LIVE STREAMING SKOOL OF LAWAK 2014 KELAS MINGGU KE2 ASTRO WARNA
Tweet
Kita tunggu dan Saksikan untuk Kelas Minggu kedua..
"Komedi ada kelas" itulah yang dapat digambarkan pada Ujian pertama Skool Of Lawak yang telah diadakan di Studio 1 Astro Bukit Jalil malam tadi. Ternyata dengan slogan tersebut dapat memartabatkan komedi tanah air dan nampaknya semakin rancak dengan kehadiran para peserta yang hebat dan peserta yang terpilih ternyata bukan dari calang-calang orang kerana mampu memberi input terbaru dalam dunia komedi tanah air.
Minggu pertama Skool Of Lawak, sebanyak 11 kumpulan atau dipanggil kelas yang bertanding iaitu Seroja, Melur, Jasmin, Dahlia, Kemboja, Kenanga, Mawar, Cempaka, Kekwa, Orkid dan Melati, membawakan tema bebas dan dipilih sendiri oleh peserta untuk dibentangkan dalam ujian tersebut. Boleh dikatakan hampir kesemua peserta menunjukkan bakat yang luar biasa pada minggu pertama ini dan ini menunjukkan komedi yang ditampilkan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Hampir di luar jangkaan bahawa peserta dapat membawakan sketsa dengan baik sekali.
Panel penilai selaku juri yang terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Mamat Khalid dan Prof Madya A Razak Mohaideen turut membantu memberi komen-komen yang positif sekaligus ianya dapat membantu peserta mematangkan lagi sketsa mereka pada minggu hadapan.
3 kumpulan yang mendapat undian terendah iaitu Kemboja, Mawar dan Cempaka berjaya diselamatkan kerana pada minggu pertama ini tiada penyingkiran dibuat. Sedikit sebanyak memberi peluang pada peserta menunjukkan lagi bakat luar biasa yang terpendam dan diolah menjadi satu output menarik selaras dengan komedi di Malaysia.
Ujian Skool Of Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Warna dan Astro Mustika HD juga boleh ditonton secara online melalui Astro On The Go.
( LINK )
Untuk kelas Minggu pertama dalam Skool of Lawak masih belum ada yang betul betul menyengat..

Berikut adalah peratusan undian SMS dan juri untuk 11 kumpulan selepas talian undian ditutup.
Sumber astro Gempak Skool of Lawak
( LINK )
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan