GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 13 April 2011

Jamuan patin RM13,000 patut - Pelanggan


TEMERLOH 12 April – Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

"Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal,” katanya di sini hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.

Pelanggan itu berkata, selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.

Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan. – Bernama

* Sumber

*** Esok Akak nak maSak Patin Sangkar maSak Stim..


16 Merujuk kepada perkara diatas :

op anaz 12 April 2011 pada 8:35 PTG  

ikan patin buoh memg le mehel...makan krai dgan udg galoh pulok tu...memg le smpai rm13000 kalo 350 org makan...kira satu kepale lbh kurg RM 37..

Tanpa Nama ,  12 April 2011 pada 8:45 PTG  

betul, ikan patin buah memg la mhl tmbh dgn yg lain bagai ..takat rm37 satu kepala memg murah la pulak...

Tanpa Nama ,  12 April 2011 pada 8:56 PTG  

350 orang? logik ker? satu meja 10 orang? mesti ader 35 meja baru muat. besar giler restoran tu.. atau nak cover news.. fikir²..

Nerzhul 12 April 2011 pada 8:57 PTG  

padan la makan tak beragok..siak keloh ngan udang galoh....makan ramai² bayar sorang²

Aku Anak Pahang 12 April 2011 pada 9:01 PTG  

Payah juga kalau berita tak brapa jelas dan terang nie sekali kata 50 org.. sudah ambit..350 org huhuhu...

abadi romeo 12 April 2011 pada 9:10 PTG  

dengar maklumat cuma ikan patin dengan sayur ulam2 je..kalau dah ada Keloh dengan Udang Galoh..bawak rakyat sampai 50 orang..memang patut pun...

op anaz 12 April 2011 pada 9:13 PTG  

surat khabor bukan btoi gek kdg2 te...nok ltok berita beh2 sokmo...padahel ntoh mende2...

amal 12 April 2011 pada 9:29 PTG  

oh.. klu 350 orang tu masuk akal la jugak :D

Mohamadazhan.com 12 April 2011 pada 9:48 PTG  

patutla mahelnya...hehe.meletup satu malaya dibuaetnya

Ateh Nour 12 April 2011 pada 11:14 PTG  

Sallam,

Musim air boh ni itu sebab
rega patin naik sikit,

Sekali air boh,
sekali rega patin beruboh.

eelobor 12 April 2011 pada 11:32 PTG  

mana satu yang betul eh? yang pastinya sebagai orang luar mesti akan berhati2 selepas ini. kena tanya dulu harga sebelum main belasah makan jer. tapi kawan tak suka pun ikan patin nih

op anaz 13 April 2011 pada 1:11 PG  

rege patin buoh memg mahal..kalo patin sangkor, seketul baru rm4-rm5 ...mknanya kalo makan te xde la smpai rm10 sowg...kalo hok ni makan patin buoh, kerai,ngan udang galoh memg la...ntoh bnda lagi diordernya kita x tau..haha

jeragang 13 April 2011 pada 1:28 PTG  

itulah pasal kita perlu wartawan yang berintegriti... jangan main tulis jer ikut suka ... memang lah sensasi tetapi biar bertanggungjawab... tak kira berapa harga asal yang nak bayar rasa patut ok lah tu

Tanpa Nama ,  17 April 2011 pada 10:15 PTG  

Petikan sinar harian hari ni:

Temerloh sememangnya terkenal dengan patin sehingga mendapat gelaran ‘Temerloh Bandar Ikan Patin’
Kemasyhuran patin Temerloh sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan selepas negara dikejutkan dengan laporan berita mengatakan pelanggan terkejut dikenakan bil sehingga RM13,000 gara-gara makan patin.
Setelah tinjauan dan siasatan dilakukan, jumlah RM13,000 itu bukan harga makanan unttik patin semata-mata, ia merangkumi ikan sungai lain termasuk udang galah dan jelawat malah pelanggan yang terdiri daripada pengikut pemimpin politik turut mengambil rokok sehingga lapan karton.
Bil yang paling tinggi pula hanyalah sekitar RM6,000, menyangkal terus dakwaan terdahulu.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP