Peroleh RM211,955 kerana video di YouTube
Tweet
GERMANTOWN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pelajar pergigian Universiti Temple di Philadelphia, AS, Rob Homayoon menyatakan dia sudah memperoleh pendapatan sebanyak AS$70,000 (RM211,955) sejak 2008 dengan menghasilkan klip video origami di laman YouTube di Internet, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Homayoon, 25, yang tinggal di sini, Pennsylvania menghasilkan klip video mengenai cara untuk membuat origami daripada kertas dari apartmennya.
Origami merupakan kaedah melipatkan kertas untuk menghasilkan pelbagai bentuk seperti burung.
Dia memperoleh pendapatan itu menerusi satu perjanjian dengan YouTube yang menjual iklan.
Menurutnya, dia memperoleh 80 peratus daripada jualan iklan dan Google yang memiliki YouTube memperoleh 20 peratus.
"Semasa (video) saya bermula, saya memperoleh AS$100 (RM302.85) dan saya berpendapat saya boleh menggunakannya untuk wang minyak saya. Kemudian ia meningkat kepada AS$400 (RM1,211) dan AS$600 (RM1,817) dan pada akhirnya saya memperoleh AS$1,000 (RM3,028) dan kemudian AS$2,000 (RM6,057).
"Salah satu cek saya mengandungi lima angka. Ia berlaku pada Disember lalu, empat bulan lalu," kata Homayoon.
Video klip Homayoon kini dimuat naik sebanyak 29.4 juta dan rangkaian klip videonya di YouTube mempunyai 64,000 pelanggan. - Agensi..
* Sumber

12 Merujuk kepada perkara diatas :
Peh!!senangnya nak wat duit,mungkin boleh cuba..tapi cara lain. emm pikir jap.
apa lagi kita semua buat duit ngan utube
Perghhhhhhhhhhhhhhhhh,blh jadi kaya dgnwat origami je. mmg respectlah.
rezeki Allah ni memang tak disangka2.. manusia berfikir dan berusaha je lah..
boleh kaya ni.....
rezeki dia..dia just share je tak sangka boleh buat duit..:)
laaa ketinggalan tul koi ni... deme bayo juga kalo upload video yerk.. video datuk t brapa income dapat?
Video mcm nilah boleh cari makan. Org kita dok buat video lain huhuhu
Pergh kalau kita tak yah tunggu duit syarikat pengiklanan popular kita huhuhu...
emmmmmm...... tengah pikir macam mana nak buat duit xtra....
wah...banyak tuu..kalau ada idea memang agak mudah nak wat duit kat youtube...tp skrg start dgn blogging je la dulu
pakcik kayoo
Catat Ulasan