GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 30 Januari 2010

Bermalam dikebun Getah

LEBAK SEBERANG – Sejak dua bulan lalu, penduduk kampung yang bergantung pendapatan dengan hasil menoreh getah terpaksa membina pondok dalam kebun untuk mengelak getah mereka dicuri.
.
Mereka terpaksa bermalam di pondok dalam kebun getah sekurang-kurang nya dua kali seminggu bagi menunggu getah mereka bimbang dicuri. Senario ini sudah biasa dalam kalangan penduduk setempat.
.
Malah ada yang bergilir-gilir bersama rakan dan ahli keluarga menunggu di kebun getah sebaik ditoreh pada sebelah pagi. Seorang penoreh Ismail Othman, 55, dari Kampung Paya Pulai berkata, sejak dua bulan lalu, harga getah melambung hingga mencecah RM4.80 sekilogram.. ( Selanjutnya klik disini )
.
*** En Ismail Othman ni rodong kawan sama bekerja dalam satu Syarikat ..beliau telah bersara dan menumpukan perhatian kepada kebun beliau ini..
.
Getah sekerap dicuri pernah juga berlaku kepada kawan dahulu..ikut hati mau sembelih saja jika dapat pencuri berkenaan..kita penat penat toreh sipencuri senang senang pergi tatin..
.
( Tatin atau natin membawa maksud yang sama bagi mengangkat getah..pernah terjadi satu kes di zaman dulukala yang mana seorang Pengurus estet berbangsa Ingeris pernah cuba untuk memberhentikan seorang pekerja kerana beliau tidak faham apa itu NATIN )
.
'' En Abu awak apa bikin kerja sekarang '' Kata Pengurus Ingeris itu..
.
'' NATIN Sir '' Jawab Pak Abu
.
'' What? Nothing ?...awak boleh balik rumah kerana tidak membuat apa apa kerja sekarang '' marah Pengurus Ingeris itu..
.
Dalam hati Pak Abu berkata..'' Mau aku sepak saja Mat Salleh ini..orang dah lah penat natin ni...

22 Merujuk kepada perkara diatas :

Hairun Azmi 29 Januari 2010 pada 11:58 PG  

Untunglah saper yang ada kebun getah yak...
Hahahha..lawak...Natin = Nothing...ahahahhahahah

mr.kordes 29 Januari 2010 pada 12:20 PTG  

kehkehkeh...slah phm pula mt salleh tersebut..ahaha....

Aku Anak Pahang 29 Januari 2010 pada 12:32 PTG  

Getoh dah tukar jadi emas... berbahagia dema yang ada kebun getoh puluh-puluh ekar...jangan lupa bayar zakat utk lebih berkat.

Tanpa Nama ,  29 Januari 2010 pada 1:01 PTG  

aku suka maen biji getah~
hahaha~
wat buah congkak pon besh~

tp pakcik kordi dia makan buah gtah tu~

Maiyah 29 Januari 2010 pada 2:10 PTG  

hehe.. suma keje pasti ada mslh sendiri kan.. sian le kalo kene curi

Che' Pit 29 Januari 2010 pada 3:38 PTG  

hmm masa kecik2 dulu pernah gak jadi mcm ni.. org curi getah kat kebun getah ayah CP.. org lain penat menoreh, dia penat mencuri mlm2..

Anuar Abdul Aziz 29 Januari 2010 pada 4:13 PTG  

kwan ingat masa zaman kwan menoreh dulu...tak luas,dalam 13 ekar jer.masa tu getah murah..(eh yake!kwan reti noreh ke)

Tanpa Nama ,  29 Januari 2010 pada 4:33 PTG  

hahaa kesian en. abu..

tapi..

mmg patut pon pencuri hukumnya potong tgn..

org susah2 cri rezeki malaun tu senang2 jer curi...hampeh

piewahid 29 Januari 2010 pada 6:00 PTG  

bijik getoh tu kalu buat sambal mmg sedap. kalu saloh buat, peweng kpale. keknyer spanjang2 criter deme psl getoh ni, koi paling suka psl 'nothing' tu.. hihihi

myQza 29 Januari 2010 pada 9:39 PTG  

getah ayah aku dalam semingg 2-3 kali kena curi. sekali curik maunye 6-7 ratus.. masa mula2 dulu pernha buat report. bila polis tu cakap.. dia x leh nak buat apa2.. dah malas nak buat aduan..

anggap je bukan rezeki

kelompen 29 Januari 2010 pada 9:45 PTG  

ralit, tkenag masa noreh, papaleh bebulut dan bergulut, en reliven koi suka entri neh..wat lg kisoh ncari ikan ke...

abu muaz 30 Januari 2010 pada 5:33 PG  

getah mahal bukan pencuri je minat tapi lanun pun suka.

Dak Wan® 30 Januari 2010 pada 7:13 PG  

Sengalnya pencurik ni kan? Apakah nanti ladang getah perlu di pagar dengan kawat ber elektrik?

endiem 30 Januari 2010 pada 7:49 PG  

Pak abu tu tentu orang temerloh atau orang cenor, kalau tidak pun orang mentekab.

Relevan 30 Januari 2010 pada 6:09 PTG  

* Heh heh Pakcik Kordi..

* Betul ngat kata aok en yassin..ada juga kes anak curi getah bapok..pas tu ajok bapok ngetea..

* Pakcik Kordi memang macam tu Ayu..buah keras pun dia kunyah macam tu ajer..

* Tu lah pasal nye Maiyah..pencuri memang tiada hati perut..

* Kena bekal lastik masuk kebun selalu CP..tak pun bekal senapang RELA..

* Kau pegang mikropon je lah en Nuar..

* Pernah terjadi RedNing...ada kutu kelepet getah dapat tangkap oleh kutu2 juga..teruk itu kutu kene belasah oleh kutu2 itu..

* Nothing en Pie..biji getah buat laga pun ok..

* Polis tu takut disalah anggap Tedi..takut orang gelar dia polis getah sekerap..hehe!

* Nanti kelompen kawan buat kisah najor ikan pula..

* Kome baik saja Mazru..bz sikit ni awek2 duk cari..

* Lanun getah sekerap..bukan senang nak benteras ni en Abu Muaz..macam lanun cetak rompak juge..

* Selamat datang Dak Wan ke relevansokmo..pasang kawat letrik kos tinggi juga..

* Orang Kerdau lah endiem..

sonata anak kancil 30 Januari 2010 pada 9:21 PTG  

aku kecik2 dulu pernah ikut bapak ke kebun - tolong bersihkan cawan getah...dapat upah - buat belanja sekolah...hu3x best dapat duit banyak masa tu....5 - 10 - 20 sen dah cukup besar!

al-lavendari 30 Januari 2010 pada 11:13 PTG  

dulu2 maka sekolah menengah saya juga noreh getah. masa tu saya tiggal di kampung Pelangai, Pahang. Kawasan MB sekarang. getah buku masa tu cuma 20 sen sekati. ikan kembung pula 25 sen sekati. buah nyor boleh minta2 jer dengan orang. ikan sungai, punyalah banyak, kalau qada hajat pasti kena serbu dek ikan lampam.. kini keadaan sudah banyak berubah.

Hashim Zabidi 31 Januari 2010 pada 12:55 PG  

Ada orang kata bau getah sesedap bau duit,

Menorehlah weh! kumpul duit, boleh beli kereta kecik.

Tanpa Nama ,  31 Januari 2010 pada 1:22 PG  

untung pekebun getah skang
harap2 dapat naik lg
untung org kg gak

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP