GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Oktober 2014

MARIAH CAREY TAYANG PUNGGUNG DI MALAYSIA ?

Mariah Carey

DIVA Pop antarabangsa, Mariah Carey tayang punggung ketika beraksi dalam konsert 'The Elusive Chanteuse Show" Tour in Malaysia 2014'? Biar betul!?

Bintang barat itu dikatakan menarik perhatian penonton membuat beberapa ‘pose’ atau aksi nakal yang mendedahkan punggungnya kepada peminat.


VIDEO

Dengan hanya mengenakan jaket hitam pendek paras punggung, aksi-aksinya dikatakan menggamatkan lagi kehangatan konsert yang berlangsung di Dataran Merdeka malam semalam.

Setiap kali bintang ini membuat aksi tersebut, stadium dikatakan gegak gempita dengan sorakan peminatnya.

Konsert Carey dilapor bermula pada jam 9.15 malam semalam.

Bagi membuka tirai persembahan, Carey memilih untuk mendendangkan singlenya yang bertajuk ‘'Fantasy', 'Touch My Body' dan 'Shake It Off'.

Namun kehangatan konsert terhenti dan bertukar suasana panik akibat kebakaran kecil di pentas stadium.

Menurut sumber, kebakaran tersebut terjadi ekoran percikan bunga api yang menyambar bahagian bawah tirai yang melatari pentas.

Kebakaran tersebut disedari oleh kru dan segera dipadamkan sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.

Menurut laporan, insiden tersebut berlaku sebaik Mariah Carey menamatkan alunan single ‘Hero’.

"Oh, ada kebakaran rupanya di situ? (sambil menunjukkan ke arah tirai yang terbakar itu)".

"Ini berereti konsert saya pada malam ini bukan saja diterangi cahaya gemerlapan (spotlight, percikan bunga api), hujan tapi... juga ada kebakaran. Tak mengapa..., apa pun yang berlaku persembahan harus diteruskan juga", katanya dengan tenang.


SH



 

Read more...

Jumaat, 24 Oktober 2014

Julia Perez (Jupe) sibuk pilih sperma

Jupe
Penyanyi dangdut Julia Perez berkata sebelum dia memulakan proses mendapatkan zuriat melalui tabung uji, sperma yang didermakan itu mesti memiliki kualiti tinggi.

Dia yang lebih dikenali sebagai Jupe, 34, berkata kualiti yang baik penting untuk memastikan anak yang bakal dikandungnya sihat.

Bekas kekasih pemain bola sepak Gaston Castano itu juga mengakui amat teliti dalam memilih ciri-ciri yang dapat memastikan bakal pasangannya itu tidak mengecewakan.

“Saya mahu suami yang spermanya bagus supaya boleh terus mendapat anak.

“Sudah pasti jika mahu berkahwin dia perlu menjalani ujian kesihatan terlebih dulu,” katanya.

Jupe baru-baru ini mencetuskan polemik apabila mendedahkan mahu menjalani rawatan kesuburan bagi mendapat anak.

Selain Singapura, dia juga merancang pergi ke Pulau Pinang bagi merealisasikan impiannya.

Hasrat itu ditentang banyak pihak termasuk Majlis Ulama Indonesia kerana kehamilan Jupe berlaku tanpa pernikahan.

Namun Jupe kemudian mengakui bercadang berkahwin dengan lelaki penderma sperma itu nanti.

Kata Jupe, dia tidak mahu calon suaminya dalam kalangan lelaki yang gemar menghabiskan masa di kelab malam atau disko.

“Juga suami saya tidak boleh merokok,” katanya, semalam.

Sehingga kini, sudah ada tiga orang mendermakan sperma untuk Jupe.

“Tapi bukan mudah untuk membuat pilihan.

“Ketika ini saya sering berjumpa dan berhubung dengan tiga penderma berkenaan untuk memastikan keserasian jika tiba masanya untuk bernikah,” katanya.

 - Agensi

Read more...

Khamis, 23 Oktober 2014

Google padam gambar TANPA PAKAIAN SELEBRITI

Antara selebriti yang dipadam gambar bogel mereka.

Isu skandal ‘Celebgate’ atau penyebaran gambar bogel selebriti di internet menyebabkan laman carian Google memadam puluhan ribu gambar tersebut, selepas diancam dikenakan tuntutan mahkamah, lapor sebuah laman web, ZDNet.

Gambar HOT !
Dalam kenyataannya kepada laman web berkenaan, Google telah memadam puluhan ribu gambar selebriti serta menutup beratus-ratus akaun berkaitan skandal tersebut.

Bulan lalu, cache foto peribadi milik beberapa selebriti termasuk Jennifer Lawrence, Mari Elizabeth Winstead dan model baju renang Sports Illustrated, Kate Upton dicuri dan dimuatnaik di laman web popular seperti 4chan dan Reddit.

Peguam industri hiburan, Martin Singer memberitahu, Google mendapat keuntungan berjuta-juta dengan melakukan penindasan terhadap golongan wanita dan boleh dikenakan tindakan untuk ganti rugi lebih daripada 100 juta dolar.

 Singer turut menghantar beberapa notis pelanggaran Akta Hak Cipta Milenium kepada Google, agar penyedia perkhidmatan internet tersebut memadam bahan-bahan tersebut.


SH

Read more...

Ahad, 5 Oktober 2014

Pelakon Ben Affleck pertahan Islam, bidas sifat perkauman

Affleck yang jelas kelihatan hilang sabar dan marah terhadap Harris pantas menangkis tanggapan itu - Foto YouTube


Semuanya bermula dengan jemputan keatas pelakon Hollywood Ben Affleck untuk mempromosikan filem terbarunyaGone Girlyang bertukar menjadi perbahasan hangat mengenai Islam.

Ia gara-gara kenyataan seorang tetamu rancangan yang dihoskan oleh Bill Maher, Sam Harris yang tiba-tiba mengkritik Islam dengan merujuk kepada cara Islam melayan kaum wanita, golongan homoseksual dan mereka yang tiada agama yang beliau sifatkan telah sebagai tidak dapat diterima akal.

Affleck yang jelas kelihatan hilang sabar dan marah terhadap Harris yang juga seorang penulis pantas menangkis tanggapan itu.

"(Pandangan) anda menjijikan, ia (bersifat) perkauman,

“Ia seperti berkata, ‘Oh, anda seorang Yahudi penipu,’” kata pelakon itu lagi.

Reaksi Affleck itu dibalas dengan dengan beberapa lagi ungkapan menghina Islam oleh Harris dan ditambah lagi dengan kenyataan 'nasi tambah' pengacara rancangan Bill Maher yang cuba menyamakan Islam dengan kumpulan samseng Mafia sambil disulami dengan perkataan-perkataan mencarut.

Mungkin tidak tahan dengan sikap angkuh kedua-dua mereka, Affleck melontar persoalan “Apa penyelesaiannya? Hanya salahkan (agama) Islam?” soal Affleck.

“Kita membunuh lebih ramai orang Islam daripada mereka (umat Islam) membunuh kita, dengan jumlah yang cukup banyak. Kita telah menceroboh lebih banyak negara Islam daripada mereka menceroboh kita, cukup banyak. Tetapi kita masih dikecualikan daripada perkara ini kerana mereka tidak menggambarkan apa yang kita percaya. (Dengan nada sinis) Kita lakukan secara tidak sengaja, kerana itu kita menceroboh Iraq.”

Dua lagi anggota panel rancangan itu dari anggota Parti Republikan Michael Steele dan wartawan Nicholas Kristof pada sepanjang masa tidak campur tangan.

Namun Kristof ada ketikanya menyokong Affleck dengan mempersoalkan pandangan Harris yang beliau sifatkan sebagai tidak sepatutnya.

Astro Awani


Read more...

Ahad, 17 Ogos 2014

HANEZ SURAYA TAYANG PUSAT ?

Hanez Suraya tunjuk pusat?

BARU sahaja sepi dari kontroversi nampaknya aktres putik melepak ini kembali menjadi tumpuan peminat seni.

Apa tidaknya, tiba-tiba sahaja terpampang di sebuah blog gambarnya sedang bercuti di Singapura dengan berpakaian mendedahkan pusat.

Gambar tersebut tersebar setelah seorang peminat mengirim gambar tersebut untuk sebuah blog.

Mungkin Hanez Suraya tidak perasan gambar tersebut dimuat naik oleh rakan yang sedang bercuti bersamanya.

Namun yang pasti gambar berkenaan tidak terdapat di Instagram Hanez sendiri kecuali beberapa keping gambar lain yang tidak menonjolkan bahagian depan badannya itu.

Agaknya bagaimana reaksi pelakon Love You Mr Arrogant ini apabila mendapat tahu mengenai perkara ini.

Semoga dia tabah menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang di kala usia menginjak ke angka 30-an.

SH

Read more...

Sabtu, 28 Jun 2014

Pelakon Seksi Scarlett Johansson miliki bentuk hidung paling sempurna

DARI kiri, Jessica Biel, Kate Middleton, Kate Beckinsale dan Scarlett Johansson antara wanita yang memiliki hidung paling sempurna berdasarkan satu kajian dilakukan pakar daripada Universiti New York.- Agensi

LOS ANGELES - Pelakon seksi Scarlett Johansson dinobatkan memiliki hidung paling sempurna menerusi satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pakar pembedahan plastik daripada Universiti New York.

Mereka berpendapat kedudukan hidung bintang filem Captain America: The Winter Soldier itu sangat ideal selain sepadan dengan bentuk mukanya.
Kajian yang diketuai oleh Doktor Omar Ahmed itu dilakukan ke atas 4,000 orang peserta lelaki dan perempuan daripada golongan kulit putih serta berusia antara 18 hingga 25 tahun.
Mereka melakukan perbandingan kedudukan hidung bermula dari bahagian atas bibir hingga ke hujung tulang hidung dengan unjuran 96, 101, 106, 111 dan 116 darjah pada muka mereka.
Beberapa nama besar seperti pelakon filem The Devil and the Deep Blue Sea, Jessica Biel yang memiliki kedudukan hidung dengan ukuran 106 darjah berkongsi tempat dengan pelakon jelita, Eliza Graves yang dianggap sangat sesuai.
Isteri kepada Putera William, Kate Middleton turut tersenarai dalam golongan individu yang memiliki hidung yang menawan dengan kedudukan 103 darjah.
Kajian tersebut turut mengatakan kedudukan hidung yang sempurna berada antara unjuran 104 darjah hingga 108 darjah kerana dilihat sempurna selain memiliki ciri-ciri klasik.
Walaupun hidung Johansson itu dianggap paling sempurna, kebanyakan individu yang ingin melakukan pembedahan plastik didapati akan memilih untuk kelihatan seperti bintang realiti televisyen, Kim Kardashian. 
- Agensi(KOSMO!)


Read more...

Rabu, 11 Jun 2014

ABBY ABADI SAH DICERAI TALAK SATU

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon Abby Abadi sah bercerai talak satu dengan Muhammad Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada Rabu.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin yang mendengar kes pasangan tersebut memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu selaku defendan adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.
Mahkamah juga berpuas hati dengan keterangan kedua-dua belah pihak berhubung kes berkenaan.
Terdahulu, Farhan memberitahu mahkamah dia memang berniat untuk menceraikan isterinya selalu plaintif dalam kes berkenaan dan sedar dengan tindakannya ketika menghantar SMS berkenaan.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, pada sebutan pertama pada 29 Mei lalu memberitahu mahkamah Farhan membuat lafaz tersebut pada pukul 10.25 pagi selepas mereka bertengkar pada malam sebelumnya.
Bagaimanapun kes tersebut ditangguhkan selepas Abby mendedahkan kepada mahkamah Farhan pernah memaklumkan kepada seorang teman pada Januari lalu menerusi SMS bahawa dia sudah "tiada apa-apa lagi" dengan Abby.
Shaiful Azli yang turut mendengar kes berkenaan dalam mahkamah sama selepas memerintahkan pasangan berkenaan memfailkan kes berkenaan memutuskan lafaz kali pertama itu tidak sah mengikut rukun dan hukum syarak.
Sementara itu, Abby ketika ditemui berkata, dia redha dan menganggap penceraian itu sebagai ujian daripada Allah.
Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.
Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
mStar Online

Read more...

Jumaat, 6 Jun 2014

APA ISTIMEWA ? HAMPIR 3 JUTA TONTON VIDEO LELAKI TANPA BAJU INI


Imej Teayang dalam video muzik terbaharunya.

SALAH seorang anggota kumpulan Bigbang iaitu Teayang muncul dengan video muzik terbahru berjudul Eyes, Nose, Lips yang memperlihatkan imej seksi penyanyi itu.

Video muzik yang dikeluarkan pada 3 Jun lalu itu menampilkan lagu daripada album terbaharunya berjudul Rise.Ia menyaksikan penyanyi itu muncul tanpa memakai baju bersama wajah penuh emosi sambil menampakkan gambar wanita yang menjadi latar belakangnya.

M Wave melaporkan, video muzik itu juga menampakkan sudut matahari terbit dan juga terbenam.

Sehingga Rabu, video muzik itu sudah ditonton hampir dua juta orang di YouTube.


Read more...

Khamis, 29 Mei 2014

ABBY ABADI FAILKAN CERAI HARI INI

Rumah tangga Abby dan suami mungkin tidak dapat diselamatkan lagi
Kuala Lumpur: Spekulasi pergolakan rumah tangga Abby Abadi terungkai apabila pelakon itu mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, yang dihubungi berkata, bagaimanapun dia tidak dapat mengulas lanjut dan berharap agar proses itu berjalan dengan lancar.
“Maafkan saya. Esok (hari ini) insya-Allah ya,” katanya secara ringkas menerusi mesej WhatsApp di sini, petang semalam.
Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan.
Difahamkan, Abby sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu lalu.
Sumber turut mendakwa lafaz cerai antara mereka sudah berlaku menerusi mesej SMS, baru-baru ini dan perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang sudah disebut itu.
Terdahulu, konflik dalaman perkahwinan Abby dengan Farhan, 24, mula diperkatakan berikutan status Instagram miliknya pada 17 Mei lalu yang meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.
Menerusi laporan Harian Metro pada 23 Mei lalu, Abby tidak mahu mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kesahihan masalah itu.
Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan sehingga tiba waktu yang sesuai untuk mendedahkan perkara itu.
Sebelum berkahwin dengan Farhan, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga anak.
Sumber 

Read more...

Rabu, 21 Mei 2014

Angin tiup gaun aktres Hollywood hingga terselak


CHASTAIN menghalang gaunnya daripada tersingkap semasa anginkencang pada Festival Filem Antarabangsa Cannes kali ke-67 di Cannes, Perancis kelmarin.


CANNES, Perancis - Tiupan angin membantu menyerlahkan kejelitaan seorang aktres terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Jessica Chastain di sini pada malam kelmarin, lapor portal berita MailOnline semalam.
Kejelitaan Chastain, 37, yang dilahirkan di Sacramento, California, AS itu terserlah ketika dia cuba menghalang angin kuat daripada menyebabkan gaun yang dipakainya tersingkap.
Ketika kejadian, dia yang memakai gaun labuh rekaan pereka fesyen dari Beirut, Elie Saab berada di atas karpet merah dan beraksi di depan sekumpulan jurugambar yang merakamkan gambarnya ketika mahu menyaksikan tayangan perdana filem Foxcatcher.
Filem itu disenaraikan untuk merebut anugerah tertinggi, Palme d'Or dan ia mengisahkan tentang pemenang pingat emas Sukan Olimpik di Los Angeles pada tahun 1984, Mark Schultz.
Chastain yang memakai gaun berwarna biru itu menyaksikan fitem tersebut pada Festival Filem Antarabangsa Cannes kali ke-67.
Dia juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan filem The Disappearance Of Eleanor Rigby pada festival tersebut. 
- Agensi(KOSMO!)

Read more...

Jumaat, 2 Mei 2014

Hukuman lebih berat untuk pemain dram Scorpions yang menghina Islam

KOTTAK (kiri) bersama anggota Scorpions yang lain.
Dubai: Pendakwa raya di sini semalam menimbang untuk merayu hukuman sebulan penjara yang dikenakan ke atas pemain dram kumpulan Scorpions, James Kottak.
Ahli kumpulan muzik heavy metal dari Jerman itu didapati bersalah menghina Muslim dan membuat isyarat lucah di khalayak ramai ketika mabuk.
Pihak pendakwa mahu tempoh hukuman dipanjangkan.
Pendakwa raya menimbang merayu hukuman itu kerana kesalahan yang dilakukan Kottak dianggap serius, kata ketua pendakwa.
Kelmarin, mahkamah memenjarakan Kottak, 51, selama sebulan atas kesalahan menghina sekumpulan lelaki Islam warga Pakistan dan Afghanistan serta melondehkan seluarnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 3 April lalu.
Kotakk didenda sebanyak Dh2,000 (RM1, 780) kerana meminum arak dan akan diusir dari negara itu sebaik saja selesai menjalani hukuman.
“Pendakwa akan meminta Mahkamah Rayuan untuk menjatuhkan hukuman setimpal atas kesalahannya.
Dia menghina agama di hadapan khalayak ramai dan boleh dikenakan hukuman minimum setahun penjara atau denda atau kedua-dua sekali.” Jika Kottak tidak merayu, dia mungkin akan meninggalkan negara UAE itu dalam sehari dua kerana telah menjalani hukuman penjara selama sebulan sejak ditangkap 3 April lalu.
Sumber

Read more...

Jumaat, 25 April 2014

Hubungan Sejenis,Jodie Foster kahwini teman wanita

Jodie Foster dan teman wanita
Los Angeles: Aktres handalan Hollywood Jodie Foster semalam dilaporkan mengahwini teman wanitanya Alexandra Hadison dalam majlis tertutup, hujung minggu lalu.
Jodie menjalin hubungan cinta sejenis dengan Alexandra selepas jurugambar terbabit memutuskan hubungan romantik dengan seorang selebriti wanita lain, Ellen DeGeneres. 
Hubungan cinta Alexandra Jodie bermula sejak musim panas lalu. 

Jurucakap Jodie mengesahkan berita itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai majlis diadakan.
Sebelum ini khabar angin tersebar kuat mengatakan Jodie dan Alexandra bertunang selepas mereka dilihat memakai cincin sedondon Mac lalu.
Jodie, 51, sebelum ini bercinta dengan penerbit filem Cydney Bernard sebelum memutuskan hubungan itu pada 2008.
 - Agensi

Read more...

Isnin, 14 April 2014

Patung BARBIE manusia Valeria Lukyanova tunjukan wajah sebenar tanpa mekap

Patung Barbie manusia Valeria Lukyanova akhirnya menunjukkan wajah sebenarnya di sebalik lapisan mekap yang dipakainya selama ini melalui beberapa ‘selfie’ yang dimuat naik di Facebook, baru-baru ini.
Model Ukraine berusia 28 tahun itu yang bangga dengan wajah dan bentuk badan seakan anak patung popular berkenaan berkongsi beberapa gambar di akaun Facebook miliknya menunjukkannya wajahnya dengan hanya bermekap nipis.
Dia juga dilihat tidak menggunakan kanta lekap yang membuatkan anak matanya nampak besar seperti dimiliki patung.
Walaupun tidak 100 peratus ‘asli’ dalam gambarnya, ia tetap jauh berbeza daripada perwatakan yang sering ditonjolkannya sebelum ini.
Dalam satu gambar berkenaan, Valeria menunjukkan gambar ‘selfie’ yang diambil berlatarbelakangkan bilik air dan walaupun tetap menggunakan mekap, wajahnya tidaklah seperti anak patung.
Namun, bentuk badannya yang terlalu kurus sehingga menampakkan tulang rusuk mungkin sesuatu yang membimbangkan.
Malah, Februari lalu Valeria membuat kenyataan mengejutkan bahawa dia kini mengamalkan ‘Breatharianism’ - kononnya amalan yang melatih dirinya sehingga tidak memerlukan makanan sebaliknya hanya hidup menyerap udara dan cahaya.
‘Selfie’ lain turut menunjukkan bentuk badannya yang terlalu kurus.
Valeria juga menyertakan pautan untuk sesi senaman bintang Instagram Jennifer Selter yang terkenal dengan bentuk badannya yang cantik serta minatnya terhadap senaman.
Valeria memang tidak asing dengan kontroversi, malah baru-baru ini mendakwa pembedahan kosmetik semakin banyak dilakukan kerana perkahwinan campur mengakibatkan manusia menjadi semakin hodoh.
“Pada 1950-an dan 1960-an kita dapat lihat begitu banyak wanita cantik berbanding sekarang.
Semuanya tidak memerlukan pembedahan plastik ketika itu.
“Namun, kini paras rupa manusia semakin buruk kerana perkahwinan campur berlaku.

“Orang Russia berkahwin dengan orang Armenia dan mungkin anaknya comel, namun mukanya bercampur-campur - muka Armenia dengan hidung Russia.
“Jadi terpaksalah si anak melakukan pembedahan plastik satu hari nanti untuk mengecilkan hidungnya supaya sesuai dengan wajahnya,” katanya ketika ditemu bual majalah.
Kenyataannya menimbulkan kemarahan pembaca, namun Valeria tidak langsung mempedulikan reaksi terhadap pendiriannya itu.
- Agensi

Read more...

Sabtu, 12 April 2014

INUL DARATISTA TIDAK LAGI GOYANG GERUDI


Aksi Inul ketika membuat persembahan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2011.

JAKARTA: Penyanyi dangdut Inul Daratista membuat keputusan untuk mengurangkan tarian goyangnya selepas mendapati imej berkenaan tidak lagi bersesuaian dalam era muzik kini.
"Inul berkata, irama dangdut ketika ini perlu tampil berbeza dan memadai jika goyangan itu hanya dilakukan secara asas.

"Cara goyangan ketika ini sudah berbeza. Dulu boleh lakukan 30 persen goyangan tetapi sekarang ini sedikit pun tak apa. Muzik dangdut ketika ini bukanlah menumpukan kepada goyangan semata-mata,” katanya seperti dilaporkan portal Inilah.com.

Inul 
Inul sebelum ini pernah dikenali kerana goyangan tarian dangdutnya yang luar biasa sehingga dipanggil goyang gerudi dan popular dengan lagu Goyang Inul.

Bagaimanapun Inul berkata, dia masih mampu untuk menari seperti dahulu tetapi membuat keputusan mengurangkan imej berkenaan bergantung pada majlis yang dihadirinya.LINK ( Video Goyang Inul )
mStar Online

Read more...

Rabu, 9 April 2014

AGNES MONICA NAFI TAYANG PAYUDARA

AGNES enggan melayan dakwaan yang dikaitkan padanya.
Jakarta: Agnes Monica semalam tampil mempertahankan dirinya di tengah-tengah kontroversi mendakwa pakaiannya terlondeh ketika menjalani penggambaran video muzik dengan penyanyi AS sehingga menampakkan buah dadanya.
Dalam kenyataan ringkas kepada media semalam, Agnes berkata, dakwaan itu ternyata tidak benar. 
“Justeru, saya enggan mengulas lanjut mengenainya,” katanya. selepas ada pihak mendakwa pakaiannya terlondeh dalam klip video muzik Coke Bottle yang turut menampilkan penyanyi Timbaland.
Agnes bagaimanapun menafikan hal itu ketika ditanyakan mengenainya.
Agnes juga dilihat tidak mengendahkan dakwaan itu kerana menurutnya ia terpulang kepada pertimbangan umum. 

“Jika orang melihatnya dari sudut negatif, apapun yang dilakukan pasti akan kelihatan negatif,” katanya. 

Klip video muzik yang dimuat naik pada 1 April itu menarik perhatian ramai bukan saja kerana insiden itu malah ramai yang mempertikaikan cara Agnes berpakaian yang mencolok mata dan mengenakan seluar mirip lampin. 
- Agensi

Read more...

Jumaat, 4 April 2014

Rozita Che Wan Rugi Hampir Setengah Juta, Mahu Saman Pengusaha Produk

Rozita (kanan) bersama peguamnya Ahmad Fuad Hasim menunjukkan notis amaran yang akan diberikan kepada individu yang mempromosikan produk menggunakan namanya tanpa kebenaran. Foto: LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan (Cik Ta) terpaksa menanggung kerugian hampir setengah juta ringgit gara-gara dua pihak telah menggunakan nama dan gambarnya bagi mempromosikan produk kecantikan dan kesuburan tanpa kebenaran.

Rozita atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar@Che Wan, 40, berkata, akibat kejadian itu, dia mengalami kerugian kerana kehilangan kontrak bagi tawaran untuk menjadi duta beberapa produk gara-gara namanya dikaitkan dengan produk berkenaan di laman sosial Instagram dan Facebook.

"Saya mendapat tahu ada pihak menggunakan nama dan gambar saya yang disampaikan oleh wakil sebuah syarikat yang ingin mengambil saya menjadi duta produk mereka.

"Bagaimanapun syarikat tersebut enggan menjalinkan kerjasama dengan saya jika saya dikaitkan dengan produk berkenaan," katanya kepada mStar Online.
Rozita ditemui pada sidang media tergempar berhubung perkara itu yang diadakan di Amp Walk di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Rozita berkata peguamnya, Ahmad Fuad Hasim akan menghantar notis tuntutan kepada syarikat berkenaan agar tidak menggunakan namanya termasuklah menurunkan iklan mereka dalam masa terdekat.

Jelas Rozita, pihaknya akan memberi tempoh selama 14 hari untuk pihak berkenaan berbuat demikian sebelum mengambil tindakan saman di mahkamah.

”Kalau boleh saya tidak mahu membawa kes ini ke mahkamah dan sebab itu saya memberikan mereka notis untuk memadam semua iklan yang dimuat naik di laman sosial mereka.

"Sekiranya mereka tetap berdegil baharulah tindakan susulan akan diambil," katanya.

Sementara itu, Rozita memberitahu, dia mengetahui ada pihak menggunakan gambarnya sebagai promosi produk tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Rozita turut menegaskan dia tidak pernah terlibat atau mewakili mana-mana produk kecantikan kecuali Safi Rania Gold dan Longevite.

"Penjelasan ini diharap dapat memberi peringatan kepada pengusaha produk-produk yang lain supaya kes seumpama ini tidak di pandang ringan," ujarnya.

Sumber mStar Online


Read more...

Selasa, 11 Mac 2014

FILEM NOAH DIHARAMKAN

BABAK-babak dalam filem Noah.
Kaherah: Universiti Al-Azhar mengeluarkan fatwa mengharamkan tayangan filem epik Hollywood yang mengisahkan kehidupan Nabi Nuh (AS) dengan alasan ia bercanggah dengan ajaran Islam.
“Islam melarang segala bentuk penggambaran fizikal rasul, nabi, rasul dan sahabat Rasulullah (SAW),” menurut kenyataan yang dikeluarkan universiti itu.
Fatwa itu juga menyebut, filem sedemikian menyentuh sensitiviti umat Islam dan melanggar ajaran Islam.
Filem lakonan Russel Crowe yang memegang watak Nabi Nuh (AS) itu menelan belanja sebanyak £75 juta (RM 412 juta), turut diharamkan oleh tiga negara Arab.
Filem kontroversi itu tidak akan ditayangkan di Qatar, Bahrain atau Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara lain dijangka turut mengharamkannya.
“Lembaga penapisan filem Qatar, Bahrain dan UAE mengesahkan pengharaman tayangan filem “Noah” di negara mereka melalui pengumuman rasmi yang dibuat minggu ini,” kata jurucakap Paramount Picture.

“Kenyataan rasmi mengenai pengharaman itu dibuat kerana filem berkenaan bertentangan dengan Islam. Kami menjangka tindakan serupa akan akan dilakukan oleh pihak berkuasa Mesir, Jordan dan Kuwait,” katanya.

Filem yang turut dibintangi oleh Anthony Hopkins dan Emma Watson bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 28 Mac.

Islam melarang bentuk fizikal nabi dan rasul digambarkan secara jelas.

Tindakan menggambarkan Nabi Muhammad (SAW) secara fizikal di Eropah dan Amerika Utara sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan dan tunjuk perasaan di negara Islam.

Ia turut meningkatkan ketegangan antara negara barat dan dunia Islam.

Surah Nuh di dalam al-Quran menceritakan mengenai kisah Nabi Nuh membina bahtera bagi menyelamatkan umatnya dan beberapa haiwan daripada banjir besar namun ahli keluarga Nabi Nuh (AS) yang enggan mengikuti ajarannya mati.

Kisah Nabi Nuh (AS) juga diceritakan di dalam Injil.
- AFP

Read more...

Isnin, 10 Mac 2014

HANEZ SURAYA NEKAD BUAT LAPORAN POLIS KEPADA AKAUN FACEBOOK (FP) KAMI SOKONG LIYANA MANAN

Rentetan daripada kisah kontroversi pelakon, Hanez Suraya, 29, bercinta dengan Romie Razin Adilha, 34, yang masih bergelar suami orang, sebuah akaun Facebook (FB) diberi nama Kami Sokong Liyana Manan diwujudkan sejak beberapa hari lalu.

Akaun yang kian mendapat perhatian ramai itu bukan sekadar menjadi medan perdebatan mereka yang menyokong isteri Romie, Nur Liyana Abdul Manan, 29, malah ia turut memaparkan foto percutian Hanez bersama kekasihnya dan rakan di Bangkok, serta beberapa lagi gambar pasangan berkenaan. 


Memang menyedari kewujudan laman sosial terbabit, pelakoan yang dikenali menerusi watak jahat dalam drama Love You Mr Arrogant itu bagaimanapun enggan menyesakkan mindanya.

BH



Read more...

Sabtu, 8 Mac 2014

27 Gambar Majlis Perkahwinan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana


Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof telah selamat bergelar suami kepada pasangannya iaitu Puteri Sarah Liyana beberapa jam yang lepas.
Tidak dapat dinafikan lagi, pasangan raja sehari ini kelihatan sama cantik sama padan ini telah selamat diijabkabulkan pada satu majlis pernikahan yang bertempat di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara.
Majlis serba meriah itu menyaksikan kedua-dua mempelai memakai pakaian bertemakan warna putih dan diserikan lagi dengan kehadiran keluarga dan teman rapat.
Katak Comel mengucapkan jutaan tahniah kepada Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dan turut mendoakan kebahagiaan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.
Sumber: katakcomel.my Gambar:  ohbulan



















Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP