GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 28 Februari 2011

Pelacur iklankan perkhidmatan di Facebook


* LAMAN seorang pelacur yang dikenali sebagai Molly Ravish di laman sosial Facebook.

NEW YORK - Pelacur-pelacur di sini mengiklan perkhidmatan mereka di laman sosial Facebook, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang ahli sosialogi Universiti Colombia, Sudhir Venkatesh yang melakukan satu kajian terhadap 290 pekerja seks.

Menurutnya, 83 peratus daripada pekerja itu didapati bergantung kepada Facebook untuk menggoda lelaki bagi menjadi pelanggan mereka.

Salah seorang pelacur yang mengiklankan perkhidmatan mereka di laman tersebut dikenali sebagai Molly Ravish.

Ravish menyatakan dalam laman itu bahawa dia merupakan seorang teman wanita yang berpengalaman.

Dalam laman itu, dia meminta pengguna Facebook untuk mengunjungi laman webnya untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkannya.

Dalam laman webnya, dia menawarkan perkhidmatan selama satu jam dengan kadar bayaran AS$200 (RM610) dan AS$150 (RM458) untuk seks oral. - Agensi

* Sumber koSmo! Online

*** Bermacam macam kaedah yang boleh di buat dengan akaun Facebook ini yer..segala bentuk perniagaan boleh di lakukan..

'' Li ...aok ada akaun Facebook tak? ''..kata encik Topik kepada Rosli Ghani..

Sememang nya encik Topik tau yang Rosli Ghani ini buta it..tapi dek kerana mengada encik Topik yang mempunyai 3 akaun Facebook ini bersahaja tanya kepada rosli Ghani..

'' Minta maaf..koi akaun facebook tak der..tapi Twitter ada..ni dah siap set kat Hendphone lagi ''..kata Rosli Ghani sambil menayang nayangkan hendphone yang baru dibelinya..

*** Hah ! ..Selamat pagi iSnin `...



22 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  28 Februari 2011 pada 8:37 PG  

waahh bru perasan..domain sendiri dah

semoga bertambah semangat utk memblog

eelobor 28 Februari 2011 pada 8:39 PG  

hehehe, kat sini pun berlambak gak kan. cuma takde secara terang2.

azzey 28 Februari 2011 pada 8:42 PG  

Ini dh terlampau advance nih!

Anne 28 Februari 2011 pada 8:59 PG  

macam2 ada...nanti jual anak pun secara online. Desperado sangat la tu.

ozzy 28 Februari 2011 pada 9:03 PG  

jgn kata kat FB dlm ladang getah pun boleh iklan..

Aku Anak Pahang 28 Februari 2011 pada 9:05 PG  

Itu disebut "teknik permasaran" kena bijak memerangkap pelanggan apa pun keja tu mmg maru :(

Fairus Bin Mamat 28 Februari 2011 pada 10:01 PG  

HEBATKAN FB.. MACAM2 BOLEH PROMOTE..

CahayaCintaIlahi 28 Februari 2011 pada 10:03 PG  

pergghh gle ar..
smpi mcm tu sekali
tu nampaknye seks sekrg
berada di mana2.. aih
entahla bro..
ajar adek buat twitter hehe

zulkbo 28 Februari 2011 pada 10:15 PG  

salam..
padai deme buat meniaga ye..?
bisnes ni tepi tong sampah pun
dapat sambutan..sedara iblis belaka!

rafina mimi abdullah 28 Februari 2011 pada 10:21 PG  

teruk dah fb sekarang ni..tutup je lah..!!!

Tanpa Nama ,  28 Februari 2011 pada 10:42 PG  

Internet dan IT ni, kalau kita bubuh sampah kita dapatlah sampah balik..

Sharinginfoz 28 Februari 2011 pada 10:52 PG  

macam2 cara diaorang guna sekarang ni

Nerzhul 28 Februari 2011 pada 11:19 PG  

macam² cara orang meniaga..hahaaa.

Nancypoh 28 Februari 2011 pada 11:37 PG  

macam2 la..tak tau malu langsung..

Hashim Zabidi 28 Februari 2011 pada 12:16 PTG  

Perniagaan tertua,
Islam je larang (bukan semua)
bukan Islam, lagi jelas dan terang.

Sebab tu dunia bergolak sekarang,
harga barang naik, termasuk harga seks.

yg enjoi, pemimpin dan kroni.

amry 28 Februari 2011 pada 12:29 PTG  

nasib baik bukan malaysia. huh!!

abadi romeo 28 Februari 2011 pada 12:39 PTG  

Biasa la..kalau tak de promosi pun berniaga jenis ni laku sepanjang tahun.Tak tunggu musim raya baru laku.Maklumlah..perniagaan tertua didunia...

merpati puteh 4 Mac 2011 pada 2:10 PTG  

emm mintak mintak dijauhkan hal2 sebegini dlm hidup kita....

AkuMuzikFilem 5 Mac 2011 pada 11:05 PG  

kat msia ada juga, tapi cover2, dah chat baru tawar

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP