GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 11 November 2010

5E ( kenangan sepanjang hayat )


* Gambar pada tahun 1980 ini kawan Gugel ..ini lah sekolah dan di padang Badminton ini lah kawan pernah bergambar dulu..

1975 ketika berada di Sekolah rendah Jalan Bahagia dalam darjah 5 oren... kawan akan menghadapi peperiksaan yang di namakan peperiksaan pernilaian darjah 5..peperiksaan ini yang akan menentukan dimana dan kemana akan ke sekolah menengah..Sama ada ke Sekolah menengah yang terbaik atau pun yang baik sahaja..

Ada 2 buah sekolah menengah akan menjadi pilihan kawan ketika itu.. Sek Menengah Abu Bakar Temerloh dan juga Sekolah Menengah Jalan Bahagia Temerloh..masa tu memang kawan tidak perasan sama ada sekolah berasrama penuh sudah ada ke belum..

Ibu kawan dengan senang hati menamakan Sekolah Menengah Jalan Bahagia Temerloh sebagai sekolah tepi paya..kerana kedudukannya di tepi sawah sawah yang terbiar..pada banjir 1971 sekolah ini hanya nampak atap sahaja..manakala Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh dinamakan sebagai Sekolah atas Bukit kerana kedudukan di atas Bukit..

'' Tan aok mesti dapat keputusan pereksa bagus..kurang kurang dapat juga A..tentu sekolah tepi paya ''..kata emak kawan..

Sekolah tepi paya ketika itu di kategori sebagai sekolah yang bertahap cemerlang..dan sekolah atas bukit pula kebanyakan untuk murid murid yang kurang berjaya ketika itu..

Hari peperiksaan pernilaian darjah 5 pun berlangsung..kawan menjawab dengan senang hati..bila tiba keputusan kawan mendapat keputusan yang sangat cemerlang ia itu 5E..ini bermakna kawan kandas dengan dahsyatnya..

Maka tempat sekolah kawan yang pastinya adalah sekolah atas bukit..

Bila masuk darjah enam keputusan peperiksaan akhir tahun kawan berjaya..tidak lah seteruk keputusan peperiksaan pernilaian darjah 5..sungguh pelik kan..keputusan untuk ke sekolah Menengah di ambil kira daripada keputusan peperiksaan pada darjah 5..

Agaknya ini lah puncanya kementerian pelajaran melupuskan peperiksaan pernilaian darjah 5 ketika itu..dan tidak lama lagi kementerian pelajaran hendak melupuskan UPSR pula..tidak lah kawan tau apa pula sebabnya..

*** Ha ha! Aina akan menghadapi UPSR pada tahun hadapan..harap dapat keputusan cemerlang dan tidak mengikut keputusan peperiksaan bapa beliau..

9 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 11 November 2010 pada 4:56 PTG  

Kawan menyokong dilupuskan berlake perikse hok tak pasal tu.. cuma diadakan peperiksaan khas sahaja duit masa dan dpt jimat juga.

eelobor 11 November 2010 pada 4:59 PTG  

masa zaman kawan dulu, masuk tahun ke-2 upsr ganti penilaian darjah 5

::FAIZ:: 11 November 2010 pada 5:35 PTG  

Ha ha! Aina akan menghadapi UPSR pada tahun hadapan..harap dapat keputusan cemerlang dan tidak mengikut keputusan peperiksaan bapa beliau..

Lol... hihihi

Cik SHiNJU 11 November 2010 pada 5:54 PTG  

Umoh Tok Sedara kawan atas bukit kat Temerloh ter..

piewahid 11 November 2010 pada 6:13 PTG  

hahaha... sama la keputusan kita. budok2 zmn dulu bukan peduli ke pekse. main lastik, guli, panjat pokok dgn mandi sungei je taunya...

Yunus Badawi 11 November 2010 pada 6:23 PTG  

Tahun 1975 dah ada SBP. Masa tu kalau budak lelaki dapat masuk MCKK kira hebatlah. Kalau tak, sekolah sains pun ok. MRSM belum popular masa tu.

Admin 11 November 2010 pada 6:32 PTG  

busnyer...
gmbar msh dlam kndisi yg baik..

tahniah!
^^,

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o 11 November 2010 pada 6:49 PTG  

salam
1975 tak lahir lagi aku..retro sungguh

Tanpa Nama ,  26 Julai 2022 pada 5:29 PTG  

more tips here aaa replica bags useful source designer replica luggage learn the facts here now Dolabuy Chloe

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP