GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 31 Disember 2009

31hb Disember 2009 ( Hari terakhir bersama Siti Rohaya )

Hari ini kawan ke Hospital untuk pereksa tekanan darah..setelah berbagai alasan diberi kepada akak tetap beliau mau menemankan kawan ke Hospital..ini yang merisaukan kawan..

Kawan dah mula berkira kira untuk minum bersama Siti Rohaya jururawat pelatih yang pernah merawat kawan semasa dalam wad dulu..Setelah semalaman berutusan SMS dan berjanji akan bersarapan pagi di Cafe Hospital tersebut..mungkin akak dapat menghidu taktik lama kawan..itu pasal dia berkeras mahu menemani kawan..telah lama agaknye akak mengesan kecurangan kawan setelah handphone sentiasa berada dalam gengaman kawan..

Minta maaf lah abang kerana Aya sekarang bukan lagi di Hospital dulu..Aya dah mula bertugas kat Hospital Alor Setar Kedah..mesej tu sengaja je Aya kata ada kat Hospital dulu..
( Mesej daripada Siti Rohaya yang terakhir sebelum kawan ke Hospital bersama akak yang sedari tadi masam mencuka )

Dan dalam hati kawan mula berkata..disatu masa nanti kawan akan minum pagi juga di Hospital Alor Setar Kedah sana nun..dan padan juga muka kawan mungkin ini kerana akibat kawan melakukan kecurangan kepada akak..

Read more...

Selasa, 29 Disember 2009

Berkira kira di tahun baru 2010

Congak punya congak dah hampir sangat ke Tahun baru 2010 ( Tahun orang putih )..Cepat sangat masa berlalu..

''Apa azam tahun baru aok weh'' tanya rodong kome kepada en Karim seorang wartawan sambilan..

'' Berhenti merokok '' jawab en Karim selamba..

Begitulah azam en Karim setiap tahun untuk berhenti merokok sejak 28 tahun berlalu..

Read more...

Isnin, 28 Disember 2009

Catatan perjalanan semalam

Semalam kawan bersama akak dan anak anak ke Kuantan untuk berjalan jalan dan membeli belah barangan berupa pensil..pembaris..setokin dan kaler warna..

Sampai dipekan Kuala Krau ada satu kawasan belum boleh dipandu laju ..sebuah bas ekspress meluru dengan laju nye..kedudukan odometer kereta yang kawan pandu pada ketika itu adalah 101km sejam.. kiranya kawan pun dah melakukan kesalahan..tapi dengan bongkaknya sebuah bas ekspress boleh lagi memotong kereta kawan .. ( Gambar tak sempat kawan rakam ketika itu..sebab pada waktu yang sama akak sedang menyusukan anak )..

Sesampai di bandar Kuantan hujan turun dengan lebatnya..sidang dan lebat kembali..cuaca tak menentu sekarang ini sama juga dengan kedudukan poket tidak menentu arah..


Macam biasa kami terus ke pantai Cherating jumpa kawan lama en.Saifuddin yang sama sama berjuang dalam kg dot net dan juga kg dot com .. terus beliau menaja untuk makan tengahari kami ( selamat bajet )
.

Setelah selesai segala urusan di Cherating kami pun bergegas kesebuah gedung membeli belah didalam bandar Kuantan..orang punya lah ramai macam macam yang dia orang beli.. biskut..tisu..kain pelikat..basikal..Kawan tak larat nak masuk berlama lama cuma akak dan anak anaknye yang membeli belah..ubat lipas pun akak beli juga..

Tiada niat untuk mempromosi gedung ini secara langsung cuma gambar terfokas kepada bangunan tersebut..malas nak turun kerana hari hujan

.


Setelah akak dan anak anak turun dari gedung tersebut sambil menjinjing kampit kampit dengan barangan..kami pun terus mencari sebuah pantai untuk lepak lepak..ingat nak mandi manda tapi terpaksa membatalkan hasrat disebabkan cuaca tak mengizinkan..



Kesuraman pantai jelas terserlah kerana tiada penyediaan yang khusus untuk menarik perhatian pelancong pelancong didalam mau pun luar negeri

.


Setelah petang hari kira kira jam 5.30ptg akak dan anak anak sempat lagi membeli barangan dipusat membeli belah Taman Tas..Hala balik kawan membuat pemanduan berhemah kerana jalan licin hujan pun renyai renyai..masuk plaza tol Gambang kawan tersalah pilih laluan..kawan nak laluan jurutol perempuan tapi dapat laluan lelaki siap bermisai pulak tu..



Untuk makan malam kami singgah di R & R Temerloh..sempat juga kawan membeli sekotak ubat kuat daripada penjual ubat dikawasan R & R tersebut...

Read more...

Ahad, 27 Disember 2009

Apa kenanya orang ini

Pagi semalam sedang kawan membuat rondaan kawasan disekitar terminal bas..ternampak lah oleh kawan ( orang lain pun nampak juga )..seorang yang mencangkung di penjuru simpang 3..berkedudukan agak bahaya kerana kawasan tersebut adalah selekoh berpenjuru lap bagi kaki kaki rempit..


Entah benda yang dia tunggu tak adalah sapa yang tau..berpakaian bolah tahan smart juga..amat tidak logik untuk dia menunggu bas disini..kerana dihadapan beliau itu adalah setesen bas..
.
** Pada amatan kawan kes ini biasa berlaku bila waktu persekolahan hampir tiba..mana nak kukau duit beli baju/seluar/kasut/setokin/singlet/baldi dan macam macam lagi..mungkin beliau tidak membuat persediaan yang rapi untuk ini..pada amatan kawan yang kedua pula..mungkin beliau frust kerana orang yang beliau sayang telah berkahwin dengan lelaki lain..

Read more...

Jumaat, 25 Disember 2009

Misteri kehilangan Enjin mesin rumput

Pernah satu ketika dahulu semasa kawan menjadi stor keeper..kawan diamanahkan untuk menjaga semua kelengkap barangan alatan kerja..penyapu,sabit,pongkis,sarung,chop sawit,wheel barrow,stim roll dan juga beberapa biji mesin rumput..

Bila berlaku kerosakan mesin rumput pasti akan ada terjadi kehilangan pada komponen enjin mesin terbabit..condition rod boleh hilang piston pun hilang..ada ketika block pun hilang..

Mesin terpaksa diistiharkan kondem..pandai pandai lah buat report bagi menyelamatkan diri daripada audit..

Siasat punya siasat komponen enjin mesin rumput tersebut tidak kemana..vendor simpan dalam guni untuk membuktikan bahawa komponen terbabit tidak hilang..

Macam itu..tapi kes terbaru ini mesin jet pejuang pun boleh hilang..maka kawan pun tidak hairan sangat..cuma berfikir macam mana lah dia orang adjust boleh lepas ke luar negara pulak tu..nak kata masuk dalam guni muat ke..hehe!

Read more...

Khamis, 24 Disember 2009

Semalam hari yang sedap dan hari yang kopak

Selepas membayar bil air kat kaunter JBA pejabat kerajaan terus saja kawan pergi mengetea bersama en Yassin Sulaiman seperti yang dijanjikan..kawan order tea tarik sama kuih muih..meski pun kome tinggal dalam bandaraya yang sama baru semalam lah dapat berjumpa..berbual bual mesra sambil kawan menjeling jeling juga awek pekerja Cafe tersebut..yang sedap nya en Sulaiman yang belanja..


Setelah selesai segala urusan di Pejabat Kerajaan kawan terus ke bengkel..ini urusan yang tak berapa sedap kerana banyak membabitkan kos.. Kerosakan kereta yang kronik seperti kit brake..stering rod..dan keempat empat absober perlu ditukar..ada ke tokey bengkel tu kata kawan ni berat sangat..

Terkopak kawan hampir setengah ribu nak tak nak labuhkan juga...

** en Sulaiman seorang yang hensem..andai kawan ni perempuan kawan goda dia cukup cukup..

Read more...

Selasa, 22 Disember 2009

Membeli dan belah

Semalam kawan pergi membeli belah beg..baju..kasut dan segala peralatan sekolah anak anak dara kawan di bandar M..dan kawan pun sempat juga menyibuk membeli sepasang kasut baru untuk kawan..Akak pula tak beli apa apa..cuma bila nampak kedai perabut mata nya liar menengokkan kerusi almari dan peti sejuk..

Setelah segala urusan selesai dibandar M..kawan pun hala ke bandar T..bandar T tempat kawan dibesarkan..ada banyak juga perubahan tapi sebelah malam di bandar Lama T masih lagi suram..

Kawan sempat juga mengetea dan makan makan dibenteng tepi sungai..

'' Helo Aie..aok datang kat gerai Abu Rokiah sekarang kita mengetea kawan ander sama awek 2 orang ni ''..kawan menelipon seorang rodong..

'' Oke kejap lagi koi datang..koi mandi dulu yak''..lagi 3 minit koi sampai jawab Aie rodong kawan tadi..

'' Kit nak mandi jarak dari rumah hampir 15km sempat ke 3 minit '' kata hati kawan..

Sedang kawan tengah makan sampailah rodong bernama Aie tadi..
Sibuk pula dia menanya kawan..'' mana awek 2 orang te''..
.

'' Ni haa..'' jawab kawan sambil menunjukan kepada 2 orang anak dara kawan seorang berumur 10 tahun seorang lagi berumur 12 tahun..
.
'' Lor...lambat lagi lah koi boleh jadi menantu aok yak '' balas Aie..
.
'' Lambat lagi '' jawab akak pula..
.
Dan Aie terus mengoder air batu bandung berlaici..
.
** Seronoknye kome berjumpa dengan pemuda bernama Aie ini yang dikenali juga sebagai Pakcik Kordi..

Read more...

Sabtu, 19 Disember 2009

Sidang Dewan

Pernah dulu satu masa kawan hantar SMS pada seorang ahli Parlimen yang kawan kenal rapat..

..Salam yb..kawan nengok sidang dewan parlimen dalam tv ni tapi arah meja aok kosong je..aok mana?..

..Lor aok relevan..koi ada program bersama MB Pahang ni..koi kat Kuantan sekarang..balas SMS dari Ahli Parlimen tersebut..

..Ooo..kawan ingat aok saja ngulor..ok lah ..

Pendek kata kita rakyat boleh memantau pergerakan seseorang wakil rakyat ni..Sebab baru baru ni..seramai 74 ahli parlimen BN tidak hadir di Dewan Rakyat ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.

Kehadiran ahli parlimen BN cuma 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota, berbanding 77 peratus anggota pembangkang, iaitu 63 daripada 82 anggota..

** Cemas dahhh..


Read more...

Jumaat, 18 Disember 2009

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 1431..

Masa berlalu selaju pantas angin..
Nekad dan cepat bila siang meniti malam..
Terasa diri mula diabai masa..

Menerjah kealpaan..
Begitu longgar dalam menghadapi Nya..
Ku berdoa agar tidak tersungkur lagi...

Read more...

Khamis, 17 Disember 2009

Emas

Malaysia 2 Vietnam 1..

Read more...

Rabu, 16 Disember 2009

Anak Teruna


** Siapa kata peniaga peniaga begini tidak kaya raya..jika terserempak dengan beliau ini boleh lah bertanya berapa income beliau dalam 1 bulan..**

Read more...

Selasa, 15 Disember 2009

Melangkah bergaya

Tidak sia sia menonton perlawanan bolasepak sukan SEA separuh akhir antara negara kita Malaysia dan Laos malam tadi berkesudahan Malaysia mencapai kemenangan bergaya 3 1.. Demikian negara kita layak ke perlawanan akhir turun menentang Vietnam..sama sama kita mendoakan lagi..

Dengan berbekalkan secawan kopi berharga RM 0.90 kawan berjaya mendapat tempat terbaik disebelah kanan layar gergasi untuk menonton perlawanan ini dikedai korner..hiruk pikuk sorakan peminat bola membingit telinga..terutama semasa pasukan negara menjaringkan Gol..

'' Abe tak sorak pung masa Gol ''..kata awek pelayan dari selatan Thai yang putih manis menegur kawan..

'' Takleh sorak dek oii..time ni bilal duk Azan di Mesejid sebab dah masuk waktu Isyak nih..'' Jawab kawan pada awek selatan Thai yang manis itu..

Dan para penonton terus bersorak girang mungkin tak ada yang perasan waktu Isyak sedang berlalu..

Read more...

Isnin, 14 Disember 2009

Malaysia boleh!

Malam ini perlawanan separuh akhir bolasepak antara Negara kita Malaysia dan Laos..sama sama lah kita mendoakan kejayaan untuk negara agar bolasepak negara kita tidak lagi terkebelakang..
Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Laos setesen tv2 ada menyiarkan siaran langsung..harap ramai ramai kita turun menonton dilayar gergasi kedai korner..

Read more...

Ahad, 13 Disember 2009

Cabaran hebat dihari ahad

Ada ka.. dipagi minggu begini kawan kena dera oleh akak kena jemur kain?..Nak tak nak dalam keadaan keterpaksaan kawan harungi jua..sama saing dengan jiran sebelah nampaknya..

'' Alahai ni yang kawan lemah ni ''..kata kawan dalam hati..

'' Aii en. Man kena jemur kain kee?..tanya jiran sebelah kawan yang masih basah rambut nya dengan berkain pelikat cap gajah suami dia..

'' A'ah lah kak..orang rumah ni duk bz cuci bilik air..kawan lah yang kena jemur kain ni..'' balas kawan..

'' Elok juga bantu orang rumah yerk..bukan macam suami akak ni melingkor lagi ishk!..'' jawab akak jiran lagi..

Bila siap semua kain dijemur kawan cepat cepat masuk dalam rumah..duk pikir kenapa akak tu boleh pakai kain pelikat cap gajah suami dia..'' Agak nya bertukar kain sejak malam tadi dak?..''

Read more...

Sabtu, 12 Disember 2009

Kenyang

Hari ini dan esok hari minggu ada jemputan ke Majlis perkahwinan dikawasan perumahan kawan..di kampung pun ada juga..di kampung yang lama pun ada..

Kampung Pak Mertua pun ada juga..boleh dikatakan dimana mana saja pun ada majlis perkahwinan ini..

Cuaca dah kembali panas bagi pasangan pengantin tentu nya akan selesa bila berada didalam kesejukan..Oleh itu air con akan memberi peranan utama..

Read more...

Jumaat, 11 Disember 2009

Kerja banyak

Hujung hujung tahun ini biasa dengan kerja yang banyak..Tok mudim dan Mak andam pun kerja banyak juga..

Ingatkan bercuti boleh meluruskan badan..tapi dirumah kerja banyak juga..

Ada ka duduk rumah akak suruh potong kain untuk buat pakaian sekolah anak anak..tak patut..kini setelah cuba cuba memotong kain untuk buat pakaian sekolah anak anak..baru lah kawan tau apa itu sekoci..

Read more...

Khamis, 10 Disember 2009

Jangan betul kan skrin komputer anda

Buat sementara waktu pihak pengurusan relevansokmo memohon maaf diatas segala kesulitan kerana proses penukaran template ( kelongsong baru ) sedang dijalankan..

Read more...

Rabu, 9 Disember 2009

Senyum pagi Khamis

Dalam sebuah mahkamah disatu daerah masa silam yang lalu..pembicaraan satu kes rogol sedang dijalankan..

Pendakwa : - Adakah anda mengaku merogol Timah binti Abu..
Tertuduh : - Tidak Tuan Pendakwa Tidak Tuan Hakim..bukan kesh yang merogol Timah ni..
Timah : - ( Lantas menjerit dengan kuatnya ) ..** Tidok ke tidok Tua Hakeh dia loh yang bertenggek atah perut kesh ni.. !!!

** Dalam loghat daerah tertentu maknanya ( Tidak ke tidak Tuan Hakim dia lah yang bertenggek atas perut saya )

Mahkamah menjadi hingar dan bingar seketika

Read more...

Selasa, 8 Disember 2009

Sepagi dalam kebun

Gambar ini gambar pokok Jelutong bukan pokok getah

Ingat nak buka pelan getah yang hampir enam bulan tidak ditoreh..Adalah lah dalam 150 pokok..tapak yang aboh kawan toreh sedia seperti biasa tiada masalah bagi aboh kawan..kudratnya masih power walaupun dah berumur 74 tahun..

Tapi kawan baru toreh 20 batang je dah terlentang atas busut jantan..dapatlah kena gelak oleh aboh kawan..'' Nasib aok yer Tan dapat kereja makan gaji ''..''.mentidok nak harapkan noreh ntoh makan ke tidok anok bini aok te..''

Kawan pun terus melajukan torehan..

Read more...

Isnin, 7 Disember 2009

Bercuti


Hari ini selasa rabu dan khamis kawan bercuti..rehat rehat dikampung sambil jalan jalan dalam kebun..jika jalan ampuh kawan bersidai dirumah saja sambil berkira kira untuk projek terbaru ditahun hadapan..

Read more...

Ahad, 6 Disember 2009

Kisah malam sabtu lalu


Setelah siap je solat Isyak..kawan pun sibuk ( sembulu ) konon nak nengok Anugerah skrin..tapi lor ..apa punya konsep macam tak kena jer dengan anugerah yang gilang gemilang itu..dah lah pembukaan celoteh hos nya hampir setengah jam diselang pula dengan iklan sampai 20 unit dari pelbagai iklan..cat..kereta..minyak maupun iklan beskut..

Alih pula ke rangkaian syarikat tv kabel berbayor..nak tengok filem filem dari Holywood maupun Bollywood..tekan remote buka rangkaian 411..412 dan 413..lor..filem filem dah lebih tak kurang 16 kali tayang..tekan lagi kerangkaian lain..ada pula drama drama Indon dan drama Melayu yang ceritanya penuh dengan adegan mengata orang dan adegan mengetea..tekan lagi remote ke tv2 ..ada pula cerita polis yang tak tau bila penamat nya..dengan adegan yang seolah olah dikitar semula..

Kawan pun amik kunci kereta..setat terus pergi mengetea lepak lepak kedai koner..baik tengok tv layar besar..ler duk main juga cerita polis..

Bosan degan keadaan ini..kawan terus lalu dekat kopitiam..haa c.c buka lagi..masuk c.c nak buka blog Echam dengan entri bervideo tajuk Men after 40..baru lah dapat buka blog beliau sebab tenet dipejabat kawan bukan dari jenis broadband yang berkelajuan tinggi..nak bertenet kat rumah akak selalu je jeling jeling..

Selepas bertenet kawan jeling jeling juga ke pusat dangdut ditingkat 2 bangunan seberang jalan c.c tersebut……

Read more...

Sabtu, 5 Disember 2009

Ayam maSak Lomak cili padi bermaman

Ini dia ayam masak lomak cili padi bermaman..sedapnya hingga boleh menjilat siku..Sayur maman ini boleh dibuat jeruk..memang sedap..kechoor air liur ..nak pula untuk ibu mengandung yang mengidam sayur maman ini..dengan aura rasa yang pahit pahit masam menyengat..

Ada yang menyatakan kesusahan untuk mendapatkan sayur maman ini..cuba cuba lah tinjau dekat pasar tani ditempat anda..Biasa terdapat jika ada yang membuat projek tanam semula atau pun membuka tanah baru..selepas kayu @ reba diperun tabur sahaja benih maman..pasti elok tumbuh menjadi..



** Kawan kalu makan nasik ada jeruk maman ni..tak payoh berlauk pun tak apa..

Read more...

Jumaat, 4 Disember 2009

Sembang sumbing

'' Hujan hujan macam ni batang selalu je basah ''..kata seorang penoreh getah yang pendapatannya boleh tahan juga..

'' Hoi! la aok mencarut??..celah rodong beliau sambil menghirup kopi 0 panas diwarung Miah janda beranak tiga yang bergetah..

'' Mencarut apa nya..aok ni mboh ngat salah faham..koi maksud kan batang getah lah..sebabkan jangan selalu berfikiran songsang dan pedooor hala ke lain...'' terang penoreh getah tadi dengan jayanya...

Read more...

Khamis, 3 Disember 2009

Gula gula


Akan terhapuskah kemanisan diwajah tiap insan jika subsidi gula ditarik balik..?

Read more...

Rabu, 2 Disember 2009

Bekas ratu maut komplikasi bedah plastik

BUENOS AIRES: Bekas ratu cantik Argentina, Solange Magnano, 38, mati akibat mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan plastik di bahagian punggungnya....
( sumber dipetik daripada suratkhabar ternama )

** Nak buat benda lagi nak oprate kat situ..ratu ni walau pun bekas ratu memang dah sedia lawo walaupun dah berumur 38 tahun..

Read more...

Selasa, 1 Disember 2009

Bulan 12

Sekejap je rasa dah masuk penghujung tahun..makin tua makin berumur..yang meniarap dah mula pandai merangkak..yang merangkap dah mula bertatih.. jalan rebah umpama burung terbang labuh..

Perubahan alam begitu ketara juga..semalam Kuala Pilah digegarkan dengan 3.3 pada skala ritcher..sebelum tu Bukit Tinggi dan Jerantut..meski pun lemah gegaran tapi itulah peringatan..

Masa begitu pantas dirasakan berlalu..siang malam singkat .. Sehati berdansa dah masuk minggu minggu akhir..Program SUBUR dibekukan sementara.. Harapan tuntutan royalti minyak untuk negeri Kelantan tidak diputuskan lagi..Kini tuntutan royalti minyak melarat ke negeri Pahang pula..( negeri kome ni )..

Mulai tahun hadapan harga minyak entah macam mana lah..dengar dengar cerita harga tanpa subsidi..Harga getah ketika ini boleh tahan..( tapi selalu hujan )..

****Bil astro belum bayar lagi rupanya..nanti tak sempat tengok kung Fu Panda..

Read more...

Isnin, 30 November 2009

Menghidup leSen memandu

Sedor tak sedor rupanya lesen memandu kawan dah mati pada hari ini..maka kena lah menghidupnya..

Terus Kawan kepejabat Pos..Orang sikit punya ramai..macam macam bau ada..hamis pun ada..Kaunter ada 6.. yang betul betul aktif hanya 2 kaunter saja..amik nomber ..lama juga lah kawan menunggu tapi tak kisoh boleh mencuci mata..sebab jarak kerusi menunggu terlalu hampir dengan kaunter..sesiapa yang sedang berurusan dihadapan kaunter boleh capai dek tangan jika kita duduk di kerusi paling depan..

Ralit juga kawan nengok jika ada awek awek yang sedang berurusan..Heh heh!

Read more...

Ahad, 29 November 2009

Evolusi Kuala Krau Drift

Gambar ini gambar cilok..litar Kuala Krau seakan ini juga boleh tengok dari tepi jalan tapi kalau musim banjir litar ini akan menjadi litar perahu..( sampan )

Setiap petang minggu iaitu hari ahad ( sunday ) kawan sering singgah dikawasan tapak pekan sehari Kuala Krau untuk menyaksikan pertunjukan percuma daripada pemandu dan tuan punya kereta kereta lama..

Aksi drift yang mengerunkan dengan deruman engin yang membinggitkan telinga..kawan berminat untuk menyaksikan..kereta berjenama terkenal meski pun ada yang berusia puluhan tahun..tapi masih aktif bergerak untuk menunjukan aksi..

Berbagai jenis kereta..Toyota KE20 KE30 LE DL GL ..Datsun 120Y..( Datsun Petak ) dan berbagai jenis lagi yang mempunyai kuasa tarik belakang..
...Sambil kawan begitu tekun menonton kawan teringat semula kereta KE30 kawan yang telah kawan jual dengan harga RM400..dengan duit RM400 tu lah kawan membeli hendphone kakak..

Read more...

Sabtu, 28 November 2009

Air sejuk

Oleh kerana pagi tadi tak sempat nak sarapan dekat rumah..kedai makan minum / warung / restoran masih ada yang tutup..yang buka pun penuh dengan orang ramai yang tak reti reti nak minum dekat rumah..

Kehulu hilir pusing lorong jalan depan jalan belakang terjumpa lah seorang akak yang jual aneka nasi tepi jalan berpayung..ada nasi lemak..nasi berlauk..nasi dagang..nasi temato..nasi hujan panas..nasi kerabu..kawan beli nasi berlauk..lauk ikan masak lemak belimbing buluh..terus bawa ke pejabat dan makan..

Sampai pejabat cerek elektrik hilang entah kemana..mungkin dah terjual sama kertas suratkhabar tempoh hari..turun kedai bawah pejabat ingat nak beli air mineral atau pun air kotak..tapi kedai tutup lagi..

Macam mana boleh jadi macam ni..ambil gelas pulas paip..neng kan air selama 5 minit agar segala tawas dan klorin turun kebawah..sambil tu kawan makan nasi berlauk dengan sedapnya..

Setelah siap makan kawan pun togok jer air paip yang telah kawan neng kan selama 5 minit tadi..glup!..payau kelat kelat rasa..sedap juga minum air paip tanpa dimasak ni..dalam hati risau juga dengan penyakit yang masih menular dinegeri Terengganu sekarang ni...arhh! kawan minum air paip bukan makan keropok..

Read more...

Jumaat, 27 November 2009

Selamat Hari Raya Korban

Dengan ini kawan mengucapkan kepada semua rodong rodong yang mengikuti mahupun yang tidak mengikuti perkembangan blog ini dengan ucapan Selamat Hari Raya Korban..Hayati erti sebenar pengorbanan..
Administrator blog memohon ampun dan maaf sekira sering terdapat perkara atau pun sentuhan yang tidak menyenangkan..terutama pada pemuda ini yang kawan terpaksa pinjam haiwan peliharaan beliau untuk menghiasi halaman ini.. heh heh!..

**Gambar diatas ini sebagai hiasan sahaja..tapi jika perlu korban kome akan korbankan..

Read more...

Khamis, 26 November 2009

Balik Kampung

Tret! tret!..aboh kawan talipon..'' Tan aok dapat gaji dah?..

'' Dapat dah ''.. jawab kawan ..

''Kita dok buat lemang raya haji ni..aok beli je 2 atau 3 batang tepi jalan karang ''..arah aboh kawan..

'' Okes boh roger ..tapi nak cicah dengan benda boh..kome lauk pun tak beli lagi ni..kata kawan..

'' Aok beli je ikan pelaling 2 kilo hala balik karang..boleh cicah dengan lemang '' kata aboh kawan lagi..

'' Sudoh dah aboh kawan ni..nak makan lemang cicah dengan singgang ikan pelaling pulok ke..maru dah ni..'' kawan pun pecut kereta laju laju menuju kampung...

Read more...

Rabu, 25 November 2009

Menjual kertas untuk kitar semula

Hari ini jual segala kertas yang ada dalam store pejabat..lepas badget mengetea..

Suratkhabar / Majalah RM/Kg 0.20sen
Buku RM/Kg 0.10sen
Kotak/kadbod RM/Kg 0.15sen
Kertas Campuran RM/Kg 0.10sen..

Kome dapat RM33.20...Selamat mengetea

Read more...

Selasa, 24 November 2009

Fuel

Pernah mengalami situasi kritikal begini...? Tak perlu risau kerana E = Enough bermaksud Cukup dan F = Finish bermaksud habis..Jadi pandulah dengan berhemah kerana minyak sentiasa mencukupi..

Read more...

Isnin, 23 November 2009

Smart klamps

Cukup senang dah sekarang..tak macam zaman dulukala..dah lah duduk atas batang pisang.. Guna penyepit buluh..pisau pula kena tajam..jika tidak susah putus..

Zaman kawan dulu siap balut dengan bulu kongkang sebelum tu kena pula berendam hampir 4 jam dalam pelor.. Nasib ada Azimah anak tok Imam ripin datang jengok melalui tingkap ketika sedang giliran kawan..Hilang rasa perit ngilu memandangkan Azimah tersenyum pada kawan..tapi meleleh juga air mata..

Semenjak ujud alat ini yang bernama Smart klamps tak payah lagi nak bersengkang kayu batang cenerai untuk menyengkang kain terutama pada waktu malam ketika tidor..cuma perlu sangat sangat iaitu tempurung jantan untuk ketok kepala lutut..

Read more...

Ahad, 22 November 2009

Projek hari minggu

Nak turun rumah lecah sana sini..nak pergi kebun tak selera..jengok luar rumah..hujan turun renyai renyai lagi..Molek ni..

Tengok jam dah pukul 08:45 pagi..Apa lagi lurus kaki tarik selimut ( gebor ) duduk diam diam dalam bilik..

Read more...

Sabtu, 21 November 2009

Jemuran kain tak kering


Alatan ini yang perlu difokas pada musim tengkujuh seperti sekarang..Jangan diambil mudah jika berlaku kerosakan pada alat ini..terutama kepada mereka mereka yang ada anak kecil..sarong kain baju ikut dan..

Gunakan ia dengan cermat..takkan nak panggang kain baju diatas bara api..Jika berlaku masalah terpaksa lah ke kedai dobi terdekat..

Read more...

Jumaat, 20 November 2009

UpSr anak pekerja bawahan yang cemerlang

Sering kita tengok dalam televisen dalam suratkhabor dalam megezin tertera gambar dan cerita tentang anak anak orang yang susah hidupnya mendapat tempat yang terbaik dalam peperiksaan..baik UpSR/PMR/SPM/STPM..

Semalam di tempat kawan bekerja..iaitu rodong rodong setempat kawan yang berjawatan sebagai Pekerja Am ( General worker )..dalam ertikata lain krew loading sampah kedalam lori ..krew Sapuan di tempat Awam dan juga krew Tapak pelupusan ( Landfill ).Anak anak dia orang telah berjaya dengan keputusan yang cemerlang dalam UpsR.. 2 orang mendapat 5A dan yang seorang lagi mendapat 4A 1C..

Kawan tumpang bangga..

** Tahniah pada en Mohd Suhaimi Ghani..en Mohd Zulali Ghaffar dan en Anuar Malek kerana berjaya mendidik anak dengan gemilang..kawan dulu Pereksa Pernilaian darjah 5..dapat lah.. 1A 2C dan 2E..( bungkus dengan cemerlang )..

Read more...

Khamis, 19 November 2009

Garis Panduan kemiskinan ( Pendapatan Bulanan Isi Rumah )

Bagi kawasan Semenanjung Malaysia

1. Kategori Miskin tegar

Kawasan Bandar RM 440
Kawasan Luar Bandar RM 420

2. Kategori Miskin

Kawasan Bandar RM 740
Kawasan Luar Bandar RM 700

3. Kategori mudah Miskin

Kawasan Bandar RM 1,500
Kawasan Luar Bandar RM 1,000

**Dengan ini kawan layak menerima Program Subsidi Beras Untuk Rakyat ( SUBUR )...

Read more...

Rabu, 18 November 2009

Komplen

Komplen 1. '' Tolong sikit encik ar itu longkang tepi kita punya lumah sudah sumbat ahh..''

Komplen 2. '' Helo Incik ar..sampah bila mau angkat sudah 12 hari tada angkat ''..

Komplen 3. '' Assalamualaikum Encik.. rumput hadapan rumoh kome dah panjang melayut..bila nak tebas ''...

Komplen 4. '' Jamban rumoh tersumbat Encik ''..

Komplen 5. '' Helo..boleh amik anak kucing kome jatuh dalam perigi buta malam tadi ''..

Komplen 6. '' Nak buat aduan ni dahan rembutan sekoh ngempap peleh rumoh abis patoh..nak mintok team encik tancas te..''

Kadang kadang sakit juga hati..pengguna masih tak faham faham..nak buat komplen ikut dan jer..tak kira dah apa Jabatan kita apa jenis Operasi kita..

Read more...

Selasa, 17 November 2009

20 tanda hampir mati

Baru baru ni Sharifah Anis Syafrina telah mengikuti program .. Pengurusan jenazah mengikut fukaha`islam..anjuran Asrama SMK beliau..

Setelah selesai kursus tersebut dia terus langsung memberi nota dan juga risalah apa yang dipelajari di kursus tersebut kepada kawan..'' Aboh kene study tau '' katanya..

1. Mata kabur..
2. Gigi gugur..
3. Rambut putih bertabur..
4. Telinga tenggelam timbul..
5. Kulit sudah kendur..
6. Lidah banyak kata yang kotor..
7. Akal banyak yang lupa..
8. Makan banyak memilih ( kurang selera )..
9. Banyak minum air tawar..
10. Kaki dan lutut tak kuat berjalan..
11. Ada penyakit darah tinggi..
12. Kencing manis..
13. Lemah jantung / semput..
14. Umur lebih 63 tahun..
15. Cepat sensitif..
16. Asyik menambah harta..
17. Solat jemaah jarang jarang..
18. Menuntut ilmu sekadar mengikut mood..
19. Tidak mahu hijrah diri..
20. Keutamaan dunia daripada program akhirat..

Read more...

Isnin, 16 November 2009

Awang Hitam

Begitu cepat tersebar perkhabaran yang bukan gossip tapi kenyataan telah menjadi buah mulut penduduk Kampung Bukit Lanjut..Salmiah anak tok Iman kampung tersebut akan berkahwin dengan Awang Hitam..

'' Huiyoo ganas ahh Salmiah anak tok Iman kita tu yak..nak kawen dengan Awang Hitam..larat ke dia nanti ''..? kata en. Yaakob Bangkung pemuda separa hensem memulakan bicara..

'' Betul lah ada kaa orang negro dari Cameroon nak dibuat laki..ce` kala koi ni haa dia buat laki..adalah moleknye..''sampuk Din Kelulut yang pernah menyimpan hasrat untuk memperisterikan Salmiah dulu..tapi ditolak oleh tok Iman kerana kerja hanya melastik burung ciak saja..

'' Apalah mangkuk aok seme ni..Salmiah tu nak berkahwin dengan Awang bin Hitam anak tok Bilal Hitam dikampung Baruh sana nu..yang baru balik dari Jordan tu..bukan Awang Hitam pendatang yang selalu buat kacau kat negara kita ni....'' kata Setapa Ludin yang sedari tadi mendengar perbualan mereka..

Read more...

Ahad, 15 November 2009

Lawak sengal dihari minggu

Setelah sekian lama berubat sana sini jumpa doktor pakar.. mau pun tak pakar.. bomoh.. tok dukun.. pawang..tabib.. sinseh dan macam macam lagi..namun tak juga baik baik penyakit yang dihidapi oleh pak Semail ini..maka berkata lah rodong ceria pak Semail dengan idea yang sangat bernas..

'' Koi ander cadangan macam mana nak ngubat penyakit aok ni Mail ''..kata Derih Mangkuk..

'' Mende derih?..guana koi tak daya nahan dah ni '' kata Pak Mail..

'' Senang je Mail..aok mati saja..ilang lah sakit aok te '' jawab Derih Mangkuk..

'' Baiklah Derih koi akan cuba ''..jawab Pak Mail dengan selamba..

Read more...

Sabtu, 14 November 2009

Hari ini hujan lagi

'' Esok lusa tulat jika hujan lagi maka tiadalah hasil kome ''..kopon subsidi beras belum dapat lagi..nasib kome bila tiba musim pejor nilah gayanya.. luahan seorang penoreh getah yang aktif..

'' Orang suruh beringat berjimat masa sebelum musim pejor dulu tak ndok ''..sekarang rasakan lah kesesakan yang melanda ''..kata sekeriti guard dengan penuh bergaya walaupun bergaji hanya cuma RM450 setelah ditolak EPF..

** Cerita kebetulan antara yang bekerja sendiri dan makan gaji..

Read more...

Jumaat, 13 November 2009

Sejuk

Kenapalah kawan hari ini sejuk sangat..menjak dari rumah masuk dalam kereta sejuk..rool coll sejuk..masuk pejabat sejuk..pergi minum kat warung belakang pejabat pos pun sejuk..lepas tu beli paper..baca dalam kereta pun sejuk..

** '' Lor patut lah pun rupa rupanye hari ini kawan pakai baju sejuk..''

Read more...

Khamis, 12 November 2009

Jangan buat bising

Ini ada berita dari London..dipetik dari suratkhabar ternama..

Seorang wanita semalam gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan larangan yang dikenakan ke atasnya disebabkan adegan asmara yang bising bersama suaminya,Selepas mahkamah mendengar sendiri bunyi bunyi yang tidak menyenangkan daripada rakaman yang diperdengarkan sehingga menyebabkan jiran jiran terjaga kerana menganggap ada orang sedang dibunuh..

''Lolongan ketika berasmara mereka itu 'bukan semula jadi' seolah olah terkena histeria dan seperti berada dalam kesakitan...

Rakaman selama 10 minit ketika mereka sedang berasmara didengar di mahkamah,malah bunyi ghairah wanita itu menekup mukanya dengan bantal turut kedengaran...

** Bagi kawan lah '' benda benda macam ni buat apa nak bising bising semasa sedang beroperasi..diam diam sudahlah **..

Read more...

Rabu, 11 November 2009

Panduan kerja harian ( pesanan )

Kawan tak pasti sangat ni..adalah seorang makcik dari HR Dept. tempat kawan yang post pesanan ni kat kawan..

Jawablah talipon dengan menggunakan telinga sebelah kiri...
makanlah ubat dengan tidak menggunakan air sejuk......
minum lebih banyak air pada pagi hari, minum lebih sedikit pada malam hari...
waktu tidur yang paling baik adalah jam 10 malam bangun jam 5 pagi...
jangan terlalu cepat berbaring setelah minum ubat...
ketika battery HP tinggal satu bar, jangan angkat telepon kerana radiasi meningkat hingga 100 kaliganda...!
Teruskan pesan ini kepd orang-orang yang kita sayangi...
dan yakinlah bahawa kebaikan hati...
tak akan pernah merugikan kita.

Macam pesanan berantai pulok yak?..

Read more...

Selasa, 10 November 2009

Langsaikan Hutang Kad Kredit ( Tiada Caj Pemprosesan )

Baru tadi kawan terima email..ntah dari sapa..

One Stop Solution - Refinance Hutang Kad Kredit in KL & Selangor

Easy Payment Plan / Refinancing Credit Card

Adakah anda sudah tak mampu bayar Minimun Payment setiap bulan? Adakan anda selalu menerima panggilan dari bank suruh bayar payment?

Sudah berapa bulan anda tidak bayar kad kredit? 1 bulan? 2 bulan? 3 bulan? Bank akan ambil tindakan yang sah terhadap anda kalau sudah lebih 3 bulan tidak bayar dan akan Blacklist

Jangan tunggu lagi !!! Menghadap Masalah Kad Kredit anda sekarang !!!

No Processing Fee !!!

Kurangkan bayaran minima anda seterusnya jadikan hutang tertunggak anda kepada ansuran bulanan sehingga 36 bulan) Contoh: min. Payment anda (selepas ‘re-finance’) : Hutang kad kredit anda:Rm5000.00 / 36 bulan =rm138.00 sebulan Atau rm50 sahaja (minimum payment)

Asalkan kad kredit anda Interest mengurangkan dari 18% >6% sahaja Bayaran bulanan mengurangkan 30% ke atas.

Syarat Re-finance:1. Masih active2. Limit masih belum habis diguna3. Mempunyai penyata Kad Kredit yg terkini

Sila menyediakan maklumat di bawah1. Nama, email, no. telefon & lokasi2. Jumlah credit ingin re-finance3. Available Limit 4. Senaraikan nama bank kad kredit anda ( contoh : XXX , XXX )

( kawan bukan pemegang kad kredit pun )..ada lagi macam macam yang dimintok oleh syarikat ini..ntah ye ntah tidok tak tau lah kawan..

Read more...

Isnin, 9 November 2009

Air naik dan surut

Semalam air naik pagi ini dah surut..hujan disatu dua tempat masih berlaku..Gambar longkang tepi pejabat KEMAS ini adalah penanda aras bagi penduduk penduduk Kampung Muhibbah..


'' Incik sana kita Kampung jalan tak boleh masuk air sudah naik atas ''.. kata en Nadarajan yang memang kerap cuti dan MC pada hari isnin..

Read more...

Ahad, 8 November 2009

Cerita pagi sabtu ( Bonus )


Kenapa lah semua pekerja tempat Syarikat kome` ni begitu senyum..senyum sampai ketelinga..tak pernah pernah macam ni..yang selalu hunyai dipagi hari pun nampak ceria dan bersemangat untuk memulakan kerja..

Setelah siap roll coll..semua bergegas ke warung kopi untuk pekena teh tarik..ramai yang pakat tarik tarik tangan kawan untuk minum bersama mereka..

Laa..Syarikat kome` bayar ex - gratia..uihs patut lah..dalam keadaan sekarang Syarikat tempat kome` ni mampu membayar untuk sebulan gaji..bahagia rasa kome bernaung di bawah Syarikat yang tidak kurang hebat ini..

Terima kasih CEO kome..

Nota : - Echam bila balik Jerantut cari kawan boleh lah kopitiam dangdut mazru dan endiem nak join pun boleh juge eheh!

Read more...

Sabtu, 7 November 2009

Sayangi haiwan disekeliling kita

Sayangi haiwan disekeliling kita.. ( keluarga bahagia ini sebagai contoh )




Read more...

Jumaat, 6 November 2009

Hujan lebat

Hujan lebat disatu dua tempat..puas kawan carik mana pekerja yang bertugas ditengah tengah bandar..rupa rupanya semua menyusun cakar penyapu dan wheel barrow/push cart dibawah tangga..kawan pun tidur dalam kereta..

Ini kes mengular dalam waktu tengkujuh..

Read more...

Khamis, 5 November 2009

Mari berkebun

Ada lebih kurang 550 lagi.. dah siap ditanam baru 350..ini bermakna kena mengali lubang lagi 550..hasil kena tunggu 5 tahun ..Prodak yang bakal terhasil dari tanaman ini ialah Kondom..

Read more...

Rabu, 4 November 2009

Anugerah 3

Anugerah yang kedua dari yang pertama bernama Sharifah Anis Syafrina..Hari jadi yang ke 13 tahun..bercita cita tinggi nak jadi pegawai Polis..ada kaa nak tangkap ayahnye nanti jika selalu melakukan kesalahan ber SMS dengan melampaui batas..ishk!

Read more...

Selasa, 3 November 2009

Harga rokok RM30 untuk 20 batang?


Beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) menyambut baik cadangan harga sekotak rokok 20 batang dijual RM 30 dipercayai boleh mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dan akhirnya menghentikan tabiat merokok...

Jawapan kawan tak boleh..bagi perokok tegar akan tetap berusaha untuk bekerja lebih keras lagi demi harga rokok..kerana merokok memberi daya inspirasi yang tinggi dalam kehidupan seharian..tanpa merokok segala kerja akan menjadi lembap biar pun semua tau..''merokok membahayakan kesihatan ''..

Kawan bukan menyokong perokok perokok semua.. kawan pun pernah menjadi perokok selama 16 tahun..dan kawan berhenti merokok bukan dengan alasan ''merokok membahayakan kesihatan ''..kawan berhenti merokok kerana tak larat dah dengan harga rokok yang ada sekarang ni..

Jadi untuk mengubah gaya.. kawan sekarang menghisap ''curut''..dengan penuh keterampilan yang lebih berwibawa..

Read more...

Isnin, 2 November 2009

Sembang merapu dipagi isnin

Makcik Memon seorang yang begitu aktif dalam berpesatuan dan mempunyai banyak idea yang bernas untuk diusulkan dalam mesyuarat pertubuhan persatuan wanita tetingkap daerah beliau..

'' Memandangkan sekarang belanja serta hantaran perkahwinan terlalu tinggi..saya ada cadangan untuk meringankan beban kaum lelaki ''.. kata Makcik Memon..

'' Ye Kak Memon apa cadangannya '' ..tanya pengerusi Mesyuarat..

'' Kita adakan program isteri isteri angkat untuk kaum lelaki yang tidak mempunyai kemampuan untuk belanja hantaran '' ..jawab Makcik Memon selamba...

Read more...

Ahad, 1 November 2009

Sama sama kita menukar kereta

Kawan nak khaborkan..moh kita sama sama nukar kereta kita yang lama kepada yang baru..sebabnya seperti berikut : -

1. Kereta yang berusia 10 tahun keatas insurannya mahal naik berganda ganda.. ( mujur ada insuran kelompok )

2. Kereta yang dah mencapai usia 15 tahun pula akan masuk PUSPAKOM untuk renew cukai jalan..

Jangan risau wehh..kita rakyat Malaysia semua kaya raya..Semoga kita semua bergaya dengan kereta baru masing masing..

Ingat kala guna beskal lagi baik dok?

Read more...

Sabtu, 31 Oktober 2009

Audit

Kerja kawan ni terlibat juga dengan urusan stor..iaitu stor barang barang peralatan kerja..seperti sarung tangan,cakar,cangkul,penggali,pongkis dan berbagai lagi..

Ada sekali dulu juruaudit dalamam Syarikat nak periksa stok..gelabah juga kawan akibat sarung tangan hilang sebelah..barang barang yang lain ok..setelah berhempas pulas kawan disiasat maka adjust sana sini sampai berpeluh jantan dahi kawan..nasib terlepas disebabkan sebelah daripada sarung tangan itu kesilapan daripada pihak Vendor hardware Syarikat..

Itu baru sarung tangan hilang sebelah dan hanya melibatkan perkakasan kerja yang menimpa kawan nyaris kawan tak dapat surat tunjuk sebab dan dibuang kerja..tapi akhir akhir ini kita dengar macam mana harga sebuah laptop mencecah puluhan ribu RM..dan juga harga minyak petrol 300RM seliter..macammana dia orang nak adjust..dan pada peringkat awal pengeluaran invois maupun nota hantaran boleh terlepas..pelik tapi itu lah kebenarannya..

Read more...

Jumaat, 30 Oktober 2009

Satu kisah sedih


Kawasan kediaman yang diduduki oleh En Ali seriing dilawati oleh pegawai pegawai dari Jabatan Kesihatan yang menjalankan pemeriksaan tempat tempat pembiakan nyamuk aedes.Pada suatu hari terdapat tempat pembiakan nyamuk aedes dirumah Encik Ali iaitu didalam kolah dan alas pasu bunga.Akibatnya Encik Ali dikenakan kompaun kerana kesalahan itu..

Pegawai dari Jabatan Kesihatan telah memberikan nasihat kepada Encik Ali supaya sentiasa membersihkan kawasan rumah dan membuat pemeriksaan seminggu sekali dipersekitaran rumah supaya tiada bekas bekas yang boleh menakung air dan seterusnya menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.Namun nasihat dari Pegawai Jabatan Kesihatan tidak diendahkan.Sehinggalah pada satu hari anak Encik Ali yang berumur 6 tahun mengadu sakit sakit sendi mendapat demam mengejut dengan suhu yang tinggi.Encik Ali yang memang mengambil berat akan anak anaknya segera ke Farmasi untuk membeli ubat disamping berubat kampung.Selepas 3 hari,demam anaknya itu masih belum kebah malah menjadi semakin teruk.Keesokannya muncul pula bintik bintik merah pada badan serta gusinya mengeluarkan darah.Anaknya juga meracau racau dan kekejangan..

Melihat keadaan anaknya yang semakin serius itu Encik Ali membawa anaknya ke hospital.Serentak itu juga,doktor yang merawat anaknya terus memasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi ( ICU ) dan disahkan mengalami Demam Denggi Berdarah.Menurut doktor, peluang untuk sembuh agak tipis kerana lambat mendapatkan rawatan.Setelah 2 hari berada di hospital,dengan penuh linangan air mata iaitu di suatu subuh yang hening anak Encik Ali menghembuskan nafasnya yang terakhir..

Kisah sedih Encik Ali ini adalah sebagai satu teladan supaya kita tidak membiarkan rumah kita menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes segeralah kita ke hospital jika ada ahli keluarga yang demam.Jangan bertangguh lagi kerana sesaat sesalnya tak sudah..

HAPUSKAN TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES
Pesanan daripada Jabatan Kesihatan
** Cerpen sedih ini kawan cedok dari satu risalah yang dihantar dari rumah ke rumah oleh Pegawai Jabatan Kesihatan yang bertungkus lumus dalam kempen membenteras nyamuk aedes dan demam denggi yang sentiasa akan menular jika kita kurang berkeperihatinan tentang gejala wabak ini..**

Read more...

Khamis, 29 Oktober 2009

Sehdeiy ngat

Pagi ini terasa badan suam suam kuku..selok dompet duit..ada 6rm lagi boleh lagi beli suratkhabar..oleh kerana akak tak sempat nak siapkan sarapan pagi..kawan terpaksa mgetea di warung saja..

Kat warung awek koner belakang pejabat pos ni ramai orang..pekerja pos dah tentu minum disitu...kawan order tea 'o sama koe tiow goreng bubuh sambal ikan bilis..

Sambil minum sambil mikir..bila lah nak kaya raya ni..tetiba datang rodong lama kawan yang telah 4 tahun bersara dengan Mercedes lampu belalang nye.. ''Siap lah ni karang..kot mboh dia membayor air dan makanan kawan ni..'' ..

'' Weih inCas..aok minum mender koi bayor ke oak ni..''kata rodong kawan setelah selesai minum..meski pun kome duduk berlainan kerusi dan meja..

'' Tea 'o dan koe tiow goreng jer '' jawab kawan..

'' Loh sehdeiy je aok makan yak ''..kata rodong kawan sambil terus membayar dan berlalu..

Minum air tea o' dan makan koe tiow dia kata sehdeiy?..Mentang dah jadi orang kaya ..dan kawan senyum dengan senang hati kerana 6rm kawan tak luak lagi lantas terus membeli suratkhabar baru 1.50rm saja..

** Untuk pengetahuan rodong kawan yang pakai Mercedes mata belalang tu..telah disara awalkan oleh majikan kerana menyalah guna kuasa dalam kerjanye.. ( ada ke buat kerja kontrak dalam waktu kerja dengan Syarikat ).. sehdeiy je..

( Sehdeiy membawa maksud dengan mengambil mudah..boleh juga diklasfikasikan sebagai Ledeiy dalam ertikata bermaksud senang )

Read more...

Rabu, 28 Oktober 2009

100

Banyak benda yang akan membabitkan dengan angka yang ke 100 ini.. bagi suri rumah yang lepas bersalin sanggup berpantang 100 hari..cuma si suami mungkin tidak akan sanggup menghadapi situasi demikian..

Begitu juga dalam masyarakat melayu lama kita akan membuat kenduri arwah kepada simati pada hari yang ke 3 ke 7 ke 40 dan ke 100 ( ada yang kata nak buat kenduri arwah buat jer lah..tak payoh lah nak mengira hari )..

Selalu kanak kanak bermain nyorok nyorok pun akan mengira sampai 100 baru boleh buka mata untuk mencari rodong lain yang menyorok..begitu juga jika menuntut ilmu kebal kena bertapa 100 hari juga dengan memakan bertih beras sehari sebiji hingga ke 100 biji.. ( ye ke? )

Ngapa hal nya kawan duk melalut dengan angka 100 ni.. Lor rupa rupanye entri ( publish p0st ) kawan dah mencapai angka yang ke seratus..

Tahniah kepada komputer dan internet pejabat kawan yang kawan pinjam..dan juga c.c mie cyber .. untuk Echam.com aok nanti kita jumpa dekat dangdut Bandar Inderpura sebelah Kopitiam kita celebrate buat yang ke 100 kali ni..

Read more...

Selasa, 27 Oktober 2009

Sapa kata dulu kawan tak rempit



Kawan terjumpa gambar ini terselit celah almari dapur rumah kawan..gambar kenangan ini sewaktu zaman kawan tengah mengganas..kawan abadikan gambar ini sewaktu selepas menuang minyak di sebuah stesen simpang 3 Jalan Temerloh - Mentakab..tahun tidak dapat dipastikan..yang kawan tau umur kawan masa te sekitar 24 tahun lebih kurang..

Motor ini telah dijual secara timbang kilo oleh anok sedara kawan..kira nye memang gempak time ni..zaman kemuculan motor Gpang serta RXS dan RXK yang pickup nye memang digilai waktu itu..

Zaman kegemilangan kawan ni tidak lah macam sekarang..rempit sana sini..wheelie serta weekang tak tentu arah serta usung anak dara orang kehulu hilir..Dulu dulu dia orang tak panggil Mat Rempit..gelaran cuma sekadar Mat Motor Clutch saja..Kome dulu ada team bernama R2 ( Road Runner )..cukup berdisiplin..bila berkonvoi jer pasti ada permit..

Ada juga ketika kawan nyaris di baling parang sewaktu test power pickup tepi jalan masuk Masjid ketika waktu maghrib..( patut pun )

Read more...

Protokol

Kawan sibuk dengan rondaan kawasan hari ini..memastikan setiap laluan terutama jalan jalan protokol berada dalam keadaan bersih..

Kawan pusing memasuki lorong belakang dikawasan bandar lama..ramai orang berkerumun disitu..ada yang berbaris mengikut aturan dengan penuh disiplin..ada yang tua yang muda yang jalan bertongkat...datang bermotor berkereta dan juga berjalan kaki..

Hampas..rupa rupa nya hari ini ada cabutan nombor ( Special draw )...

Read more...

Isnin, 26 Oktober 2009

Sembang Pemandu dan krew

Pagi tadi kawan kerja pusing pusing dengan Lori membuat pemantauan kawasan..sempat lah juga amik gambar sekeping dua buat tatapan..kawan pelik juga kenapa jalan jalan sekitar bandar tempat kawan ni lengang..ada masalah ke..




Rodong kawan pun pelik juga..kenapa kurang kenderaan berada diatas jalanraya disekitar bandar?..Kawan tengok jam..lor patut pun baru pukul 0730 pagi..kita masuk kerja pukul 0700 maka kenderaan kurang lagi berada diatas jalan raya..

'' Ce lalu kat kawasan sekoloh ke pasar ke..tentu rekok dengan orang dan kereta ''..kata rodong kawan tadi..

'' Ingat lima ke enam tahun lagi bandar daerah kita ni akan pesat membangun mengikut arus perdana ''..kata rodong kawan sambil memulas stering lori memasuki simpang..

'' Dan yang pastinye segala jenis maksiat akan bertambah tambah banyaknye dibandar daerah kita ni..'' kata pula krew lori disebelah..

Kawan hanya tersengih mendengar rodong pekerja setempat kawan ni bersembang..hebat juga sembang dia orang ni..

** Rekok adalah sama makna dengan banyak atau ramai ( menurut kamus bahasa kampung kawan )..

Read more...

Pay Day

Terasa hari ini macam hari gaji..tapi rupa rupanya gaji sudah dibayar sebelum perayaan deepavali tempohari..rupanya kawan terlupa sebab selalunya pada 26hb gaji akan keluar..

Kena tunggu 26hb November la pulak..adoi..kumpul kertas kumpul botol kumpul tin aluminium kumpul kotak kotak untuk cover..

Read more...

Ahad, 25 Oktober 2009

Sepohon Pokok yang pelik


Begitu banyak kejadian yang pelik pelik berlaku sekarang ini..terkini ditempat kawan pula ada sepohon pokok telah berbuahkan bekas sos cili/tomato dan juga kicap..

Pokok yang pelik ini adalah disebabkan oleh pemilik restoran yang berdekatan telah mengayutkan bekas bekas kosong tersebut.. Tindakan pemilik restoran itu terpuji kerana telah berjaya didalam pengurusan kitar semula bekas bekas kosong..

Tapi melampor lah..mencacatkan pemandangan dan tidak mesra alam terhadap pokok itu..

Read more...

Sabtu, 24 Oktober 2009

'' Tengkorok aok ''

Kerap kita menonton dimana mana saluran stesen tv yang berbayor maupun yang tak berbayor..menyiarkan drama mau pun filem baru atau pun filem melayu lama antara skrip berbunyi dengan sumpah seranah perkataan '' Tengkorok aok '' di sebut dengan sewenang dan senang hati..

Malah dalam sitcom lawak pun ada menyebut '' Tengkorok aok ''..kita yang menonton pula akan bergelak dengan senang hati..

'' Tengkorok aok '' juga boleh disebut sebagai '' Kepala otok aok '' atau '' Otok kamu '' dan juga '' korok mu ''..

** Bagi kawan seranahan begini tidak lah berapa sesuai untuk disiarkan..mungkin ia akan menjadi pengikis budaya orang kita yang semakin hari semakin merosot adap kesopanannya..

Read more...

Jumaat, 23 Oktober 2009

Belanjawan

Tahun 1985 kawan memulakan hidup dengan bekerja sebagai penjawat awam biasa di sebuah jabatan pihak berkuasa tempatan..

'' Kapok bila dapat gaji pertama nanti jangan lupa belanja Wan yak..kata Wan kawan ( Kapok adalah nama glamer kawan dikampong ketika itu )

'' Baiklah Wan dapat gaji nanti kawan belanja lah Wan ''..jawab kawan..

Kawan bangga dan terharu dengan gaji pertama yang kawan dapat membelanja Wan kawan..

Kini Wan kawan telah lama pergi..AlFatihah untuk Wan kawan..

** Wan adalah gelaran sepertimana Tok Wan..Nenek dan Uwek bagi sebutan disegelintir daerah Negeri Pahang..

Read more...

Khamis, 22 Oktober 2009

Suami curang harus disebat

Ini kisah dari bandar Seri Begawan Brunei..memetik sebuah berita daripada sebuah akhbar ternama di Malaysia..

Kebanyakan rakyat Brunei mahukan suami yang curang dikenakan sebatan,menurut tinjauan terbaru dinegara majoriti penduduk islam ini..

Tinjauan oleh laman web brudirect ( www.brudirect.com ) mendapati 76 peratus daripada responden berpendapat suami yang mempunyai hubungan sulit disebat..sementara hanya 55 peratus berpendapat kaum isteri juga perlu dikenakan hukuman yang sama..

'' Dan kawan mula mengambil langkah berhati hati..langkah yang pertama ialah handphone agar ia tidak terlalu terdedah kepada akak ''...aiyaaaaaaaaa :)

Read more...

Rabu, 21 Oktober 2009

Pay 0ff

Ikut hati mau tukar jer dengan yang baru..tapi kena tanggung hutang 9 tahun lagi.. yang ini pun ok lagi..bermula 20hb Sept 2002 menanggung hutang hinggalah 20hb Okt 2009 maka langsai lah..hati teringin juga dengan yang baru..tapi buat masa ini kawan tak berapa larat lagi...


Kelihatan en Amirul tersengih gumbira kerana berjaya membawa kereta ini merentasi kebun..

Usia baru 7 tahun tak banyak kerenah lagi..banyak dah berjasa kepada yang empunya..tu yang terasa sayang untuk dilepaskan.. ''Aok jangan nak mengada ngada nak tuko kereta baru..nanti makin tak kehala aok te..ingat seket aok te dah tua..pakai hok ni pun dah jenuh dibawoknye''..tiba tiba Akak mencelah...


Read more...

Selasa, 20 Oktober 2009

16 September

16 September diisytiharkan cuti umum..bertujuan mengajak rakyat mengingati sejarah penubuhan Malaysia.. kata PM

Kawan menyokong penuh kerana bertambah lagi sehari elaun kerja lebih masa kawan..Syarikat terpaksa membayar 3 x gaji pada hari tersebut..Syukur dengan pertambahan rezeki..

Read more...

Isnin, 19 Oktober 2009

Hari ini hari Isnin

Hari ini hari isnin.. ..lemoh jer nak pergi kerja..mungkin kawan banyak makan muruku..

Teringat kawan dengan satu Falsampah " SEMANGAT YANG LEMAH LEBIH MISKIN DARI POKET YANG KOSONG TAPI KALAU POKET SELALU KOSONG AKAN BERTAMBAH LEMAH LAH SEMANGAT ''..

Read more...

Sabtu, 17 Oktober 2009

Untuk renungkan bersama….( fwd dari email )

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid..
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di mas jid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, k era s dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun se mas a azan berkumandang . Sebagai orang beragama
Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita se mas a ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin..."

*** Jika terdapat persamaan entri ini dalam blog kawan kawan blogger yang lain..pihak admin relevansokmo memohon maaf..tiada lah bertujuan untuk menciplak dalam menerbitkan...melainkan Untuk renungkan bersama kerana kita manusia biasa sering alpa dengan nikmat nikmat duniawi.. :) ***

Read more...

Jumaat, 16 Oktober 2009

Rendang Deepavali

Deepavali punya time kawan mau pergi kerumah mr Nadarajan a/l Subbiah kerana dia ada menu makanan tradisi yang orang Melayu buat untuk menyambut perayaan Hari Raya..

Mr Nadarajan ada order Lemang 15 batang dan rendang ayam 4 ekor..Tiap tahun kawan dan famili tak mis berdeepavali dirumah beliau..

Dia mau belajar buat rendang dari kawan tapi kawan tak bagi..kalau dia dah pandai habis lah bisnes akak kat rumah tu.. he he..

'' Encik Syed nanti mari rumah petang sikit lama sikit boleh mabuk mabuk''..pelawa en Nadarajan..

'' Wokeh2 nanti petang datang ''..jawab kawan..

'' Ler aok ni nak mabuk mabuk ke kat rumoh Nadarajan te '' sampuk akak..

'' Lorr..tak lah saja je melayan cakap dia ''...jawab kawan..

Dan kawan mula senyum sampai ketelinga kerana dapat lah jumpa anak en Nadarajan yang bekerja sebagai guru di daerah kawan ni..muka ada iras iras Rani Mukerhjee..

Read more...

Khamis, 15 Oktober 2009

Jumpa kartunis aZa


Pagi tadi kawan jumpa kartunis aZa..nama yang besar diarena kartun..kawan juga diantara salah seorang pelukis kartun disekitar tahun 1982 - 1988 tapi tak begitu menyerlah..hanya sekadar kartunis tempelan tapi boleh lah..sempat juga lah kawan merasa duit ganjaran melukis daripada majalah Gila gila..Gelihati..Batu Api..Kreko..begitu juga diantara akhbar akhbar tabloid seperti Mingguan wanita sedikit masa dulu..

Sambil mengetea kawan borak panjang lebar dengan kartunis aZa ni..macam mana dia meningkat naik..banyak cabaran yang terpaksa beliau tempohi..bukan senang nak capai tahap seperti dia sekarang ini..macam mana beliau bertatih nak mendapat tempat terbaik..

''Bro lu boleh aktif semula dalam bidang ni..pasti lu tak ilang lagi lu punya skill..'' kata aZa..

''Payah..kawan kena bertapa semula lah aZa..kalu nak aktif ''jawab kawan...

''Lu jangan fed up ..yang penting idea berkarya mesti mau baik ''..pintas aZa semula..

''Nanti lah kawan pikirkan'' ...jawab kawan..

Dan kawan mula memasang angan angan..andai kawan aktif semula ..kawan kene bermula dari bawah..dan bersaing dengan kartunis kartunis baru yang ternama..banyak saing kawan seperti kartunis Bor..Yusna..Aman..Whitesnake..Cabai..sekadar beberapa nama yang masih aktif..

Setelah selesai mengetea..kawan senyum sampai ketelinga..sebab dapat berjumpa dengan kartunis aZa yang kawan minat sejak dulu lagi..

Read more...

Rabu, 14 Oktober 2009

Bila online kat c.c


Tak puas hati betul kawan dengan satu cyber cafe didaerah kawan ni..mboh ngat problem loading page..ikut hati mau kawan hempok hempok dan gigit gigit jer tetikus..

Dah la desk top kawan rosak..masuk air akibat hujan lebat malam tadi..Ini membuatkan kawan terpaksa pergi ke cyber cafe yang nampak saja kemas dengan komputer yang terkini..

Dah tu budak budak macam masih bersekolah lagi duduk memekak sambil mendownload lagu..mau jer kawan sepak sorang sorang..

Nasib jer kawan pergi bersama akak..kalau tau mau nya kawan cucuh jer komputer tu satu persatu.. ** ( yang sebenornye mau nye kawan ngorat budak jaga kaunter cyber cafe tersebut yang manis menawan tu )..

Read more...

Selasa, 13 Oktober 2009

Beberapa perkara aneh pasti akan berlaku diJamuan Mega Hari raya

Beberapa perkara yang aneh pasti akan berlaku bila mana Jamuan Mega hari raya diadakan..diambil kira juga upacara Majlis belum lagi dirasmikan tapi orang ramai telah merasmikan upacara makan makan telebih dahulu..begitu juga yang tapau menapau.. dibawah ini petikan beberapa gambar yang dirasakan aneh juga untuk ditayangkan..

1. Orang ramai mundar mandir akan memilih gerai yang mana satukah untuk dituju..dengan harapan gerai yang terpilih dengan menu menu yang terhebat..
2. Terpaksa melupakan diet seimbang pada hari tersebut..
3. Makan sambil berdiri..

4. Hiasan dalaman diambil kira sehingga terpaksa mendirikan sebuah pondok kecil di celah celah tray..
5. Kira sempat dimana sahaja untuk membawa makanan..
6. Peningkatan sisa buangan 'polisterin' meningkat daripada kadar biasa..

7. Tong Sampah menjadi senak..
Mengikut kajian kawan masih ada banyak lagi perkara perkara pelik dengan isu diatas..Apa pun dengan Jamuan sebegini dapat meningkatkan lagi hubungan setia kawan mau pun setia kaum..


Read more...

Isnin, 12 Oktober 2009

Program tempat kerja bebas dadah

En Zulkifli bin Saad pembantu anti dadah AADK daerah Jerantut sedang memberi taklimat
Satu ceramah program tempat kerja bebas dadah di Syarikat tempat kawan bekerja telah diadakan oleh Agensi antidadah kebangsaan daerah Jerantut..

Banyak taklimat berguna dan tayangan slide serta video berkenaan dadah telah ditayangkan..

FAEDAH PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH

* Penurunan dalam kadar ketidakhadiran
* Penurunan dalam kadar kemalangan/kecederaan dan kecurian
* Produktiviti meningkat/kualiti barang lebih bermutu
* Penurunan dalam pemecatan pekerja
* Semangat atau moral pekerja meningkat
* Masalah disiplin menurun
* Imej syarikat atau organisasi
* Penurunan rekrut pekerja baru dan latihan kepada mereka
* Perhubungan interpersonal pekerja bertambah baik
* Mengamalkan budaya hidup yang lebih sihat
* Perhubungan kekeluargaan yang baik

Kawan tidak melepaskan peluang untuk menyertai Program rakan antidadah ( RADA ).. bertujuan untuk menyalurkan maklumat tentang aktiviti aktiviti menghisap dadah di kawasan setempat..

Read more...

Ahad, 11 Oktober 2009

Milik siapakah N31 si Bagan pinang

( Gambar sebagai rujukan )

Penentuan sekejap lagi..setelah janaan kiraan undian diputuskan maka tau lah kita siapa yang memiliki Bagan pinang..Biru atau hijau..


Bagi kawan biru atau hijau semua ada kelebihan atau kekurangan masing masing..Perancangan pembangunan adalah perlu..pemimpin yang berwibawa diutamakan..

Jangan semasa kempen begitu berapi dan semangat jitu dengan janji janji..tapi setelah bergelar juara semuanya menjadi hambar..Maka hamba rakyat yang tersiksa..

Rakyat sekarang mahukan pemimpin yang kuat bekerja..bukan nya pemimpin yang suka berbelanja..

Read more...

Sabtu, 10 Oktober 2009

Discaj

Setelah 3 hari 2 malam kawan melalui detik detik pahit dan manis diwad 4 maka kawan dibolehkan keluar daripada wad.. ( detik pahit ketika makan ubat..detik manis ketika kawan dapat tengok wajah Siti Rohaya jururawat pelatih ) pertama kali dia membuka mask yang dipakai untuk bersembang dengan kawan..

'' Esok en Syed kena datang Hospital lagi untuk ambil darah periksa kadar gula dan kolestrol...en Syed datang sebagai pesakit luar..malam ni kena kena berpuasa mula jam 10..ambil darah 3 kali tiap 1 jam satu kali ''.. kata Doktor yang bernama Renugah..doktor India..

'' Arhh..sudah tak habis lagi ''..kata kawan dalam hati..

Jam sudah pukul 2.30 ptg kawan mula mengemas untuk meninggalkan wad..setelah bersalaman dengan rodong rodong pesakityang lain..kawan melangkah ke unit Hasil untuk membuat bayaran..dengan ditemani akak..

'' en Syed.. ada barang tertinggal ni ''..teriak seorang jururawat pelatih..

''A'a..Siti Rohaya rupanya ''...kata kawan dalam hati..

Setelah selesai berurusan di unit Hasil..akak cubit pinggang kawan '' Tadi tu aok kawan nampok abang te bukan main ralit lagi tengok budak jururawat tu..ada menda menda ke?..dah sakit sakit macam ni nak mengatei lagi?..kata isteri kawan..

Kawan pandang ke langit..

Dan pada keesokan harinya kawan ditemani akak untuk membuat pemeriksaan darah..Tak ada chance dah nak jumpa Siti Rohaya..

Alhamdullilah result darah dan kolestrol kawan terkawal..bila berselisih jer dangan tiap jururawat pelatih kawan kerling kerling juga..mana tau salah seorang tu Siti Rohaya..

Read more...

Jumaat, 9 Oktober 2009

Bunga wad 4

Setelah pendaftaran dan diseparuh bogelkan untuk di x ray kawan terus dibawa ke wad 4.. Kawan ditempatkan di sebuah bilik bernama budiman 2..kiranya bilik ini ok juga ada peti talivisyen dan punya penghawa dingin..dan bermulalah agenda agenda yang amat mengerunkan kawan..

Segala perkakasan yang digunakan untuk merawat pesakit termasuk jarum kawan pandang dengan sepintas lalu..Dalam kepala kawan dah mula befikir '' bila kawan nak discaj ni ''..Ler baru masuk tak sampai 1 jam dah nak discaj '' jawab pula hati kawan..

'' Encik Syed baring dan berehat lah dikatil ni..duduk lah selama mungkin..kami akan merawat en Syed '' kata jururawat pelatih yang mengiring kawan ke bilik..kawan kerling name tag..Siti Rohaya nama nya..'' Ishkk..tak nampak muka lagi..bila lah H1N1 akan reda ni ''..bisik kawan..Tengok kerlingan matanya tentu manis orang nya..''...

Kawan terpaksa makan apa yang disediakan oleh pihak Hospital demi menjaga kestabilan tekanan darah kawan.. Checklist tekanan darah kawan dibuat pada setiap jam..maka setiap jam juga lah jururawat akan memegang lengan kawan..termasuk lah jururawat pelatih bernama Siti Rohaya...

Read more...

Khamis, 8 Oktober 2009

Menuju wad kecemasan


Pagi 05hb Okt.2009 kawan terasa sengal dibahagian buku lali..sakit yang teramat sangat hingga memaksa kawan memandu terus ke wad kecemasan Hospital Jerantut..

Dengan berjalan terhencot hencot kawan gagahi juga terus kekatil didalam wad tersebut..tanpa mengira apa dah..seorang pembantu Hospital berlari mendapatkan kawan..

" Sakit ni sakit tang sini ..kena inject ni '' kata kawan..

Ada tiga orang jururawat pelatih turut membantu pembantu hospital itu..sempat lagi kawan berkata dalam hati..'' lor knapa adik adik jururawat pelatih ni pakai mask..ishkk tak nampak lah muka..''

Setelah memeriksa tekanan darah..doktor suruh kawan berehat..selama hampir dua jam kawan baring tapi tekanan darah masih tinggi tak mau turun turun lagi..

'' Encik kena masuk wad hari ini ''..kata doktor tersebut dengan senyum..

Sudahh..ini lah pengalaman pertama kawan masuk wad..macam macam anggapan ngeri mula terbayang dikepala kawan bila berada didalam wad..

** Semua doktor dan petugas pertugas diwad kecemasan Hospital Jerantut memuaskan hati kawan..begitu juga buat adik adik jururawat pelatih.. he he..Kawan pelik juga ada yang tidak berpuas hati ( agak nya time dia orang masuk tu tak ada jururawat pelatih )...**

Read more...

Rabu, 7 Oktober 2009

Jalan pulang

Setelah 3 hari 2 malam kwn berada diwad 4 Hospital Jerantut..akhirnya kwn berjaya meloloskan diri dengan pulang kerumah..

Kesakitan yang kawan alami telah pulih seperti sekala..rindu kawan kepada teh tarik kian terasa..kepulangan kawan disambut ceria oleh anak anak dan isteri kawan...

Ini pun termasuk dalam katogeri bz juga..untuk rodong rodong blogger semua kawan akan menceriakan semula dunia memblog ini selagi termampu..

Untuk JaiJezz..kawan akan menghubungi anda secepat mungkin..

Read more...

Ahad, 4 Oktober 2009

Hari ahad yang bz

Lepas subuh..kwn bz dengan tidor lagi..mula jam 8 pagi kawan bz pula dengan menonton tv..tengah hari pula bz lagi untuk makan tengahari..lepas tu kawan bz semula dengan menonton tv sampai petang..hingga sekarang ni pun kawan bz lagi untuk makan malam..begitu lah kawan bz.. selalu nya pada hari ahad..

Read more...

Sabtu, 3 Oktober 2009

Signal awal di Bagan Pinang

1. Otai yang pernah buat hal dipilih semula untuk dijadikan calun..

2. Dengan serta merta bandar Port Dickson di isytiharkan sebangai bandar tentera darat..

3. Hampir 70 peratus pengundi adalah pengundi pos..

4. Seorang calun parti terkenal telah membebaskan diri untuk mendapatkan tiket bertanding..

5. Bayaran pencen untuk pesara awam mula dibayar pada hari isnin bagi menyambut perayaan Deepavali..

** Macam biasa yang telah menjadi juara akan mempertahankan kejuaraannya..yang bakal menjadi juara pula mula menabur harapan kepada para pengundi..

Read more...

Jumaat, 2 Oktober 2009

Sereban

Sereban mempunyai banyak maksud yang sebutan hampir sama..

Contoh ayat :-

1. Kain lilitan kepala kaum lelaki sikh dinamakan sereban..

2. Akibat kaki yang sereban tentu nya kita kan berjalan bertinjat dan terhencot hencot..

3. Habis ayam sereban dikerjakan oleh seekor Musang kaloi..

4. Kanak kanak suka bermain batu sereban untuk memenuhkan masa lapang..

5. Ibu negeri Sembilan adalah sereban..


Read more...

Khamis, 1 Oktober 2009

Penat bercuti

Esok kawan MC setelah penat bercuti..

Read more...

Rabu, 30 September 2009

Entri yang penuh sebulan 30 hari

Dengan bangga nya kawan dapat memenuhkan entri pada setiap hari selama 30 hari..mengikut kiraan kelendar orang putih..

Setelah berhempas pulas diantara kesibukan kawan bekerja dan juga dalam bulan Ramadan serta menghadapi Hari Raya Aidil Fitri..Julung julung kalinya kawan berjaya mengenapkan entri ini dicelah kemalasan yang sentiasa timbul..Akhir nya adalah sedikit hasil..kawan mengucapkan setinggi penghargaan kepada rodong rodong yang sentiasa memberi komen yang bernas dan panas..
<-- Untuk sistem penaja in Thank you very much..ada lah rezeki seket2 :) bak kata bro Pyan ( Lepas lah budget mengeteh )

Mari berjogging
Kembali bekerja dan bersekolah
Operasi sikap
Memohon cuti selepas raya
Bila rezeki datang mengolek
Rumah Terbuka
Makluman dari CELCOM ( fwd email )
Bila sendawa masih lagi berbau Lemang
Popaleh kome beraya 2
Popaleh kome beraya 1
Pantun rembat hari Raya
Antara Anok bulan dan Lemang
Berkereta baru menjelang Raya
Penghujung Ramadan ( Gaji belum keluar )
Penghujung Ramadan ( episod mengemas rumah )
Penghujung Ramadan ( episod buluh runcing )
Penghujung Ramadan ( episod pagi ahad yang cemerla...
Anak Semantan
Penghujung Ramadan ( episod penat )
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod kuih batang b...
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod skodeng )
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod semanis gula ...
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod ' port ' )
3 panggilan pelik
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod karangan terb...
Menjawab Tag
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod plastik bag )...
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod mesej meraban...
Kisah dipertengahan Ramadan ( episod Moreh )

Dan kawan akan berusaha juga untuk sampai ke entri yang ke 100 dan ke sejuta kali barangkali..

Read more...

Selasa, 29 September 2009

Mari berjogging

Tentu banyak rodong rodong yang bertambah tambah berat badan..mana tak nya..yang tak boleh kawal nafsu makan..pasti melantak ikut dan saja..perut jadi boyot sebab bermacam macam jenama air yang diminum..siap dengan air yang berais sekali..


Jadi untuk me`mantainkan kembali badan yang dulu solid molid `slim`..kena lah membuat senaman..senaman ringan ke berat ke..untuk membakar kembali lemak lemak yang dah mula membentuk..Sekarang ada bermacam macam cara untuk kita bersenam..ada yang mengunakan mesin dan ada yang masuk Gym..Kawan mengambil alternatif dengan berjogging..

Semalam kawan menghadiri satu rumah terbuka..ada se orang rodong kawan kata kawan dah kurus ( turun berat badan ).. aiyaa..

Apa lagi kawan senyum sampai tak nampak telinga..bila waktu pulang akak kata ' nengok aboh aok te perasan dah'..

Lepas te Akak masam mencuka sebab yang cakap kawan kurus tu adalah janda kematian suami beranak satu...ishkk..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP