GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 28 November 2009

Air sejuk

Oleh kerana pagi tadi tak sempat nak sarapan dekat rumah..kedai makan minum / warung / restoran masih ada yang tutup..yang buka pun penuh dengan orang ramai yang tak reti reti nak minum dekat rumah..

Kehulu hilir pusing lorong jalan depan jalan belakang terjumpa lah seorang akak yang jual aneka nasi tepi jalan berpayung..ada nasi lemak..nasi berlauk..nasi dagang..nasi temato..nasi hujan panas..nasi kerabu..kawan beli nasi berlauk..lauk ikan masak lemak belimbing buluh..terus bawa ke pejabat dan makan..

Sampai pejabat cerek elektrik hilang entah kemana..mungkin dah terjual sama kertas suratkhabar tempoh hari..turun kedai bawah pejabat ingat nak beli air mineral atau pun air kotak..tapi kedai tutup lagi..

Macam mana boleh jadi macam ni..ambil gelas pulas paip..neng kan air selama 5 minit agar segala tawas dan klorin turun kebawah..sambil tu kawan makan nasi berlauk dengan sedapnya..

Setelah siap makan kawan pun togok jer air paip yang telah kawan neng kan selama 5 minit tadi..glup!..payau kelat kelat rasa..sedap juga minum air paip tanpa dimasak ni..dalam hati risau juga dengan penyakit yang masih menular dinegeri Terengganu sekarang ni...arhh! kawan minum air paip bukan makan keropok..

14 Merujuk kepada perkara diatas :

Ateh Nour 28 November 2009 pada 1:21 PTG  

Assalamualaikum, selamat ari raya kedua, weh aok keje air ni yek..mat aok tak bawak bekal air tadi, tau orang masih raya..

Ateh Nour 28 November 2009 pada 1:26 PTG  

Akak tu pandai bete amik kesempatan yek, nye tau aari ni orang semua tak niaga, dia bantai niaga, mesti laku...

Relevan 28 November 2009 pada 3:16 PTG  

Wslm..a'ah..kome keje dah hari ni..akak te memang pandai niaga time macam ni..sedap ke tak sedap orang beli juge weh..

Maiyah 28 November 2009 pada 4:12 PTG  

tak kot minum sesekali tapi kalo sehari 9 kali minum ayaq mentah nih.. koreh nanti :)

eeeda 28 November 2009 pada 5:44 PTG  

dulu masa zaman sekolah selalu minum air paip je kat sek.... sebab kat umah pun selalu buat...biasalah budak nakal...

Aku Anak Pahang 28 November 2009 pada 7:04 PTG  

ngape aok tak bawok bekal air drp umah En syed maru mekala mekelan jgn aok hehehehe

mr.kordes 28 November 2009 pada 7:46 PTG  

karang cirit aok tu karang minum air paip tu..hehe....

saharul 28 November 2009 pada 8:10 PTG  

awok ni, ngape tok minum kat umah je dulu sebelum pegi keje...

musang 28 November 2009 pada 9:33 PTG  

air paip pon besh ape...dijamin xde gula..kuman je yg ada kot hmmm

Redz da Tsar 28 November 2009 pada 10:21 PTG  

Tak kesoh weyh.. Air paip ok jer.. Asalkan bace Bismillah sebelum minum.. huhu

Hashim Zabidi 29 November 2009 pada 2:01 PG  

Selawat memolek, takdok ha agoknya.

Kas dulu, air sungai je. Kalu nak sedap, makan buoh 'lembe' dulu, barulah minum air sungai terasa manis.

Finaz 29 November 2009 pada 3:07 PG  

nasi hujan panas pun ada? tak pernah dengar pun..
aok, jgn minum air paip.. no good.. nanti aok sakit, saya susah hati hehehe...

Fadh Rahman 29 November 2009 pada 7:08 PG  

huh apa kaitan minum air paip ngan makan keropok boleh dapat penyakit kolera?

endiem 29 November 2009 pada 7:25 PG  

air paip telah dirawat dengan pencegahan kuman, bismillah molek molek ok.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP