GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 26 Januari 2010

en Amirul dan labunye

Kini en Amirul boleh juga berbangga kerana tanaman labu beliau telah mengeluarkan hasil..
Tanaman tersebut ditapak tanam semula getah dikampung atok beliau..harga yang ditawarkan en Amirul untuk labu labunye adalah sekitar 1.50 sekilo..

Beliau berkata lagi labu ini sedap dibuat pengat..masak lemak bersama tulang ikan talam kering pun sedap juga..keenakan rasa labu ini lebih terserlah jika dibuat cekodok atau jemput jemput labu..dengan hasil jualan labu ini dapatlah beliau membeli minyak 2T untuk motor kesayangan beliau..


En Amirul sempat bergambar dengan labunya dengan pakaian sekolah lagi..apatah lagi beliau kini telah bergelar Ketua Pengawas pusat sumber..
.
.
Mengakhiri perbualan beliau berkata '' Biar lah saya menjadi tokeh labu daripada saya menjadi tokeh Syabu ''

20 Merujuk kepada perkara diatas :

saharul 26 Januari 2010 pada 6:23 PTG  

"pertanian itu perniagaan"....buat cekodok pun sodap...

Relevan 26 Januari 2010 pada 6:25 PTG  

* Kawan terapkan nilai2 itu kepada anak kawan ni cikgu..tapi tidaklah begitu menekan..bior dia tau juga betapa susahnye mencari duit

Tanpa Nama ,  26 Januari 2010 pada 6:26 PTG  

pkcik...

labu n amirul ni buat saya teringat kat someone yg sengal

kahkahkah

Relevan 26 Januari 2010 pada 6:36 PTG  

Ler Jane..sila dapatkan en Amirul lah..

sonata anak kancil 26 Januari 2010 pada 7:08 PTG  

menabur budi kepada tanah itulah hasilnya! aku tak ade tanah nak bertanam2 ni...harap kat pasar aje la...

Frodo Baggins 26 Januari 2010 pada 7:33 PTG  

uhuks ..

hello cik jane ...
sihat?? awak nampak cantix spt biasa

>>___<<


perghhh, Amirul & Labu ... semoga perniagaan berkembang maju. berbakti kpd tanah n berniaga keje mulia. Me like it uncle! Gud Luck ...

Aku Anak Pahang 26 Januari 2010 pada 7:39 PTG  

Menjadi yeek tanam labu dia syabas... mekala musim org kawin byk juge yang nok mencari labu ni, mekala buat bingke labu pun best juge.

abu muaz 26 Januari 2010 pada 7:58 PTG  

betul tu tuan. labu polis tak ganggu, kalau syabu!!!!!!!!!

mr.kordes 26 Januari 2010 pada 8:04 PTG  

pergh,,mmg kenalah labu dgn ikan masin/...sedap sgt tu boss....!

bio labu asal jgn syabu!

Tanpa Nama ,  26 Januari 2010 pada 10:07 PTG  

buah helloween

Ami Farhani MNA 26 Januari 2010 pada 10:21 PTG  

salam pak itam..
besar dah ye en.amirul ni. rupenye makin mirip pak itam.
bagus2. pandai berbudi dgn tanah.. dalam hadis nabi S.A.W pun ade sebut, tak igt kata hadisnya tapi isi hadis tu bermaksud, berbudi dgn tanah ini sebahagian dr sedekah. wallahua'lam.

ps::masa die kecik2 dulu saye takut dengan die. hehe

endiem 26 Januari 2010 pada 10:36 PTG  

segak en amirul mcm abah dia. Kalau koi ada anak pempuan boleh buat menantu.

piewahid 26 Januari 2010 pada 11:03 PTG  

tahniah en amirul, kasi pakcik 2 bijik nak wat cekodok. cekodok labu mmg sedap

mazru 27 Januari 2010 pada 2:45 PG  

belum try lg cekodok labu..nt suh org umoh koi buat

Tanpa Nama ,  27 Januari 2010 pada 8:25 PG  

pasni ley kawen ngan ank mak labu

Anuar Abdul Aziz 27 Januari 2010 pada 12:48 PTG  

kwan tak boleh makan labu..jangankan labu,kuahnya pun tak boleh..pegang labu boleh..baguslah en relevan, sejak kecik lagi telah diterapkan semanagat usahawan tadi...tapi kenapa labu....aduhhh!

Hashim Zabidi 27 Januari 2010 pada 6:22 PTG  

En Amirul, jangan kamu terjun dengan labu-labu itu...

Tanpa Nama ,  27 Januari 2010 pada 7:49 PTG  

HAHA. poyo gak

Hairun Azmi 28 Januari 2010 pada 7:01 PG  

Tahniah Encik Amirul kerana memiliki ciri-ciri usahawan walaupun beliau masih seorang Pemgawas Sekolah lagi.Semuga ramai anak muda di luar sana dapat mencontohi Encik Amirul hendaknya.Walaubagaimanapun Pengat Labu tetap menjadi peberetku......

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP