GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 5 November 2013

Kejutan Final Piala Malaysia 2013, Polis temui pistol, peluru dalam tandas Stadium

PEMAIN import Pahang, Matias Roben Conti (kanan) bersama Damion Delano Stewart mencium Piala Malaysia yang dimenangi ketika sampai di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam tadi. - Foto Luqman Hakim Zubir

Ditinggalkan dalam tandas Stadium Shah Alam ketika perlawanan akhir antara Kelantan dan Pahang

Shah Alam: Polis menemui sepucuk pistol jenis Browning dan tujuh butir peluru di dalam tandas di Stadium Shah Alam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah, berkata polis masih mengesan pemilik pistol dan mengenal pasti motif senjata itu ditinggalkan di kawasan stadium. 

Pemeriksaan badan 

Kira-kira 85,000 penonton menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-87 itu. Polis melakukan pemeriksaan badan menggunakan alat pengimbas terhadap penyokong kedua-dua pasukan sebelum membenarkan mereka memasuki perkarangan stadium bagi mengelakkan mereka membawa senjata berbahaya.

“Perlawanan akhir antara Kelantan dengan Pahang berjalan lancar dan tiada insiden tidak diingini berlaku kerana 110 pegawai dan 1,482 anggota polis ditempatkan di segenap stadium termasuk di kawasan letak kenderaan, laluan masuk dan keluar stadium serta pintu tiket,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ruslan berkata, polis menahan 86 orang kerana membawa tiket palsu dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

“Polis juga menahan lima lelaki kerana pelbagai kesalahan lain termasuk tiga menyalakan suar dan masing-masing satu kesalahan kerana membakar mercun dan membaling botol. 


Bahayakan diri

“Tindakan menyalakan suar bukan saja membahayakan diri sendiri, malah nyawa penonton lain, termasuk kanak-kanak yang ada dalam stadium. Tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang berjaya ditemukan semula dengan ibu bapa mereka.

Perlawanan akhir itu menyaksikan Pahang menamatkan kemarau 21 tahun selepas menewaskan juara bertahan, Kelantan 1-0 untuk dinobatkan sebagai juara.


Sumber BH


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP