Perempuan simpanan tolak cinta disaman
Tweet
-
Read more...
Seorang lelaki kaya yang mencurahkan kemewahan melampau kepada wanita simpanannya dari segi kewangan dan hadiah, mengambil keputusan menyaman wanita itu selepas dia menolak lamarannya atas alasan tidak lagi mencintainya.
Lelaki berusia 50 tahun itu yang dikenali sebagai Chang, mula berpacaran dengan wanita berusia 17 tahun itu sejak beberapa tahun lalu ketika Chang masih beristeri.
Dia membelanjakan puluhan ribu dolar untuk membawanya melancong dan membeli hadiah, termasuk kereta sport.
Selepas berlarutan selama dua tahun, Chang bercerai dengan isterinya untuk tinggal bersama wanita simpanannya itu.
Bagaimanapun, apabila dilamar, wanita muda itu menolaknya dan berkata, dia tidak lagi mencintai Chang.
Chang kemudian mendapati dia sudah berkahwin dengan lelaki lain dan mempunyai seorang anak April lalu.
Ia mendorong lelaki itu menyaman bekas wanita simpanannya itu sebanyak AS$600,000 (RM1.8 juta).
Dalam keterangannya kepada mahkamah, Chang berkata, wang diberikan kepada wanita itu hanya pinjaman dan dia juga mengenakan faedah.
Wanita itu bagaimanapun berkata, dia mengorbankan keremajaan dan kecantikannya kepada Chang selama beberapa tahun.
Mahkamah akan memutuskan kes itu minggu depan.
- Agensi