GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 24 April 2013

Akhir Hidup Tragis 32 Bintang Porno Dunia


Bintang porno: Sasha Grey, Nina Hartley, Joanna Angel dan Tera Patrick.

Bintang filem biasanya hidup bergelumang kemewahan dan kemasyuran. Tetapi nasib beruntung seperti itu tidak dialami oleh para bintang filem porno.

Di antara mereka cukup banyak yang mengakhiri hidup dengan bunuh diri. Kalau tidak, mereka terkena ketagihan alkohol dan ubat-ubatan terlarang. Ada juga yang terkena penyakit serius.

Dari kira-kira 1,500 pelakon filem porno di California AS, 18 orang di antaranya meninggal kerana AIDS, bunuh diri, terlibat pembunuhan, mati kerana overdosis ubat terlarang antara tahun 2007 dan 2009.

Sebanyak 14 orang mati kerana penyakit seperti paru-paru, gagal jantung dan kanser. Selebihnya masih tak terhitung yang hidup dengan penyakit dan kanser.

Total 32 pelakon filem porno dalam tiga puluh bulan antara Januari 2007 dan Jun 2009 mati muda kerana HIV, bunuh diri, dadah, pembunuhan dan penyakit perubatan.

Bila dibandingkan dengan industri muzik dan hiburan lain di AS, tidak ada yang punya korban separah industri filem lucah.

Pernah dilakukan analisa pada 129 pelakon porno selama tempoh 20 tahun. Analisa itu mencari sejumlah besar kematian kerana ubat terlarang, pembunuhan, bunuh diri, ketagihan alcohol, mati kerana kemalangan dan penyakit.

Ditemukan pula bahawa harapan hidup pelakon filem porno hanya 37,43 tahun. Bandingkan dengan harapan hidup orang Amerika Syarikat yang rata-rata 78,1 tahun.

Diperkirakan ada 4.2 juta laman porno, 12 peratus dari jumlah seluruh laman. Laman porno ini dikunjungi oleh 72 juta orang pengunjung setiap bulan. Satu perempat daripada permintaan enjin carian ternyata ditujukan untuk mencari bahan-bahan pornografi. Kira-kira 40 juta orang Amerika Syarikat adalah pengunjung tetap laman-laman khusus dewasa ini.

Chatsworth California menghasilkan 85 peratus bahan-bahan pornografi ini. Semua agen talen perempuan di situ atau berada berdekatan Chatsworth. Itu kerana syarikat produksi filem porno berada di lokasi tersebut. Seringkali banyak pelakon filem porno yang diterbangkan atau terbang ke tempat itu untuk main filem porno.

Setiap tahunnya dihasilkan empat ribu hingga 11 ribu filem dewasa setiap tahun dan menangguk untung kotor sembilan hingga 13 juta ringgit setahun. Dianggarkan 200 rumah pengeluaran menggaji 1200 hingga 1500 pemain filem porno. Satu orang pelakon ironisnya hanya mendapat 400 hingga 1000 dolar per penggambaran dan tidak dibayar berdasarkan pengedaran atau jualan.

Kelaziman penyakit berjangkit seksual terhitung tinggi di dunia filem porno. Los Angeles Public Health Department melaporkan bahawa jangkitan chlamydia dan gonorrhea di antara pemain filem porno 10 kali lebih tinggi berbanding penduduk LA usia 20-24 tahun. Mereka mengakui bahawa risiko dan beban jangkitan menular seksual di antara pemain filem porno sangat tinggi.

Dr. Sharon Mitchell, bekas pelakon porno dan pengasas of Adult Industry Medical Healthcare Foundation (AIM) mengakui bahawa kelaziman penyakit berjangkit seksual tinggi. Dia menyatakan bahawa 66 peratus pemain filem porno terkena herpes, 12-28 peratus terkena penyakit berjangkit seksual dan tujuh peratus terkena HIV.

* Sumber tribunnews.com


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP