GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 11 November 2010

MyKid kini boleh diperoleh dalam tempoh sejam


PUTRAJAYA 11 Nov. - Tempoh permohonan MyKid, kad pengenalan pintar untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, kini boleh diperoleh dalam tempoh sejam, bermula hari ini, berbanding sebulan sebelum ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam berkata, langkah inovasi terbaru Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu dapat memudahkan urusan ibu bapa yang mendaftarkan kelahiran anak mereka.

Katanya, kad pintar yang bertujuan memudahkan rujukan maklumat dan data peribadi kanak-kanak, diperkenalkan sebagai MyKid Ekspress, berjaya menambah baik perkhidmatan jabatan berkenaan.

"MyKid boleh dipohon oleh ibu bapa sebaik saja mendaftarkan anak mereka untuk mendapatkan sijil kelahiran dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kad pengenalan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi JPN di sini, hari ini. - Bernama

*** Semakin pantas dan cepat..zaman kome dulu time derjah 6 baru nak buat kad pengenalan..itu pun 3 bulan baru siap..orang gelor kad pengenalan lembik..

3 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 11 November 2010 pada 10:47 PTG  

Mmg pantas berlake sekarang nei yak. Untung org zaman sesari nie.
* kawan dulu naik beskel tua dgn ayoh kawan gi membuat kad pengenalan.

zulkbo 12 November 2010 pada 1:51 PG  

salam...
mudoh amat ler nih yak..
tidak macam dulu..setahun baru siap

Nerzhul 12 November 2010 pada 9:15 PG  

molek juge..nak bawok surat beranak ke hulu ke hilir payoh..besor ngat nak lipat² kang rosak pula.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP