GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Memaparkan catatan dengan label Teman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teman. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Oktober 2014

Tindakan rawatan kecemasan kepada wanita mangsa kemalangan akhirnya dituduh penipu dan mencabul

imej Carian

Tindakan seorang lelaki cuba memberikan rawatan kecemasan kepada wanita mangsa kemalangan menyebabkan dia dituduh penipu dan kaki cabul, lapor media semalam.

Kata lelaki itu, dia disoal siasat polis dan digelar pembohong hanya kerana dia menggunting baju seorang wanita untuk membolehkan alat Automated External Defibrillator (AED) dipasang pada dada mangsa terbabit.

Katanya, dia terserempak dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini dan mendapati pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan serius.

"Bagaimanapun, seorang penumpang tidak sedarkan diri dan saya tidak dapat mengesan nadinya.

"Justeru, saya cuba memberikan bantuan pernafasan, manakala ada orang lain menghubungi ambulans," katanya.

Sementara menunggu bantuan sampai, seseorang pergi ke kedai membeli alat AED itu.

AED adalah peranti untuk menganalisis rentak jantung dan jika perlu, boleh menghasilkan kejutan elektrik untuk mengembalikan fungsi organ itu kepada tahap normal.

Kata lelaki terbabit, dia mengambil gunting dalam kotak AED itu dan mula memotong pakaian wanita berkenaan.

"Tiba-tiba pemandu kereta memarahi saya dan memanggil saya hentai (penipu) sebelum menghubungi polis mengadu saya seorang chikan (kaki cabul)," katanya.

Dia kemudian disoal siasat polis sebelum dibebaskan.

Wanita mangsa kemalangan itu pula dilaporkan selamat selepas dibawa ke hospital.

Walaupun ada pihak mahu memberikan sijil penghargaan kepada lelaki itu, dia berkata, ia bukanlah perkara penting dan tidak berniat menerimanya.

"Penggunaan AED hanya berkesan jika diletakkan bersentuhan dengan kulit. Saya rasa semua pihak perlu memahaminya," katanya.

- Agensi

Read more...

Jumaat, 17 Oktober 2014

Empat Wanita Berjemur Separuh Bogel Di Pantai Saujana PORT DICKSON

Tindakan empat wanita warga asing berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Port Dickson menggemparkan orang ramai.

PORT DICKSON: Tindakan empat wanita berjemur separuh bogel di Pantai Saujana di sini menggemparkan orang ramai.

Seorang saksi berkata, empat wanita tersebut yang hanya berbikini tidak mempedulikan orang ramai yang memerhatikan gelagat mereka.
Katanya, tiga daripada wanita itu dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an manakala seorang lagi dalam 40-an terlebih dahulu berenang di pantai itu.
Kira-kira pukul 3 petang pantai itu tidak dipenuhi ramai pengunjung.
"Namun, sebaik sahaja orang semakin ramai, keempat-empat wanita itu berhenti berenang dan kembali ke daratan.
"Mereka kemudiannya berbaring di atas pasir pantai dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling," katanya.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada keempat-empat wanita itu menginap di mana-mana hotel berdekatan pantai tersebut.

Saksi berkata, wanita itu tanpa segan silu terus berada di pantai tersebut tetapi kemudiannya berasa tidak selesa dengan tindakan orang ramai yang memerhatikan mereka.
"Mereka bangkit dan berlalu pergi. Tiada siapa tahu ke mana mereka pergi atau sama ada mereka meninggalkan kawasan itu," katanya.
Seorang lagi saksi mendakwa kesemua wanita tersebut menanggalkan bikini mereka sebaik sahaja selesai berenang dan kembali ke pantai.
"Orang ramai terkejut tetapi mereka tidak peduli sama sekali. Saya rasa mereka tidak tahu adalah menjadi satu kesalahan untuk berada di pantai dalam keadaan separuh bogel," katanya.
Seorang pegawai Majlis Perbandaran Port Dickson berkata mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.

"Kita akan hantar pegawai untuk siasat," katanya.


Sumber mStar Online


Read more...

Sabtu, 11 Oktober 2014

BUAT PART TIME,JUAL TUBUH HUJUNG MINGGU

imej Carian
Dia dikenali sebagai gadis sopan dengan penampilan bertudung ketika bekerja di sebuah pejabat di pusat bandar raya ini dari Ahad hingga Khamis.
Namun, apabila tiba cuti hujung minggu di Johor iaitu pada Jumaat dan Sabtu, gadis manis ini akan berada di Singapura dengan imej seksi demi memenuhi tuntutan kerja sampingan sebagai pekerja seks sambilan.
Itu dua perwatakan berbeza gadis dikenali sebagai Alina, 21, bagi mendapatkan duit mudah untuk memenuhi ‘selera’ mewahnya yang gemarkan barangan berjenama.
“Saya memang ada kerja tetap di JB (Johor Bahru). Kerja ikut waktu pejabat lima hari seminggu. Tetapi saya perlukan wang lebih sebab sukakan barangan berjenama.
“Di sana (Singapura) saya berpeluang mendapat kemewahan dengan bekerja pada hujung minggu dan tak perlu susah payah sebab teman lelaki saya yang mencari pelanggan.
“Paling sikit boleh dapat S$60 (RM153) dan paling banyak antara $100 (RM255) dan $250 (RM630) untuk seorang pelanggan,” kata Alina ketika ditemui wartawan Metro Ahad di sini.
Menurutnya, dia menawarkan perkhidmatan seks sambilan berdasarkan tempahan berbanding pelacur berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Singapura yang kebanyakannya berpusat di Geylang, Orchard Road dan Serangoon.

Di Singapura, pelacuran adalah industri yang dibenarkan dengan Geylang menjadi kawasan terbesar aktiviti tidak bermoral itu.
“Freelance (pelacur sambilan) seperti saya tak perlu ikut pemeriksaan Kementerian Kesihatan Singapura enam bulan sekali. Saya juga tak bersidai tepi jalan sebab teman lelaki iaitu seorang rakyat Singapura aturkan segala-galanya termasuk tempahan pelanggan.
“Apapun saya tetapkan had hanya lima pelanggan sehari. Sebenarnya saya kenal dengan teman lelaki melalui rakan di JB ketika berusia 19 tahun,” katannya.
“Rakan-rakan suka ke kelab malam berhibur dan berbelanja mewah di Singapura. Lama-kelamaan saya turut seronok dan teman lelaki memberikan jalan dengan menjadi ‘pelayan’ eksklusif,” katanya yang akhirnya mendapatkan bantuan persatuan kebajikan diasaskan Zali dalam usaha untuk berubah.
Selepas diselidik, Alina yang kematian ibu sewaktu usia 14 tahun mendakwa pernah menjadi mangsa rogol saudara terdekat ketika usianya sembilan tahun.
Ayah dan abangnya pula terbabit dalam penagihan dadah sehingga menyebabkan dia tidak gemar pulang ke kampung halaman di sebuah daerah negeri ini.
“Saya cuba untuk berubah dan berharap ada langkah yang baik di persatuan kebajikan ini,” katanya tanpa mahu bercerita lanjut mengenai latar belakang keluarganya.
Sementara itu, pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan hanya dikenali sebagai Zali yang kini membantu Alina melalui badan diasaskannya itu berkata, kes wanita Malaysia melacur secara sambilan di Singapura seperti Alina bukanlah kes tunggal.
Katanya, mengikut maklumat diterima NGO itu, secara purata dalam seminggu ada 30 wanita tempatan menyeberangi Tambak Johor ke negara jiran itu untuk melacur.
“Mereka dikategorikan sebagai pelacur tidak berlesen dan dianggap tidak bersih sebab tidak menjalani rutin pemeriksaan Kementerian Kesihatan Singapura setiap enam bulan sekali.
“Ada juga maklumat bahawa terdapat kumpulan wanita tempatan tetapi dalam jumlah sangat kecil bergerak antara negara ke negara.
“Kalau tak boleh cari makan di Singapura dia akan ke Thailand malah hingga ke Australia,” katanya.
Mengenai kes Alina, katanya, ia dikendalikan secara halus dimulai dengan kaunseling dan pendekatan agama bagi membantu mengubah sikap berputus-asa seterusnya meningkatkan semangat wanita itu untuk hidup mengikut syariat.
Sementara itu, wartawan Metro Ahad turut berkesempatan dibawa meninjau beberapa lorong di Geylang yang menjadi pusat pelacuran berlesen dikenali kawasan ‘rumah merah’.
Sumber myMetro

Read more...

Ahad, 5 Oktober 2014

Lelaki tikam kepala bekas kekasih

AGENSI - KEADAAN dos Santos yang berlumuran darah ketika dirawat di sebuah hospital di Sao Paolo, Brazil.

SAN PEDRO – Seorang wanita di Brazil bernasib baik kerana masih hidup selepas dia ditikam pada dahi dengan sebilah pisau oleh bekas teman lelakinya, lapor MailOnline kelmarin.
Beberapa anggota polis menemui Alcileide Rodrigues dos Santos, 22, dengan pisau tertusuk ke dalam tengkoraknya ketika dia duduk di sebuah bangku di bandar ini, dalam negeri Sao Paolo.
Di sebalik kecederaan yang dialami, Santos masih sedarkan diri dan memberitahu polis bahawa dia diserang oleh bekas teman lelakinya, Roberto Martins dos Anjos, 19.
“Saya diserang bekas teman lelaki saya sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) ketika kami bertengkar,” katanya,
Namun, wanita itu tidak mendedahkan punca mereka bertengkar atau mengapa bekas teman lelakinya naik berang sehingga sanggup menyerang­nya.
Doktor di hospital Estadual Mario Covas di sini berkata, pisau itu tertusuk beberapa sentimeter ke dalam tengkoraknya tetapi ia tidak mengenai otak mangsa. 
– Agensi(kosmo!)


Read more...

Khamis, 4 September 2014

Lagi Gambar Anak Melayu Bogel Malam Merdeka Tersebar


Sedang orang ramai masih kecoh memperkatakan tentang gadis bertudung melakukan maksiat pada malam merdeka timbul pula gambar baru.
Masih sensasi kerana watak utamanya bertudung, perempuan terlibat dirakam bertudung namun bogel di bahagian bawah manakala satu lagi gambar memfokuskan pada bahagian dadanya yang dipenuhi ‘love bite’.
Justeru Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datin Asmawati Ahmad menasihati orang ramai berhenti menyebarkan gambar ini bagi tidak memburukkan lagi keadaan.
Apa masalah remaja Melayu Islam zaman sekarang ye.. kalau pun dah tak ingat dosa pahala mengapa nak permainkan agama dengan memakai tudung sambil tersengih bergambar bogel?
Sesungguhnya orang sebeginilah yang membuatkan perempuan bertudung ikhlas atas tuntutan agama turut mendapat pandangan serong masyarakat dan penganut agama lain.
Sumber - MYNEWSHUB


Read more...

Khamis, 14 Ogos 2014

KELUARGA PELIK ! ISTERI BUANG PAYUDARA,SUAMI TEKAD UNTUK JADI WANITA

PASANGAN itu bersama anak mereka.
Sekali pandang, mereka keluarga normal dengan dua anak.
Itu yang dilihat oleh orang ramai mengenai Bianca, Nick dan dua anak mereka.
Bagaimanapun, Bianca, 32, sebenarnya dilahirkan lelaki sementara Nick, 27, dilahirkan perempuan.
Bianca menjalani pembesaran payudara dan rawatan laser untuk membuang bulu roma sementara Nick mengambil testosterone untuk mengubah penampilannya serta membuang payu daranya, lapor akhbar Metro UK, semalam.
Mereka mendakwa menjalani kehidupan biasa sehingga Nick hamil. Kehidupannya berubah mendadak dan terpaksa berdepan dengan masalah setiap hari apabila perutnya yang semakin membesar mula menarik perhatian orang ramai.
Dia mengaku benci terhadap perubahan bentuk badannya.
BIANCA (kiri) bersama-sama Nick yang hamil.

Dia memilih melahirkan kandungannya menerusi pembedahan sementara Bianca lega kerana tidak perlu melalui pengalaman itu.

Kini, pasangan itu tidak segan untuk bercakap mengenai kisah mereka dalam usaha untuk menimbulkan kesedaran.

Bagaimanapun, anak mereka yang kini berusia tiga dan satu tahun, masih terlalu muda untuk memahaminya.

Namun, mereka yakin kanak-kanak itu akan dapat memahami dan menerima kenyataan mengenai keadaan sebenar ibu bapa mereka kemudian hari kerana dibesarkan dengan kasih sayang, sokongan keselamatan dan didikan normal.

Bianca dan Nick berharap untuk menjalani pembedahan jantina tetapi buat masa ini masih belum mampu kerana mahu memberi tumpuan terhadap anak mereka. 
- Agensi

Read more...

Sabtu, 14 Jun 2014

Ratu Cantik Terima Petisyen Bunuh Diri Kerana Hodoh

Hollie Robinson

SEORANG wanita yang pernah menjadi sasaran petisyen kebencian yang ditandatangani oleh 200 kaki buli di sekolahnya yang mahu dia membunuh diri kerana kehodohannya kini bergelar ratu cantik.

Hollie Robinson, 22, ditendang, ditumbuk dan didera secara lisan setiap hari di sekolah tingginya selama hampir dua tahun sejak dia berumur 11 tahun.

Dia menghabiskan masa makan tengaharinya dengan bersembunyi di tandas sekolah, mempunyai masalah sebelum meninggalkan rumah setiap pagi dan sentiasa berasa panik terhadap serangan di sekolah yang tidak dijangka.

Kaki buli di taman permainan mengejeknya sebagai 'hodoh' dan Hollie pernah bercadang untuk membunuh diri setiap hari selepas berasa dirinya 'tidak bernilai'.

Pada satu ketika dia menerima e-mel menakutkan yang merupakan satu petisyen dengan 200 tandatangan menggesanya untuk membunuh diri.

Hollie masih ingat baris pertama petisyen itu yang dibaca: 'Siapa fikir Hollie Robinson harus membunuh dirinya?'.

Tetapi selepas diintai ketika pertunjukan pakaian ketika dia berusia 17 tahun, keyakinan Hollie meningkat dan dia berjaya lari dari mimpi ngeri dengan memenangi siri ratu cantik.
Dia kini menubuhkan sebuah syarikat ratu cantik dalam talian yang dikenali sebagai Miss Anti-Bulliying untuk meningkatkan kesedaran dan melakukan kempen amal terhadap mangsa buli sepertinya.

Hollie berkata: 'Saya tidak boleh menggambarkan bagaimana saya melalui saat-saat seperti berada di neraka ketika saya masih muda. Ketika saya mula masuk sekolah menengah, saya mempunyai kumpulan rakan yang besar tetapi mereka tiba-tiba menentang saya.

Hollie, yang bekerja sebagai perunding ejen hartanah, akhirnya memberitahu ibu bapanya perkara sebenar selepas dua tahun dan dengan segera dibawa keluar dari sekolah selama tiga bulan.

Dia menambah: "Saya berusia 13 tahun ketika saya memberitahu ibu saya apa yang berlaku.

"Sebelum itu, saya terlalu malu untuk memberitahu ibu bapa saya cerita sebenarnya dan guru-guru saya tidak melakukan apa-apa. Mereka berkata ia hanyalah satu fasa dan tidak lama lagi orang lain pula akan menjadi mangsa.

"Tetapi apabila ibu saya dapat tahu perkara ini, dia memberitahu saya supaya tidak pergi semula ke sekolah dan saya meninggalkan sekolah selama tiga bulan. Ia berlaku ketika ibu pergi ke sekolah dan mendapat tahu tentang e-mel kebencian yang meminta saya bunuh diri berserta 200 tandatangan.

Dia berkata: "Apabila saya membaca e-mel itu, saya sangat kecewa. Saya bagaimanapun begitu bersyukur kerana ibu saya berada di samping saya pada masa itu kerana jika tidak, saya benar-benar fikir saya mungkin telah melakukan sesuatu yang bodoh. Saya telah lama berfikir untuk membunuh diri dan tidak mustahil ia boleh berlaku.

Hollie kemudian tidak kembali lagi ke sekolah itu dan masuk ke sekolah baru di Year Nine, di mana dia mendapat ramai kawan baru.

Dia berkata: "Ia adalah permulaan yang benar-benar segar di sekolah baru dan saya mempunyai ramai rakan. Ia berbeza dengan apa yang saya telah alami sebelum ini.

"Saya cuba melupakan pengalaman dibuli tetapi ia mengambil masa agak lama untuk memulihkan keyakinan. Apabila anda diberitahu bahawa anda hodoh dan tidak bernilai sepanjang masa, anda mula mempercayainya. Saya merasakan seperti saya tidak bernilai setiap kali saya bernafas.

"Apabila saya imbas kembali, saya fikir mereka hanya cemburukan saya. Sebahagian daripada budak lelaki pernah sukakan saya dan saya fikir dari situ ia bermula.

Hollie sedang melawat satu pertunjukan pakaian bersama ibunya pada usia 17 apabila dia diintai oleh seorang wanita yang sedang mencari Miss Blackpool Town pada tahun 2009.

Dia berkata: "Apabila wanita itu berkata, saya sepatutnya mencuba nasib, reaksi pertama saya adalah saya tidak pernah melakukan perkara seperti itu. Kerana saya begitu teruk dibuli, saya berusaha untuk bercakap tetapi dia memberitahu saya menyertai pertunjukan itu adalah cara yang baik untuk meningkatkan keyakinan saya.

Dia kemudian dimahkotakan sebagai ratu dan memenangi Miss West Lancashire pada tahun 2011 dan Miss Blackpool pada tahun 2011.

Sumber mStar Online


Read more...

Rabu, 11 Jun 2014

LARANGAN MAHASISWA MELAKUKAN ONANI DI ASRAMA ?

Stiker berisi larangan vandalisme, merokok, dan masturbasi di sebuah asrama mahasiswa di Malaysia. {TheMalayMailOnline.com)

Kuala Lumpur - Beberapa hari ini beredar di laman jejaring sosial mengenai larangan bagi mahasiswa berasmara di sebuah perguruan tinggi di Malaysia untuk melakukan masturbasi. Larangan onani itu dikuatkuasakan di Universiti Teknologi Mara 's (UiTM).

Beriringan dengan beredarnya isu itu, beredar pula foto mengenai pelekat yang menegaskan larangan itu. Pelekat itu disebut-sebut disebar di tiap bilik di asrama pelajar. "Dilarang melakukan kerosakan, dilarang merokok, dilarang beronani. Awas! Anda sedang diperhatikan, "tulis pelekat itu.

Namun hari ini, seorang pegawai Kolej Perindu UiTM membantah bahawa pihaknya melarang mahasiswa melakukan masturbasi. Juru bicara Jabatan Kemahasiswaan dan Alumni UiTM mengatakan kepada The Malay Mail bahawa pelekat itu hoax. Ia menduga ada mahasiswa iseng yang sengaja membuatnya.

"Kami tidak pernah mengeluarkan larangan seperti itu," kata pegawai yang tidak mahu disebutkan namanya. Ketika ditanya sama ada ini bermakna bahawa pelajar dibenarkan untuk masturbasi, dia menjawab, "Larangan itu adalah palsu."

Dia berkata UiTM baru menyedari adanya pelekat itu ketika seorang pegawai yang bertanggung jawab atas pendaftaran mahasiswa menemuinya beberapa waktu lalu. "Kami telah melaporkan perkara itu kepada polis," tuturnya.

Masturbasi dianggap dilarang oleh sebahagian ulama Islam. Namun beberapa ulama berpandangan bahawa itu dibenarkan ketika dapat mencegah zina atau seks di luar nikah.

Sumber tempo.co

Read more...

Sabtu, 31 Mei 2014

Cinta tak mengenal Usia,Nenek 113 tahun langsung perkahwinan

AZATIHAN dan Aimti.
Xinjiang: Seorang wanita berusia 113 tahun, Azatihan Sawuti semalam melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berusia 70 tahun, Aimti Ahemti di wilayah Bachu, Xinjiang, selepas berkenalan enam bulan lalu.
Menurut laporan, Azatihan sebelum ini pernah menolak lamaran Aimti kerana merasakan dirinya terlalu tua. 
Aimti ketika ditemui wartawan selepas majlis perkahwinan itu berkata, dia tidak mempedulikan faktor usia.

“Saya yakin kami akan bahagia bersama. Saya tidak peduli sama ada dia lebih tua daripada saya. Dia menjaga saya dengan baik dan sanggup berkongsi makanan dengan saya sebelum ini.”
 - Agensi

Read more...

Khamis, 8 Mei 2014

2 WANITA REBUT 1 JANTAN

MICHELLE ditahan dan polis merampas pistol kaliber .22 simpanannya.
Alabama: Seorang wanita didakwa menculik bekas suaminya dari rumah teman wanita lelaki itu sebelum mengugut menembaknya sehingga mati.
Michelle Barker Bradley, 26, ‘menyerang’ rumah berkenaan awal pagi Sabtu lalu dan melepaskan beberapa tembakan ke udara sambil mendesak bekas suaminya itu keluar. 
Apabila lelaki terbabit akur, Michelle memaksa bekas suaminya itu memasuki keretanya. 

Jurucakap Jabatan Polis Daerah Selma, Left Curtis Muhannad berkata, Michelle kemudian terus mengancam bekas suaminya itu.
“Dia menelefon ibu mangsa dan memberitahu mahu membunuh lelaki itu serta mencampakkan mayatnya di satu kawasan antara Selma dan Maplesville,” katanya dalam satu kenyataan.
Kekasih baru bekas suaminya berkenaan bagaimanapun berjaya mengekori kenderaan yang dipandu suspek lalu menghubungi talian 911. 

Polis berjaya menahan Michelle dan merampas pistol kaliber .22 dalam simpanannya. 

Michelle kemudian didakwa atas beberapa tuduhan termasuk penculikan dalam kes keganasan rumah tangga.
- Agensi

Read more...

Jumaat, 25 April 2014

Parti Seks Di Pangsapuri Mewah

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat dakwaan rancangan penganjuran parti seks di pangsapuri mewah di empat bandar utama pada 4 Mei ini.

Penganjur dikatakan akan mengenakan bayaran masuk sebanyak RM300 kepada pengunjung lelaki.

Bagaimanapun pengunjung wanita dibenarkan masuk secara percuma.

Dipercayai tiada sebarang syarat dikenakan terhadap pengunjung lelaki namun peserta wanita disyaratkan tidak boleh terlalu gemuk.

Difahamkan lokasi tepat mengenai parti liar itu hanya akan didedahkan kepada perserta selepas penganjur menerima bayaran.

Penganjur sudah menghantar jemputan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung parti yang akan diadakan di Kuala Lumpur, George Town, Ipoh dan Johor Baru.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  bagi menyiasat mengenai perkara itu.

"Jika ia benar, kita akan kenal pasti penganjurnya parti seks yang jelas bertentangan dengan budaya dan nilai masyarakat kita," katanya ketika dihubungi.

Menerusi SMS yang dihantar, penganjur mendakwa setiap lokasi akan diadakan di pangsapuri mewah bagi menghalang pihak berkuasa memasuki premis-premis tersebut.


Sumber mStar Online


Read more...

Khamis, 3 April 2014

KORBAN CINTA MAMAT NEPAL

GAMBAR Ayu bersama suami dan anaknya.
Sungai Buloh: Cinta sejati membawanya ke Nepal untuk tinggal bersama suami dengan meninggalkan ibu bapa di tanah air, namun pengorbanan itu akhirnya membawa penderitaan apabila hidupnya bertukar ibarat hamba abdi di bumi asing.
Itulah nasib menimpa Nur Sri Rahayu Marimon, 24, yang kini terpaksa bekerja sebagai pemecah batu dan mencari kayu api untuk menyara kehidupannya bersama dua anak di Pathari 1 Morang, kira-kira 450 kilometer dari Kathmandu, Nepal. 
Menceritakan kisah anaknya itu, ibunya, Jaliah Tamin, 52, berkata anak keenam daripada sembilan beradik itu terkandas di kampung suami di kawasan pedalaman berkenaan sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, Nur Sri Rahayu atau lebih mesra dipanggil Ayu berkahwin dengan suaminya, seorang lelaki warga Nepal yang bekerja di sebuah kilang di sini pada 2006 atas dasar cinta, biarpun dia keberatan membenarkan perkahwinan itu dilangsungkan.
“Lelaki Nepal itu memeluk Islam dengan menggunakan nama Osman. Disebabkan anak saya nekad untuk berkahwin dengan Osman, saya terpaksa bersetuju menikahkan mereka.
Sumber myMetro

Read more...

Sabtu, 22 Mac 2014

Nota pasangan yang ditahan di Sweden kepada anak anak


CORETAN pesanan Azizul kepada empat anaknya yang menyentuh perasaan.

KOTA BHARU – Empat anak Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal mengalirkan air mata apabila membaca coretan bapa mereka yang sedang ditahan bersama Shalwati di Sweden.
Coretan yang ditulis pada sehelai kertas nota kecil itu disampaikan oleh ibu saudara empat beradik tersebut, Shaleena Norshal, 42, apabila tiba di rumah mereka di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor di sini kelmarin dari Sweden.
Shaleena berkata, dia menunjukkan kertas itu kepada Adam, 12, dan Arif, 8, yang pulang sekolah lebih awal sebelum diserahkan kepada Aisyah, 15, dan Ammar, 13.
"Adam, Arif dan Aisyah tergamam apabila membacanya sebelum mereka mengalirkan air mata. Ammar yang pada mulanya terkejut dengan luahan hati bapanya akhirnya juga menangis.
"Semua anak Azizul dan Shalwati ada menyebut mereka sayangkan ibu dan ayah," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

KOSMO!


Read more...

Rabu, 12 Mac 2014

REMAJA ROGOL ADIK UMUR 8 TAHUN SELEPAS TONTON TUBE LUCAH

imej

BLACKBURN: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Blackburn, England telah mengaku merogol adik beliau yang berusia lapan tahun selepas menonton video lucah menerusi Xbox.

Budak  yang tidak boleh dinamakan atas sebab-sebab undang-undang, juga mengaku bersalah kerana menyerang gadis itu dan menghasut beliau untuk melakukan perbuatan seksual kepadanya.

Kes itu mencetuskan perdebatan tentang akses kanak-kanak kepada video lucah, dengan kumpulan anti rogol meminta kawalan yang lebih ketat.

Dia memberitahu polis dia telah menonton video lucah menerusi Xbox bersama seorang rakan dan 'membuat keputusan untuk mencubanya'. Tambah lelaki berkenaan, beliau memilih adiknya kerana beliau masih kecil dan 'mudah lupa'.

Remaja berkenaan yang muncul di Mahkamah Majistret Blackburn pada hari Selasa, diikat jamin dan dibernarkan untuk hidup bersama ahli keluarga beliau,  manakala pasukan belia menyediakan pra- hukuman ke atasnya .

Mangsa kini dipantau oleh beberapa pakar untuk sementara waktu.

Penyelaras Kumpulan Operasi Krisis Rogol (Rape Crisis Charity), Fiona Elvines berkata kanak-kanak yang mempunyai akses kepada video lucah adalah satu 'kebimbangan'.

"Ini akan benar-benar menjejaskan kestabilan kehidupan gadis kecil ini.

"Ia akan mengambil masa yang sangat lama dalam proses membaik pulih keadaan beliau. Landasan hidup beliau akan berbeza dan saya tidak mahu itu berlaku kepada orang lain," katanya.

Fiona berkata apabila kanak-kanak melihat aksi lucah, mereka tidak mempunyai sebarang konteks. Ini akan mewujudkan tekanan ke atas kanak-kanak yang akan menjadi lebih seksual, terutamanya di kalangan kanak-kanak lelaki muda untuk melakukan hubungan seks pada usia yang begitu muda.

Beliau juga meminta pihak kerajaan untuk memandang serius tentang perkara ini dan berharap bahawa pembekal perkhidmatan internet akan mengambail tanggungjawab yang lebih besar untuk mengawal akses kanak-kanak kepada kandungan lucah.

Satu rang undang-undang keselamatan dalam talian baharu akan dibincangkan oleh jawatankuasa kerajaan Britain walaupun tarikhnya belum ditentukan.

Ia mencadangkan bahawa pengguna internet perlu membuktikan mereka melebihi usia 18 tahun untuk melihat kandungan dewasa.

Pada masa ini, sekatan perlu dilaksanakan dalam setiap peranti dengan akses internet.

Menurut laman web khidmat pelanggan Xbox, pengguna boleh menukar akses kepada permainan, filem dan kandungan televisyen mengikut kesesuaian.

Ibu bapa juga boleh menyekat akses kepada internet dan menukar ciri keselamatan dan privasi dalam talian untuk akaun mereka.

Microsoft, syarikat yang membuat alat permainan video itu telah menyatakan simpati kepada semua  yang terlibat dalam kes ini.

"Di Microsoft, kami mempunyai beberapa sistem yang ketat yang membenarkan ibu bapa untuk mengawal apa yang anak-anak mereka bermain dan menonton dalam talian."

Fiona berkata, ibu bapa juga harus cuba untuk bercakap tentang seks dan hubungan bersama anak-anak mereka. Subjek berkenaan juga diwajibkan di sekolah-sekolah, mengikut kesesuaian umur-umur pelajar.

"Apabila kita bercakap dengan anak-anak , mereka berkata ibu bapa mereka tidak tahu apa yang mereka lihat.

"Pada masa ini , kanak-kanak berfikir bahawa apa yang mereka menonton adalah apa yang orang dewasa lakukan apabila mereka melakukan hubungan seks, tetapi mereka perlu tahu bahawa ia adalah tidak, " katanya

Sumber

Read more...

Sabtu, 8 Mac 2014

TIDUR DENGAN SUAMI KAWAN BAIK UNTUK DEDAH PERANGAI SEBENAR

imej google
Lagos: Seorang wanita bertindak keterlaluan apabila tidur dengan suami kawan baiknya kononnya untuk membuka mata wanita itu terhadap perangai sebenar lelaki terbabit.
Wanita berusia 42 tahun itu membuat keputusan itu selepas gagal meyakinkan sahabatnya suaminya kerap mempunyai hubungan dengan wanita lain. 
Hasilnya, wanita itu kini mengandung anak lelaki terbabit namun tidak berhasrat menggugurkan kandungannya kerana menganggap menganggap sudah tiba masanya dia menjadi ibu. 
- Agensi 

Read more...

Selasa, 4 Mac 2014

HANEZ SURAYA POPULAR KERANA KONTROVERSI ?

Hanez Suraya

SEJAK akhir-akhir ini, penggunaan medium media sosial yang digunakan beberapa orang artis sering mengundang kontroversi.

Terbaru, pelakon tinggi lampai, Hanez Suraya turut tidak terkecuali mengalami perkara yang sama apabila salah seorang peminat menghentamnya gara-gara tidak membalas komennya di Twitter.

Bertanyakan pada tuan badan sendiri, Hanez memberitahu apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang besar cuma atas sebab tidak cemburu dan tidak berpuas hati perkara itu menjadi semakin besar.

"Sebenarnya Hanez seorang yang suka 'reply' dan 'retweet' semula komen-komen peminat di Twitter kalau Hanez ada masa yang lapang.

"Tapi hari itu, kebetulan, tweet yang datang dari peminat terlalu banyak. Masa itu Hanez memang tidak boleh balas semuanya jadi Hanez dahulukan 'tweet' yang mana penting dari teman-teman rapat dan pihak media.

"Tidak sangka pula ada peminat yang marah dan tanpa usul periksa dia kata Henez hanya balas 'tweet' pada peminat lelaki sahaja," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Media Prima, kelmarin.

Biarpun pelbagai kata cacian dilemparkan kepadanya, namun pelakon drama Autumn Dihatiku ini tidak melenting malah menghadapi situasi tersebut dengan tenang.

"Sejujurnya memang Hanez kecewa perkara seperti ini berlaku. Tapi saya kena terima sebab inilah lumrah buat seseorang artis.

"Sekarang ini Hanez memang tidak layan 'tweet' darinya sebab bila dilayan mungkin keadaan akan bertambah teruk. Bagi saya orang seperti itu hanya mahukan perhatian," jelasnya.

Kontroversi membantu

Mengakui kehadiran kontroversi sedikit sebanyak membantu kerjanya sebagai seorang pelakon semakin bertambah baik, Hanez bagaimanapun masih menitik beratkan bakat untuk terus bertahan dalam industri hiburan ini.

Katanya, jika dilihat perkembangan karier lakonannya tahun ini, memang ada peningkatan kerana banyak tawaran lakonan yang diterima dan dalam masa yang sama ada juga beberapa kontroversi menimpa dirinya.

"Sebenarnya memang kontroversi membantu tapi yang mana boleh tepis, Hanez akan tepis sebab saya juga tidak mahu dilabel sebagai artis kontroversi.

"Tapi boleh dikatakan semua kontroversi yang menimpa Hanez tidaklah serius mana cuma ianya dibesar-besarkan oleh mereka yang tertentu sahaja.

Apabila diminta penjelasan bahawa kontroversi hanya datang kepadanya setelah hubungan percintaan bersama penyanyi, Awi Rafael tamat, Hanez bagaimanapun menafikannya.

"Kalau diikutkan masa saya masih bersama Awi ada juga kontroversi yang timbul cuma ketika itu saya lebih berhati-hati kerana Hanez tidak mahu Awi juga turut terlibat.

"Tapi sekarang Hanez solo, dan semua itu memang Hanez perlu balas dan jelaskan. Tapi itu tidak bermakna Hanez melawan dan melayan cuma balas kenyataan buat mereka faham," jelasnya.

Masih sendiri

Apabila ditanya dirinya sudah memiliki pengganti, Hanez bagaimanapun memberitahu buat masa ini tumpuannya hanyalah pada kerjaya.

"Alhamdulillah, kehidupan saya kini lebih selesa. Bila sudah solo, senang untuk saya beri tumpuan sepenuhnya pada kerjaya.

"Mahu bergerak ke mana-mana pun tidak ada halangan dan saya syukur masih boleh hidup sendiri," ujarnya.

Tambah Hanez lagi, dalam masa yang terdekat ini dia tidak ada perancangan untuk mengisik kekosongan hatinya.

"Mungkin terlalu cepat untuk buat semua itu. Sekarang ini Hanez lebih selesa berkawan dengan semua orang.

"Memang ada yang cuba untuk mendekati, tapi Hanez boleh berkawan biasa sahaja dan bila sudah bersedia barulah Hanez akan fikirkan semua itu," katanya yang tidak meletakkan asaran tertentu untuk menamatkan zaman bujangnya.


Sumber

Read more...

Khamis, 27 Februari 2014

Status pelik dalam FACEBOOK petanda ajal


NORFAEZAH bersama Azwan Shah yang menemui ajal bersama selepas kemalangan di Jalan Badlishah, Sungai Petani, Kedah semalam.

SUNGAI PETANI - Seorang gadis seolah-olah sudah tahu ajalnya sudah tiba apabila dia memuat naik status tentang kematian di laman sosial Facebooknya beberapa hari sebelum terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Badlishah berdekatan pasar raya Tesco Lagenda Heights di sini semalam.
Ibu mangsa, Sharina Abu Othman, 49, dengan nada pilu berkata, anaknya, Norfaezah Budiman, 21, yang menggunakan nama pena, Eyja Rela antara lain meluahkan: 'Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku pakai pakaian yang cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah.
'Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana.
'Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan antara kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah Al-fatihah sebagai tanda kau merinduiku dan dari Allah kita datang, kepadanya kita kembali.'
Lebih menyedihkan, teman lelaki arwah, Azwan Shah Ishak, 25, turut maut.
Dalam kemalangan lebih kurang pukul 3 pagi itu, Norfaezah yang bekerja sebagai pembantu kedai telefon bimbit menaiki motosikal yang ditunggangi oleh teman lelakinya bersama lima rakan mereka berkonvoi untuk ke sebuah kedai makan berdekatan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, sebuah kereta yang datang arah pusat bandar secara tiba-tiba merempuh motosikal terbabit dari arah belakang.
Akibat rempuhan tersebut, Norfaezah maut di tempat kejadian setelah cedera di kepala.
Kekasihnya pula disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

KOSMO!


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP