GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 27 Januari 2011

Silap beli rokok, empat beradik kena terajang

Mangsa dera dihalau bapa

PERMAISURI: Hanya kerana si kakak tersilap membeli rokok bapanya, empat beradik menjadi mangsa terajang lelaki tidak bertanggungjawab itu, sebelum dihalau dari rumah dan bermalam dalam hujan lebat di hutan berhampiran Guntung di sini, semalam.

Empat beradik berkenaan termasuk tiga perempuan berusia 8, 10 dan 14 tahun dan seorang adik lelaki berusia tujuh tahun dipercayai menjadi mangsa dera bapa sendiri termasuk beberapa kes sebelum ini, sebelum dihalau dari rumah kira-kira jam 1 pagi akibat kesilapan kecil itu.

Lebih menyedihkan, sifat kejam bapa kanak-kanak terbabit bukan kali pertama berlaku kepada mereka, malah sudah beberapa kali diterajang, disepak dan dihentak dengan hulu parang dan dicucuh dengan puntung rokok.

Kesan kecederaan itu dikenal pasti apabila mereka dibawa polis ke Hospital Setiu untuk rawatan semalam, selepas mereka ditemui orang awam dalam keadaan menyedihkan dan kesejukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi memberitahu satu laporan polis diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan semua kanak-kanak berkenaan kini ditempatkan di Hospital Setiu.

Katanya, laporan dibuat orang ramai yang terserempak dengan kumpulan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya, sebelum mereka menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

"Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dimaklumkan dan membawa mangsa ke hospital untuk rawatan, sebelum mereka didapati cedera akibat didera,” katanya.

Sementara itu kira-kira jam 7.30 malam tadi, polis menahan seorang lelaki berusia 58 tahun, iaitu bapa kepada kanak-kanak berkenaan dan perintah reman terhadapnya akan dipohon bagi membantu siasatan..

* Sumber Berita Harian Online

*** Ini seorang contoh bapa yang sungguh raban hidupnya..


7 Merujuk kepada perkara diatas :

terokai seni 27 Januari 2011 pada 1:55 PTG  

moralnya, berenti le merokok kang anak bini makan sepak terajang je

::ThisIsNotMe:: 27 Januari 2011 pada 3:11 PTG  

ohohoho... x de otak ke org macam tu

Zura Tahir 27 Januari 2011 pada 3:14 PTG  

ini bkn kes yg anak sulong dia xbg duit tue ke...??mcm sama je kes nye..

Aku Anak Pahang 27 Januari 2011 pada 4:06 PTG  

naya sian kebudok.. hantu betul bapok gitu :(

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP