GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 2 Jun 2014

Tiada DNA Babi Dalam Coklat Cadbury - Jamil Khir

Produk coklat Cadbury dengan kacang hazel yang sebelum ini didakwa mengandungi DNA babi

BANGI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan pemeriksaan mendapati tiada DNA babi dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil dari kilang produk tenusu itu, minggu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sampel yang dianalisa Kementerian Kesihatan sebelum ini didapati tercemar.

"Sampel sebelum ini tidak diambil terus dari kilang berkenaan dan ia tercemar," katanya.

Beliau mengumumkan keputusan analisa itu pada sidang media di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, pagi Isnin.

Jamil Khir juga menolak dakwaan bahawa kerajaan cuba melindungi syarikat berkenaan, Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd.

"Kerajaan tidak berhasrat melindungi syarikat berkenaan kerana ia adalah tanggungjawab Jakim untuk menyakinkan umat Islam," katanya.

Sebelum ini, dua produk syarikat terbabit dikesan mengandungi DNA babi iaitu coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam.

Jakim juga dilaporkan menggantung sijil halal terhadap dua produk coklat susu keluaran Cadbury Dairy Milk yang dikeluarkan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, berkuat kuasa serta-merta ekoran penemuan DNA babi dalam produknya.
Jamil Khir berkata, kedua-dua produk yang dianalisis itu adalah daripada kelompok yang sama dengan produk yang disahkan mengandungi DNA babi sebelum ini, tetapi sampel kali ini diambil terus dari kilang pengeluar produk itu di Shah Alam.
Menurutnya, sampel yang diambil Jakim pada 26 Mei lalu untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia itu ialah jenis Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no) 221013 N01RI1 dan jenis Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01HI2.
"Selain itu Jakim turut mengambil empat produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama dan lima jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.
Sehubungan itu beliau berharap keputusan berkenaan akan meredakan kerisauan umat Islam berhubung status coklat itu, memandangkan makmal yang menganalisis sampel itu diperakui Jakim untuk mengesan DNA babi.
Kementerian Kesihatan sebelum ini dilaporkan mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam mengandungi DNA babi atau porsin.
Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP