GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 22 Mei 2012

Bersih 3.0: Anwar, Azmin Didakwa


GAMBAR klip video Azmin dan Anwar yang didakwa memberi arahan kepada perusuh untuk merobohkan pagar halangan di Dataran Merdeka.
KUALA LUMPUR: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali pada Selasa didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengingkari perintah majistret agar tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Kedua-dua mereka juga didakwa bagi tuduhan kedua iaitu bersubahat menghasut tiga individu lain merempuh penghadang bagi memasuki Dataran Merdeka.
Anwar dan Mohamed Azmin mohon dibicarakan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi menghadapi pertuduhan terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. 
Hakim Mahmud Abdullah membebaskan kedua-duanya dengan ikat jamin RM500 setiap seorang.
Sementara itu Ketua Pemuda PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang menghadapi tuduhan yang sama turut mohon dibicarakan.
Ketiga-tiga mereka menjadi individu pertama dituduh mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP