Makan panggang daging BIAWAK Sekadar untuk ikhtiar hidup
Tweet
Read more...
FOTO biawak panggang dimuat naik di laman sosial sehingga mencetuskan kontroversi terbaru.
Kuala Kangsar: Selepas kontroversi program menyentuh anjing di ibu negara baru-baru ini, kini timbul pula dakwaan orang Islam memakan daging biawak panggang dalam satu program di sini Sabtu lalu.
Isu tersebut timbul apabila ada pihak tertentu memuat naik gambar dan status di dalam laman sosial Facebook (FB) sejak jam 3 petang Sabtu lalu.
Status di laman FB berkenaan menyatakan 'test merasa daging biawak dari booth unit infantri di Karnival Semarak Minda Komuniti 1Malaysia Negeri Perak 2014 di Dataran Pavilion bersebelahan Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar berhampiran dekat masjid Ridzuaniah'.
Seorang pengunjung beragama Islam yang ditemui, tetapi enggan dikenali turut mendakwa ada menjamah daging berkenaan bersama beberapa rakannya selepas melihat ia dihidangkan di atas pinggan yang terletak dalam satu ruang pameran di karnival itu.
"Daging itu diletakkan dalam pinggan dan saya diberitahu itu daging biawak dan apabila melihat rakan lain menjamahnya, saya turut memberanikan diri mencuba dan mendapati ia sedikit keras dan liat.
myMetro
Read more...