LELAKI MILIKI PAYUDARA SEPERTI WANITA
Tweet
KOSMO! ( kesihatan )
Payudara Edgeworth membesar seperti seorang wanita.
Charlie Edgeworth, 19, mengalami tekanan perasaan kerana memiliki payudara seperti seorang wanita sehingga terpaksa menjual sebuah kereta miliknya hanya untuk menampung kos pembedahan bagi mengecilkan payudaranya itu.
Payudara remaja lelaki itu mula membesar ketika dia berusia 13 tahun dan dia digelar ‘Mooby’ oleh rakan-rakan sebayanya selain menjadi mangsa buli di sekolah selama bertahun-tahun sejak itu.
Pekerja pusat panggilan dari Hastings, East Sussex itu mengalami gynaecomastia iaitu ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh badan yang menyebabkan dia mempunyai hormon estrogen melebihi daripada hormon testosteron.
Keadaan itu menyebabkan tisu payudaranya menjadi berlebihan. Disebabkan keadaannya itu, dia tidak pernah mempunyai teman wanita kerana tiada wanita yang sudi menjadi kekasihnya.
Dia juga malu untuk membuka baju di tempat awam dan sering mengelak untuk pergi ke pantai hanya disebabkan tidak mahu membuka baju.
Terdesak untuk mengembalikan saiz payudaranya, Edgeworth mengamalkan diet ketat dengan harapan payudaranya itu kembali seperti saiz payudara lelaki normal yang lain.
Tindakannya itu menyebabkan berat badan Edgeworth menurun kepada paras bahaya ketika dia masih berada di sekolah sehingga membuatkan saiz payudaranya lebih menonjol berbanding keadaan biasa.
Jual kereta
Setelah bertahun-tahun terpaksa menanggung malu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk menjual keretanya bagi menampung kos pembedahan dan berharap menemui cinta selepas itu.
“Saya tidak pernah membuka baju sejak di sekolah rendah lagi, malah saya juga akan sentiasa memakai baju ketika di rumah bagi mengelakkan ibu mengetahui masalah saya ini.
“Setiap kali kami pergi bercuti, saya akan sentiasa memakai baju-T di dalam kolam renang dan hanya menggunakan alasan kulit saya mudah terbakar,” jelasnya yang sudah mencuba pelbagai cara untuk menyembunyikan bahagian dadanya itu.
Ujarnya, penurunan berat badan yang dialaminya semakin membuatkan bahagian tersebut kelihatan lebih menonjol.
“Saya akhirnya menaikkan kembali berat badan bagi mewujudkan jurang antara bahagian dada dan perut,” tambahnya.
Dalam usaha untuk menyembunyikan rasa malunya itu, dia akan memakai pakaian yang mempunyai saiz lebih besar berbanding saiz badannya.
Walaupun sudah melepasi zaman persekolahan, tahap keyakinan dirinya diuji apabila tidak pernah mempunyai kekasih sepanjang zaman persekolahan.
“Sukar bagi saya mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih disebabkan keadaan fizikal saya ini.
“Sepanjang enam tahun lalu, saya tidak pernah mempunyai pasangan dan ia turut menambah tekanan perasaan yang saya alami,” katanya.
Pembesaran tidak normal yang dialami oleh Edgeworth itu dikenali sebagai gynaecomastia dan dipercayai ia menjejaskan kira-kira 40 peratus daripada lelaki dan jumlahnya dilaporkan semakin meningkat.
Keadaan itu disebabkan ketidakstabilan yang berpunca daripada hormon estrogen dan testosteron.
Gangguan perasaan
Pengambilan ubat-ubat tertentu seperti antikemurungan dan penyakit hati dalam jangka panjang juga boleh menyebabkan gynaecomastia. Ubat-ubatan terbabit bertindak mengubah payudara secara terus dengan mengganggu aktiviti biasa kelenjar pituitari.
Penyakit itu hanya boleh dirawat melalui pembedahan untuk mengembalikan payudara kepada keadaan asal.
Kebanyakan kes gynaecomastia tidak menyebabkan sebarang risiko penyakit fizikal tetapi ia boleh menyebabkan gangguan perasaan yang mungkin memberi impak kepada kehidupan harian.
Gynaecomastia biasanya dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan fizikal oleh doktor tetapi pemeriksaan tertentu seperti imbasan tomografi berkomputer, ujian ultrasound dan ujian darah mungkin diperlukan untuk memastikan punca terjadinya penyakit itu.
Edgeworth kini perlu memakai bengkung bagi menutupi bahagian dadanya dan disebabkan itu, dia berasa seperti orang lain.
Tahap keyakinan dirinya semakin hilang apabila dia ditegur oleh majikan lamanya yang berpendapat bahagian dadanya kelihatan lebih besar berbanding biasa.
Selepas itu, dia mula berfikir untuk menjalani pembedahan sebagai jalan keluar kepada masalahnya itu.
Tiga tahun kemudian, dia membuat keputusan untuk menjalani pembedahan membuang lebihan lemak yang terdapat di kedua-dua bahagian payudaranya itu.
Edgeworth menjual sebuah kereta jenis Volkswagen Polo bagi menjalani pembedahan mengecilkan payudaranya yang menelan belanja sebanyak £1,750 (RM9,164) di sebuah hospital di Poland.
“Saya lebih yakin dengan penampilan terbaharu ini dan ia memberi kesan kepada tahap keyakinan saya untuk berdepan dengan masyarakat, malah saya tidak sabar untuk membuat temu janji dengan seorang wanita dan mempunyai kekasih.
“Saya tidak menjangkakan keputusan untuk menjalani pembedahan ini memberi peluang baharu kepada saya untuk menjalani kehidupan. Jika saya tidak mengambil tindakan drastik dengan menjual kereta, saya tidak akan mampu untuk membiayai kos pembedahan,” jelasnya.
Menurut pakar bedah, Adam Kalecinski, dia amat berpuas hati dengan hasil pembedahan Edgeworth dan ia penting bagi membuang tisu kelenjar dan lemak bagi menghentikan penyakit tersebut kembali.
2 Merujuk kepada perkara diatas :
cheap jordans
hermes belt
air jordan
balenciaga speed
supreme hoodie
balenciaga shoes
lebron 16
kobe shoes
nike off white
moncler jacket
cliquez ici maintenant répliques de sacs gucci site utile répliques de sacs à main gucci recommandé de lire sacs répliques hautes
Catat Ulasan