GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Gembira. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gembira. Papar semua catatan

Ahad, 17 Ogos 2014

INFO KESIHATAN,Bahaya garam hanya mitos?


Dua kajian berskala besar yang diterbitkan minggu ini di dalam Jurnal Perubatan New England menawarkan bukti bercanggah tentang pengambilan garam.

Dalam satu usahasama penyelidik di Universiti Harvard dan Universiti Tufts, purata pengambilan garam di seluruh dunia ialah 3.95 gram, hampir dua kali ganda yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Penyelidik percaya ini menyumbang kepada peningkatan berlakunya penyakit kardiovaskular dan seorang pakar kardiologi yang tidak terlibat dalam kajian itu menganggap pengambilan berlebihan itu ada kaitan dengan cita rasa terhadap garam dalam kalangan warga Amerika dan terutamanya Asia tengah di mana pengambilan harian mencapai 5 gram.

“Dapatan baharu ini menandakan keperluan polisi yang kukuh untuk mengurangkan diet bergaram di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia,” ujar ketua penyelidik Dariush Mozaffarian, dekan Kolej Sains Nutrisi dan Polisi di Universiti Tufts.

Hasil kajian itu, walau bagaimanapun,  dikecam dalam satu editorial, juga diterbitkan di dalam jurnal sama, kerana bergantung kepada andaian semata-mata.

“Dapatan provokatif ini perlu disokong dengan percubaan hasil terkawal untuk membandingkan pengurangan pengambilan garam dalam diet harian,” kata Dr. Suzanne Oparil dalam artikelnya.

"Tanpa percubaan itu, keputusan itu menidakkan pengurangan garam dalam makanan sebagai hanya saranan kesihatan terpencil."

Sementara itu, satu lagi kajian diterbitkan pada hari sama menunjukkan bahawa kedua-dua diet tinggi dan kurang garam mungkin berbahaya kepada kesihatan kardiovaskular.

Satu pasukan penyelidik diketuai Dr Salim Yusuf dari Universiti McMaster di Ontario, Kanada mengkaji sampel daripada lebih 100,000 peserta, di mana kumuhan natrium dan kalium daripada urin mereka dianalisis bagi menganggarkan tahap pengambilan garam harian.

Dapatan mereka menunjukkan ada kaitan antara risiko kematian dan masalah kardiovaskular lebih rendah bagi mereka dengan anggaran pengambilan garam harian di antara 3g dan 6g.

Kesimpulannya, garam bukanlah musuh, tetapi pengambilannya perlu dipantau di kala komuniti perubatan antarabangsa terus mengkaji perkara ini.


Sumber

Read more...

Sabtu, 31 Mei 2014

Cinta tak mengenal Usia,Nenek 113 tahun langsung perkahwinan

AZATIHAN dan Aimti.
Xinjiang: Seorang wanita berusia 113 tahun, Azatihan Sawuti semalam melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berusia 70 tahun, Aimti Ahemti di wilayah Bachu, Xinjiang, selepas berkenalan enam bulan lalu.
Menurut laporan, Azatihan sebelum ini pernah menolak lamaran Aimti kerana merasakan dirinya terlalu tua. 
Aimti ketika ditemui wartawan selepas majlis perkahwinan itu berkata, dia tidak mempedulikan faktor usia.

“Saya yakin kami akan bahagia bersama. Saya tidak peduli sama ada dia lebih tua daripada saya. Dia menjaga saya dengan baik dan sanggup berkongsi makanan dengan saya sebelum ini.”
 - Agensi

Read more...

Sabtu, 8 Mac 2014

27 Gambar Majlis Perkahwinan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana


Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof telah selamat bergelar suami kepada pasangannya iaitu Puteri Sarah Liyana beberapa jam yang lepas.
Tidak dapat dinafikan lagi, pasangan raja sehari ini kelihatan sama cantik sama padan ini telah selamat diijabkabulkan pada satu majlis pernikahan yang bertempat di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara.
Majlis serba meriah itu menyaksikan kedua-dua mempelai memakai pakaian bertemakan warna putih dan diserikan lagi dengan kehadiran keluarga dan teman rapat.
Katak Comel mengucapkan jutaan tahniah kepada Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dan turut mendoakan kebahagiaan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.
Sumber: katakcomel.my Gambar:  ohbulan



















Read more...

Sabtu, 22 Februari 2014

SASARAN NAIKKAN BR1M KEPADA RM1,200 SETAHUN MAMPU DICAPAI

REAKSI penerima BR1M 3.0, M Vimala, 24 (kanan) bersama rakannya, Maria Abd Razak, 29, berikutan bentuk pembayaran dilaksanakan serentak secara online ke dalam akaun penerima. FOTO Iqmal Haqim Rosman
KUALA LUMPUR: Sasaran kerajaan untuk menaikkan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada RM1,200 setahun dalam tempoh lima tahun akan datang mampu dicapai sekiranya negara dapat terus memacu pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan kestabilan politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pertumbuhan ekonomi negara yang baik dapat membantu kerajaan melaksanakan lebih banyak program pembangunan dan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat.
"Ketika negara lain berdepan masalah, kerajaan dapat menguruskan negara dengan baik menerusi dasar yang mengukuh dan memacu pertumbuhan ekonomi yang sihat walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu.

"Hasil kecekapan pentadbiran kerajaan, kita dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang begitu baik dan bila hasil negara bertambah, kita dapat agihkan kekayaan itu kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran BR1M 3.0 peringkat nasional 2014 di Sekolah Aminuddin Baki di sini.
Tahun ini, BR1M untuk isirumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah, ditingkatkan dari RM500 ke RM700 termasuk caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50.
BR1M turut diperluaskan kepada keluarga berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000, dengan nilai bantuan sebanyak RM500, termasuk i-BR1M bernilai RM50.

Manakala, individu bujang berumur 21 tahun ke bawah dan ke atas dengan berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai BR1M dinaikkan dari RM250 ke RM300.

Bantuan berkenaan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon bermula hari ini.

Bagi pemohon yang tiada akaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari.
Sumber myMetro


Read more...

Hampir 6 Juta Terima BR1M Hari Ini

KUALA LUMPUR: Dengan matlamat meringankan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah, kerajaan akan menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada hampir enam juta penerima yang telah berdaftar setakat ini.
Sumber-sumber berkata, pemberian itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM3 bilion.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan majlis pelancaran penyerahan BR1M 2014 peringkat kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini, Sabtu.
Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 manakala individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan juga dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
Sumber itu berkata bantuan mampu diberikan kepada rakyat hasil langkah-langkah kerajaan membangunkan ekonomi negara ke arah landasan yang kukuh. Jumlah penerima BR1M pada 2012 adalah lebih empat juta orang melibatkan perbelanjaan lebih RM2 bilion manakala pada tahun 2013 seramai hampir tujuh juta penerima dengan perbelanjaan hampir RM3 bilion.
Menurut sumber itu lagi, langkah-langkah kerajaan itu terbukti berkesan daripada beberapa petunjuk ekonomi yang dicatat pada tahun lepas (2013) seperti pelaburan swasta sebanyak lebih RM1 bilion manakala jumlah pelaburan asing langsung (FDI) berjumlah RM38.7 bilion, yang tertinggi dalam tempoh lima tahun.
Petunjuk lain termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)sebanyak 4.7 peratus pada 2013 manakala Malaysia juga mencatat kadar inflasi rendah sebanyak 2.1 peratus pada 2013.
Menurutnya, defisit fiskal pula menurun daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.9 peratus pada 2013 manakala kadarnya bagi tahun ini disasarkan 4 peratus.
Bagi tahun 2014, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM40 bilion untuk pelbagai subsidi termasuk lebih RM20 bilion untuk subsidi barangan asas seperti petrol, gas LPG, minyak masak, diesel, tepung gandum, dan beras manakala bantuan persekolahan pula berjumlah lebih RM10 bilion.
Menurutnya petunjuk-petunjuk itu menunjukkan ekonomi negara berada pada landasan yang betul dan langkah-langkah transformasi ekonomi yang dilaksanakan memberi impak.
Selain golongan berpendapatan rendah, golongan pertengahan juga banyak mendapat manfaat daripadanya.
 BERNAMA

Read more...

Jumaat, 21 Februari 2014

SEMAKAN BR1M 3.0 DALAM AKAUN,BR1M masuk awal, rakyat suka hati

Transaksi bank yang dikongsikan penerima BR1M di laman sosial Facebook. - Foto Ihsan Facebook Pakcu Sofi


Untuk Semakan BR1M Sila ke webblog ( ZAZAZEHRA

SHAH ALAM - Walaupun Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 telah diumumkan akan diterima mulai esok, namun rata-rata pemohon telah menerimanya sejak semalam lagi.

Kebanyakan pemohon dan yang telah menerima BR1M 3.0 turut berkongsi berita gembira itu di laman media sosial.

Seorang pemilik Facebook, Pakcu Sofi turut berkongsi berita itu bersama rakan di laman sosial tersebut.

"BR1M telah masuk, boleh bayar cukai jalan.

"Saya telah dengar BR1M masuk, jadi saya cuba semak akaun bank saya.

"Saya semak hari ini, saya agak terkejut ada jumlah RM300 dalam akaun saya," tulisnya.

Bantuan berkenaan dimasukkan ke akaun miliknya semalam.

Selain itu, seorang lagi pemilik akaun Facebook, Azlan InThe House turut menyatakan bantuan kerajaan itu telah diterimanya.

"Alhamdulillah, saya sudah dapat duit BR1M. Terima kasih kerajaan Malaysia.

"Harap dapat lagi tahun-tahun mendatang," katanya.

Seorang lagi pemilik akaun Facebook menggunakan nama King Jason turut berkongso telah menerima bantuan BR1M semalam.

"BR1M sudah masuk. Jimat cermat ya," tulisnya.

Sebelum ini, media melaporkan BRIM 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto BN yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200.

"Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik 34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu," katanya.


Sinar Harian


Read more...

Rabu, 12 Februari 2014

BR1M 3.0 DIKREDIT DALAM AKAUN PADA 22HB FEB

KUALA LUMPUR: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Feb ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi laman Facebooknya hari ini, Najib berkata, bagi pemohon yang tiada akaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Feb.
Pendaftaran permohonan BR1M bagi pemohon baru ditutup pada 31 Jan lalu, sementara bagi penerima sebelum ini mereka hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. 

Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lalu, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650, sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.
Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang bakal dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia. 
- Bernama


Read more...

Isnin, 3 Februari 2014

Baucar Kerja RM35 sehari untuk miskin bandar

CYBERJAYA - Individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar, layak mendapat bantuan RM35 sehari menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia.

Dilancarkan pada peringkat perintis pada April ini, ia akan menyaksikan penglibatan seramai 100 peserta yang tergolong di bawah tahap miskin bandar.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia), Yusuff Harun berkata, bantuan tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

"Namun, bantuan itu tidak akan diberikan sewenang-wenangnya. Mereka harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

"Golongan itu hendaklah mencari kerja sambilan terlebih dahulu, dan kita akan menyumbang sebanyak RM35 sehari.

"Jumlah tersebut boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut," katanya.

Program Baucar Kerja menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak bekerja.

Ia juga menyasarkan golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran.

JobsMalaysia akan memastikan pemilihan peserta dilakukan secara teliti berdasarkan kaedah pemilihan profil dan dirujuk dari pangkalan e-kasih.

e-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Individu yang layak akan dihubungi secara terus, kata Yusuff.

Berdasarkan pangkalan data e-kasih terkini, golongan dalam kumpulan miskin dan miskin tegar kini mencecah 500,000 orang.

Menurut Yusuff, bagi individu yang terikat dengan kontrak pengambilan pekerja yang tidak membenarkan mereka melakukan dua kerja pada masa yang sama, JobsMalaysia akan memainkan peranan sebagai orang tengah untuk berunding dengan majikan bagi membenarkan pekerja untuk melakukan kerja sambilan.

"Bagaimanapun ia tertakluk kepada akta-akta pekerjaan dan buruh yang berkaitan," katanya. 


- Bernama(sinar)



Read more...

Sabtu, 11 Januari 2014

Akhirnya Linda Onn dedah suami secara rasmi

  • Akhirnya Linda Onn dedah suami secara 'rasmi'

WALAUPUN sebelum ini penyampai radio popular, Linda Onn enggan berkongsi hari bahagianya bersama pemberita sekaligus menghalang peminatnya menatap wajah suaminya, namun semalam Linda telah berkongsi wajah pasangan hidupnya.

Linda, 36 yang telah melangsungkan perkahwinan pada 27 Disember lepas telah berkongsi gambar bersama suaminya Ungku Azhar di laman sosialnya.

"Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari jrufotor rasmi tadi.

"Terima kasih suami ku Ungku Azhar untuk gambar itu.

"Sayang kamu 'like a love song'...muahh," tulisnya di laman mikro itu.

Linda dilihat memakai busana berwarna putih sedondon dengan suaminya.


Sumber sinar hiburan


Read more...

Khamis, 9 Januari 2014

Unta peluk bekas pemilik

Unta memeluk bekas pemiliknya yang melawat ladang yang kini dimiliki pemilik baharu.

Riyadh: Seekor unta menunjukkan emosi seperti manusia dan ingatan yang kuat apabila ia memeluk bekas pemilik warga Arab Saudinya dengan penuh kasih sayang selepas berjumpa kembali sejak sekian lama. 

Bekas pemilik unta itu sendiri terkejut apabila unta berkenaan berlari mendapatkannya dan membelit bekas pemilik terbabit dengan lehernya yang panjang itu. 


Rindu unta peliharaan 

Lelaki berkenaan yang namanya tidak didedahkan dikatakan melawat ladang haiwan kepunyaan pemilik barunya kerana merindui unta yang pernah dipeliharanya itu. 

Satu gambar yang diterbitkan akhbar berbahasa Arab, Sada Arabic menunjukkan petani itu dipeluk unta berkenaan dengan lehernya. 

Laporan itu menyebut, Ia membelit leher bekas pemiliknya seolah-oleh mengatakan walaupun kamu sudah menjual saya, saya masih menyayangi kamu. 

Gambar itu yang turut disiarkan beberapa laman sosial, segera mencetuskan pelbagai ulasan, kebanyakannya menyatakan rasa terharu berikutan kasih sayang yang ditunjukkan unta dan bekas pemiliknya. 


Mereka juga terkejut dengan reaksi haiwan itu. 

Walaupun lelaki berkenaan mengetahui unta itu akan mengenali beliau, beliau tidak menjangka binatang itu akan menunjukkan reaksi demikian terhadap manusia.


Sumber BH


Read more...

Selasa, 7 Januari 2014

Remaja ini miliki 14,000 batang pensel

LAKHANPAL bergambar bersama koleksi penselnya di India baru-baru ini.- Agensi

NEW DELHI - Ramai orang gemar mengumpul setem, duit syiling atau rantai kunci tetapi berbeza dengan seorang remaja di India yang menjadikan pensil sebagai koleksi peribadinya.

Remaja berkenaan, Tushar Lakhanpal yang berasal dari sini memiliki lebih daripada 14,000 batang pensel dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Tushar, 15, mengumpul pensel tersebut dari 40 buah negara di seluruh dunia.
Dia percaya koleksinya itu mampu untuk mencatat rekod dunia yang baharu. Lebih menarik, remaja lelaki berkenaan turut menyimpan dua batang pensel yang pernah menjadi milik Ratu Elizabeth II.
"Ibu bapa saya membeli set dua batang pensel ini pada harga £400 (RM2,154). Pemerintah Britain berkenaan pernah menggunakan pensil ini," kata Tushar.
"Saya juga memiliki pensel berbau wangi, bertopi dan alat tulis berkenaan yang dihasilkan secara buatan tangan," tambahnya.
Tushar bercita-cita mahu memecahkan rekod dunia koleksi pensel paling banyak milik Emilio Arenas dari Uruguay.
Arenas memiliki sebanayak 14,552 batang pensel dari 60 buah negara pada bulan Ogos 2011. Dia mula mengumpul pensil sejak 60 tahun lalu bermula pada 1956. 
- Agensi

Read more...

Ahad, 5 Januari 2014

BR1M 3.0, 70% BELUM DAFTAR

SHAH ALAM - Lebih 70 peratus daripada 900,000 pemohon baru masih belum mendaftar untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 tahun ini.

Menurut sumber, mereka yang layak diminta segera mendaftar dan mengemas kini maklumat sebelum akhir bulan ini bagi memudahkan golongan berkenaan untuk menerima perlindungan caruman Takaful i-BR1M.

Katanya lagi, 70 peratus yang belum lagi belum mendaftar itu mempunyai dimana pendapatan sekitar RM3,000 ke RM4,000, manakala 35 peratus lagi belum mempunyai akaun bank.

Kerajaan kini sedang memperhalusi caruman takaful i-BR1M dengan Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat insurans untuk dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Untuk itu penerima BR1M 3.0 diminta tidak melewat-lewatkan pendaftaran sekali gus selain berharap agar kerajaan tidak melanjutkan tarikh pendaftaran itu.

Tahun ini, kerajaan menjangkakan 7.9 juta rakyat layak menerima BR1M 3.0 dengan peruntukan RM4.5 bilion berbanding RM3 bilion untuk BR1M 2.0.

Sementara itu, hanya 4.4 juta daripada 6.8 juta penerima sedia ada telah mengemas kini maklumat nombor akaun bank, manakala 2.4 juta lagi masih belum berbuat demikian.


Sumber sinar




Read more...

Jumaat, 3 Januari 2014

Bantuan Persekolahan RM100 Akan Dibayar Pada 15hb Januari 2014

Bantuan persekolahan sebanyak RM100 akan disalur kepada pelajar bermula 15 Jan ini, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
   
"Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Sama ada ibu  bapa nak guna duit ini nak bayar yuran PIBG (persatuan ibu bapa dan guru), itu hak mereka...tapi pihak sekolah tidak ada hak untuk potong lebih awal," katanya kepada pemberita hari ini.
   
Menurutnya, kementerian itu telah mengeluarkan surat pekeliling  mengenai perkara tersebut kepada semua sekolah.
   
"Jadi, kita tidak mahu lagi dengar aduan daripada ibu bapa di mana pihak sekolah mengenakan bayaran terhadap ibu bapa yang menerima bantuan ini," katanya yang ditemui selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Benar, SK  Sendayang dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dekat sini, sempena hari pertama sesi
persekolahan 2013.
   
Selain sekolah kerajaan yang mempunyai lima juta pelajar, bantuan tersebut turut diagih kepada  pelajar sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan, persendirian dan agama.
   
Bantuan itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2013. Ini adalah kali kedua pembayaran tersebut dilakukan yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga.
   
Bagi ibu bapa yang tidak mahu mengambil bayaran tersebut, mereka boleh memulangkannya kepada sekolah yang mesti mengembalikannya kepada Kementerian Pelajaram.
   
Sementara itu, Puad berkata sebanyak 428,493 murid memasuki tahun satu di sekolah kerajaan kali ini, sementara sebanyak 15 sekolah baharu (rendah dan menengah) dibuka.
   
Mengulas perkembangan lain, beliau berkata kementerian akan membina enam kabin sebagai bilik darjah sementara bagi menampung keperluan murid tahun satu di Sk Batang Benar.
   
"Saya harap dalam tempoh dua minggu ini akan dapat dimulakan kerja pembinaan enam bilik darjah kabin ini. Bilik darjah kabin ini bukan kontena tapi ia adalah bangunan biasa model kabin. Pembinaan kabin ini saya harap dapat disiapkan dalam tempoh tiga minggu," katanya.
   
Kesesakan di bilik darjah menyebabkan sebahagian murid tahun satu di sekolah berkenaan terpaksa ditempatkan di surau dan makmal sains.
     
"Untuk jangka panjang, pihak sekolah ada memohon pembinaan lapan bilik darjah yang baru untuk menampung pertambahan murid sekolah itu. Kita juga akan mempertimbangkan pembinaan sekolah baru di Pajam," katanya.
   
Mengenai TKC, beliau berkata kolej itu berpindah dan memulakan sesi persekolahan secara rasmi di kompleks baharu di Bandar Enstek di sini hari ini.
   
Kompleks baru TKC terletak di kawasan seluas 17.4 hektar membabitkan kos kira-kira RM75 juta dan boleh menampung sehingga 900 pelajar.
   
Sebelum ini kolej itu terletak di Jalan Tunku Kurshiah, Seremban.
   
Katanya, kementerian itu sedia mempertimbangkan permohonan untuk mengekalkan TKC lama di Jalan Tunku Kurshiah sebagai sekolah berasrama penuh untuk pelajar perempuan.
    "
Perkara ini kita bawa dalam mesyuarat di peringkat kementerian. Bagaimanapun kita tunggu keputusan menteri pelajaran," katanya.  

- Bernama


Read more...

Jumaat, 27 Disember 2013

Fizo dan isteri jamu `Hot Burger' buat tetamu mereka di majlis menyambut menantu

FIZO bersama isterinya, Mawar membatu menyiapkan air minum buat saudara mara dan pekerja yang menyiapkan Majlis Kesyukuran perkahwinannya di Bukit Jawa, Pasir Puteh. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
PASIR PUTIH: Dianggarkan hampir 15,000 tetamu akan menghadiri majlis menyambut menantu yang diadakan pelakon popular, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali Fizo Omar, 28, dan isterinya, Mawar Abdul Karim, 24, di kediamannya di Bukit Jawa, di sini, esok.
Fizo berkata sempena majlis bersejarah itu juga, pihak pengantin lelaki menumbangkan 10 lembu, tiga kambing dan 1,000 kilogram (kg) ayam untuk dihidangkan dalam majlis yang diadakan di rumah ahli keluarganya itu. 
Katanya, dalam majlis itu, dua gerai burger bakar `Hot Burger' milik syarikatnya turut disediakan untuk diberikan secara percuma kepada tetamu yang hadir. 

"Saya menjangkakan kehadiran tetamu kali ini meningkat dua kali ganda berbanding di Pulau Pinang minggu lalu. Untuk itu persiapan rapi harus dilakukan supaya majlis ini berjalan lancar," katanya.
Fizo berkata, untuk penyediaan makanan, pihaknya menggunakan khidmat katering dan juga mengadakan gotong-royong dalam kalangan ahli keluarga.
"Saya sendiri turut menyediakan kambing golek untuk dihidangkan kepada tetamu," katanya. 

Sebelum ini, katanya, dia pernah berhasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan di padang bola sebagai simbolik minatnya terhadap bola sepak. 

"Tapi selepas berfikir dengan mendalam, saya fikir lebih baik majlis diadakan di rumah kerana ia lebih mudah," katanya. 

Katanya, sambutan majlis menyambut menantu ini, pihaknya membuat persiapan rapi sejak minggu lalu termasuk mengadakan pelbagai gimik untuk memeriahkan majlis. 

"Antara gimik yang kita akan adakan termasuk konvoi lebih 100 motosikal berkuasa tinggi akan mengiringi Mawar dan rombongan keluarganya dari Hotel Perdana di Kota Bharu. 

"Selain itu paraglider turut digunakan dan pada waktu malam kita akan adakan pesta bunga api," katanya.
Sumber myMetro


Read more...

Isnin, 23 Disember 2013

1ST GIVE AWAY BY PINGJE.ORG


Meh pakat pakat Join 1st Giveaway dari web pingje.org ..

Hadiah Hadiah Lumayan.. Untuk Saluran Maklumat sila layari web tersebut.. PING JE 

Ikuti Segala Syarat syarat yang ditentukan oleh admin PING JE


Turut di Sponser oleh OH Ping Blog dan relevan Sokmo dan ramai lagi ..


Read more...

Jumaat, 20 Disember 2013

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU KE 6

Kumpulan mana yang bakal tersingkir untuk Minggu ke 6 .. Nabil ? .. Kumpulan Boboi ?.. Jangan buat andaian dulu..apa pun bakal terjadi.. 

Kita tonton dulu Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 5 full menyaksikan kumpulan Zero kecundang.. Nabil ketandusan Idea dan juga kumpulan Boboi yang bikin panas..



Sumber Video aStro Gempak


Read more...

Khamis, 19 Disember 2013

Linda Onn Sahkan Bakal Kahwin Kerabat Diraja

Linda mengesahkan bakal berkahwin pada 27 Disember ini.
PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini.
Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, bagaimanapun berkata, majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.
"Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini.

"Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah," katanya ketika ditemui di stesen radio Suria FM di sini pada Rabu.
Penyampai radio Suria FM itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hari bahagianya itu.
Linda diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Rabu mengenai khabar angin pernikahannya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember depan yang akan diadakan di kampung halamannya di Johor Baharu.
Pasangan itu juga dilaporkan sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama Islam daerah itu.
Linda dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat sahaja bagi menghadirinya manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.
Dia juga enggan memberitahu dari negeri manakah kerabat tersebut berasal.
Dalam perkembangan sama, Linda berkata, dia akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat ini.

Sumber mStar Online


Read more...

Rabu, 18 Disember 2013

PERMOHONAN BR1M 2014 DIBUKA BERMULA 23HB DISEMBER HINGGA 31HB JANUARI 2014

KUALA LUMPUR: Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini Selasa.
Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.
 - BERNAMA


Read more...

Isnin, 16 Disember 2013

8 Gambar,Farawahida Sah menjadi Isteri Abdul Shukur Mohd Zain

Farahwahida dan Shukur sah menjadi suami isteri pada pukul 10.30 pagi Isnin.
PETALING JAYA: Setelah beberapa jam selamat bergelar isteri, penyanyi Farawahida berjanji untuk memberi lebih tanggungjawab kepada suami berbanding kerjayanya sebagai penyanyi.
Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 28, berkata, segala perlakuan dan tingkah lakunya selepas ini haruslah bersesuaian dengan imejnya sebagai isteri orang.
"Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana semua berjalan lancar. Buat masa ini tiada apa yang berubah hanya keutamaan saya akan lebih kepada keluarga berbanding dahulu.
"Bagaimanapun daripada segi penampilan masih sama seperti dahulu iaitu tidak berpakaian seksi dan semuanya mestilah menjaga maruah suami dan status sebagai isteri," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Isnin iaitu kira-kira lima jam selepas bernikah.
Farahwahida selamat diijabkabulkan dengan Abdul Shukur Mohd Zain, 29, yang bekerja sebagai ahli perniagaan berasal daripada Pulau Pinang.
Majlis diadakan di Sentosa Villa Resort, Taiping, Perak, kira-kira pukul 10.30 pagi, Isnin.
Penyanyi tersebut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, bersama dua bentuk cincin berserta tujuh dulang daripada pihak Shukur dan dibalas sembilan buah dulang hantaran.
Sementara itu, ditanya tentang kegiatan seninya, Fara berkata kerjaya nyanyiannya akan diteruskan seperti biasa.
"Dia memahami kerja saya dan tidak pernah menghalang untuk saya terus aktif seperti dahulu, namun bagi saya ia perlu ada batasannya," katanya.
Majlis persandingan kedua-dua mempelai akan berlangsung pada malam ini pukul 8.30 malam pada Isnin di Majlis Perbandaran Taiping, Perak.
Sumber berita mStar Online








Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP