Khamis, 2009 Disember 17

Emas

Malaysia 2 Vietnam 1..

Rabu, 2009 Disember 16

Anak Teruna


** Siapa kata peniaga peniaga begini tidak kaya raya..jika terserempak dengan beliau ini boleh lah bertanya berapa income beliau dalam 1 bulan..**

Selasa, 2009 Disember 15

Melangkah bergaya

Tidak sia sia menonton perlawanan bolasepak sukan SEA separuh akhir antara negara kita Malaysia dan Laos malam tadi berkesudahan Malaysia mencapai kemenangan bergaya 3 1.. Demikian negara kita layak ke perlawanan akhir turun menentang Vietnam..sama sama kita mendoakan lagi..

Dengan berbekalkan secawan kopi berharga RM 0.90 kawan berjaya mendapat tempat terbaik disebelah kanan layar gergasi untuk menonton perlawanan ini dikedai korner..hiruk pikuk sorakan peminat bola membingit telinga..terutama semasa pasukan negara menjaringkan Gol..

'' Abe tak sorak pung masa Gol ''..kata awek pelayan dari selatan Thai yang putih manis menegur kawan..

'' Takleh sorak dek oii..time ni bilal duk Azan di Mesejid sebab dah masuk waktu Isyak nih..'' Jawab kawan pada awek selatan Thai yang manis itu..

Dan para penonton terus bersorak girang mungkin tak ada yang perasan waktu Isyak sedang berlalu..

Isnin, 2009 Disember 14

Malaysia boleh!

Malam ini perlawanan separuh akhir bolasepak antara Negara kita Malaysia dan Laos..sama sama lah kita mendoakan kejayaan untuk negara agar bolasepak negara kita tidak lagi terkebelakang..
Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Laos setesen tv2 ada menyiarkan siaran langsung..harap ramai ramai kita turun menonton dilayar gergasi kedai korner..

Ahad, 2009 Disember 13

Cabaran hebat dihari ahad

Ada ka.. dipagi minggu begini kawan kena dera oleh akak kena jemur kain?..Nak tak nak dalam keadaan keterpaksaan kawan harungi jua..sama saing dengan jiran sebelah nampaknya..

'' Alahai ni yang kawan lemah ni ''..kata kawan dalam hati..

'' Aii en. Man kena jemur kain kee?..tanya jiran sebelah kawan yang masih basah rambut nya dengan berkain pelikat cap gajah suami dia..

'' A'ah lah kak..orang rumah ni duk bz cuci bilik air..kawan lah yang kena jemur kain ni..'' balas kawan..

'' Elok juga bantu orang rumah yerk..bukan macam suami akak ni melingkor lagi ishk!..'' jawab akak jiran lagi..

Bila siap semua kain dijemur kawan cepat cepat masuk dalam rumah..duk pikir kenapa akak tu boleh pakai kain pelikat cap gajah suami dia..'' Agak nya bertukar kain sejak malam tadi dak?..''

Sabtu, 2009 Disember 12

Kenyang

Hari ini dan esok hari minggu ada jemputan ke Majlis perkahwinan dikawasan perumahan kawan..di kampung pun ada juga..di kampung yang lama pun ada..

Kampung Pak Mertua pun ada juga..boleh dikatakan dimana mana saja pun ada majlis perkahwinan ini..

Cuaca dah kembali panas bagi pasangan pengantin tentu nya akan selesa bila berada didalam kesejukan..Oleh itu air con akan memberi peranan utama..

Jumaat, 2009 Disember 11

Kerja banyak

Hujung hujung tahun ini biasa dengan kerja yang banyak..Tok mudim dan Mak andam pun kerja banyak juga..

Ingatkan bercuti boleh meluruskan badan..tapi dirumah kerja banyak juga..

Ada ka duduk rumah akak suruh potong kain untuk buat pakaian sekolah anak anak..tak patut..kini setelah cuba cuba memotong kain untuk buat pakaian sekolah anak anak..baru lah kawan tau apa itu sekoci..

Menarik Perhatian

TUJUAN KAWAN MENGADAKAN BLOG INI ADALAH KONONNYE PADA PERINGKAT AWAL UNTUK BERHUBUNG LANGSUNG DENGAN SAHABAT SAHABAT RADIO MALAYSIA PAHANGFM..TAPI HANYA ADA 4 ORANG JE DIANTARA SAHABAT SAHABAT YANG RETI MEMBLOG..YANG LAGI 30 RIBU SAHABAT SAHABAT HANYA BERHUBUNG MELALUI SMS..PAYAH NGAT!!.. JADI SECARA LANGSUNG KAWAN TERPAKSA LAH MENCARI RANGKAIAN SAHABAT SAHABAT LAIN..TERUTAMA BLOGGER BLOGGER YANG SEDIA TERNAMA DAN TAK TERNAMA..YANG KECIK DAN YANG BESAR..JADI UNTUK ITU PIHAK ADMINISTRATOR BLOG INI TIDAK LAH AKAN BERTANGGUNG JAWAB DALAM APA JUA KESUSAHAN YANG MELANDA SEWAKTU ANTARA SEDANG MELAYARI ATAU PUN SELEPAS MELAYARI BLOG INI..MUKTAMADNYA SEGALA KEROSAKAN MINDA ATAU PUN MENTAL SEGALA KEMURUNGAN TIADA JUA MENJADI TANGGUNGJAWAB ADMINISTRATOR BLOG INI..

Our Blogger Templates

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP