GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 17 Ogos 2014

INFO KESIHATAN,Bahaya garam hanya mitos?


Dua kajian berskala besar yang diterbitkan minggu ini di dalam Jurnal Perubatan New England menawarkan bukti bercanggah tentang pengambilan garam.

Dalam satu usahasama penyelidik di Universiti Harvard dan Universiti Tufts, purata pengambilan garam di seluruh dunia ialah 3.95 gram, hampir dua kali ganda yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Penyelidik percaya ini menyumbang kepada peningkatan berlakunya penyakit kardiovaskular dan seorang pakar kardiologi yang tidak terlibat dalam kajian itu menganggap pengambilan berlebihan itu ada kaitan dengan cita rasa terhadap garam dalam kalangan warga Amerika dan terutamanya Asia tengah di mana pengambilan harian mencapai 5 gram.

“Dapatan baharu ini menandakan keperluan polisi yang kukuh untuk mengurangkan diet bergaram di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia,” ujar ketua penyelidik Dariush Mozaffarian, dekan Kolej Sains Nutrisi dan Polisi di Universiti Tufts.

Hasil kajian itu, walau bagaimanapun,  dikecam dalam satu editorial, juga diterbitkan di dalam jurnal sama, kerana bergantung kepada andaian semata-mata.

“Dapatan provokatif ini perlu disokong dengan percubaan hasil terkawal untuk membandingkan pengurangan pengambilan garam dalam diet harian,” kata Dr. Suzanne Oparil dalam artikelnya.

"Tanpa percubaan itu, keputusan itu menidakkan pengurangan garam dalam makanan sebagai hanya saranan kesihatan terpencil."

Sementara itu, satu lagi kajian diterbitkan pada hari sama menunjukkan bahawa kedua-dua diet tinggi dan kurang garam mungkin berbahaya kepada kesihatan kardiovaskular.

Satu pasukan penyelidik diketuai Dr Salim Yusuf dari Universiti McMaster di Ontario, Kanada mengkaji sampel daripada lebih 100,000 peserta, di mana kumuhan natrium dan kalium daripada urin mereka dianalisis bagi menganggarkan tahap pengambilan garam harian.

Dapatan mereka menunjukkan ada kaitan antara risiko kematian dan masalah kardiovaskular lebih rendah bagi mereka dengan anggaran pengambilan garam harian di antara 3g dan 6g.

Kesimpulannya, garam bukanlah musuh, tetapi pengambilannya perlu dipantau di kala komuniti perubatan antarabangsa terus mengkaji perkara ini.


Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP