GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Live Streaming. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Live Streaming. Papar semua catatan

Sabtu, 1 November 2014

Live Streaming Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 JDT lwn Pahang


Live Streaming Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 JDT lwn Pahang

JDT lwn Pahang (8.45 mlm, Stadium Nasional Bkt Jalil)

Boleh Saksikan diSini ( myKlik RTM )


Pertembungan kawan lama


SAFIQ (kiri) dan Razman merupakan kawan lama ketika kedua-duanya bermain untuk Selangor pada 2009 dan 2010 lalu.

KAPTEN pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT), Mohd. Safiq Rahim akan berdepan bekas rakan sepasukannya di Selangor, Mohd. Razman Roslan yang kini mengemudi benteng pertahanan Pahang pada aksi final Piala Malaysia 2014.

Kali ini, Safiq dan Razman akan bertembung antara satu sama lain dalam pasukan yang berlainan setelah bersama-sama membantu Selangor merangkul kejuaraan Liga Super dua kali berturut-turut dan Piala FA pada 2009 dan 2010 lalu.
Perancang Harimau Malaya itu kini bersedia melupakan istilah kawan menjelang pertembungan getir antara kedua-dua pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
“Kami beraksi dalam pasukan yang berbeza kali ini. Saya dengan Johor DT dan Razman dengan Pahang ketika ini.
“Ini ditambah pula kami berdua merupakan kapten pasukan. Jadi kami harus bertindak dan melaksanakan kerja secara profesional.
“Bagi saya, ketika dalam padang istilah kawan ini terpaksa dilupakan sekejap kerana kami ada sasaran masing-masing untuk dicapai.
“Saya harap, kami sebagai pemain daripada kedua-dua pasukan dapat memberikan persembahan yang terbaik esok (malam ini),” katanya sewaktu sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
Sementara itu, Safiq mengakui amat mengidamkan gelaran juara Piala Malaysia musim ini bagi melengkapkan trofi yang dimenangi sepanjang karier bola sepaknya sejak bermula bersama skuad Selangor pada 2007 lalu.
“Semua pemain dalam Malaysia hendak capai sasaran tak kira Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.
“Jadi sudah tentu secara individu, sudah tentu saya mahukan kejuaraan Piala Malaysia.
“Apa-apa pun, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran itu,” jelasnya.
KOSMO!

Read more...

Ahad, 25 Mei 2014

LIVE STREAMING MALAYSIA VS JEPUN AKHIR PIALA THOMAS 2014

MALAYSIA akan menamatkan penantian selama 22 tahun sekiranya berjaya menjulang trofi Piala Thomas 2014. Berdasarkan prestasi semasa, skuad badminton negara berpeluang untuk menewaskan Jepun pada perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Siri Fort, New Delhi, India hari ini.

( LINK ) -- Siaran Langsung
Bagaimanapun, para pemain negara tidak boleh memandang rendah Jepun yang turut memberikan aksi konsisten dan melakar kejutan dengan menewaskan China 3-0 pada aksi separuh akhir kelmarin. Bekas pemain negara, Razif Sidek (gambar) yang juga merupakan salah seorang daripada ahli pasukan ketika menjulang trofi Piala Thomas 1992 berkata, ini adalah peluang terbaik Malaysia untuk menjadi juara.
“Atas kertas, Malaysia mempunyai peluang yang lebih cerah. Saya percaya inilah peluang mereka untuk mengulangi sejarah yang pernah dilakar pada 1992.

Tube Sejarah piala Thomas 1992

Read more...

Sabtu, 24 Mei 2014

LIVE STREAMING ANUGERAH BINTANG POPULAR BH (ABPBH) 2013


Lebih sebulan tertunda, momentum kemuncak acara berprestij, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 terus menghadirkan debaran luar biasa, terutama kepada barisan finalis yang membawa amanah peminat. 


LIVE STREAMING ( Stesyen rasmi TV3 )

Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal menyaksikan sebutir lagi permata yang menyinari industri hiburan dijulang sebagai Bintang Paling Popular. 



Sering hadir membawa pelbagai kejutan di luar jangkaan, apakah ABPBH 2013 akan mengulangi catatan sejarah lalu atau menyaksikan trofi idaman berpindah milik ke tangan lain? 

Kejayaan beberapa nama baharu membolosi kedudukan selesa sebagai Top 5 pada acara yang memasuki usia ke-27 itu menterjemahkan keinginan peminat untuk membawa pembaharuan dalam senarai pemenang.


BH ( link ABPBH)


Read more...

Jumaat, 11 April 2014

LIVE STREAMING SKOOL OF LAWAK 2014 ASTRO WARNA


Kelas Skool of Lawak mulai 12 Februari 2014, setiap Rabu & Khamis jam 10.30 malam. Siaran Langsung Skool of Lawak mulai 14 Februari 2014, setiap Jumaat, jam 10.00 malam. Ekslusif di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134).

Langgan YouTube Astro Gempak, http://goo.gl/j9uAn8
Like kami di Facebook, http://www.facebook.com/SkoolofLawak
Follow kami di Twitter, http://www.twitter.com/SkoolofLawak
Galeri foto dan video, http://www.SkoolofLawak.com.my
Tonton episod terdahulu, http://www.astroonthego.com


JOM LAYAN VIDEO UJIAN MINGGU KE 3

Read more...

Jumaat, 28 Februari 2014

LIVE STREAMING SKOOL OF LAWAK 2014 UJIAN MINGGU KE3 ASTRO WARNA


Kelas Skool of Lawak mulai 12 Februari 2014, setiap Rabu & Khamis jam 10.30 malam.
Siaran Langsung Skool of Lawak mulai 14 Februari 2014, setiap Jumaat, jam 10.00 malam.

Ekslusif di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134).

Like kami di Facebook, http://www.facebook.com/SkoolOfLawak
Follow kami di Twitter, http://www.twitter.com/SkoolOfLawak
Maklumat lanjut layari http://www.SkoolOfLawak.com.my
Tonton episod terdahulu di http://www.astroonthego.com

Jom layan Ujian Minggu ke2 SKOOL OF LAWAK

Read more...

Jumaat, 21 Februari 2014

LIVE STREAMING SKOOL OF LAWAK 2014 KELAS MINGGU KE2 ASTRO WARNA

Untuk kelas Minggu pertama dalam Skool of Lawak masih belum ada yang betul betul menyengat..

Kita tunggu dan Saksikan untuk Kelas Minggu kedua..

"Komedi ada kelas" itulah yang dapat digambarkan pada Ujian pertama Skool Of Lawak yang telah diadakan di Studio 1 Astro Bukit Jalil malam tadi. Ternyata dengan slogan tersebut dapat memartabatkan komedi tanah air dan nampaknya semakin rancak dengan kehadiran para peserta yang hebat dan peserta yang terpilih ternyata bukan dari calang-calang orang kerana mampu memberi input terbaru dalam dunia komedi tanah air.

Minggu pertama Skool Of Lawak, sebanyak 11 kumpulan atau dipanggil kelas yang bertanding iaitu Seroja, Melur, Jasmin, Dahlia, Kemboja, Kenanga, Mawar, Cempaka, Kekwa, Orkid dan Melati, membawakan tema bebas dan dipilih sendiri oleh peserta untuk dibentangkan dalam ujian tersebut. Boleh dikatakan hampir kesemua peserta menunjukkan bakat yang luar biasa pada minggu pertama ini dan ini menunjukkan komedi yang ditampilkan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Hampir di luar jangkaan bahawa peserta dapat membawakan sketsa dengan baik sekali.

Panel penilai selaku juri yang terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Mamat Khalid dan Prof Madya A Razak Mohaideen turut membantu memberi komen-komen yang positif sekaligus ianya dapat membantu peserta mematangkan lagi sketsa mereka pada minggu hadapan.

3 kumpulan yang mendapat undian terendah iaitu Kemboja, Mawar dan Cempaka berjaya diselamatkan kerana pada minggu pertama ini tiada penyingkiran dibuat. Sedikit sebanyak memberi peluang pada peserta menunjukkan lagi bakat luar biasa yang terpendam dan diolah menjadi satu output  menarik selaras dengan komedi di Malaysia.

Ujian Skool Of Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Warna dan Astro Mustika HD juga boleh ditonton secara online melalui Astro On The Go.

Berikut adalah peratusan undian SMS dan juri untuk 11 kumpulan selepas talian undian ditutup.

Sumber astro Gempak Skool of Lawak

( LINK )




Read more...

Jumaat, 14 Februari 2014

LIVE STREAMING SKOOL OF LAWAK 2014 ASTRO WARNA

Para peserta 'Skool of Lawak'.
KUALA LUMPUR: Astro Warna bakal memperkenalkan program realiti komedi terbaharu berjudul Skool of Lawak yang akan bersiaran pada 14 Februari ini.
Bertemakan Komedi Ada Kelas, program ini akan memaparkan pencarian pelawak baharu yang menerapkan elemen pembelajaran ala di sekolah.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna iaitu Rostam Said, misi program ini bukan sahaja untuk melahirkan pelapis yang mampu membuatkan penonton terhibur tetapi boleh menulis dan merangka struktur sesebuah komedi.
"Dalam erti kata lain, program ini bakal menjadi platform untuk melahirkan artis komedi serba boleh yang mempunyai kelas dan standard yang tinggi," katanya.
Dari kiri; Johan, Fauziah Nawi, Rostam dan Othman Hafsham.
Beliau berkata demikian pada sidang media memperkenalkan gandingan pengacara, pengetua, barisan tenaga pengajar dan peserta program tersebut di Hotel Istana di sini, petang Rabu.
Jelas Rostam, dalam program ini para peserta akan didedahkan dengan cara untuk menguasai pentas terutamanya menangani perasaan gugup ketika berhadapan dengan penonton.
"Mereka juga akan diajar cara untuk berinteraksi dengan pasangan masing-masing kerana keserasian amat penting untuk membentuk gandingan yang mantap," katanya.
Menerusi rancangan ini, seramai 29 peserta lelaki dan empat wanita terpilih daripada sesi uji bakat yang diadakan di lima lokasi di seluruh negara.
Rostam berkata, mereka yang terpilih turut didedahkan dengan sketsa komedi, penulisan sketsa komedi, asas dan struktur komedi serta tip untuk melakukan sketsa menerusi bengkel Komedi Warna yang diadakan sebelum ini.
"Kesemua peserta akan diberikan tugasan tertentu secara individu mahupun berkumpulan selama 10 minggu berlandaskan format komedi yang ada kelas," katanya.
Hafsham (kanan) selagi pengetua merasmikan 'Skool of Lawak'.
Dari segi pemarkahan, Rostam berkata para peserta akan dinilai berdasarkan cara persembahan dan nilai komedi pada setiap minggu.
"Berbeza dengan cara pemarkahan Raja Lawak iaitu melibatkan 100 peratus undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), program ini membabitkan 70 peratus markah juri dan 30 peratus lagi menerusi SMS," katanya.
Lebih menarik, program kali ini turut menampilkan gandingan baharu dua pelawak terhebat iaitu Johan dan Jepp (Sepahtu) yang lahir menerusi program Raja Lawak Astro selaku pengacara peperiksaan mingguan manakala Yus (SYJ) sebagai pengacara jurnal harian.
Sementara itu, pengarah filem Othman Hafsham, 75, bertindak selaku pengetua program ini manakala pelakon terkenal, Fauziah Nawi, pelawak Sabri Yunus dan komposer Khir Rahman dilantik sebagai tenaga pengajar.
Selain Astro Warna (Saluran 132) rancangan ini boleh juga ditonton menerusi Mustika HD (Saluran 134) bermula pukul 10 malam. (mStar Online)

Read more...

Jumaat, 31 Januari 2014

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU KE 12

KUMPULAN SEPAHTU

LAYAN VIDEO MINGGU KE 11 INI..


Read more...

Ahad, 26 Januari 2014

LIVE STREAMING ANUGERAH JUARA LAGU 2013 TV3 KE 28


SAKSIKAN DI ( LIVE STREAMING

Senarai Finalis

  • SALAMMUSIK
  • BLACK
  • NOH SALLEH & AIZAT AMDAN
  • HYPER ACT
  • STACY
  • HAFIZ
  • HAZAMA & THE PENGLIPURLARA
  • JACLYN VICTOR
  • NAJWA LATIF FT. SLEEQ & SYAMKAMARUL
  • AZLAN & TYPEWRITER
  • ALYAH
  • ALTIMET FT. AWI RAFAEL

  • Sumber anugerahjuaralagu.com

    Antara artis yang terlibat dalam Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL28)

    Kemas kini .. 


    Read more...

    Catatan Popular

    Ikut rapat rapat

    Google+ Followers

    MENARIK PERHATIAN

    Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

    Sekian Terima kaSih
    original design by : relevan
    modified by : relevan

      © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

    Back to TOP