payudaranya lebih menonjol berbanding keadaan biasa.
Jual kereta
Setelah bertahun-tahun terpaksa menanggung malu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk menjual keretanya bagi menampung kos pembedahan dan berharap menemui cinta selepas itu.
“Saya tidak pernah membuka baju sejak di sekolah rendah lagi, malah saya juga akan sentiasa memakai baju ketika di rumah bagi mengelakkan ibu mengetahui masalah saya ini.
“Setiap kali kami pergi bercuti, saya akan sentiasa memakai baju-T di dalam kolam renang dan hanya menggunakan alasan kulit saya mudah terbakar,” jelasnya yang sudah mencuba pelbagai cara untuk menyembunyikan bahagian dadanya itu.
Ujarnya, penurunan berat badan yang dialaminya semakin membuatkan bahagian tersebut kelihatan lebih menonjol.
“Saya akhirnya menaikkan kembali berat badan bagi mewujudkan jurang antara bahagian dada dan perut,” tambahnya.
Dalam usaha untuk menyem­bunyikan rasa malunya itu, dia akan memakai pakaian yang mempunyai saiz lebih besar berbanding saiz badannya.
Walaupun sudah melepasi zaman persekolahan, tahap keyakinan dirinya diuji apabila tidak pernah mempunyai kekasih sepanjang zaman persekolahan.
“Sukar bagi saya mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih disebabkan keadaan fizikal saya ini.
“Sepanjang enam tahun lalu, saya tidak pernah mempunyai pasangan dan ia turut menambah tekanan perasaan yang saya alami,” katanya.
Pembesaran tidak normal yang dialami oleh Edgeworth itu dikenali sebagai gynaecomastia dan dipercayai ia menjejaskan kira-kira 40 peratus daripada lelaki dan jumlahnya dilaporkan semakin meningkat.
Keadaan itu disebabkan ketidakstabilan yang berpunca daripada hormon estrogen dan testosteron.
Gangguan perasaan
Pengambilan ubat-ubat tertentu seperti antikemurungan dan penyakit hati dalam jangka panjang juga boleh menyebabkan gynaecomastia. Ubat-ubatan terbabit bertindak mengubah payudara secara terus dengan mengganggu aktiviti biasa kelenjar pituitari.
Penyakit itu hanya boleh dirawat melalui pembedahan unt­uk mengembalikan payudara kepada keadaan asal.
Kebanyakan kes gynaecomastia tidak menyebabkan sebarang risiko penyakit fizikal tetapi ia boleh menyebabkan gangguan perasaan yang mungkin memberi impak kepada kehidupan harian.
Gynaecomastia biasanya dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan fizikal oleh doktor tetapi pemeriksaan tertentu sepe­rti imbasan tomografi berkomputer, ujian ultrasound dan ujian darah mungkin diperlukan untuk memastikan punca terjadinya penyakit itu.
Edgeworth kini perlu memakai bengkung bagi menutupi bahagian dadanya dan disebabkan itu, dia berasa seperti orang lain.
Tahap keyakinan dirinya semakin hilang apabila dia ditegur oleh majikan lamanya yang berpendapat bahagian dadanya kelihatan lebih besar berbanding biasa.
Selepas itu, dia mula berfikir untuk menjalani pembedahan sebagai jalan keluar kepada masalahnya itu.
Tiga tahun kemudian, dia membuat keputusan untuk menjalani pembedahan membuang lebihan lemak yang terdapat di kedua-dua bahagian payudaranya itu.
Edgeworth menjual sebuah kereta jenis Volkswagen Polo bagi menjalani pembedahan mengecilkan payudaranya yang menelan belanja sebanyak £1,750 (RM9,164) di sebuah hospital di Poland.
“Saya lebih yakin dengan penampilan terbaharu ini dan ia memberi kesan kepada tahap keyakinan saya untuk berdepan dengan masyarakat, malah saya tidak sabar untuk membuat temu janji dengan seorang wanita dan mempunyai kekasih.
“Saya tidak menjangkakan keputusan untuk menjalani pembedahan ini memberi peluang baharu kepada saya untuk menjalani kehidupan. Jika saya tidak mengambil tindakan drastik dengan menjual kereta, saya tidak akan mampu untuk membiayai kos pembedahan,” jelasnya.
Menurut pakar bedah, Adam Kalecinski, dia amat berpuas hati dengan hasil pembedahan Edgeworth dan ia penting bagi membuang tisu kelenjar dan lemak bagi menghentikan penyakit tersebut kembali.
KOSMO! ( kesihatan )

Read more...

Rabu, 29 Oktober 2014

Bayi ditusuk 12 jarum oleh ibu saudara

Wanita itu telah membunuh diri selepas dipercayai mendera anak saudaranya itu. - Gambar hiasan

Seorang wanita di China telah disyaki mendera dengan menyucuk anak saudaranya yang berumur 11 bulan dengan 12 jarum suntikan dan jarum peniti, sebelum membunuh dirinya sendiri.

Agensi beritaXinhuamelaporkan, doktor telah menemui jarum-jarum tersebut dalam badan bayi tersebut yang turut terkena buah pinggang, hati serta organ-organ lain pada bayi tersebut.

Bayi yang bernama Fan Zixuan dari Shandong itu bagaimanapun, dilaporkan dalam keadaan stabil dan dijangka sembuh dalam masa seminggu selepas doktor membedah dan membuang jarum-jarum itu.

Pembedahan itu telah dilakukan di Hospital Kanak-kanak di Beijing.

Awal tahun ini pula, seorang wanita dari daerah Hubei telah ditahan kerana disyaki memotong telinga anak saudaranya yang berumur enam tahun.


Sumber



Read more...

Kaki Remaja Reput Akibat Dipatuk Ular

SEORANG remaja perempuan berusia 13 mengalami pengalaman perit apabila kakinya reput selepas dipatuk ular.
Gadis yang tidak dikenali itu dibawa ke Hospital Carcaras, Venezuela selepas dia gagal dalam rawatan tradisional selama sebulan untuk memulih kakinya yang mereput sehingga meninggalkan tulang.
The 13 year old girl suffered severe necrosis - the premature death of cells - due to a snake bite that was treated with local indigenous remedies for a month before she was brought to a hospital in Carcaras
Doktor yang merawatnya turut terkejut dengan penyakit remaja berkenaan sebelum dimaklumkan bahawa dia pernah dipatuk ular berbisa.
Seorang Doktor dari Liverpool, Arun Ghosh yang melihat gambar tersebut berkata, kaki remaja terbabit mereput kerana bisa tersebut telah mematikan sel dan tisu.
"Gambar itu jelas menunjukkan bahawa tisu pada kaki remaja terbabit telah mati sepenuhnya dan yang tinggal hanya tulang," katanya.
Berdasarkan gambar itu juga, doktor berkenaan tidak menolak kemungkinan bahawa remaja terbabit berisiko untuk maut selepas ini.
mStar Online

Read more...

Isnin, 27 Oktober 2014

Kerana mabuk dan takut bini lantas terjun dalam kumbahan najis

CHI (kanan) selepas diselamatkan.

Seorang lelaki mabuk jatuh ke dalam kolam kumbahan najis kerana mahu mengambil jalan pintas dengan harapan dapat mengelak daripada bergaduh dengan isterinya.

Chi Fang, 42, menghabiskan masa minum bersama rakannya di Wuhu di daerah Anhui, timur China apabila isterinya telefon mengarah dia balik serta merta.

Dalam keadaan tergesa-gesa dia mengambil jalan paling dekat untuk pulang, melintasi sebuah jambatan yang boleh menjimatkan beberapa minit masanya.

Kerana 'pening' akibat minum arak, Chi berhenti seketika untuk muntah.

Dia membongkok melepasi besi penghadang, tetapi tidak dapat mengawal diri lalu jatuh ke dalam kolam kumbahan itu.

myMetro


Read more...

Sabtu, 25 Oktober 2014

Tindakan rawatan kecemasan kepada wanita mangsa kemalangan akhirnya dituduh penipu dan mencabul

imej Carian

Tindakan seorang lelaki cuba memberikan rawatan kecemasan kepada wanita mangsa kemalangan menyebabkan dia dituduh penipu dan kaki cabul, lapor media semalam.

Kata lelaki itu, dia disoal siasat polis dan digelar pembohong hanya kerana dia menggunting baju seorang wanita untuk membolehkan alat Automated External Defibrillator (AED) dipasang pada dada mangsa terbabit.

Katanya, dia terserempak dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini dan mendapati pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan serius.

"Bagaimanapun, seorang penumpang tidak sedarkan diri dan saya tidak dapat mengesan nadinya.

"Justeru, saya cuba memberikan bantuan pernafasan, manakala ada orang lain menghubungi ambulans," katanya.

Sementara menunggu bantuan sampai, seseorang pergi ke kedai membeli alat AED itu.

AED adalah peranti untuk menganalisis rentak jantung dan jika perlu, boleh menghasilkan kejutan elektrik untuk mengembalikan fungsi organ itu kepada tahap normal.

Kata lelaki terbabit, dia mengambil gunting dalam kotak AED itu dan mula memotong pakaian wanita berkenaan.

"Tiba-tiba pemandu kereta memarahi saya dan memanggil saya hentai (penipu) sebelum menghubungi polis mengadu saya seorang chikan (kaki cabul)," katanya.

Dia kemudian disoal siasat polis sebelum dibebaskan.

Wanita mangsa kemalangan itu pula dilaporkan selamat selepas dibawa ke hospital.

Walaupun ada pihak mahu memberikan sijil penghargaan kepada lelaki itu, dia berkata, ia bukanlah perkara penting dan tidak berniat menerimanya.

"Penggunaan AED hanya berkesan jika diletakkan bersentuhan dengan kulit. Saya rasa semua pihak perlu memahaminya," katanya.

- Agensi

Read more...

Kasanova cetus ketakutan kepada wanita wanita yang pernah ditidurinya selepas mati

DECU si kasanova membawa virus HIV.

Majlis pengebumian seorang kasanova tiba-tiba kecoh apabila sejumlah wanita panik kerana mendapati lelaki terbabit dijangkiti virus HIV.

Puluhan wanita di sebuah bandar di daerah Dolj terpaksa mengambil ujian HIV kerana menyedari mereka pernah menjalin hubungan dengan Daniel Decu.

Ketika hidup, Decu, 24, mengetahui statusnya, tetapi dia merahsiakan daripada orang lain.

Hanya selepas dia mati dan pihak hospital menjalankan bedah siasat, keadaan kesihatannya terdedah.

Sesetengah bekas kekasih Decu dimaklumkan mengenai perkara itu ketika hari pengebumiannya.

Media semalam melaporkan, kebanyakan wanita terbabit berang kerana sikap Decu itu menyebabkan mereka mungkin dijangkiti virus maut berkenaan.

Sumber berkata, 40 orang wanita menjalani ujian darah dan kini berdebar-debar menunggu keputusannya.

“Selain mereka, ada beberapa wanita lain mengetahui keadaan kesihatan Decu sebelum dia mati.
“Sekurang-kurangnya dua orang disahkan positif HIV,” katanya. 
- Agensi

Read more...

Jumaat, 24 Oktober 2014

Julia Perez (Jupe) sibuk pilih sperma

Jupe
Penyanyi dangdut Julia Perez berkata sebelum dia memulakan proses mendapatkan zuriat melalui tabung uji, sperma yang didermakan itu mesti memiliki kualiti tinggi.

Dia yang lebih dikenali sebagai Jupe, 34, berkata kualiti yang baik penting untuk memastikan anak yang bakal dikandungnya sihat.

Bekas kekasih pemain bola sepak Gaston Castano itu juga mengakui amat teliti dalam memilih ciri-ciri yang dapat memastikan bakal pasangannya itu tidak mengecewakan.

“Saya mahu suami yang spermanya bagus supaya boleh terus mendapat anak.

“Sudah pasti jika mahu berkahwin dia perlu menjalani ujian kesihatan terlebih dulu,” katanya.

Jupe baru-baru ini mencetuskan polemik apabila mendedahkan mahu menjalani rawatan kesuburan bagi mendapat anak.

Selain Singapura, dia juga merancang pergi ke Pulau Pinang bagi merealisasikan impiannya.

Hasrat itu ditentang banyak pihak termasuk Majlis Ulama Indonesia kerana kehamilan Jupe berlaku tanpa pernikahan.

Namun Jupe kemudian mengakui bercadang berkahwin dengan lelaki penderma sperma itu nanti.

Kata Jupe, dia tidak mahu calon suaminya dalam kalangan lelaki yang gemar menghabiskan masa di kelab malam atau disko.

“Juga suami saya tidak boleh merokok,” katanya, semalam.

Sehingga kini, sudah ada tiga orang mendermakan sperma untuk Jupe.

“Tapi bukan mudah untuk membuat pilihan.

“Ketika ini saya sering berjumpa dan berhubung dengan tiga penderma berkenaan untuk memastikan keserasian jika tiba masanya untuk bernikah,” katanya.

 - Agensi

Read more...

Lelaki 'Dengar' Rama-Rama Kibas Kepak Dalam Telinga

Mikey lega selepas rakan berjaya keluarkan rama-rama dalam telinganya.

SEORANG lelaki menjadi tidak keruan apabila pendengarannya diganggu dengan bunyi seolah-olah ada sesuatu sedang bergerak-gerak dan mengibaskan kepak dalam telinganya.

Hanya dikenali sebagai Mikey, lelaki itu ditemui rakannya terbaring di lantai sambil mengadu mengesyaki ada serangga masuk ke dalam telinganya dan ia mungkin rama-rama.
Mikey juga memberitahu rakannya, dia dapat mendengar pergerakan serangga itu dalam telinganya terutama ketika kepaknya dikibas.

Menggambarkan saat serangga itu terbang ke dalam telinganya, Mikey berkata: "Saya dapat rasakan ia masuk, saya cuba menepis tetapi gagal."

Kejadian di Missouri, Amerika Syarikat ini menyebabkan rakannya terpaksa menggunakan lampu suluh dan penyepit untuk mengeluarkan rama-rama itu.

Tambah menyukarkan keadaan apabila telinga Mikey juga dipenuhi tahi telinga menyebabkan rakannya perlu membersihkannya dahulu, sebelum meneruskan usaha untuk mengeluarkan rama-rama yang bersembunyi jauh ke dalam lubang telinga lelaki malang itu.

Selepas beberapa kali cubaan gagal, akhirnya mereka berjaya menarik keluar rama-rama coklat sepanjang kira-kira tiga sentimeter dan ia masih hidup.

Sambil serangga itu mengibaskan kepaknya di lantai, Mikey yang ternyata lega berulang kali mengucapkan terima kasih kepada rakan yang membantunya.

Pada awal bulan ini, Mirror melaporkan bagaimana pengembara Britain terpaksa menahan rasa sakit dan tidak selesa apabila lintah melekat pada hidungnya.

Daniella Liverani ke Vietnam dan mengalami pendarahan hidung dan sebaik pulang ke Edinburgh dan mendapatkan rawatan, doktor mengesan adanya lintah pada hidungnya.

Selain itu, pada Ogos, Brit Rob Fielding dilaporkan menjalani pembedahan selama 90 minit untuk mengeluarkan rama-rama yang dikatakan berterbangan dalam kepalanya.
Sumber

Read more...

Rabu, 22 Oktober 2014

Tipu Duit Jiran, Lelaki Berlakon Koma Selama Dua Tahun

Allan Knight sanggup menipu dirinya lumpuh untuk melarikan diri daripada jenayah yang dilakukannya sebelum ini.
SEORANG lelaki sanggup menipu bahawa dirinya lumpuh seluruh badan selama dua tahun semata-mata untuk melarikan diri daripada jenayah yang dilakukannya sebelum ini. 
Allan Knight, 47, dari Swansea sanggup menipu dengan mengatakan dirinya lumpuh daripada bahagian leher hingga kaki hanya untuk melarikan diri daripada dikenakan hukuman kerana menipu wang jirannya sebanyak £40,000. 
Perbuatannya itu terbongkar apabila seorang doktor melihat dia boleh makan, mengelap muka malah menulis dengan sendiri daripada bilik hospital. 

Aksi Knight menolak troli di Tesco turut dirakam oleh CCTV. 
Aksinya menolak troli ketika membeli-belah di Tesco dan memandu kereta turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV). 

Isteri Knight, Helen juga membantu penipuan suaminya itu. 
Bagaimanapun, isterinya, Helen, cuba mempertahankan tindakan tersebut dengan memuatnaik gambar dia menjaga suaminya yang berada dalam keadaan koma. 
Polis South Wales, Detektif Paul Harry berkata: "Sepanjang karier saya ini merupakan kes penipuan paling lama dapat disembunyikan."

Knight berhadapan dengan tindakan mahkamah atas 19 tuduhan mencuri dan memalsukan dokumen.

Dia juga berhadapan dengan hukuman penjara selama sebulan. 

Sumber mStar Online


Read more...

Ahad, 19 Oktober 2014

Penyakit Baru Ditemui Membunuh Amfibia

Mangsa virus baru yang menyerang amfibia khususnya katak dan kodok di Eropah sekarang. Foto: Dr Stephen Price.
Sejenis virus dan penyakit baru telah ditemui menyerang dan membunuh populasi amfibia di Eropah.
BBC melaporkan, hasil kajian saintis dari beberapa buah institusi zoologi dan biologi di England dan Eropah mendapati, virus ini berpunca dari Utara Sepanyol dan membunuh populasi katak, kodok serta neut iaitu sejenis spesies seperti salamander.
Penyakit ini menyebabkan binatang-binatang berdarah sejuk ini mengalami radang kulit dan mati kerana pendarahan dalaman.
Saintis bimbang pembawa penyakit dan virus ini mungkin telah menyebarkannya ke seluruh Eropah dan boleh membawa kepupusan kepada amfibia.
Penyakit ini dikenalpasti berasal dari kumpulan Ranavirus.
Kajian berhubung penemuan ini telah diterbitkan dalam jurnal Current Biology edisi terbaru, demikian menurut BBC.
Dr Stephen Price, dari University College London dalam laporannya itu berkata: "Penyakit ini adalah sesuatu yang asing bagi kami dan tidak diketahui punca dan kewujudannya sehinggalah ia ditemui. Kini ia ditemui bukan sahaja di Perancis dan Belanda tetapi juga di China."
Menurutnya, kematian dengan jumlah yang banyak pada mulanya ditemui pada tahun 2005 di Taman Negara Picos de Europa, Sepanyol.
Apa yang membimbangkan ialah virus ini boleh melompat dari spesies lain kepada spesies yang lain.
Kini apa yang lebih membimbangkan para saintis ialah kemungkinan untuk virus ini berpindah kepada reptilia.
"Misalnya ular yang memakan katak dan kodok dikhuatiri akan turut dijangkiti virus tersebut dan kini sudah terdapat tanda-tanda itu," kata Dr Price.
Sekurang-kurangnya 41 peratus daripada spesies amfibia di seluruh dunia sudah pun pupus akibat virus, penyakit dan kehilangan habitat.
mStar Online


Read more...

Sabtu, 18 Oktober 2014

KELAS YOGA TANPA PAKAIAN KINI DIBUKA


Yoga dikenali sangat baik untuk menjaga tubuh tetap sihat, dan itu telah dibuktikan oleh ahli mana-mana. Yoga juga merupakan satu cara meditasi untuk ketenangan jiwa, kerana saat kita melakukan gerakan yoga, kita harus menahan gerakan tersebut. 

Yoga juga boleh diaplikasikan di rumah, pejabat, hingga tempat di tempat-tempat sempit. Tetapi jika yoga dilakukan dengan cara telanjang, apa anda mahu melakukannya? Mungkin kebanyakan dari kita tidak akan mau, jika dilakukan di tempat awam. 

Tapi di London, kini sudah dibuka kelas yoga yang menghendaki setiap orang yang masuk dan berada di sana telanjang. Semua peserta yang mengikuti kelas yoga tersebut tidak mengenakan pakaian sama sekali, baik itu pakaian dalam. 

Salah satu guru yoga, Annette, yang merupakan pengasas yoga telanjang mengatakan jika idea tersebut telah difikirkan beberapa tahun terakhir, namun baru boleh terlaksana tahun ini kerana permintaan yang cukup tinggi saat ini. 

Ia ingin mmemberikan kepada murid-muridnya manfaat yang lebih besar lagi dari yoga itu sendiri. Kerana pada saat tubuh tidak memakai sehelai benang pun, maka psikis kita juga boleh bermeditasi dengan sempurna. Selain itu, tujuannya adalah untuk meningkatkan aliran darah ke bagan-bahagian badan yang memerlukannya. 

"Tubuh kita adalah sebuah keajaiban yang ddapatkan manusia, kita terlalu sering mengkritik orang lain, dan menyembunyikan ketakutan kita. Ini adalah masa penuh cinta, penghargaan dan kesenangan bagi tubuh kita," ucap Annette. 

Jika anda berminat untuk mengikuti kelas ini, sebaiknya anda bergegas ke London kerana pesertanya sangat terhad.

Vivanews.com


Read more...

Lelaki tertekan dipakaikan seluar dalam wanita selepas pembedahan

imej Carian

Seorang lelaki mengambil tindakan mahkamah atas alasan tertekan selepas mendakwa sedar dari satu pembedahan dengan memakai seluar dalam wanita berwarna merah jambu.

Andrew Walls, 32, dari Dover, Delaware, mendakwa dia dipakaikan seluar dalam itu ketika tidak sedarkan diri sewatu menjalani pembedahan di Pusat Pembedahan Delaware pada Oktober 2012.

Dia kini menuntut bayaran ganti rugi atas alasan mengalami tekanan mental dan kehilangan pendapatan.

Menurut laporan Delaware Online, Walls ialah kakitangan pusat pembedahan itu.

“Apabila Walls sedar daripada kesan anesthesia selepas menjalani pembedahan, dia mendapati dia dipakaikan seluar dalam wanita merah jambu

“Dia tidak memakai seluar dalam wanita itu ketika dimasukkan ke bilik bedah dan tidak pernah dengan secara sukarela menawar diri untuk memakainya,” menurut saman yang difailkan di Mahkamah Agung New Castle County, semalam.

Di samping itu, Peguam Gary Nitsche dalam aduan bagi pihak Walls berkata, rakan plaintif gagal melaksanakan dasar dan prosedur untuk pesakit.

Pengarah pusat pembedahan berkenaan, Jennifer Anderson enggan mengulas sebaliknya berkata: “Kami hanya mengetahui perkara ini semalam.” 

- AFP


Read more...

Jumaat, 17 Oktober 2014

Tu dia ! FUCUK JIJIK

PEKERJA kilang fucuk tidak memakai baju.

Georgetown: Tindakan beberapa pekerja tidak memakai baju ketika memproses tauhu kering atau fucuk di sebuah kilang di Mount Eskrine mengejutkan kakitangan agensi penguatkuasaan yang melakukan pemeriksaan dalam Ops Premis Makanan Bersih Kali 17/2014 di seluruh negeri, kelmarin.

Pekerja terbabit memberi alasan terpaksa membuka baju kerana berpeluh akibat keadaan panas, termasuk kerja memproses fucuk menggunakan air kacang soya panas serta suhu bilik yang berbahang.

Bagaimanapun alasan itu menyebabkan kilang fucuk berkenaan diarah menutup operasi 14 hari. Tiga premis lain yakni kilang kicap, mi dan manisan turut dikenakan tindakan sama kerana sikap sambil lewa serta tidak mematuhi arahan aspek kebersihan ketika memproses makanan.

Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan negeri, Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, operasi berkenaan dilakukan di seluruh negeri membabitkan kawasan Mount Eskrine dan Tanjung Bungah (Timur Laut), Teluk Kumbar (Barat Daya), Butterworth (Seberang Perai Utara), Simpang Ampat (Seberang Perai Selatan) dan Bukit Mertajam (Seberang Perai Tengah).

Sumber myMetro

Read more...

Khamis, 16 Oktober 2014

4 Gambar,Bekas pesakit kanser tulang jadi model

Elesha Turner

SEORANG bekas pesakit kanser tulang dari Hastings di Timur Essex, England berjaya mendapatkan kontrak sebagai model.

Elesha Turner, 20, dikesan menghidap kanser pada 2013 dan doktor memberi amaran bahawa kakinya mungkin terpaksa dipotong.




Bagaimanapun, kecekalan Turner berjaya menyelamatkan kakinya dan kini beberapa tulang di bahagian paha termasuk lutut terpaksa dibuang dan digantikan dengan titanium.

Elesha berkata, ketika dia mula-mula didiagnosis menghidap kanser, hidupnya umpama sudah berakhir.

Namun, selepas melakukan pembedahan hidupnya kembali ceria apabila disahkan bebas dan pulih daripada penyakit itu.





"Bukan mudah bagi saya berhadapan dengan situasi ini. Selepas pembedahan, saya terpaksa menunggu selama dua minggu sebelum doktor mengesahkan saya bebas daripada kanser," katanya kepada Daily Mail .

Menurut Elesha, impiannya memang mahu menjadi seorang model namun tidak memiliki ketinggian yang mencukupi.

Tuah gadis cantik ini akhirnya menjelma apabila dia terbaca satu artikel mengenai sebuah syarikat yang mencari model daripada kalangan orang kurang upaya.




"Selepas membaca artikel itu, saya terus menghubungi syarikat itu dan lulus uji bakat.

"Kini, saya bakal menjadi penghias dan model kepada kempen syarikat tersebut," katanya.

Kata Elesha lagi, dia mahu menjadi contoh dan inspirasi kepada bekas pesakit kanser untuk menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain. 


Sumber


Read more...

PADAH BILA E-Rokok Meletup

Aspinall menahan kesakitan sebaik dibawa ke hospital untuk menerima rawatan akibat letupan e-rokok.

TINDAKAN seorang perokok beralih kepada e-rokok kerana faktor kesihatan bertukar tragedi apabila alat itu meletup dan mencederakan kakinya.

Kejadian itu berlaku selepas David Aspinall dari Wigan mengecas alat itu terlalu lama hingga ia meletup dan serpihan besi terkena pada beberapa bahagian kakinya.

Malahan, sebahagian besar perabot rumah pangsa lelaki berusia 48 tahun itu juga rosak akibat letupan itu.

Akibat kejadian itu, Aspinall terpaksa menerima rawatan selama sembilan hari di hospital.
Dia mendakwa kakitangan dan doktor yang merawatnya menganggap kecederaan yang dialami itu umpama luka tembakan.
"Kaki saya berlubang akibat terkena serpihan alat e-rokok itu  dan pakar bedah memberitahu ia umpama luka terkena tembakan," katanya.
Akibat kecederaan itu, lelaki itu terpaksa menjalani rawatan kulit selama tiga tahun.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana ketika kejadian masih mampu memaklumkan kejadian itu kepada jirannya dengan menggambarkan insiden itu umpama babak ngeri dalam filem.

Berikutan kejadian itu, Aspinall akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan rokok biasa yang dianggap lebih 'selamat'.

Dia juga mendakwa pekedai yang menjual alat e-rokok itu patut dipersalahkan kerana menyediakan bateri yang rosak.

Pada Ogos lalu, seorang lelaki berusia 62 tahun dari Merseyside meninggal dunia akibat kejadian sama, sekali gus kes pertama di United Kingdom membabitkan letupan e-rokok.
Sumber

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP