GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Piala Malaysia 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala Malaysia 2013. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Oktober 2014

Video,Tendang Tiang Bendera Penjuru Cara Raikan Kemenangan - TMJ


JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menjelaskan tindakan baginda menendang tiang bendera penjuru selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di sini pada Khamis, sebagai cara meraikan kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Baginda, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), bertitah tindakan itu adalah sesuatu yang normal bagi seorang manusia dan ahli sukan dalam meluahkan rasa kegembiraan.

"Ini cara saya untuk menunjukkan rasa puas hati dengan keputusan itu lebih-lebih lagi selepas JDT berdepan dengan pelbagai spekulasi dalam tempoh lebih seminggu ini," titah baginda kepada pemberita di sini, Jumaat.

Tunku Ismail mengulas sikap segelintir pihak yang mengkritik tindakan itu yang menjadi viral di laman media sosial.

Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, JDT mengalahkan Terengganu dengan agregat 3-1 dan layak ke separuh akhir menentang Felda United.

Tunku Ismail bertitah tindakan itu sebenarnya sudah dibayangkan baginda lebih awal iaitu ketika seorang adindanya bertanyakan mengenai apa tindakan yang dilakukan sekiranya JDT memenangi perlawanan terbabit.

"Saya jawab saya minat Ibrahimovic (Zlatan Ibrahimovic). Jadi saya ingat hendak raikan macam dia," titah baginda sambil menegaskan baginda turut tampil tunduk hormat kepada penyokong Terengganu sebagai tanda penghargaan mereka berkunjung menyaksikan perlawanan terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, baginda turut mempersoalkan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang hanya menyiarkan tindakan menendang tiang terbabit sehingga menimbulkan salah faham kepada penonton dan peminat bola sepak tanah air.

Menurut baginda, media seharusnya bertanggungjawab menyiarkan perkara yang tepat bagi mengelakkan sebarang implikasi.

Sementara itu, Tunku Ismail turut memaklumkan PBNJ telah memeterai perjanjian kerjasama dengan pasukan dari Bundesliga, Borussia Dortmund, bagi tujuan pembangunan bola sepak di negeri ini.

Perjanjian itu merangkumi kerjasama pembangunan sebuah akademi bola sepak di Kulaijaya, peminjaman tenaga pengajar dan penghantaran pemain muda untuk menimba pengalaman bersama kelab itu.

Baginda menegaskan persetujuan kerjasama terbabit menunjukkan pasukan kelab Bundesliga itu percaya dengan keupayaan yang dimiliki PBNJ.




Sumber mStar Online


Read more...

Isnin, 3 Februari 2014

Baucar Kerja RM35 sehari untuk miskin bandar

CYBERJAYA - Individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar, layak mendapat bantuan RM35 sehari menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia.

Dilancarkan pada peringkat perintis pada April ini, ia akan menyaksikan penglibatan seramai 100 peserta yang tergolong di bawah tahap miskin bandar.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia), Yusuff Harun berkata, bantuan tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

"Namun, bantuan itu tidak akan diberikan sewenang-wenangnya. Mereka harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

"Golongan itu hendaklah mencari kerja sambilan terlebih dahulu, dan kita akan menyumbang sebanyak RM35 sehari.

"Jumlah tersebut boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut," katanya.

Program Baucar Kerja menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak bekerja.

Ia juga menyasarkan golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran.

JobsMalaysia akan memastikan pemilihan peserta dilakukan secara teliti berdasarkan kaedah pemilihan profil dan dirujuk dari pangkalan e-kasih.

e-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Individu yang layak akan dihubungi secara terus, kata Yusuff.

Berdasarkan pangkalan data e-kasih terkini, golongan dalam kumpulan miskin dan miskin tegar kini mencecah 500,000 orang.

Menurut Yusuff, bagi individu yang terikat dengan kontrak pengambilan pekerja yang tidak membenarkan mereka melakukan dua kerja pada masa yang sama, JobsMalaysia akan memainkan peranan sebagai orang tengah untuk berunding dengan majikan bagi membenarkan pekerja untuk melakukan kerja sambilan.

"Bagaimanapun ia tertakluk kepada akta-akta pekerjaan dan buruh yang berkaitan," katanya. 


- Bernama(sinar)



Read more...

Rabu, 6 November 2013

[Lawak] Penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azahan guna Makhluk halus untuk bantu menjaga gawang ?

MOHD Khairul Azahan menunjukkan pingat juara Piala Malaysia.
Kuantan: “Saya tidak tahu bagaimana cerita mengarut ini boleh keluar dalam Facebook (FB),” kata penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azahan Mohd Khalid mengenai penyebaran gambar dirinya yang didakwa menggunakan bomoh dan berdamping dengan makhluk halus ketika menjaga gawang Pahang sewaktu menentang Kelantan pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.
Menerusi sedutan gambar FB yang dirakam melalui televisyen pada separuh masa kedua perlawanan itu, Mohd Khairul Azahan, 24, dilihat berada di sebelah kiri gawang gol dan pada masa sama, ada satu petak merah di tengah gawang yang kononnya lokasi kedudukan makhluk halus itu.
Gambar itu yang dipercayai mula disebarkan sejak kelmarin hanya menjadi bahan ketawa pengguna laman sosial terbabit kerana jelas menunjukkan ia sengaja direka pihak tertentu.

Bagaimanapun, Khairul Azahan mengakui terkejut serta terkilan kerana cerita dan gambar sedemikian boleh tersebar di FB.
“Saya terkejut apabila dimaklumkan kononnya ada makhluk halus ditugaskan menutup pintu gol daripada dibolosi sehingga kami muncul juara musim ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more...

Selasa, 5 November 2013

Kejutan Final Piala Malaysia 2013, Polis temui pistol, peluru dalam tandas Stadium

PEMAIN import Pahang, Matias Roben Conti (kanan) bersama Damion Delano Stewart mencium Piala Malaysia yang dimenangi ketika sampai di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam tadi. - Foto Luqman Hakim Zubir

Ditinggalkan dalam tandas Stadium Shah Alam ketika perlawanan akhir antara Kelantan dan Pahang

Shah Alam: Polis menemui sepucuk pistol jenis Browning dan tujuh butir peluru di dalam tandas di Stadium Shah Alam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah, berkata polis masih mengesan pemilik pistol dan mengenal pasti motif senjata itu ditinggalkan di kawasan stadium. 

Pemeriksaan badan 

Kira-kira 85,000 penonton menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-87 itu. Polis melakukan pemeriksaan badan menggunakan alat pengimbas terhadap penyokong kedua-dua pasukan sebelum membenarkan mereka memasuki perkarangan stadium bagi mengelakkan mereka membawa senjata berbahaya.

“Perlawanan akhir antara Kelantan dengan Pahang berjalan lancar dan tiada insiden tidak diingini berlaku kerana 110 pegawai dan 1,482 anggota polis ditempatkan di segenap stadium termasuk di kawasan letak kenderaan, laluan masuk dan keluar stadium serta pintu tiket,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ruslan berkata, polis menahan 86 orang kerana membawa tiket palsu dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

“Polis juga menahan lima lelaki kerana pelbagai kesalahan lain termasuk tiga menyalakan suar dan masing-masing satu kesalahan kerana membakar mercun dan membaling botol. 


Bahayakan diri

“Tindakan menyalakan suar bukan saja membahayakan diri sendiri, malah nyawa penonton lain, termasuk kanak-kanak yang ada dalam stadium. Tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang berjaya ditemukan semula dengan ibu bapa mereka.

Perlawanan akhir itu menyaksikan Pahang menamatkan kemarau 21 tahun selepas menewaskan juara bertahan, Kelantan 1-0 untuk dinobatkan sebagai juara.


Sumber BH


Read more...

Ahad, 3 November 2013

Final Piala Malaysia: Pahang Tewaskan Kelantan 1-0

Penjaring Gol Pahang Matias Conti 

BERIKUT adalah keputusan final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam di Shah Alam, malam Ahad:
Kelantan 0-1 Pahang (Matias Conti, m-58)
Senarai Pemain
Kelantan: Azizi Mat Rose, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Farisham Ismail, Zairo Anuar Zalani, Mohd Shakir Shaari, Mohd Nor Farhan Mohamamad, Mohd Badhri Mohd Radzi, Khairul Fahmin Che Mat, Dickson Nwakaeme, Indra Putra Mahayuddin, Zairul Fitree Ishak
Pahang: Khairul Azhan Khalid, Jalaluddin Jaafar, Damion Stewart, Mohd Amirulhadi Zainal, R.Surendren, Matias Ruben Conti, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Salleh, Mohd Hafiz Kamal, R.Gopinathan

Jam 0430pm



Sumber gambar myMetro
Pertembungan dua gergasi pantai timur, Pahang dan Kelantan pada final Piala Malaysia edisi 2013 cukup mendebarkan kerana masing-masing mem punyai alasan tersendiri untuk muncul juara.
Pahang mahu memadam kemarau 21 tahun selepas kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 1992 manakala Kelantan pula teringin menjulang trofi itu buat kali kedua berturut-turut.
Menambah rencah perlawanan akhir itu, kedua-dua pasukan hanya berjaya memenangi Piala Malaysia sebanyak dua kali sejak ia mula dipertandingkan pada 1921... Saksikan perlawanan hebat malam ini di ( LINK ) 


“KITA tunggu siapa lebih hebat.”
Demikian tegas penyerang Pahang, Azamuddin Akil menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 menentang Kelantan di Stadium Shah Alam malam ini... ini kata Alex ..

( apdate masa ke semasa ) ...

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP