GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 30 Oktober 2009

Satu kisah sedih


Kawasan kediaman yang diduduki oleh En Ali seriing dilawati oleh pegawai pegawai dari Jabatan Kesihatan yang menjalankan pemeriksaan tempat tempat pembiakan nyamuk aedes.Pada suatu hari terdapat tempat pembiakan nyamuk aedes dirumah Encik Ali iaitu didalam kolah dan alas pasu bunga.Akibatnya Encik Ali dikenakan kompaun kerana kesalahan itu..

Pegawai dari Jabatan Kesihatan telah memberikan nasihat kepada Encik Ali supaya sentiasa membersihkan kawasan rumah dan membuat pemeriksaan seminggu sekali dipersekitaran rumah supaya tiada bekas bekas yang boleh menakung air dan seterusnya menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.Namun nasihat dari Pegawai Jabatan Kesihatan tidak diendahkan.Sehinggalah pada satu hari anak Encik Ali yang berumur 6 tahun mengadu sakit sakit sendi mendapat demam mengejut dengan suhu yang tinggi.Encik Ali yang memang mengambil berat akan anak anaknya segera ke Farmasi untuk membeli ubat disamping berubat kampung.Selepas 3 hari,demam anaknya itu masih belum kebah malah menjadi semakin teruk.Keesokannya muncul pula bintik bintik merah pada badan serta gusinya mengeluarkan darah.Anaknya juga meracau racau dan kekejangan..

Melihat keadaan anaknya yang semakin serius itu Encik Ali membawa anaknya ke hospital.Serentak itu juga,doktor yang merawat anaknya terus memasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi ( ICU ) dan disahkan mengalami Demam Denggi Berdarah.Menurut doktor, peluang untuk sembuh agak tipis kerana lambat mendapatkan rawatan.Setelah 2 hari berada di hospital,dengan penuh linangan air mata iaitu di suatu subuh yang hening anak Encik Ali menghembuskan nafasnya yang terakhir..

Kisah sedih Encik Ali ini adalah sebagai satu teladan supaya kita tidak membiarkan rumah kita menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes segeralah kita ke hospital jika ada ahli keluarga yang demam.Jangan bertangguh lagi kerana sesaat sesalnya tak sudah..

HAPUSKAN TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES
Pesanan daripada Jabatan Kesihatan
** Cerpen sedih ini kawan cedok dari satu risalah yang dihantar dari rumah ke rumah oleh Pegawai Jabatan Kesihatan yang bertungkus lumus dalam kempen membenteras nyamuk aedes dan demam denggi yang sentiasa akan menular jika kita kurang berkeperihatinan tentang gejala wabak ini..**

19 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  30 Oktober 2009 pada 12:38 PTG  

baguslah n3 nih.. semua orang kat Shah Alam & seluruh Selangor kena baca! Kat sini (Sel)banyak nyamuk..& ramai dah kena denggi.

imHepPie 30 Oktober 2009 pada 12:48 PTG  

smoga djauhkan dri sgala penyakit..amin

Aku Anak Pahang 30 Oktober 2009 pada 2:44 PTG  

Takziah pada En. Ali...
mekala tidak ada unsur direka pada cerpen pendek itu.

endiem 30 Oktober 2009 pada 2:47 PTG  

musim hujan nyamuk cepat membiak

Relevan 30 Oktober 2009 pada 3:44 PTG  

* Bukan kat Selangor je yang patut baca Finaz..kat seluruh Mesia pun am nya..

* Salam Mimie..
Aminnn..

* Orang Kesihatan yang bagi tu en Yassin..

* Segala makhluk pun cepat membiak dimusim hujan ni endiem.. he he..

myQza 30 Oktober 2009 pada 3:50 PTG  

risalah ni di edar ke? wah! baguslah..

jangan sudah terhantuik baru nak tergadah

Relevan 30 Oktober 2009 pada 3:53 PTG  

* Risalah ini diedar dari rumah ke rumah..samada kisah benar atau tidak..itu tidak dapat dipastikan Tedi..

Hanisham Ab Halim 30 Oktober 2009 pada 3:57 PTG  

Bagus risalah camni. Jom kita jual risalah... hahhaha

Relevan 30 Oktober 2009 pada 4:06 PTG  

Uiks Echam?..mana pergi robocop aok?..

HoneyBUZZin 30 Oktober 2009 pada 4:22 PTG  

Betul tu! Nyamuk aedes ni merbahaya!

Relevan 30 Oktober 2009 pada 4:27 PTG  

Betul honey BuzZ..nyamuk jantan paling bahaya..sekali mengigit haaa...lebam2..

Hairun Azmi 30 Oktober 2009 pada 7:04 PTG  

Kita mesti ambil teladan dari cerita ini sebelum terlambat.

saharul 30 Oktober 2009 pada 7:46 PTG  

tulah yg lemohnya....sebelum kena bappok le maslasnya, bila dah jadi gitu...baru sedar...nasib baik le, kws kome ni bebas dr nyamuk ter....

Tanpa Nama ,  30 Oktober 2009 pada 10:30 PTG  

ada kretip jugak jabatan kesihatan sekarang

bagus2

abu muaz 30 Oktober 2009 pada 11:06 PTG  

sepuluh minit je periksa.... bekas-bekas air, pasu bunga..takkan tak boleh.Takkan pasu bunga dalam rumah kita nak suruh majlis perbandaran yang cuci.,,,...

mazru 31 Oktober 2009 pada 1:43 PG  

koi tak dapat pulok risalah te..nak kena org kesihatan ni!

Ateh Nour 31 Oktober 2009 pada 3:04 PG  

Sallam, encik Ali pon satu, ada ke anok demam bawok pegi bejampi....

Relevan 31 Oktober 2009 pada 9:21 PG  

* Betul Mie..segala bekas plastik dan juga botol2 kosong kita boleh jual kat Jln Feri..

* Terus Kekalkan tempat cikgu Hj sebagai kawasan bebas nyamuk..

* Unit vektor pejabat kesihatan bekerja kua selalu en Ah fat..

* Salam en Abu Muaz..hehe..Majlis perbandaran tak masuk dalam rumah..lain lah jika tak bayar cukai pintu..sita barang..

* Yes seroja Jingga..

* Agoknye orang Kesihatan tempat kawan je Mazru..

* Wslm LipisLady..
en Ali tu ingat anaknye kene sampok dok...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP