GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 10 Oktober 2009

Discaj

Setelah 3 hari 2 malam kawan melalui detik detik pahit dan manis diwad 4 maka kawan dibolehkan keluar daripada wad.. ( detik pahit ketika makan ubat..detik manis ketika kawan dapat tengok wajah Siti Rohaya jururawat pelatih ) pertama kali dia membuka mask yang dipakai untuk bersembang dengan kawan..

'' Esok en Syed kena datang Hospital lagi untuk ambil darah periksa kadar gula dan kolestrol...en Syed datang sebagai pesakit luar..malam ni kena kena berpuasa mula jam 10..ambil darah 3 kali tiap 1 jam satu kali ''.. kata Doktor yang bernama Renugah..doktor India..

'' Arhh..sudah tak habis lagi ''..kata kawan dalam hati..

Jam sudah pukul 2.30 ptg kawan mula mengemas untuk meninggalkan wad..setelah bersalaman dengan rodong rodong pesakityang lain..kawan melangkah ke unit Hasil untuk membuat bayaran..dengan ditemani akak..

'' en Syed.. ada barang tertinggal ni ''..teriak seorang jururawat pelatih..

''A'a..Siti Rohaya rupanya ''...kata kawan dalam hati..

Setelah selesai berurusan di unit Hasil..akak cubit pinggang kawan '' Tadi tu aok kawan nampok abang te bukan main ralit lagi tengok budak jururawat tu..ada menda menda ke?..dah sakit sakit macam ni nak mengatei lagi?..kata isteri kawan..

Kawan pandang ke langit..

Dan pada keesokan harinya kawan ditemani akak untuk membuat pemeriksaan darah..Tak ada chance dah nak jumpa Siti Rohaya..

Alhamdullilah result darah dan kolestrol kawan terkawal..bila berselisih jer dangan tiap jururawat pelatih kawan kerling kerling juga..mana tau salah seorang tu Siti Rohaya..

14 Merujuk kepada perkara diatas :

Fadh Rahman 10 Oktober 2009 pada 4:14 PTG  

tok kador ke diri aok nie weh kuikuikui

mazru 10 Oktober 2009 pada 4:45 PTG  

ye betui te fadh...
dah sakit te sempat lagi..ape x mintak no tepon siti rohaya ter?

Relevan 10 Oktober 2009 pada 5:11 PTG  

* Weyy..Fadh..gone mekadang tu kwn ni mboh juge meronyam..he he

* Orang Kedah jauh ngat mazru..

Seroja Jingga 10 Oktober 2009 pada 5:21 PTG  

cepat cepatlah sembuh k!
dlam sakit2 tuh sempat lagi memblogging

zetty 10 Oktober 2009 pada 5:23 PTG  

gataii sungguh aok nie yerr...
x disangka...hehehe...

zai 10 Oktober 2009 pada 5:30 PTG  

Salam Relevan..

Semoga bertambah sihat hendaknya selepas dirawat oleh nurse siti rohaya tu yer..hehehe..lelaki oh lelaki camne pun tetap pencinta wanita jugakkan..

imHepPie 10 Oktober 2009 pada 5:37 PTG  

buat2 saket lgi la..buleh jumpa ct rohaya lgi..

eeeda 10 Oktober 2009 pada 5:52 PTG  

Nak buat mcm mana kalau namanya lelaki...
Walau pun dah ada isteri....
Tapi kadang2 tak sedar diri....
Pantang nampak perempuan, mula lah nak perati....

musang 10 Oktober 2009 pada 8:28 PTG  

kalo masuk wad lg kirim salam kt siti rohaya tu..

Maiyah 10 Oktober 2009 pada 9:48 PTG  

kene cubit kuat lagik tuh :D

anaklaut 11 Oktober 2009 pada 12:26 PG  

:)) jururawat yg comel2..sakit pun cepat kebah..:))

syukur cepat sembuh..:)

Nizam Awang Brahim 11 Oktober 2009 pada 12:30 PG  

Teringat koi kat citer P.Ramlee bile dia kabor "Bujang 3"....

Hanisham Ab Halim 12 Oktober 2009 pada 9:20 PG  

abg syed,
Huh aok ni. Jangan nnt time bagi ubat akak bagi aok ubat tikus. Kawan tok tau....

Relevan 12 Oktober 2009 pada 10:23 PG  

* Salam Seroja Jingga..
Ku menafaatkan kesempatan yg ada..

* Salam Zetty..
Gatai2 seket jer kome..

* Salam Zai..
Betui kwn sokong..

* Salam mimie..
he he..dh kantoi sama untie..

* Salam eeeda..
itu lah lelaki..

* Salam the red..
Ok jer..

* Salam Maiyah..
Akak cubit2 sayang tu..

* Salam anak laut..
betoi..

* Salam Jejaka desa..
Bujang tua yg 3.. hehe..

* Salam Echam..
Segala ubatan kwn buh dlm kete dah..he he..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP